Anda di halaman 1dari 5

MOHD FARHAN IQBAL FAIZ BIN MOHD JOHAR PISMP PENDIDIKAN KHAS (Semester 8) 123483 9002169016081

Simptom Dan Kesan Gangguan Emosi Dalam Kalangan Murid terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan emosi dalam kalangan kanak-kanak mengikut Terri Mauro (2004). Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam kalangan murid ialah tekanan,persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru, dan lain-lain lagi. Tidak ada manusia yang dapat mengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can live Without experiencing some degree of stress at all". Tekanan boleh membawa kesan yang positif bagi sesetengah individu kerana ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak kehidupan yang sentiasa berubah. Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif. Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk mengatasi gangguan tekanan yang akhirnya cara sedemikian mendatangkan kesan negatif kepada diri mereka sendiri contohnya dengan mengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan atau menahan lapar. Antara simptom-simptom yang menunjukkan seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Hal ini ini merupakan kategori gangguan emosi ringan. Simptom ini tergolong dalam jenis tidak dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu berair dan murid tersebut juga mungkin selalu kelihatan letih disebabkan tidak cukup tidur. Kesan daripada masalah ini akan menyebabkan murid-murid akan kelihatan lesu dan mengantuk semasa mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pola tidur mereka juga tidak normal dan tidak mengikut masa kebiasaan orang lain.

Seterusnya ialah murid-murid menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadiankejadian biasa. Apabila seseorang murid itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan. Contohnya marah dan maki hamun mana mana pelajar jika terlanggarnya di tangga. Mereka juga senang untuk memarahi rakan sendiri walaupun rakannya meminta untuk mengajarkan sesuatu. Malahan individu yang terlibat dalam situasi ini juga boleh menunjukkan kemarahan sekiranya kelas bising ataupun ada rakan yang berlari-lari. Tanda-tanda murid sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira terhadap pencapaian diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna. Hal ini juga boleh berlaku kepada para pelajar universiti mahupun guru pelatih yang masih dalam latihan. Mereka yang mempunyai masalah mungkin akan menunjukkan sifat slumber terhadap rakan-rakan yang mendapat penghargaan dan berasa tidak suka akan pujian tersebut. Murid-murid serta individu yang telah mengalami tekanan emosi yang tergolong dalam kategori sederhana akan mengamali keletihan yang melampau, menunjukkan tingkah laku gelisah, tingkahlaku agresif, tidak berupaya membuat keputusan dan hilang sifat kelucuan. Sifat kelucuan bermaksud mereka tiada rasa ingin bergurau senda dengan rakan-rakan dan hal ini boleh menyebabkan rakan-rakan tidak suka bergaul dengan individu tersebut. Selain itu juga, gangguan emosi dalam kalangan murid boleh dilihat sekiranya seseorang murid itu mengalami gangguan pertuturan. Kebiasaanya murid yang mengalami masalah emosi ini bertutur dalam keadaan gagap serta takut-takut. Gangguan emosi juga boleh dilihat dalam individu apabila mereka menunjukkan tabiat tidak normal seperti menggigit kuku semasa duduk bersahaja dan menghisap jari ataupun bibir. Mereka juga sering mengayunkan badan. Mereka berkelakuan sedemikian adalah untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan dan rasa berdebar-debar terhadap apa yang bermain-main difikiran mereka. Simptom yang paling dibimbangi adalah jika mereka menunjukkan rasa tidak suka terhadap ibubapa atau penjaga. Gangguan emosi ini boleh dikategorikan kepada berat. Hal ini berkemungkinan kerana cara didikan dan layanan ibubapa atau penjaga terhadap individu tersebut. Namun perlu diingatkan bahawa kanak-kanak yang ingin membesar perlu diberikan didikan yang sebetulnya supaya perkembangan JERIS mereka seimbang.

Aspek yang seterusnya adalah menerusi tingkahlaku. Individu yang mengalami tekanan ini akan menunjukkan tingkahlaku yang kurang menyenangkan dan boleh menakutkan masyarakat yang berada disekelilingnya. Antara gejala yang dapat dilihat apabila seseorang itu mengalami tekanan menerusi aspek ini adalah, individu terbabit akan merasa hilang selera makan, sering mengertap gigi, mengambil minuman alkohol serta sering merokok tanpa mengira waktu. Individu yang merokok ini akan merokok kerana dipercayai mampu memberi kelegaan terhadap diri mereka dan di katakan boleh menghilangkan sedikit tekanan. Maka, tidak hairanlah jika dilihat murid-murid sekolah rendah yang mengalami tekanan sering dikaitkan dengan merokok. Selain daripada itu, individu yang mengalami tekanan akan menangis tanpa sebab dan akan ketawa dengan nada yang kuat dan gementar namun hal ini jarang berlaku di sekolah rendah. Jenis gangguan emosi dalam aspek tingkahlaku yang boleh dikategorikan sebagai berat adalah fobia. Kebiasaannya murid yang menunjukkan sifat fobia pernah mengalami ketakutan yang hebat atau pengalaman peribadi yang disertai perasaan malu atau bersalah yang kemudiannya ditekan ke dalam alam bawah sedar seperti berimaginasi bermacam-macam. terhadap sesuatu juga sering tidak menghadirkan diri ke sekolah dan sering menimbulkan masalah dalam mengikuti pengajaran. Contohnya faktor yang berkemungkinan seseorang itu fobia adalah seseperti terdapat rakan yang suka membuli murid tersebut sehingga tidak mampu untuk menceritakan kepada ibu bapa kerana diugut ataupun takut terhadap guru kerana guru terlalu garang seperti rotan dan mendenda dengan keadaan yang memalukan murid tersebut. Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan menunjukkan bahawa individu tersebut berkemungkinan mengalami tekanan. Murid atau individu yang mengalaminya berkemungkinan tidak sedar bahawa mereka sedang mengalami gangguan tekanan.

Langkah-Langah Menanggani Masalah Gangguan Emosi langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru untuk menggani masalah ini ialah dengan menggunakan percakapan yang sesuai. Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman yang dikenakan perlu adil dan berseuaian. Selain itu, guru perlu mengelolakan banyak aktiviti berkumpulan. Aktiviti Kumpulan

memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendan dalam diri mereka. Seterusnya, guru perlu setiasa membantu murid yang bermasalah. Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, dan pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah mengalami gangguan emosi.

Tambahan lagi, guru tidak boleh memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini, seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya guru memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan murid itu mengalami gangguan emosi.

Anda mungkin juga menyukai