Anda di halaman 1dari 107

ECP 213

PEMBANGUNAN KURIKULUM

Pensyarah : Noor Akhmarisha Bt


Saari
Email: noor.akhmarisha@aeu.edu.my
School of Education and Cognitive
Sciences,
Asie e UniversityAeU All Rights Reserved 1
BAB 1

Apakah yang dimaksudkan


dengan Kurikulum

AeU All Rights Reserved 2


Pengenalan
Anda mungkin pernah membaca salah satu daripada tajuk berita di
atas dalam suratkhabar atau majalah.
Kurikulum merupakan kontrak antara masyarakat dan pihak berkuasa
dan bertujuan menentukan pendidikan generasi muda.
Oleh itu, masyarakat berhak mempersoalkan sekiranya sekolah-
sekolah mampu mendidik generasi muda kita.
Masyarakat masa kini yang semakin berpendidikan lebih cenderung
menyuarakan pendapatnya mengenai berbagai isu yang menyentuh
sekolah dan perkara-perkara yang diajar di sekolah.
Namun demikian, masyarakat secara umumnya jarang mencapai
persetujuan berhubung dengan tanggung jawab sekolah secara
lazimnya.

AeU All Rights Reserved 3


Sesetengah lapisan masyarakat menyarankan supaya sekolah-sekolah
menekankan aspek penguasaan fakta, konsep dan prinsip penting dalam
mata pelajaran yang diajar manakala golongan lain pula mengutamakan
pengurangan bahan pembelajaran dan sebaliknya menekankan
perkembangan aspek pemikiran kreatif dan kritikal.
Golongan lain pula berpendapat bahawa sekolah-sekolah tidak
menutamakan aspek perkembangan keperibadian pelajar-pelajarnya.
Apabila suatu masyarakat berubah, kurikulum sekolah perlu turut berubah
kerana ia mencerminkan kedudukan masyarakat tersebut pada masa
tertentu.
Misalnya, pada zaman penjajahan British, sistem pendidikan di Malaysia
dikhususkan terhadap menghasilkan kerani dan pembantu am pejabat
bagi sistem pentadbiran British sahaja.

AeU All Rights Reserved 4


Kesimpulannya, kurikulum sekolah mendatangkan kesan
kepada semua lapisan masyarakat, tidak kira takrifan yang
digunakan.
Kurikulum memberi kesan kepada masyarakat secara
umumnya, sama ada guru, akademik, pelajar, ahli politik,
ibu bapa, peniaga, profesional, kakitangan kerajaan dan
sebagainya.

AeU All Rights Reserved 5


Istilah kurikulum tidak memiliki takrifan yang khusus. Perkataan ini berasal
daripada kata kerja bahasa Latin currere yang membawa maksud lari.
Kamus Antarabangsa Baru (New International Dictionary) menakrifkan
kurikulum sebagai keseluruhan suatu kursus yang ditawarkan di institusi
atau jabatan pendidikan manakala Kamus Bahasa Inggeris Oxford (Oxford
English Dictionary) menakrifkannya sebagai kursus-kursus yang diajar di
sekolah atau universiti.
Dengan ini, jelas kelihatan bahawa kurikulum membawa berbagai maksud
yang berlainan. Kebanyakan pihak, termasuk golongan pendidik,
menyamakan kurikulum dengan silabus (Adakah anda bersetuju dengan
amalan ini?) manakala pihak lain pula menganggap bahawa kurikulum
merujuk kepada pengalaman pembelajaran dan pengajaran yang dialami
oleh seorang pelajar di sekolah.

AeU All Rights Reserved 6


Semenjak awal kurun ke-20 apabila The Curriculum yang ditulis oleh
Franklin Bobbit atau lebih dikenali sebagai Bapa Kurikulum diterbitkan,
berbagai takrifan bagi istilah kurikulum telah dicadangkan oleh berbilang
ahli teori dan pendidik.
Tanner (1980) menakrifkan kurikulum sebagain pengalaman
pembelajaran yang berancang dan berpandu serta hasil pembelajaran
yang dimaksudkan, yang dirangka melalui penyusunan semula
maklumat dan pengalaman secara sistematik para pelajar oleh pihak
sekolah bagi perkembangan keupayaan sosial peribadi yang
disengajakan secara berterusan (m.s. 13).
Schubert (1987) menakrifkan kurikulum sebagai isi kandungan suatu
mata pelajaran, konsep-konsep dan tugas-tugas yang perlu diperoleh,
aktiviti yang dirancang, hasil pembelajaran dan pengalaman yang
dimaksudkan, serta produk budaya tertentu dan agenda demi
pembaharuan masyarakat.

AeU All Rights Reserved 7


Pratt (1980) menakrifkan kurikulum sebagai dokumen
bertulis yang menerangkan matlamat yang dirancang,
objektif, isi kandungan, aktiviti pembelajaran, kaedah
penilaian dan sebagainya.
Goodlad dan Su (1992) menakrifkan kurikulum sebagai
rancangan yang terdiri daripada peluang pembelajaran bagi
jangka masa dan tempat yang tertentu, peralatan yang
bertujuan untuk menghasilkan perubahan dari segi tingkah
laku di kalangan para pelajar melalui aktiviti yang dirancang
dan merangkumi semua pengalaman pembelajaran yang
diperoleh oleh para pelajar dengan bimbingan sekolah.

AeU All Rights Reserved 8


Cronbleth (1992) menakrifkan kurikulum sebagai jawapan kepada
soalan berikut: apakah maklumat, kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai
yang paling berharga?
Grundy (1987) menakrifkan kurikulum sebagai program aktiviti-aktiviti
(yang dijalankan oleh para guru dan pelajar) yang direka cipta supaya
para pelajar akan dapat memenuhi sebanyak objektif atau matlamat
persekolahan atau pendidikan yang mungkin.
Hass (1987) memberi takrifan yang lebih luas, iaitu bahawa kurikulum
merangkumi kesemua pengalaman yang dialami oleh setiap pelajar
dalam suatu program pendidikan yang bermatlamat untuk memenuhi
matlamat yang luas dan objektif berkaitan yang tertentu yang telah
dirancang dalam konteks kerangka teori dan hasil penyelidikan atau
amalan profesional masa kini dan lampau.

AeU All Rights Reserved 9


Kurikulum Tersirat
Istilah dicipta oleh seorang ahli sosiologi bernama Philip
Jackson dalam bukunya Life in Classrooms yang diterbitkan
pada tahun 1968.
Beliau menarik perhatian dunia kepada pendapat bahawa
sekolah sebenarnya memainkan peranan yang penting dan
bukan menyampaikan maklumat dari satu generasi ke
generasi seterusnya sahaja.
Di sekolah, para pelajar turut mempelajari perkara-perkara
yang tidak diajar dalam kurikulum rasmi.
Dengan itu, kurikulum tersirat dapat dilihat sebagai
kepelbagaian pengalaman pendidikan yang diperoleh di
sekolah melalui amalan-amalan yang tidak semestinya
termaktub dalam kurikulum bertulis.
AeU All Rights Reserved 10
Doll (1992) menyatakan bahawa setiap sekolah memiliki kurikulum
rasmi yang terancang dan diterima umum, tetapi kurikulum yang tidak
dirancang, tidak rasmi dan tersirat turut wujud dan perlu diberi
pertimbangan.
Kurikulum terancang yang rasmi menekankan matlamat, objectif, subjek
dan organisasi kaedah penyampaian.
Sebaliknya, kurikulum yang tidak dirancang dan tidak rasmi pula
mengutamakan interaksi sosio-psikologi antara para pelajar, guru dan
pentadbir, terutamanya dari segi perasaan, tingkah laku dan sikap.

AeU All Rights Reserved 11


Kurikulum Tidak Rasmi yang akan dipelajari di sekolah walaupun tidak
diajar secara rasmi:
Peraturan tingkah laku masyarakat, sama ada di kantin, di taman
permainan, koridor sekolah dan sebagainya
Perhubungan khusus yang wujud antara pelajar senior dan junior,
antara pelajar lelaki dan perempuan, kumpulan pelajar tertentu dan
sebagainya
Cara mengawal bilik darjah serta cara setiap guru menafsir tingkah laku
para pelajar dengan berbeza
Perbezaan tanggapan yang wujud di kalangan guru-guru dan guru
besar terhadap para pelajar berdasarkan tafsiran mereka mengenai
tingkah laku dalam bilik darjah.
Kurikulum tersirat merangkumi perkara-perkara seperti cara bertindak
balas dan menangani pihak berkuasa, cara bergaul dengan orang lain,
cara menghabiskan masa, cara menangani rasa kebosanan, cara
mengatur keutamaan dan cara memenuhi tanggapan para guru.
AeU All Rights Reserved 12
Pendekatan Kurikulum
Pendekatan pertama merupakan kurikulum sebagai
bahan atau maklumat yang akan disampaikan.
Pendekatan kedua merupakan kurikulum sebagai produk
atau hasil pembelajaran yang diingini oleh para pelajar.
Pendekatan ketiga ialah kurikulum sebagai proses atau
perkara-perkara yang sebenarnya dalam bilik darjah
apabila kurikulum diamalkan.

AeU All Rights Reserved 13


a) Kurikulum sebagai bahan
Beberapa pihak mencadangkan bahawa sekiranya
pendekatan kurikulum sebagai bahan digunakan, fokus
akan diberikan kepada sukatan pelajaran dan maklumat
yang akan disampaikan kepada para pelajar dengan
menggunakan kaedah pengajaran yang sesuai.
Apabila kurikulum disamakan dengan bahan
pembelajaran, besar kemungkinan bahawa penyampaian
subjek tersebut akan dihadkan kepada pemerolehan fakta,
konsep-konsep dan prinsip-prinsip yang berkaitan dengan
mata pelajaran tersebut.

AeU All Rights Reserved 14


AeU All Rights Reserved 15
b) Kurikulum sebagai Produk
Pendekatan kurikulum sebagai produk merujuk kepada hasil yang
diperoleh oleh para pelajar setelah diajar berdasarkan kurikulum.
Dalam bukunya Developing the Curriculum (1918), Franklin Bobbit
menyatakan bahawa kehidupan manusia terdiri daripada pelaksanaan
aktiviti-aktiviti tertentu.
Pendidikan yang dapat menyediakan seorang individu untuk kehidupan
yang sebenarnya akan menyediakannya secara pastinya dan
secukupnya untuk aktiviti-aktiviti ini.
Menurut Bobbitt, pendidikan perlu menyediakan kita untuk kehidupan
dengan memberikan maklumat terperinci mengenai apa yang diperlukan
untuk bekerja dan hidup.
Kita perlu melihat sendiri apa yang diperlukan oleh masyarakat
(keupayaan, sikap, penilaian dan bentuk maklumat yang diperlukan oleh
mereka [masyarakat]).
AeU All Rights Reserved 16
Kurikulum bukanlah hasil spekulasi kosong sahaja tetapi merupakan hasil
daripada penelitian masyarakat secara sistematik.
Produk atau hasil kurikulum ialah pelajar yang dilengkapkan dengan
maklumat, kemahiran dan nilai-nilai yang diperlukan untuk berfungsi
secara cekap dan berkesan.
Ralph Tyler (1949) berkongsi pendekatan yang sama dengan Bobbit dan
berpendapat bahawa matlamat sebenar pendidikan ialah untuk
menghasilkan perubahan yang ketara dalam tingkah laku para pelajar.
Setiap pernyataan objektif sekolah merupakan pernyataan perubahan
yang bakal diperlihatkan oleh pelajar tersebut.
Antara kelebihan pendekatan kurikulum ini ialah bahawa ia mudah
diorganisasi dan bersifat sistematik.
Pembentukan objektif tingkah laku diberi keutamaan dalam pendekatan
ini dan memberi matlamat atau hasil yang jelas.
Ini membolehkan kaedah penyampaian dan bahan pembelajaran
diorganisasi dengan rapi dan hasilnya dapat dinilai dengan jelas.
AeU All Rights Reserved 17
c) Kurikulum sebagai Proses
Sepertimana anda telah pelajari, pendekatan kurikulum sebagai bahan
mengutamakan bahan yang disampaikan manakala pendekatan
kurikulum sebagai produk menekankan penetapan objektif-objektif
perlakuan dan pengajaran.
Sebenarnya, kurikulum juga dapat dilihat sebagai sebuah proses.
Menurut pendekatan ini, kurikulum merujuk kepada interaksi antara para
guru, pelajar dan maklumat.
Ia merujuk kepada apa yang berlaku dalam bilik darjah contohnya soalan-
soalan yang ditanya oleh guru, aktiviti pembelajaran yang diikuti oleh
para pelajar dan sebagainya. Ia merupakan proses yang aktif dengan
penekanan khas kepada konteks di mana proses-proses ini berlaku.

AeU All Rights Reserved 18


Stenhouse (1975) menganggap kurikulum ibarat resipi yang ditafsir
dengan cara yang berbeza oleh setiap guru dalam bilik darjah. Setiap
resipi dapat diubah mengikut citarasa sendiri; begitu juga dengan
kurikulum.
Menurut pendekatan ini, kurikulum merupakan skema yang
membincangkan amalan pengajaran.
Bilik darjah dianggap sebagai makmal dan guru ibarat ahli saintis yang
menguji perkara-perkara yang termaktub dalam kurikulum. Guru
menafsir idea pendidikan kepada hipotesis yang kemudiannya diuji
dalam bilik darjah.
Fokus pendekatan ini ialah menemui proses-proses yang akan
meningkatkan atau menghalang keupayaan seorang pelajar untuk
mempelajari suatu topik.

AeU All Rights Reserved 19


Kurikulum bukanlah suatu produk yang lengkap tetapi hanya merujuk
kepada idea pendidikan yang dicadangkan. Kesahihan idea-idea ini perlu
diuji oleh para guru dalam bilik darjah. Oleh itu, hasilnya tidak dapat
dipastikan dan mungkin berbeza dari apa yang dicatat dalam dokumen
kurikulum tersebut.
Pendekatan proses pula menganggap bahawa para pelajar bukan objek.
Menurut pendekatan ini, mereka mampu mempengaruhi proses
pengajaran-pembelajaran.
Fokus pendekatan ini ialah interaksi dan bukan proses pengajaran-
pembelajaran.
Model kurikulum sebagai produk lebih mementingkan aspek pengajaran.
Pendekatan yang mengutamakan proses sebagaimana yang
diketengahkan oleh Grundy (1987) lebih cenderung memastikan bahawa
proses pembelajaran menjadi fokus utama guru dan memberi penekanan
khas kepada aspek pemikiran dan menggubal maksud.
AeU All Rights Reserved 20
Asas Kepada Kurikulum
Takrifan konsep kurikulum masih hangat diperdebatkan.
Walaupun belum wujud persetujuan umum dalam aspek ini, institusi-
institusi, sekolah-sekolah, negeri-negeri dan negara-negara sentiasa
berusaha ke arah membangunkan dan meningkatkan kurikulum sekolah,
kolej, universiti dan organisasi latihan.
Bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya kita perlu menunggu
sehingga wujud takrifan kurikulum yang dipersetujui umum.
Pembentukan dan pembangunan kurikulum merupakan usaha bersama
dan melibatkan perancang kurikulum, pembangun kurikulum, guru-guru,
ahli-ahli akademik, pegawai-pegawai pendidik, para pentadbir, anggota-
anggota masyarakat dan sebagainya.
Mereka akan menentukan matlamat-matlamat kurikulum, bahan yang
patut dimasukkan, cara ia akan disusun, mencadangkan kaedah
penyampaiannya dan menentukan kaedah untuk mengukur
kejayaannya. Untuk membantu mereka, mereka telah merujuk kepada
bidang-bidang falsafah, psikologi, sosiologi dan sejarah.
AeU All Rights Reserved 21
Bidang-bidang ini telah menghasilkan sebahagian besar daripada
maklumat yang menjadi asas kepada pembangunan kurikulum.
Contohnya, bidang falsafah telah melahirkan berbagai kepercayaan yang
berkenaan dengan pendidikan serta maklumat yang wajar dipelajari.
Kepercayaan-kepercayaan ini telah memberi pembangun kurikulum garis
panduan untuk membentuk kurikulum.
Bidang psikologi pula telah memberikan kita berbagai perspektif
berkenaan dengan bagaimana manusia mempelajari suatu perkara.
Pembangun kurikulum telah menggunakan hasil penyelidikan daripada
bidang ini sebagai panduan dalam menyediakan bahan pembelajaran dan
cara ia akan diperoleh mengikut tahap-tahap perkembangan manusia
yang tertentu. Bidang-bidang seperti sosiologi, ekonomi, kebudayaan dan
politik memberi kita gambaran terhadap masyarakat.
Komuniti memainkan peranan penting dalam menentukan perkara yang
diajar dalam bilik darjah.
AeU All Rights Reserved 22
Pembangunan Kurikulum
Pembangunan kurikulum merujuk kepada proses yang melibatkan
berbagai pihak dan prosedur.
Oleh itu, ia selalunya bersifat linear dan mematuhi urutan langkah-demi-
langkah yang logik menurut fasa-fasa berikut: perancangan kurikulum,
pembentukan kurikulum, pelaksanaan kurikulum dan penilaian.
Fasa-fasa ini dapat digambarkan secara grafik dan dijelaskan dengan
menggunakan istilah teknikal dengan tanggapan bahawa sesorang perlu
memiliki maklumat yang secukupnya untuk memahami dan menghayati
proses-proses ini.
Kebanyakan model pembangunan kurikulum terdiri dari empat fasa. Fasa
pertama iaitu perancangan kurikulum yang melibatkan keputusan
mengenai falsafah dan matlamat-matlamat pendidikan. Setelah
tanggapan falsafah telah ditentukan, seterusnya matlamat dan objektif
kurikulum tersebut dapat diperoleh.

AeU All Rights Reserved 23


Matlamat dan objektif ini akan kemudiannya dilaksanakan dalam bilik
darjah sebagai hasil pembelajaran yang perlu dicapai.
Fasa kedua iaitu pembentukan kurikulum merujuk kepada cara kaedah
pengilhaman kurikulum dan melibatkan pemilihan serta organisasi
bahan, pengalaman pembelajaran atau aktiviti.
Beberapa isu perlu diselesaikan dalam pembentukan suatu kurikulum
termasuk menentukan maklumat yang paling bernilai, penyusunan
bahan supaya pembelajaran dapat dimaksimakan dan sebagainya.
Fasa ketiga pula ialah pelaksanaan kurikulum dalam persekitaran bilik
darjah. Ia melibatkan pelaksanaan idea-idea yang termaktub dalam
kurikulum, menyediakan sumber, latihan dan sokongan yang
secukupnya.
Fasa keempat ialah penilaian kurikulum yang menentukan kejayaan
usaha-usaha melaksanakan idea-idea yang termaktub dalam kurikulum.

AeU All Rights Reserved 24


Kurikulum sebagai Bidang Kajian
Menurut Oliva (1982), suatu bidang kajian memiliki ciri-ciri berikut:
Memiliki set prinsip teoretikal yang tersusun
Merangkumi ilmu pengetahuan dan kemahiran-kemahiran yang berkaitan
dengan bidang kajian tersebut
Memiliki ahli-ahli teori dan para pengamal.
Bidang kurikulum memiliki set prinsipnya yang tersendiri. Misalnya,
istilah kurikulum merupakan konsep yang menjelaskan gugusan idea-
idea yang agak kompleks.
Antara prinsip-prinsip yang wujud dalam perancangan kurikulum ialah
falsafah pendidikan, matlamat-matlamat kurikulum dan objektif
pembelajaran yang digunakan dalam membentuk program bagi sekolah,
universiti dan pusat pembelajaran.

AeU All Rights Reserved 25


Dalam pembentukan kurikulum, prinsip-prinsip seperti skop, urutan
dan keseimbangan digunakan dalam mengorganisasi bahan yang
akan diajar.
Bidang kurikulum memiliki kemahiran-kemahiran dan ilmu
pengetahuannya sendiri yang telah dipinjam dari berbagai bidang
kajian tulen lain.
Contohnya, kurikulum bergantung kepada prinsip dari bidang
psikologi, falsafah dan sosiologi dalam memilih bahan yang akan
diajar.

AeU All Rights Reserved 26


Dari segi penyusunan bahan pula, kurikulum telah
menyerap aspek-aspek tertentu dari bidang pengurusan
dan teori organisasi.
Dari segi pelaksaan kurikulum pula, berbagai idea telah
diserap dari bidang teori pensisteman, tingkah laku
organisasi dan teori komunikasi untuk meningkatkan
keberkesanannya.
Contohnya, hasil penyelidikan dari bidang tingkah laku
organisasi telah digunakan untuk menghasilkan
pembaharuan di kalangan para guru, pentadbir pendidikan
dan komuniti.

AeU All Rights Reserved 27


Bidang kurikulum juga memiliki ahli-ahli teori dan para pengamalnya
tersendiri, termasuklah perancang kurikulum, profesor kurikulum,
pembangun kurikulum dan sebagainya. Mereka dikenali sebagai pakar
kurikulum.
Pakar-pakar ini mahir dalam bidang yang berkaitan dengan kurikulum,
contohnya sejarah dan asal-usul suatu kurikulum (supaya dapat
mengenal pasti kejayaan dan kegagalan lampau), perancangan
kurikulum serta kaedah terbaik untuk melaksanakan kurikulum tersebut
di sekolah.
Pakar-pakar ini mengenali cara para pelajar belajar serta tindak balas
guru kepada perubahan dan halangan yang dihadapi.
Pakar kurikulum menghasilkan maklumat baru dengan menyusun
semula program-program sedia ada, menyesuaikan pendekatan dan
membina kurikulum baru.

AeU All Rights Reserved 28


Kurikulum dan Instruksi
Secara ringkasnya, kurikulum merujuk perkara yang akan
diajar manakala pengajaran merujuk kepada cara ia diajar.
Kurikulum merupakan rancangan yang menggariskan bahan
yang akan diajar serta pengalaman pembelajaran yang akan
dilibatkan.
Instruksi pula merujuk kepada kaedah atau metodologi
pengajaran dan penilaian pencapaian.
Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada pelaksaan
rancangan pembelajaran.
Oliva (1982) menjelaskan bahawa kurikulum dan instruksi
merupakan dua aspek yang berbeza.

AeU All Rights Reserved 29


Dalam model ini, kurikulum memiliki kedudukan yang lebih
tinggi manakala instruksion lebih rendah.
Dalam erti kata lain, instruksion merupakan subsistem
kepada kurikulum, manakala kurikulum merupakan
subsistem kepada pendidikan secara umumnya.
Model ini menganggap bahawa sistem ini berhierarki dan
kurikulum menduduki kedudukan yang lebih tinggi daripada
instruksi. Instruksi tidak berasingan daripada kurikulum
tetapi sebenarnya bergantung kepadanya.

AeU All Rights Reserved 30


Kurikulum meninggalkan kesan berterusan ke atas instruksi
dan instruksi turut meninggalkan kesan ke atas kurikulum.
Model ini beranggap bahawa keputusan instruksi hanya
diambil setelah keputusan kurikulum diambil.
Sebenarnya, keputusan kurikulum ini akan diubah setelah
dilaksanakan dan dinilai dalam bilik darjah.
Proses ini berterusan, berulangan dan tidak akan berakhir.

AeU All Rights Reserved 31


AeU All Rights Reserved 32
Berbanding dengan model-model yang telah kita bincangkan, model
perkitaran merupakan pilihan yang terbaik kerana ia mengutamakan
perhubungan yang baik antara pihak yang melaksanakan kurikulum
dan pihak yang merancangnya.
Walaupun kedua-dua aspek ini mungkin berbeza, kurikulum dan
instruksi sebenarnya saling bergantungan dan tidak dapat berfungsi
sendiri.
Kita perlu menerima hakikat bahawa rancangan bertulis tidak
semestinya akan dilaksanakan kerana wujudnya berbagai faktor yang
tidak dapat dikawal dalam bilik darjah.
Tindak balas berterusan dari bilik darjah perlu disampaikan kepada
pihak yang membangunkan kurikulum supaya mereka dapat
menyesuaikan dan mengubah rancangan kurikulum.

AeU All Rights Reserved 33


TAMAT BAB 1

AeU All Rights Reserved 34


BAB 2

PROSES PEMBANGUNAN KURIKULUM

AeU All Rights Reserved 35


Pengenalan
Pada bab ini, kita akan meneliti fasa-fasa yang wujud dalam
proses pembangunan kurikulum, iaitu perancangan
kurikulum, pembentukan kurikulum, pelaksanaan kurikulum
dan penilaian kurikulum.
Di samping itu, dua model pembangunan kurikulum yang
terkenal akan dikaji, iaitu model Tyler dan Model Taba
Seterusnya, kita akan melihat fasa pertama dalam proses
ini, iaitu perancangan kurikulum.
Fasa ini melibatkan penetapan matlamat dan objektif
kurikulum berdasarkan falsafah pendidikan yang telah
dipersetujui umum.

AeU All Rights Reserved 36


Proses Pembangunan Kurikulum

Kurikulum merupakan asas kepada proses pembelajaran-pengajaran


tidak kira di mana ia dilaksanakan.
Buku teks yang digunakan, latihan yang diberikan kepada para guru,
perkembangan rancangan instruksional, penilaian pencapaian pelajar,
penyediaan garis panduan bagi para guru dan pelajar, penetapan
piawaian dan sebagainya dilaksanakan berdasarkan kurikulum.
Oleh itu, boleh dikatakan bahawa tanpa kurikulum, sebuah institusi
pendidikan tidak mungkin dapat berfungsi dengan secekap mungkin.
Kurikulum merujuk kepada rancangan yang menetapkan penyusunan
dan hala tuju pengalaman pembelajaran-pengajaran yang dialami oleh
para pelajar di institusi pendidikan. Proses menyediakan dan
menyelenggarakan rancangan ini dikenali sebagai pembangunan
kurikulum.

AeU All Rights Reserved 37


Ia merangkumi perancangan (penetapan matlamat dan
objektif), pembentukan, pelaksanaan dan penilaian.
Oleh sebab istilah pembangunan kurikulum memberi
maksud perubahan dan penambahbaikan, frasa peningkatan
kurikulum kadangkala digunakan sebagai sinonim walaupun
peningkatan sebenarnya merupakan hasil daripada
pembangunan (Oliva, 1982).
Pembangunan kurikulum merupakan proses yang sentiasa
berusaha ke arah mencari kaedah yang lebih baharu, baik
dan berkesan bagi mendidik generasi akan datang.

AeU All Rights Reserved 38


Model-model Pembangunan
Kurikulum
a) Model Tyler
Model Tyler telah diperkenalkan oleh Ralph Tyler dalam
bukunya yang berjudul Basic Principles of Curriculum and
Instruction (1949).
Beliau telah empat soalan berikut:
1. Apakah tujuan pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?
2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh diberikan demi
mencapai tujuan-tujuan ini?
3. Bagaimanakah pengalaman pendidikan ini dapat
diorganisasi dengan berkesan?
4. Bagaimanakah kita boleh menentukan sekiranya tujuan-
tujuan ini telah dicapai?
AeU All Rights Reserved 39
Secara ringkasnya, soalan-soalan yang diajukan oleh Tyler
melambangkan urutun empat-langkah berikut:
(1) Mengenal pasti tujuan-tujuan atau objektif;
(2) Memilih kaedah untuk mencapai objektif-objektif ini;
(3) Mengorganisasi pengalaman pembelajaran-pengajaran
atau pendidikan ini; dan
(4) Menilai hasil pembelajaran atau perkara-perkara yang telah
dicapai atau diperoleh oleh para pelajar.

AeU All Rights Reserved 40


Tyler turut membincangkan organisasi dan urutan
pengalaman pendidikan tersebut.
Beliau menekankan bahawa pengalaman-pengalaman ini
perlu disusun supaya proses pembelajaran dapat
ditingkatkan.
Beliau mencadangkan bahawa idea, konsep, nilai dan
kemahiran digunakan dalam mengorganisasi ciri-ciri yang
dimasukkan ke dalam kurikulum.
Ciri-ciri ini akan membantu menyusun isu kandungan mata
pelajaran berikut di samping menentukan kaedah
penyampainnya.
Beliau turut menyarankan supaya penilaian diutamakan
dalam proses pembangunan kurikulum.
AeU All Rights Reserved 41
Menurutnya, golongan pendidik perlu mengetahui sekiranya pengalaman
pembelajaran yang dipilih telah menghasilkan objektif yang diingini.
Contohnya, sekiranya objektif ialah mengembangkan keupayaan
pemikiran kritikal di kalangan para pelajar, mereka perlu menentukan
sekiranya pengalaman pembelajaran yang dipilih telah mencapai objektif
ini.
Keberkesanan kurikulum tersebut dapat ditentikan melalui penilaian dan
penaksiran.
Tidak dapat dinafikan bahawa pemikiran Tyler telah mempengaruhi
bidang kurikulum, terutamanya pembangunan kurikulum.
Empat persoalan yang dibangkitkannya masih berpengaruh kerana
bersifat munasabah dan mudah dilaksanakan.
Walaupun sesetengah pihak mungkin berpendapat bahawa model ini
terlalu linear, tidak dapat dinafikan bahawa pemikirannya masih popular
(Ornstein dan Hunkins, 1998).
AeU All Rights Reserved 42
AeU All Rights Reserved 43
b) Model Taba
Hilda Taba telah memperkenalkan model pembangunan kurikulumnya
dalam bukunya yang berjudul Curriculum Development: Theory and
Practice (1962).
Beliau berhujah bahawa wujud urutan nyata dalam membentuk
kurikulum.
Beliau mempercayai bahawa para guru, iaitu pihak yang melaksanakan
kurikulum, perlu melibatkan diri dalam pembangunannya.
Oleh sebab itu, model beliau juga dikenali sebagai pendekatan akar
umbi.
Beliau berpendapat bahawa model yang dikemukakan oleh Tyler lebih
berpusat kepada aspek pentadbiran kerana sebahagian besar keputusan
dibuat oleh pentadbir atau pegawai di Kementerian Pendidikan.
Taba berpendapat bahawa kurikulum patut dibentuk oleh pihak yang
menggunakan dan melaksanakannya.
AeU All Rights Reserved 44
AeU All Rights Reserved 45
Taba mencadangkan supaya para guru melibatkan diri dalam proses
pembangunan kurikulum melalui tujuh langkah berikut:
1. Mengenal pasti keperluan: Para guru, selaku pembangun kurikulum,
boleh memulakan proses ini dengan mengenal pasti keperluan para
pelajar yang bakal menggunakan kurikulum ini.
2. Pembentukan objektif: Setelah mengenal pasti bahagian-bahagian
yang memerlukan perhatian, beliau perlu menyatakan objektif-objektif
yang perlu dicapai.
3. Pemilihan bahan dan isi kandungan: Objektif-objektif yang telah dipilih
atau dibentuk menunjukkan isi kandungan kurikulum tersebut.
4. Penyusunan bahan: Di samping memilih bahan yang akan digunakan,
guru juga perlu mengorganisasinya menurut urutan tertentu, dengan
mempertimbangkan kematangan para pelajar, pencapaian akademik dan
minat mereka.

AeU All Rights Reserved 46


5. Pemilihan pengalaman pembelajaran: Bahan mesti diperlihatkan
kepada para pelajar dan mereka perlu terlibat dengannya secara aktif.
Oleh itu, guru perlu memilih kaedah instruksional yang akan
menggalakkan para pelajar untuk melibatkan diri mereka.
6. Penyusunan aktiviti pembelajaran: Aktiviti pembelajaran juga perlu
disusun mengikut urutan dan diorganisasi. Urutannya seringkali
ditentukan oleh bahan pembelajaran. Namun demikian, guru perlu
mempertimbangkan keperluan para pelajarnya.
7. Penilaian dan kaedah penilaian: Pembangun kurikulum perlu
menentukan sama ada objektif-objektif yang ditentukan telah dicapai.

AeU All Rights Reserved 47


Jelas kelihatan bahawa model Taba mempunyai berbagai
kelebihan.
Namun demikian, sesetengah pihak berpendapat bahawa
penglibatan para guru dalam proses ini hanya akan berjaya
sekiranya mereka memiliki kepakaran dan, lebih penting
lagi, beranggapan bahawa mereka memiliki masa untuk
melibatkan diri dengan aktiviti kurikular secara menyeluruh
dan intensif.
Penglibatan para guru dalam peringkat awal pembangunan
kurikulum tidak semestinya akan membawa kepada
kurikulum yang berkesan kerana proses ini sebenarnya
memerlukan kepakaran yang mendalam.

AeU All Rights Reserved 48


Model Taba mengutamakan peranan para guru dalam pembangunan
kurikulum manakala model Tyler menekankan saringan objektif.
Namun demikian, anda harus menyedari bahawa model-model ini
sebenarnya bukan model yang lengkap dan sempurna dan tidak dapat
menangani setiap aspek dalam pembangunan kurikulum.
Kita tidak dapat mengatakan bahawa satu model lebih baik daripada
model lain.
Sesetengah pembangun kurikulum mematuhi model Tyler dengan
jayanya tetapi ini tidak bermaksud bahawa model Tyler merupakan
model yang terbaik dalam pembangunan kurikulum.

AeU All Rights Reserved 49


TAMAT BAB 2

AeU All Rights Reserved 50


Bab 3

Membentuk dan Mengorganisasi


Kurikulum Sekolah

AeU All Rights Reserved 51


Pengenalan
Proses pembangunan kurikulum bertujuan untuk menghasilkan
rancangan yang menggariskan pengalaman-pengalaman pembelajaran
yang akan dialami oleh para pelajar.
Sepertimana yang telah dibincangkan dalam bab sebelum ini, langkah
pertama dalam proses pembangunan kurikulum ialah perancangan
kurikulum.
Proses ini melibatkan penetapan hasil pembelajaran iaitu matlamat-
matlamat yang perlu dicapai oleh para pelajar yang mengikuti
rancangan pembelajaran tersebut dan diperoleh dari falsafah dan
matlamat pembelajaran.
Bab ini akan membincangkan langkah seterusnya, iaitu pembentukan
kurikulum.

AeU All Rights Reserved 52


Apakah yang dimaksudkan
dengan Pembentukan Kurikulum?
Pembentukan atau reka bentuk kurikulum merujuk kepada proses
merangka atau membentuk rancangan kurikulum.
Ia melibatkan pemilihan bahan pembelajaran selaras dengan matlamat
atau objektif kurikulum tersebut.
Bahan tersebut perlu disusun dalam format yang akan membolehkan
guru memilih dan mengorganisasi pengalaman pembelajaran yang
sesuai dengan bilik darjahnya.
Pembentukan kurikulum juga dikenali sebagai pengorganisasian
kurikulum.
Dalam erti kata lain, pembentukan kurikulum melibatkan penyusunan
empat komponen (iaitu objektif, bahan, pengalaman pembelajaran-
pengajaran dan kaedah penilaian) menjadi rancangan yang bersepadu
dan meyeluruh yang dapat dilaksanakan dengan mudah.
Menurut Giles (1942), keempat-empat komponen ini saling bersandaran
dan interaktif.
AeU All Rights Reserved 53
Dalam bab ini, kita akan melihat dua aspek
utama dalam pembentukan kurikulum, iaitu:
Pemilihan dan organisasi bahan bagi para
pelajar; dan
Pemilihan dan organisasi pengalaman
pembelajaran (atau aktiviti).

AeU All Rights Reserved 54


Pemilihan Bahan
a) Apakah yang dimaksudkan dengan Bahan?
Semua kurikulum memerlukan bahan dan perspektif kita terhadap
bahan ini dipengaruhi oleh ilmu yang kita miliki serta kepercayaan
falsafah kita.
Terdapat berbagai sudut pandangan yang berbeza terhadap bahan.
Sesetengah pembentuk kurikulum berpendapat bahawa bahan
sebenarnya merujuk kepada gugusan fakta, konsep, pernyataan, prinsip
dan teori.
Contohnya pehubungan spatial merupakan konsep yang penting dalam
bidang geografi manakala pecutan merupakan konsep yang penting
dalam bidang fizik.
Bidang-bidang kajian seperti biologi, kimia, sosiologi dan psikologi lebih
berkenaan dengan kemajuan kefahaman dan menerokai bidang-bidang
yang belum lagi difahami atau dikenali.
AeU All Rights Reserved 55
Bahan yang dipilih bertujuan untuk membantu para pelajar memahami
makulmat yang mungkin asing kepada mereka tetapi sudah diketahui
dan difahami oleh para akademik dan pengamal dalam bidang
tersebut.
Berdasarkan maklumat ini, bahan dipilih bagi tujuan pendidikan dan
disusun menurut tahap pemikiran para pelajar.

AeU All Rights Reserved 56


b) Bagaimanakah para pelajar patut mempelajari bahan pembelajaran?
Sesetengah pihak berpendapat bahawa bahan perlu dikhususkan dan
disampaikan kepada para pelajar (behaviourisme) manakala pihak lain
pula berpendapat bahawa bahan perlu dibentuk oleh pelajar-pelajar
sendiri (konstruktivisme) berdasarkan pengalaman mereka.
Dalam behaviorisme, para pelajar menerima fakta, konsep dan
kelaziman yang diberi secara pasif.
Dalam konstruktivisme pula, para pelajar melibatkan diri dengan
pembentukan makna secara aktif.
Bahan tidak lagi merupakan sesuatu yang disampaikan kepada para
pelajar dan sebaliknya dibentuk oleh para pelajar sendiri.
Sehubungan dengan itu, sesetengah pendidik berpendapat bahawa
pembelajaran proses-proses bahan tersebut lebih penting daripada hasil
bahan pembelajaran tersebut.

AeU All Rights Reserved 57


c) Bagaimanakah bahan pembelajaran patut dipilih?
Sekolah-sekolah menghadapi tekanan dari golongan ibu bapa,
pendidik, komuniti perniagaan, badan-badan bukan kerajaan, institusi
keagamaan, kerajaan dan sebagainya mengenai bahan pembelajaran
yang sepatutnya dipilih dan diajar di sekolah.
Tambahan lagi, maklumat yang wujud semakin bertambah dengan
begitu pantas sekali.
Sekolah-sekolah tidak memilik masa yang mencukupi untuk
memasukkan kesemua perkara yang diajukan oleh masyarakat ke
dalam kurikulum sekolah.
Oleh itu, sekolah-sekolah perlu memilih perkara-perkara yang dapat
dimasukkan ke dalam kurikulum.
Ornstein dan Hunkins (1998) menyenaraikan lima kriteria berikut
sebagai panduan dalam memilih bahan pembelajaran.

AeU All Rights Reserved 58


Prinsip-prinsip Organisasi Bahan
Pembelajaran

a. Skop
b. Urutan
c. Penyepaduan (integrasi)
d. Kesinambungan

AeU All Rights Reserved 59


Tamat Bab 3

AeU All Rights Reserved 60


BAB 4
Pelaksanaan Kurikulum

AeU All Rights Reserved 61


Pengenalan
Bab Tiga telah membincangkan pembentukan kurikulum.
Setelah kurikulum dibentuk, langkah seterusnya adalah
melaksanakan reka bentuk kurikulum tersebut.
Dalam sistem persekolahan, pengguna terakhir suatu
kurikulum merupakan bilik darjah, iaitu para pelajar, guru,
pentadbir sekolah dan komuniti.
Pelaksanaan kurikulum merupakan fasa yang paling
penting dan rumit dalam proses perkembangan kurikulum.

AeU All Rights Reserved 62


Apakah yang dimaksudkan dengan
Pelaksanaan Kurikulum?

Pelaksanaan merupakan proses interaksi anatra pihak yang


mencipta program tersebut dan pihak yang telah
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakannya (Ornstein
dan Hunkins, 1998).
Ia melibatkan pengubahan maklumat, tindakan dan sikap
individu.
Para pendidik perlu beranjak dari program sedia ke program
baru atau program yang telah diubah.
Dengan itu, dapat dikatakan bahawa pelaksanaan merujuk
kepada proses perkembangan dan pertumbuhan
profesional.
Interaksi seharian serta maklum balas dan bantuan positif
amat penting sekali. 63
AeU All Rights Reserved
Pelaksanaan ialah proses penerangan dan penjelasan di mana individu
dan kumpulan perlu memahami dan seterusnya mempraktikkan
perubahan dari segi sikap dan tingkah laku.
Sebarang perubahan memerlukan usaha dan akan menghasilkan
tekanan; bagi mengurangkan tekanan ini, pihak yang bertanggung jawab
untuk melaksanakan kurikulum perlu mengorganisasi proses
pelaksanaan ini dan membahagikannya kepada unit-unit yang lebih kecil
supaya matlamat-matlamatnya mudah dicapai.
Menurut Sarason (1990), sebab utama di sebalik kegagalan ini ialah
bahawa pakar di luar sistem persekolahan dan para pendidik kurang
memahami budaya persekolahan.
Pelaksanaan kurikulum yang berjaya memerlukan kefahaman yang
mendalam mengenai perhubungan kuasa, tradisi, peranan dan tanggung
jawab setiap individu dalam sistem persekolahan.

AeU All Rights Reserved 64


Sepertimana yang telah dinyatakan oleh Fullan dan Pomfret (1977),
Pelaksanaan inovasi secara efektif memerlukan masa, interaksi dan
perhubungan peribadi, latihan dalam perkhdimatan serta sokongan
manusia lain.
Dalam melaksanakan kurikulum, kita perlu menambat hati berbagai
pihak dan proses ini mengambil masa.
Para guru perlu berasa bahawa usaha-usaha mereka dihargai.
Sesetengah pihak berpendapat bahawa pihak guru wajar diberi
penghargaan secara kewangan namun terdapat bukti yang mengatakan
bahawa motivasi luaran hanya merupakan sumbangan yang kecil
kepada usaha ini.
Secara umumnya, individu akan memberi sumbangan yang terbaik
apabila mereka bermotivasi secara dalaman dan menerima perasaan
kendiri yang baik melalui penglibatan mereka ini.

AeU All Rights Reserved 65


Pelaksanaan Kurikulum sebagai
Proses Perubahan
Pelaksanaan merujuk kepada proses melaksanakan suatu perkara atau
pengaplikasian kaedah, prosedur atau matlamat tertentu.
Loucks dan Lieberman (1983) telah menakrifkan pelaksanaan kurikulum
sebagai proses pencubaan amalan baru serta bagaimana proses
tersebut akan dimuatkan ke dalam sistem persekolahan.
Matlamat anda dalam membangunkan kurikulum adalah mencetus
perubahan dalam sekolah anda dan juga negara.
Bagi merealisasikan perubahan-perubahan ini, kurikulum yang telah
dirancang perlu dilaksanakan.
Secara ringkasnya, pelaksanaan kurikulum merujuk kepada
pelaksanaan perubahan dan penambahbaikan.

AeU All Rights Reserved 66


Kurt Lewin (1951), bapa teori perubahan, mencadangkan model yang
menjelaskan konsep perubahan.
Menurutnya, semua individu menghadapi dua kuasa yang berlawanan:
kuasa yang mendorong kita melakukan sesuatu dan seterusnya
berubah; dan kuasa yang menghalang kita dari melakukan sesuatu dan
seterusnya berubah.
Apabila kedua-dua kuasa ini (iaitu kuasa pendorong dan kuasa
penghalang) ini seimbang, maka keharmonian akan dijaga.
Dalam erti kata lain, tiada usaha untuk berubah dan kita akan kekal
melakukan benda yang sama seperti dahulu.

AeU All Rights Reserved 67


AeU All Rights Reserved 68
Jenis-jenis Perubahan Kurikulum
McNeil (1990) membahagikan perubahan kurikulum kepada kategori-
kategori di bawah:
Penggantian: Salah satu daripada ciri-ciri kurikulum tersebut dapat
digantikan dengan ciri-ciri dari kurikulum sedia ada, contohnya
menggantikan buku teks baru dengan buku teks lama.
Pindaan: Ini berlaku apabila perubahan diperkenalkan ke dalam
bahan sedia ada dengan harapan bahawa ia merupakan perubahan
kecil yang mudah disesuaikan. Contohnya, pengenalan bahan baru
(misalnya keselamatan jalan raya) ke dalam kurikulum sekolah rendah;
penggunaan bahan baru seperti kalkulator penggrafan dalam
pengajaran matematik.
Gangguan: Merujuk kepada perubahan yang mungkin menggangu
sistem sedia ada namun demikian, guru-guru selalunya akan dapat
menyesuaikan diri dengan mudah. Contohnya, penolong guru besar
menukar jadual waktu bagi memanjangkan masa pengajaran.

AeU All Rights Reserved 69


Penstrukturan Semula: Merujuk kepada perubahan yang mungkin
membawa kepada rombakan sistem persekolahan. Contohnya,
memperkenalkan kurikulum bersepadu yang akan memerlukan
pengajaran berpasukan atau melibatkan komuniti dalam proses
penentuan mata pelajaran yang akan diajar.
Orientasi Nilai-Nilai: Merujuk kepada anjakan dalam orientasi nilai-
nilai asas kakitangan sekolah. Contohnya, sekiranya guru-guru yang
baru menyertai sekolah tersebut lebih menekankan aspek
perkembangan kendiri pelajar berbanding dengan pencapaian
akademik pelajar, maka orientasi nilai-nilai atau pegangan falsafah
asas sekolah tersebut akan turut berubah.

AeU All Rights Reserved 70


Tamat Bab 4

AeU All Rights Reserved 71


Bab 5

Isu dan Trend dalam Kurikulum

AeU All Rights Reserved 72


Pengenalan
Dalam bab-bab sebelum ini kita membincangkan faktor-
faktor yang mempengaruhi kurikulum dan proses
pembangunan kurikulum.
Bab ini pula akan membincangkan isu-isu tertentu yang
melibatkan kurikulum serta trend masa depan.
Pendapat yang berbeza mengenai hala tuju pendidikan
yang akan diambil menggambarkan perubahan semasa
dan jangkaan masyarakat dan warga pendidikan.
Walaupun wujud perbezaan pendapat, konsensus
mengenai trend yang luas yang mungkin mendatangkan
kesan yang besar kepada perancangan kurikulum juga
akan diteliti.
AeU All Rights Reserved 73
Cabaran
Arus perubahan dunia berubah dengan kadar yang lebih pantas setiap
hari.
Kebanyakan negara-negara bercita-cita untuk mencapai status negara
membangun dan makmur secepat mungkin.
Walaupun demikian, hakikatnya kadar pencapaian status ini berbeza
mengikut negara dan didapati bahawa beberapa negara-negara berjaya
meraih status ini lebih awal dari negara lain.
Penekanan kini telah beranjak ke arah perindustrian yang secara besar-
besaran, pengkomputeran, pengagihan kuasa dan pemberian kuasa.
Pengutamaan secara beransur-ansur beralih kepada pembantuan diri
dan bukan kebajikan, rangkaian dan bukan hierarki, ekonomi yang global
dan bukan ekonomi negara.
Keputusan dibuat berasaskan pertimbangan dari pelbagai pilihan yang
wujud dan bukannya berdasarkan situasi either/or (Naisbitt dan
Aburdence, 1989).

AeU All Rights Reserved 74


AeU All Rights Reserved 75
Pendidikan Pengimbangan
Oleh sebab ramai kanak-kanak dapat memperoleh pendidikan sekolah
rendah, lebih ramai kanak-kanak dari latar belakang miskin dapat
memasuki sekolah.
Pelajar sebegini berasal dari latar belakang yang berdasarkan
sosioekonomi yang rendah, memiliki penguasaan dan kecelikan bahasa
yang lemah, penguasaan bahasa Inggeris yang rendah dan gaya
pembelajaran yang tidak membolehkan mereka cemerlang dalam
persekitaran pembelajaran tradisional.
Dalam konteks persekolahan formal, pelajar yang berbeza sering
ketinggalan dan "menghadapi risiko kegagalan akademik".

AeU All Rights Reserved 76


Pendidikan pengimbangan diperkenalkan pada abad 1960an dan 1970an
untuk menyediakan sokongan pendidikan tambahan untuk pelajar lemah
dan menyamaratakan sumber dan peluang merentasi sekolah.
Pendidikan pengimbangan telah diperkenalkan berdasarkan andaian
bahawa kebanyakan pelajar kurang bernasib baik dan perlu diberikan
bantuan tambahan dan program untuk "mengimbangi" untuk
ketaksamaan yang dihadapi mereka.

Berikut merupakan dua strategi yang biasa digunakan:


a) Pengumpulan: Pelajar diletakkan dalam kumpulan pembelajaran
homogenuous dalam tahun atau dalam bilik darjah yang sama mengikut
prestasi akademik mereka. Antara label yang digunakan bagi amalan ini
ialah "pengumpulan mengikut keupayaan" dan "pengesanan".
b) Pengekalan: Merujuk kepada amalan menahan pelajar yang gagal
memperlihatkan tahap pencapaian yang diperlukan.
AeU All Rights Reserved 77
Antara strategi yang dicadangkan demi menyelesaikan masalah
pencapaian akademik dalam sekolah ialah:
a) Program pendidikan pengimbangan berfokus kepada
penambahbaikan kemahiran asas sepatutnya mengutamakan pemikiran
tahap tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah.
b) Pengutamaan sewajarnya diberikan kepada teknik pembelajaran-
pengajaran yang dapat menggunakan kekuatan dan pengalaman para
pelajar dalam meningkatkan proses pembelajaran.
c) Pengaliran utama (mainstreaming) perlu digalakkan. Pengaliran
utama atau penglibatan merupakan kaedah pendidikan yang melibatkan
berbagai jenis pelajar (termasuk pelajar yang menghadapi masalah
pembelajaran) dalam bilik darjah yang sama dan tidak membezakan
mereka mengikut tahap keupayaan mereka.
d) Pencegahan awal disasarkan kepada kanak-kanak untuk
mengurangkan ketidaksamaan prestasi akademik dari tahun ke tahun.
AeU All Rights Reserved 78
Pendidikan Watak
Pendidikan watak (juga dirujuk sebagai pendidikan moral atau
pendidikan nilai) sentiasa difikirkan oleh pendidik pendidik.
Tumpuannya ialah peranan pembangunan kurikulum dalam mengajar
kanak-kanak mengenai nilai-nilai asasi manusia, termasuk kejujuran,
kebaikan, kemurahan hati, keberanian, kebebasan, kesaksamaan dan
hormat-menghormati.
Matlamat pendidikan watak adalah untuk membesarkan kanak-kanak
untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dan berdisiplin dari
segi moral.
Ia merupakan usaha yang proaktif untuk membangunkan akhlak yang
baik di kalangan pelajar; dalam erti kata lain, matlamatnya adalah untuk
mengajar pelajar untuk membezakan antara betul dan yang salah.

AeU All Rights Reserved 79


Secara tradisinya, perwatakan baik dibentuk oleh institusi keluarga dan
institusi keagamaan.
Ketandusan nilai-nilai murni ini diburukkan lagi oleh pengaruh
televisyen, pengiklanan dan filem, sehingga dapat dikatakan bahawa
nilai-nilai tradisional telah dicabar.
Sekolah telah memikul tanggungjawab untuk melaksanakan pendidikan
watak dalam usaha untuk mengajar pelajar untuk membezakan antara
betul dam salah dan menerapkan nilai-nilai teras yang dapat
membimbing kehidupan mereka dan membina anggota masyarakat
yang baik.

AeU All Rights Reserved 80


Walau bagaimanapun, Kohn (1997) menyatakan bahawa pendidikan
watak di sekolah cenderung mengindoktrinasi pelajar mengenai tingkah
laku yang wajar.
Kurikulum ini cenderung mengutamakan penekanan terhadap tingkah laku
yang wajar atau dikehendaki dan tidak melibatkan mereka dalam
penghayatan yang mendalam mengenai nilai moral atau erti individu yang
bermoral.
Seorang yang bersifat baik dapat membezakan antara konsep betul dan
konsep salah, memahami mengapa ia berbuat demikian dan memilih
untuk melakukan perkara yang betul.
Wujud perbezaan antara penglibatan dalam dalam tingkah laku yang betul
dan tingkah laku yang bermoral" (Ornstein dan Hunkins, 1998, m.s 372).
Penyelesaian masalah, membuat keputusan dan penyelesaian konflik
merupakan sebahagian yang penting dalam pembangunan watak moral.

AeU All Rights Reserved 81


Tamat Bab 5

AeU All Rights Reserved 82


Bab 6

Kurikulum di Malaysia

AeU All Rights Reserved 83


Kurikulum Pada Zaman
Penjajahan British
Ketika era pemerintahan British, dasar pecah dan perintah telah
dilaksanakan melalui sistem pendidikan yang direka khas untuk
membahagikan rakyat.
Etnik Melayu hanya menerima pendidikan sekolah rendah selama enam
tahun.
Tiga objektif telah ditetapkan untuk pendidikan Melayu, iaitu:
(1) untuk membiasakan kanak-kanak lelaki Melayu dengan sifir mudah
supaya mereka dapat mengendalikan urusan perniagaan,
(2) untuk mengembangkan perasaan menyintai kebersihan, dan
(3) untuk melatih anak-anak golongan bangsawan Melayu supaya cekap
dalam bahasa Inggeris supaya dapat berkhidmat untuk pihak penjajah.

AeU All Rights Reserved 84


Etnik India juga menerima hanya enam tahun pendidikan
rendah sahaja dan lazimnya menjadi pekerja di ladang-
ladang getah dan landasan kereta api.
Dasar ini sengaja dilakukan untuk menafikan mereka
dari dua pergerakan ekonomi dan geografi.
Sebaliknya, etnik Cina pula dibenarkan menubuhkan
sekolah mereka sendiri dan menggunakan kurikulum,
guru dan buku teks dari China kerana kerajaan penjajah
British tidak menganggap bahawa mereka berkewajipan
untuk meyediakan pendidikan kepada penduduk yang
bersifat sementara.

AeU All Rights Reserved 85


Kerajaan penjajah pula telah menubuhkan sekolah Inggeris
untuk membekalkan tenaga kerja yang mencukupi demi
menjalankan jentera pentadbiran British.
Sekolah-sekolah selalunya terletak di kawasan bandar.
Sebagai contoh, pada tahun 1896 sembilan sekolah
Inggeris telah ditubuhkan di bandar Perak.
Kebanyakan pelajar di sekolah-sekolah itu merupakan etnik
Cina dan India dan hanya kira-kira 15% merupakan etnik
Melayu.
Oleh itu, sistem pendidikan ini telah membahagikan
penduduk Malaysia selama seratus tahun atau lebih.

AeU All Rights Reserved 86


Rancangan Cheeseman (1946)
Selepas Perang Dunia Kedua, dasar pendidikan baharu
yang dikenali sebagai Rancangan Cheeseman (1946) telah
memperkenalkan pendidikan sekolah rendah dalam semua
bahasa.
Rancangan ini telah membenarkan penggunaan empat
bahasa sebagai bahasa pengantar di sekolah menengah.
Pengajaran 'bahasa ibunda' turut dijalankan di sekolah-
sekolah Inggeris, dan pada masa yang sama pengajaran
bahasa Inggeris itu akan diwajibkan di semua sekolah-
sekolah vernakular.
Dasar baru bilingualisme selari ini tidak mempertimbangkan
kesepaduan rakyat.
Walau bagaimanapun, dasar ini telah ditinggalkan pada
tahun 1949 dengan pembubaran Malayan Union. 87
AeU All Rights Reserved
Laporan Barnes (1951)
Setelah menyedari nasib sekolah-sekolah Melayu, sebuah
jawatankuasa yang terdiri dari lapan orang Melayu dan lima orang
Inggeris telah ditubuhkan pada tahun 1951 untuk mengkaji pelajaran
Melayu dan diketuai oleh Dr Barnes, seorang saintis sosial dari
Universiti Oxford.
Mereka yang dipertanggungjawabkan dengan tugas mengkaji sumber,
kemudahan dan peluang pendidikan di Malaya.
Oleh itu, Jawatankuasa Barnes tidak dapat mencadangkan
penambahbaikan di sekolah-sekolah Melayu tanpa yang melibatkan
seluruh sistem pendidikan.
Oleh itu, Laporan Barnes (1951) telah mencadangkan idea yang
radikal, iaitu bahawa semua sekolah sedia ada perlu diubah menjadi
sekolah kebangsaan, di mana kanak-kanak dari pelbagai kumpulan
etnik akan diajar dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar dan juga Bahasa Inggeris.
AeU All Rights Reserved 88
Cadangan-cadangan dalam Laporan Barnes
mengandaikan bahawa sekolah vernakular akan pupus,
termasuklah sekolah-sekolah Melayu (Omar Hashim1961).
Seperti yang dijangka, rakyat bukan Melayu, terutamanya
etnik Cina, memberi kritikan hebat terhadapnya kerana
mereka melihat ini sebagai satu langkah untuk
menghapuskan bahasa dan identiti budaya.

AeU All Rights Reserved 89


Penyata Fenn-Wu (1952)
Satu jawatankuasa yang diketuai oleh Dr W.P. Fenn dan Dr Y.T. Wu telah
ditugaskan untuk mengkaji status pendidikan vernakular Cina di Malaysia
untuk disepadukan ke dalam sistem pendidikan yang seragam.
Ini menyebabkan pembentukan jawatankuasa lain yang dikenali sebagai
Jawatankuasa Fenn-Wu yang telah ditubuhkan pada tahun 1952.
Ia bertanggapan bahawa sebahagian besar dari etnik Cina bersedia
menerima bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantar pengajaran dan pada masa yang sama dapat meneruskan
pembelajaran bahasa ibunda mereka untuk mengekalkan identiti budaya
mereka.
Laporan Fenn-Wu seolah-olah membuat tuntutan yang sama bagi kaum
India. Bahasa ibunda masyarakat India (Tamil, Telugu dan Punjabi)
dikekalkan di sekolah-sekolah India.

AeU All Rights Reserved 90


Laporan Razak 1956 dan
Ordinan Pendidikan 1957
Berikut merupakan cadangan Laporan Razak:
Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan menggunakan
tulisan Rumi.
bilingualisme yang sedia ada di sekolah rendah akan dikekalkan.
semua sekolah, tanpa mengira medium bahasa perlu menggunakan
kurikulum yang sama kandungan, iaitu kurikulum berpusat Malaysia
dengan sistem satu penilaian untuk semua.
Sekolah-sekolah aliran Melayu akan dikenali sebagai Sekolah
Kebangsaan, dan sekolah-sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris,
Mandarin dan Tamil sebagai bahasa pengantar telah dikategorikan
sebagai Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan.

AeU All Rights Reserved 91


Laporan Rahman Talib dan
Akta Pelajaran 1961
Pada bulan Februari, 1960, kerajaan telah melantik sebuah jawatankuasa
yang diketuai oleh bekas Menteri Pelajaran, Abdul Rahman Talib untuk
mengkaji semula Dasar Pendidikan 1956, untuk mengkaji masa lalu dan
pelaksanaan masa depan. Berikut merupakan cadangannya:
Penubuhan latihan perguruan bagi memudahkan perkembangan
sistem persekolahan
Peruntukan tempat di sekolah rendah yang menggunakan bahasa
pilihan ibu bapa bagi kanak-kanak Malaysia yang sudah mencapai umur
persekolahan.
Umur meninggalkan sekolah dinaikkan kepada 15 tahun dengan
pemansuhan peperiksaan kebangsaan Tahun 6 di mana pelajar yang
gagal tidak dibenarkan untuk meneruskan persekolahan ke sekolah
menengah.
Pendidikan sekolah rendah perlu disediakan secara percuma dan
berkuatkuasa dari tahun 1962.
AeU All Rights Reserved 92
Laporan Rahman Talib pada tahun 1960 membincangkan
bahawa bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diperlukan
sebagai mata pelajaran wajib dalam kurikulum semua
sekolah.
Ciri utamanya ialah perpaduan negara melalui penggunan
bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Setelah memperakui bahawa penukaran bahasa pengantar
akan dirumitkan tanpa buku-buku teks yang sesuai, laporan
itu juga mencadangkan bahawa Kementerian Pendidikan
memilih guru-guru yang berkelayakan untuk menterjemah
buku-buku ke dalam bahasa Melayu.

AeU All Rights Reserved 93


Jawatankuasa Kabinet mengenai
Pendidikan, 1979
Laporan Kabinet 1979 memberikan cadangan berikut:
o Penekanan ke atas 3R iaitu pendidikan asas membaca, menulis dan
mengira
o Penekanan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur
disiplin yang diingini
o Penekanan ke atas kurikulum Malaysia
o Pendidikan pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua aliran
iaitu akademik dan vokasional
o Peluang untuk meneruskan pelajaran dari 9 tahun hingga 11 tahun
o Memudahkan prosedur pengurusan pendidikan untuk meningkatkan
kualiti pendidikan secara keseluruhan

AeU All Rights Reserved 94


Rang Undang-Undang
Pendidikan 1995
o Sistem pendidikan negara bertujuan untuk melahirkan
pendidikan bertaraf dunia dari segi kualiti demi mencapai
aspirasi negara
o Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi asas untuk dasar
pendidikan negara
o Tempoh pendidikan rendah adalah selama 5 hingga 7 tahun
o Pendidikan prasekolah merupakan sebahagian daripada
sistem pendidikan kebangsaan
o Pendidikan Politeknik Teknikal dinaik taraf
o Peruntukan diberi bagi pengawasan pendidikan swasta

AeU All Rights Reserved 95


Tamat Bab 6

AeU All Rights Reserved 96


Bab 7

Pengaruh Sejarah dan Masyarakat


dalam Pembangunan Kurikulum

AeU All Rights Reserved 97


Pengenalan
Dalam bab ini, kita akan mengkaji dua faktor yang mempengaruhi
kurikulum, iaitu masyarakat dan sejarah. Secara khusus, jawab soalan-
soalan yang berikut:
Apakah antara tuntutan masyarakat berkaitan dengan kurikulum?
Bagaimanakah keperluan masyarakat dipertimbangkan dalam
membangunkan kurikulum? Apakah antara keperluan ini? Apakah
peristiwa bersejarah yang telah mempengaruhi kurikulum? Sekolah
adalah sebahagian daripada masyarakat dan wujud untuk masyarakat.
Persatuan turut mempengaruhi masyarakat melalui kurikulum.

AeU All Rights Reserved 98


Perubahan Ekonomi dan
Kurikulum
`Tidak ramai yang akan bersetuju bahawa fungsi utama pendidikan
adalah untuk melahirkan pekerja yang mempunyai kemahiran dan
pengetahuan yang sesuai bagi membolehkan mereka untuk mengambil
bahagian dalam ekonomi negara. (Merujuk kepada Curriculum of Forest
School).
Sebagai contoh, pada akhir abad ke-19, kehidupan di Amerika Syarikat
telah berasaskan ladang dan sekolah mencerminkan gaya hidup tersebut.
Satu bilik rumah di sekolah tersebut mencukupi untuk memenuhi
keperluan masyarakat pertanian.
Sekolah bermula lewat dan berakhir pada awal hari untuk memberi masa
kepada pelajar untuk membantu keluarga mereka dengan bekerja di
ladang.

AeU All Rights Reserved 99


Pada awal abad ke-20, revolusi perindustrian membawa perubahan
drastik dalam ekonomi banyak negara.
Lebih ramai orang berpindah untuk tinggal di bandar-bandar dan bekerja
di kilang-kilang.
Akibatnya kemahiran baru diperlukan dalam masyarakat perindustrian. Ia
kemudiannya membawa perubahan yang besar dalam sistem
pendidikan: model sekolah sebagai kilang telah muncul.
Pelajar diajar supaya memahami fakta dan kemahiran yang mereka
perlukan untuk kerja-kerja industri, yang mungkin membantu
keseluruhan hidup mereka.
Pelajar pula telah disusun mengikut gred dan duduk di baris lurus,
dengan seorang guru di hadapan kelas yang akan mengawal
pembelajaran.

AeU All Rights Reserved 100


Kemunculan di awal 70-an daripada mikro-proses dan
ledakan pertumbuhan rangkaian dan teknologi maklumat
dalam tahun 80-an dan 90-an menyaksikan pertumbuhan
ekonomi dalam bidang pengetahuan.
Inovasi Multimedia dan pertumbuhan internet telah
mengubah keupayaan kami untuk mendapatkan maklumat.
Walaupun semua perubahan ini, kami masih mendidik
pelajar di sekolah-sekolah kilang-model.
Banyak kemahiran yang diajar pada masa ini adalah
bertujuan untuk pekerjaan tidak lagi wujud dan akan menjadi
sangat berbeza dengan masa yang pelajar siswazah.

AeU All Rights Reserved 101


Perubahan Institusi Keluarga dan
Kurikulum
Dalam masyarakat pertanian atau pra-industri, jantina
menentukan peranan individu. Lelaki bekerja di bahagian
ukiran atau di ladang.
Apabila kanak-kanak lelaki cukup umur, mereka akan bekerja
bersama-sama nenek moyang mereka. Wanita pula kekal
berada di rumah, menjaga anak-anak dan melatih kanak-
kanak perempuan.
Mereka juga diajar menjahit, membuat makanan proses
(seperti bijirin pengilangan) dan menjahit pakaian.
Peralihan kepada ekonomi perindustrian membawa
perubahan kepada institusi keluarga.
Keluarga besar di mana ibu bapa tinggal bersama kanak-
kanak dewasa dan anak-anak mereka semakin merosot,
terutamanya di kawasan bandar 102
AeU All Rights Reserved
Kepelbagaian Budaya dan Kurikulum

Kepelbagaian kebudayaan dalam masyarakat semakin mengalami


banyak perubahan, terutama di kawasan bandar.
Masyarakat menjadi lebih berbilang budaya, etnik dan agama dan ia
adalah penting bahawa kurikulum memahami dan mencerminkan
perubahan ini.
Seperti yang dinyatakan oleh Ornstein dan Hunkins (1998), "kompleksi
pelajar kita berubah dari satu warna yang berlainan warnanya dan ini
menambah warna dan kepelbagaian budaya akan berterusan pada
masa akan datang" .
Bagaimana bagi menangani kurikulum kepelbagaian budaya atau
pluralisme? Buat para pendidik, cabaran yang dihadapi sedang
membangunkan kurikulum yang responsif kepada nilai-nilai sosial dan
budaya pelajar yang pelbagai dan pada masa yang sama mampu
mewujudkan satu identiti negara berasaskan nilai-nilai dan amalan teras.

AeU All Rights Reserved 103


Ilmu yang Paling Bernilai
Masyarakat sering sahaja berubah, begitu juga dengan
pengetahuan.
Pengetahuan berkembang pada kadar yang pesat dan
pendidik mendapati ia satu cabaran untuk apa yang
termasuk dalam kurikulum.
Peningkatan dalam ilmu pengetahuan, terutamanya dalam
bidang Sains dan teknologi adalah hasil daripada
peningkatan sebahagian kecil dan pengkhususan dalam
bidang tersebut.
Percambahan beberapa bidang pengajian baru atau
cawangan telah menyumbang kepada peningkatan dalam
kuantiti pengetahuan.
Sebagai contoh, dalam bidang teknologi maklumat sahaja,
maklumat semakin berkembang setiap hari. 104
AeU All Rights Reserved
Ornstein dan Hunkins menyediakan prinsip-prinsip
berikut panduan dalam memilih ilmu untuk masyarakat yang
sedang berubah dengan cepat:

1. Pengetahuan harus terdiri daripada alat-alat asas (ini termasuk membaca,


menulis, matematik, komunikasi lisan dan celik komputer)
2. Pengetahuan harus memudahkan belajar bagaimana untuk belajar
(menyediakan pelajar dengan kemahiran dan alat-alat untuk menjadi pelajar
bebas cekap dan berkesan)
3. Ilmu hendaklah terpakai kepada dunia sebenar (untuk dapat
menggunakan pengetahuan mereka dalam penyelesaian masalah dunia
sebenar)
4. Ilmu perlu meningkatkan harga diri pelajar dan integriti peribadi (pelajar
untuk merasa baik tentang diri mereka dan dapat bergaul dengan orang lain)
5. Ilmu harus terdiri daripada pelbagai bentuk dan kaedah (kerana terdapat
pelbagai cara pembelajaran, pelbagai pilihan dan alternatif perlu disediakan
untuk menuntut ilmu)

AeU All Rights Reserved 105


6. Pengetahuan perlu menyediakan individu itu untuk dunia teknologi
(dapat mengikuti perkembangan dan fungsi dalam dunia yang pesat
sains dan teknologi)
7. Pengetahuan perlu menyediakan individu untuk dunia birokrasi
(dapat berurusan dengan pelbagai jenis organisasi birokrasi dalam
kerajaan, perniagaan, industri dan perkhidmatan)
8. Ilmu harus membolehkan individu untuk mendapatkan maklumat
lama (untuk mengubah suai dan mengubah pengetahuan lama untuk
menghasilkan pengetahuan baru)
9. Pengambilalihan pengetahuan perlu satu proses sepanjang hayat)
10. Ilmu perlu diajar dalam konteks dengan nilai (pengajaran
mempunyai untuk menggabungkan nilai-nilai kerana tafsiran
pengetahuan mencerminkan struktur nilai individu)

AeU All Rights Reserved 106


-TAMAT-

AeU All Rights Reserved 107

Anda mungkin juga menyukai