Anda di halaman 1dari 9

Gangguan ....

Hilang Tumpuan
Oleh DR. ISMAIL ZAIN PERNAHKAH anda diganggu? Siapakah yang mengganggu anda? Bagaimanakah anda diganggu dan apakah kesannya terhadap diri anda? Gangguan bukan sahaja berlaku dari segi fizikal sahaja tetapi dari segi mental dan perasaan hati. Gangguan fizikal melibatkan anda disentuh oleh rakan-rakan anda pada anggota badan yang menyebabkan timbulnya rasa ketidakselesaan pada diri anda. Sentuhan ini mungkin bersifat lembut seperti mengusap bahu atau memeluk badan anda. Ia juga mungkin bertukar menjadi lebih kasar sekiranya melibatkan kesakitan seperti menepuk badan, mencubit paha atau tangan, menampar pipi dan sebagainya. Ia dilakukan sama ada hanya untuk bergurau atau sebagai satu tindakbalas yang menunjukkan rasa ketidakpuasan terhadap diri anda. Gangguan mental kebiasaannya akan berakhir dengan gangguan perasaan hati atau jiwa. Gangguan ini mungkin disebabkan terjadinya sesuatu peristiwa yang tidak dapat dilupakan seperti peristiwa kesedihan yang menimpa diri dan keluarga anda, peristiwa yang memalukan diri anda, kegagalan yang dialami, tekanan daripada keluarga dan rakan, kesibukan dan kesuntukan masa, kelalaian anda melengkapkan sesuatu tugasan dan sebagainya. Bagi golongan remaja pula terdapat beberapa sebab terjadinya gangguan mental dan perasaan hati. Ia berpunca daripada masalah perhubungan antara remaja lelaki dan perempuan, salah faham dengan rakan, perhubungan yang tidak akrab dalam keluarga, jurang generasi lama dan baru serta budaya perlakuan yang keterlaluan. Dalam keadaan ini peristiwa yang berlaku terhadap diri anda sama ada dari segi fizikal, mental atau perasaan akan sentiasa bermain dan terbayang dalam fikiran. Bayangan ini akan mewujudkan pelbagai perasaan seperti marah, sedih, sayu dan sebagainya. Konflik dalam diri anda akan terjadi yang akan mengakibatkan berlakunya pemberontakan dalam diri anda. Sikap ini akan menyebabkan anda tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Pada zahirnya anda tidak dapat menunjukkan satu bentuk peribadi yang baik dan mulia. Anda tidak ceria, murung, kurang bertenaga, suka bersendirian, prestasi pelajaran terjejas atau anda akan menjadi seorang pelajar yang agresif, suka mengganggu rakan, suka menonjol diri secara biadap dan tidak ingin kepada pembelajaran. Pelajar begini akhirnya akan menemui kegagalan jika tidak dibimbing dan dibendung. Oleh itu langkah-langkah perubahan diri haruslah dilakukan dengan segera oleh anda sendiri demi untuk mempastikan masa hadapan yang lebih cemerlang dapat dicapai oleh anda.

http://darwishndarwsiyiah.blogspot.com/2011/07/aja r-si-manja-kekalkan-tumpuan-tika.html Assalamualaikum dan Bismillahirrahmanirrahim.. Kanak-kanak tidak boleh belajar sekiranya mereka hilang tumpuan. Sudah pasti ia menjadi tugas berat bagi ibu bapa dan guru untuk menarik & mengekalkan tumpuan si manja. Lebih-lebih lagi dalam usia yang muda, si manja lebih mudah mengalihkan perhatian. Berikut adalah beberapa panduan bagaimana kita boleh mengekalkan tumpuan si manja ketika melakukan aktiviti pembelajaran.

1. Rancang aktiviti pembelajaran yang cepat dan singkat Adalah tidak munasabah untuk mengharapkan kanakkanak berusia 5 hingga 6 tahun memberi perhatian penuh terhadap satu aktiviti dalam jangka waktu yang panjang. Ia seharusnya singkat dan fokus. Semula jadi kanak-kanak yang berusia 7 tahun, seharusnya melakukan aktiviti pembelajaran dalam lingkungan 20 minit.

Sementara kanak-kanak 8 hingga 9 tahun pula dalam lingkungan 30 hingga 40 minit. Maklumat ini berdasarkan kepada kajian psikologi kognitif dan menjadi asas kepada kejayaan kanakkanak pada usia awl di serata dunia. Kita harus faham bahawa minda kanak-kanak dicipta untuk mencari pelbagai maklumat dan pengalaman baru. Ini bermakna mereka terlalu lapar untuk terdedah kepada ilmu baru yang menarik. Namun ini cabaran kepada ibu bapa jika mereka cepat bosan mempelajari sesuatu jika diminta mengulangi sesuatu berulang-ulang kali. Sebab itu perlu mencari inisiatif untuk memendekkan tempoh pembelajaran menjadi lebih pendek. Sesi pembelajaran kanak-kanak mungkin merangkumi aktiviti membaca, melukis, mengira dan sebagainya, dalam masa 1 hingga 2 jam namun masih dalam kaedah yang ringkas.

Ibu bapa perlu beri tumpuan semasa mengajar mengajar mereka membaca perkataan baru, mengira atau mengeja. Letakkan juga matlamat yang realistik. Jangan memaksa atau terlalu mengharap si manja dapat menyelesaikannya dalam satu sesi.

2. Selang-selikan dengan tugas Bagi mengekalkan tumpuan si manja, anda perlu memastikan mereka menerima gabungan aktiviti pembelajaran. Satu langkah bijak adalah dengan menyelang-nyelikan dengan aktiviti membaca, menulis, mengira dengan aktiviti yang lebih kreatif seperti kegiatan melukis, menyanyi, aktiviti seni dan kraftangan. Jika mereka baru selesai mengeja senarai perkataan baru selama 20 minit. tukar pula aktiviti melukis selama 20 minit seterusnya. Prinsip asas adalah menyelang-nyelikan aktiviti yang menjurus kepada minda kepada pergerakan koordinasi motor. Contohnya, 20 minit pertama membaca, kemudian 20 minit kedua berlari-lari.

Kanak-kanak akan merasa resah dan gelisah jika dibiarkan pegun agak lama dengan hanya satu aktiviti. Biarkan mereka berlari-lari dan bermain sebentar. Anda akan dapati mereka lebih memberi tumpuan kepada aktiviti berikutnya. Kesimpulan: Kita boleh menarik perhatian kanak-kanak dengan menyusun aktiviti pembelajaran dengan permintaan kognitif mereka. Bahagikan aktiviti dengan waktu yang ringkas, insya'allah berkesan.

HIPERAKTIF KURANG TUMPUAN

" Eh, kenapa tak siap lagi? Sudah lima kali cikgu tunjuk dan ajar kamu cara jawab soalan latihan! Kenapa masih tak siap ni?" "Salin cepat. Mengapa dari tadi tak siap-siap salin soalan tu? Dah habis masa ni. Bukannya banyak sangat nota tu!" Ini merupakan kata-kata yang sering saya ucapkan kepada salah seorang murid yang saya ajar. Pada mulanya, saya ingat murid ini malas dan tidak mahu berusaha. Masalah ini berlanjutan walaupun setelah empat bulan menjadi murid saya. Banyak cara yang telah saya cuba, termasuklah memanggil murid ini setiap pagi untuk menyiapkan tugasan atau kerja rumah yang diberikan, namun masih tiada perubahan. Hasil perbincangan dengan guru-guru yang pernah mengajar murid ini, saya dapati mereka juga menghadapi masalah yang sama.Setelah ditanya kepada guru lain dan bapanya, saya dimaklumkan bahawa murid ini telah disahkan menghidap hiperaktif kurang tumpuan. Sebenarnya, guru yang tidak mendalami pendidikan khas sering tidak dapat mengesan murid yang menghadapi masalah ini. Perkara ini mungkin akan mengakibatkan murid yang bermasalah ini diabaikan atau sering dimarahi. Oleh kerana ingin tahu tentang masalah hiperaktif kurang tumpuan ini, saya membuat rujukan tentang penyakit ini. Terdapat beberapa ciri yang dinyatakan tentang hiperaktif ini ada pada anak murid saya. Namun, saya bersyukur kerana murid saya ini tidak bertindak agresif .

Antara maklumat yang saya dapati daripada beberapa laman web dan kajian kes yang dibuat : Attention deficit hyperactivity disorder: Gangguan hiperaktif dan kurang tumpuan (ADHD) merujuk kepada kecelaruan perkembangan yang berlaku ketika zaman kanak-kanak yang mempunyai ciri-ciri seperti kurang tumpuan, keadaan hiperaktif-impulsiviti yang lebih kerap dan teruk berbanding dengan keadaan yang biasa diperhatikan pada individu di peringkat perkembangan yang normal. Kanak-kanak sentiasa : Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah. Mempunyai masalah untuk mengatur aktiviti-aktivitinya Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah Tidak dapat menyelesaikan tugasnya Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya Tidak berupaya mematuhi arahan Mengelakkan aktiviti yang memerlukan konsentrasi dan fikiran Mudah hilang perhatian Pelupa
Guru atau rakan sekolah mengadu kanak-kanak itu tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak, meninggalkan tempat duduk, bercakap ketika guru mengajar atau mengacau orang lain Hyperaktif, gelisah, tidak boleh dududk diam melainkan ketika menonoton televisyen atau bermain komputer Sentiasa tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap orang lain Membuli dan sering menggunakan kekerasan Sering dibuli Sukar berkawan Mudah marah dan bertindak agresif, contohnya menjerit, membaling atau memukul Berlaku perubahan dalam corak pemakanan atau tidur Hilang atau kurang tenaga dan tiada motivasi Hilang atau kurang minat pada persekolahan atau aktiviti yang dulunya digemari Makan terlalu banyak atau sebaliknya iaitu membuang, menjauhi atau takut untuk makan

Emosi Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau cemas Muka dan perasaan muram, sentiasa menangis Cepat marah dan hilang kawalan diri Berasa bingung, tertekan, susah hati dan tidak gembira

Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi buruk dan bersedih Sukar menumpukan perhatian dan tidak boleh berfikir dengan betul Sentiasa berfikiran negatif, hilang keinginan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah Mengadu sudah disentuh oleh orang lain dan sentiasa berasa tidak selesa serta tidak dapat melupakan kejadian itu Takut gemuk dan mulai mengelak makanan

Hasil daripada maklumat di atas, saya lebih faham cara menangani murid ini dan akan cuba memahami murid yang mempunyai masalah hiperaktif ini. Di samping itu juga saya dapat mengawal emosi apabila berhadapan dengan murid ini dan seterusnya dapat membuang perasaan marah terhadapnya jika dia tidak memberi tumpuan. Saya juga tahu menangani masalah yang dihadapi semasa pdp dengan lebih bijak. Mungkin kerana kurang pengetahuan tentang penyakit ini , akibatnya guru-guru putus asa, marah dan kecewa kerana tidak dapat membantu anak murid mereka. Percayalah, saya faham perasaan mereka. Ini merupakan beberapa tips untuk guru-guru yang menghadapi masalah seperti saya: Sokongan Persekitaran Kanak-kanak ADHD boleh belajar sekiranya dibantu oleh sokongan persekitaran berikut : Susunan kelas yang bebas daripada gangguan tumpuan perhatian. Menetapkan peraturan kelas yang jelas dan membincangkan jangkaan yang diharapkan. Menyediakan dan mematuhi rutin harian kelas dan mengingatkannya sekiranya terdapat sebarang perubahan. Menyusun pembelajaran dengan menjadikan proses pembelajaran lebih aktif. Intervensi Tingkah Laku Dilaksanakan oleh guru Memberi ganjaran dan pengukuhan bagi t/laku yang diingini Strategi pencegahan menghentikan t/laku yang tidak sesuai ketika permulaan Token ekonomi memberi ganjaran dalam bentuk seperti sticker, bintang dll., punyai nilai ekonomi untuk ditukarkan dengan barang yang disukai Intervensi Pengajaran Arahan yang diberikan hendaklah jelas, ringkas dan lengkap Apabila memberi arahan minta murid mengulang arahan tersebut kepada anda

Pecahkan tugasan yang kompleks kepada bahagian kecil Gunakan banyak tindak balas aktif sepanjang pengajaran Gunakan kaedah pelbagai sensori dalam pengajaran Libatkan murid dalam aktiviti pembelajaran. Kesimpulannya. Kanak-kanak ADHD boleh dididik dan berpotensi berkembang seperti kanak-kanak lain Kualiti pendidikan di rumah amat penting dalam menentukan tahap pencapaiannya di sekolah Kecelaruan t/laku perlu dapat diatasi melalui proses pendidikan yang sesuai dengan ADHD dan bersistematik Ibu bapa dan guru perlu bekerjasama dan punyai pengetahuan tentang ADHD dalam merancang program pendidikan dan kerjaya kanak- kanak ADHD kelak. Maklumat ini saya ambil dari laman blog: http://kplijulai08intake.blogspot.com

Pada pendapat saya, ibu bapa yang mempunyai anak seperti ini tidak seharusnya malu untuk memaklumkan guru-guru dan pihak sekolah tentang anak mereka. Ini dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Selain itu, jika guru dimaklumkan lebih awal tentang murid ini, salah sangka akan dapat dielakkan. Lebih baik jika kanak-kanak ini mendapat pendidikan di sekolah khas bersama guru-guru yang mahir membimbing mereka demi masa depan mereka. Fahamilah murid-murid dan para ibu bapa, sesungguhnya guru-guru komited dan sentiasa berusaha untuk menjalankan tugas memastikan semua anak didik mereka berjaya. Namun, usaha kami perlu sokongan dan bantuan ibu bapa serta usaha murid itu sendiri.
http://mylovelydaybook.blogspot.com/2013/04/hiperaktif-kurang-tumpuan.html

Anda mungkin juga menyukai