Anda di halaman 1dari 18

TUGASAN SEMESTER SEPTEMBER 2013

KOD KURSUS

EIT 311 TEKNOLOGI INSTRUKSIONAL & SUMBER PEMBELAJARAN SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA KURSUS PROGRAM

NAMA PELAJAR

MOHD AMIN BIN OTHMAN

NO. MATRIK

E30209121175

NAMA FASILITATOR AKADEMIK

EN. SAMRI BIN SUHAILI

PUSAT PEMBELAJARAN

AEU ( UPM BINTULU)

BAHAGIAN A Teknologi maklumat telah mengubah cara manusia bekerja. Hjetland (1995) menyatakan bahawa Technology can make our lives easier. Everyday tasks are simplified. Beliau juga menyatakan bagaimana teknologi dapat mempermudahkan tugas serta meningkatkan prestasi guru seperti penggunaan teknologi untuk kerja-kerja pengurusan dan kerja-kerja pengajaran pembelajaran. Maka seharusnya pengetahuan tentang teknologi maklumat khususnya dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah penting bagi guru-guru dalam membentuk generasi yang akan datang. Perkembangan pendidikan masa kini sedang menuju ke arah penggunaan komputer sebagai alat pengurusan pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu didedahkan dengan ilmu dan kemahiran menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Dengan menggunakan komputer dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kualiti dan hasil dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah dan bilik-bilik darjah dapat ditingkatkan. Bermula dari kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan papan dan kapur; bertukar kepada penggunaan komputer, bahan elektronik, Liquid Crystal Display (LCD),kamera video dan teknologi lain yang terdapat di dalam bilik darjah. Dari semasa ke semasa,pendidikan melalui perubahan selaras dengan kemajuan fikiran, kehendak dan teknologi pengajaran. Teknologi maklumat berasaskan komputer bukan sahaja merupakan bahan perantara yang berpotensi dalam memudahkan kerja-kerja seharian malah ia juga dapat menjadi bahan untuk menjayakan lagi persekitaran pengajaran dan pembelajaran (Nor Hashim, Maznah& Azlinda, 1996). Warga pendidik terutamanya guru menjadi nadi dan tulang belakang yang menjana keberkesanan pendidikan secara keseluruhannya, kita dapati semakin ramai di kalangan mereka sudah celik teknologi maklumat. Bilangan guru yang mempunyai akses kepada internet sudah semakin bertambah malahan telah menganggap teknologi maklumat Pembelajaran mereka. Penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran juga telah banyak membantu pelajar mengikuti sesuatu tajuk yang disampaikan. Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap dan isi kandungan tajuk yang diajar telah memudahkan pelajar cepat memahami isi pelajaran di samping menarik minat pelajar untuk terus mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya ialah bahan bantu mengajar yang digunakan untuk
2

sesuatu yang perlu untuk memudahkan proses Pengajaran dan

menyampaikan kandungan pengajaran bagi tajuk komputer menggunaan beberapa perisian dalam bentuk CD ROM dalam bahasa Inggeris yang bertajuk How to Build Your Own PC, PC Maintenance, Guide To Know PC. Perisian ini amat sesuai digunakan untuk mengajar tajuk perkakasan komputer dan ianya memberikan kesan yang amat besar kepada pelajar dalam memahami tajuk perkakasan komputer. Selain daripada itu slaid Powerpoint juga digunakan dalam proses

pengajaran dan dipaparkan pada skrin menggunakan projektor ( LCD Panel) untuk menyampaikan isi pelajaran kepada pelajar. Penggunaan slaid ini akan menambahkan minat dan memudahkan pelajar memahami tajuk yang disampaikan . Dalam usaha untuk membolehkan pelajar lebih memahami tentang komponen dan perkakasan komputer, beberapa contoh komponen utama sistem komputer digunakan dan dipamerkan kepada pelajar untuk mempastikan pelajar melihat secara langsung dan benar-benar mengetahui dan memahami fungsi setiap komponen perkakasan tersebut. Nota disediakan bagi setiap tajuk yang disampaikan oleh guru. Biasanya nota ini diedarkan pada awal pengajaran. Teknologi Maklumat pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan . Oleh yang demikian , kebanyakan guru di sekolah saya menjadikan

teknologi maklumat berasaskan komputer sebagai alat bantu mengajar utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah sesuai dengan keperluan murid, serta dapat

membuahkan hasil yang diharapkan dalam jangka masa yang munasabah. Penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilihat dari dua aspek iaitu aspek pengajaran (penggunaan oleh guru) dan aspek pembelajaran (penggunaan oleh murid). Oleh itu, adalah perlu untuk setiap pendidik menggunakan pelbagai alat bantu mengajar sama ada

yang berbentuk peralatan mahupun perisian bagi membantu merangsang dan meningkatkan minat dan kecenderungan murid terhadap sesuatu topik pembelajaran. Pengajaran dan

pembelajaran adalah fokus utama pihak pengurusan pendidikan kebangsaan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun di peringkat sekolah menengah. Justeru, pihak pengurusan pendidikan baik di peringkat negeri mahupun di peringkat dapat membantu guru dalam proses penyampaian isi pelajaran dengan lebih efektif dan menarik bersesuaian dengan objektif pembelajaran.

Cabaran-cabaran globalisasi menuntut agar negara membangunkan sumber tenaga yang mempunyai ciri-ciri K-worker, celik dan mahir dalam ICT, mampu bersaing pada peringkat tempatan dan pada peringkat global, bahkan memiliki jati diri dan daya saing yang tinggi. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan program pembangunan Pendidikan Teknik dan Vokasional yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu pengetahuan, celik IT, berkemahiran, dan berakhlak mulia bagi memenuhi kehendak ini. Untuk menjayakan pelaksanaan program PTV dengan lebih berkesan, kemudahan infrastruktur ICT perlu disediakan dan dirancang dengan baik. Kemudahan ICT dapat membantu perlaksanaan kurikulum dengan berkesan. Pembelajaran bukan lagi tertumpu dengan kaedah pengajaran di bilik kuliah semata-mata. Penggunaan teknologi ICT perlu dieksploit sepenuhnya supaya memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran pelajar. Penggunaan modul pembelajaran dalam bentuk CD-ROM, multimedia, simulasi dan sebagainya memerlukan prasarana yang bersesuaian Tahap kemahiran guru di sekolah dalam menggunakan teknologi dapat dilihat dari segi perbezaan jantina, pengalaman dengan komputer dan sebagainya Guru mempunyai sikap dan persepsi yang positif terhadap penggunaan IT dalam pendidikan dapat menggunakan ICT sebagai alat bantu mengajar yang efektif. Downes (1993) menjalankan kajian terhadap guruguru pelatih dan mendapati bahawa pengalaman dengan komputer dan pengaruh model peranan guru yang menggunakan komputer di dalam bilik darjah membawa sikap positif terhadap penggunaan komputer serta meningkatkan kemungkinan guru-guru berkenaan akan menggunakan komputer di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru yang telah mendapat pendedahan awal terhadap penggunaan komputer telah memberi impak yang positif terhadap pembentukan sikap para guru. Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap guru-guru Sains di salah sebuah sekolah rendah telah menunjukkan bahawa guru-guru Sains jarang menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini dapat dilihat melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan. Oleh yang demikian, satu kajian secara umum bagi penggunaan perisian pendidikan telah dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan perisian pendidikan di sekolah selain mengesan kekangan dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Berdasarkan satu pemerhatian yang telah dibuat di sekolah saya, saya telah merekod dan menganalisi data yang diperolehi 1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan boleh dilihat pada Jadual 1.

No. Item 1.

Item Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya hanya menggunakan perisian pendidikan apabila diperlukan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saya menggunakan perisian pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Saya yakin kekerapan menggunakan perisian kandungan pendidikan membantu pengajaran dan pembelajaran. Saya menggunakan perisian pendidikan setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Saya sering membuat catatan penggunaan perisian pendidikan dalam buku log penggunaan. Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perisian pendidikan yang dibekalkan ke sekolah Purata Min

Min

Tahap

3.54

Sederhana

2.

3.90

Tinggi
Tinggi

3.

3.80
Tinggi

4.

4.00

5.

3.00

Sederhana

6.

3.54

Tinggi

7.

3.70 3.64

Tinggi Sederhana

Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78 peratus yang menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan dapat

membantu pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. . Sebanyak 73 peratus bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan perisian pendidikan apabila diperlukan di

dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan pengajaran dan pembelajaran. Kekerapan penggunaan perisian adalah oleh guru Sains dan Bahasa Inggeris yang mencatat penggunaan perisian pendidikan Sains adalah sebanyak 12 sehingga tempoh kajian pada tahun 2013 .
5

2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru mata pelajaran No. Item 1. Item Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penggunaan komputer. Saya dapat kandungan dalam perisian pendidikan mempunyai aras pengetahuan yang sesuai. Saya mendapat pendedahan yang mencukupi untuk 3. menggunakan perisian pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran. 4. Perisian kandungan pendidikan yang dihantar ke sekolah mencukupi. Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan BTP dan JPN mencukupi. Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan perisian pendidikan di dalam kelas, Kandungan perisian pendidikan yang dihantar ke sekolah adalah berkualiti tinggi. Purata Min 3.50 Sederhana 3.65 Sederhana Min Tahap

3.45

Sederhana

2.

3.70

Tinggi

5.

3.00

Sederhana

6.

3.85

Tinggi

7.

3.45 3.52

Sederhana Sederhana

Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan dalam penjajaran dan pembelajaran di kelas.

Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2 dan item 6, menunjukkan min yang sederhana. Ini menunjukkan mereka sederhana setuju dengan pernyataan yang diajukan. Min purata adalah sebanyak 3.52 di mana berada pada tahap sederhana setuju.

3. Impak penggunaan perisian pendidikan Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian pendidikan sebagai alat bantu mengajar. No. Item 1. 2. 3. Murid-murid berasa seronok Murid-murid mudah memahami isi pengajaran. Saya yakin penggunaan perisian pendidikan boleh membantu proses pembelajaran murid. Perisian kandungan pendidikan dapat menghidupkan suasana pengajaran dan pembelajaran. Perisian kandungan pendidikan mengandungi pelbagai yang sesuai mengikut kemampuan murid. Perisian kandungan pendidikan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Kandungan perisian pendidikan membolehkan objektif pelajaran dapat dicapai dengan mudah. Purata Min Item Min 4.45 4.00 4.40
Tinggi

Tahap Tinggi Tinggi


Tinggi

4.

4.45

5.

3.40

Sederhana

6.

3.85

Tinggi

7.

4.45 4.14

Sederhana Tinggi

Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai guru bersetuju dan yakin dengan impak yang ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. Hanya pada item 5 dan item 7, guru sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Di samping penggunaan perisian kandungan pendidikan, aplikasi pemprosesan perkataan juga digunakan secara meluas oleh guru-guru di sekolah kerana terdapat impak yang signifikan dalam penggunaan aplikasi persembahan dalam bilik darjah dan penggunaan aplikasi ini adalah dalam trend meningkat khususnya dalam komunikasi dan penyampaian. Ini disebabkan perisian persembahan elektronik adalah verstail kerana ia boleh digunakan oleh guru-guru untuk semua subjek dan kurikulum. Guru-guru boleh membina dan

menyampaikan persembahan slaid untuk isi pengajaran, peta, projek, carta, nota kelas, kuiz, peperiksaan dan sebagainya. Ini diperkukuhkan lagi dengan ulasan daripada How Stuff Works (2005) yang menyatakan bahawa Microsoft Powerpoint (contoh perisian persembahan elektronik) adalah aplikasi yang amat bermanfaat dalam menyampaikan maklumat. Aplikasi
7

ini amat memudahkan pengguna kerana terdapat banyak templat dan pakej persembahan yang boleh digunakan oleh pengguna sebagai permulaan.How Stuff Works (2005) juga menambah, bahawa keupayaan Microsoft PowerPoint yang boleh diintegrasikan dengan media lain seperti audio dan video amat membantu dalam penyampaian maklumat. Namun begitu terdapat beberapa kekangan yang dihadapi oleh guru dalam menggunakan komputer dalam pengajaran. Masih terdapat guru yang tidak mahir dalam mengendalikan pembelajaran berbantukan komputer disebabkan kurang latihan . Guru juga menghadapi masalah dalam pengajaran berbantukan komputer kerana banyak masa perlu diberikan dalam menyediakan bahan . Pelajar juga kurang berminat menggunakan komputer dalam pengajaran. Komputer yang digunakan di sekolah sering rosak dan ketinggalan dari segi kapasiti dan teknologi . Di samping itu, terdapat kekangan terutamanya penyelenggaaan komputer yang tidak cekap di sekolah . Ketiadaan bilik komputer juga menjadi faktor mengganggu kelancaran

penggunaan komputer dalam pengajaran. Namun begitu, bahan yang digunakan dalam persembahan mestilah relevan dengan mata pelajaran dan aktiviti yang dijalankan, jika tidak ia tidak akan dapat membantu guru dalam keberkesanan pengajarannya dan pelajar secara khusus dalam pemahaman pelajarannya.

RUJUKAN Hayazi Mohd Yasin (2008). Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah International Islamic University Malaysia (IIUM). Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari di Sekolah Bestari printis negeri Kedah dan Perlis.Prosoding di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah Peningkatan Prestasi Pembelajaran Pelajar 8-11 November 2002.Hotel Bayview, Pulau Langkawi. Naisbitt, J. (1982). Megatrends New York:Warner Books. Nor Hashim, Maznah& Azlinda, (1996) Pengajaran Berbantu Komputer, Johor Bahru, UTM Noor Azliza & Lilia, (2002) Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM. Jurnal Teknologi 36(E), 19-38. Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). Intergrating Technology into Teaching and Learning Singapore:Prentice Hill. Hamidah B. (2000). Multimedia pendidikan dalam P&P sekolah bestari. Jurnal Bahagian Teknologi Pendidikan, 2, 7-16. Penintegrasian ICT dalam pendidikan, penyelidikan, amalan dan aplikasi, 2008, Norazah Mohd Nordin, Mohamed Amin Embi Tranformation of knowledge through classroom interaction, 2009 by Routledge, Baruch Schwarz, Rina Hershkowitz Teaching with Technology, 2003 second edition, Priscilla Norton, Karin M.Wiburg Rahmad Sukor, A. S., & Mohd Subhi, M. (2001). Teknologi maklumat dan komunikasi. Issues in Education,

BAHAGIAN B :

Rancangan Pengajaran Harian Mata pelajaran Kelas Tarikh Masa Tema Tajuk Bilangan Murid Fokus utama : : : : : : : Bahasa Melayu Tahun 2 1 April 2013 10.50 pagi-11.50 pagi Kebudayaan Kuih tradisional 25 Orang 2.3 Standard kandungan Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Fokus sampingan

Objektif

I.

II.

Membaca kuat ayat penyata dengan lancar, sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan berjeda. Standard 3.2 Menulis secara mekanis Kandungan berdasarkan bahan yang diberi dengan betul dan kemas Standard 3.2.6 Menulis ayat majmuk dengan Pembelajaran betul dan kemas. Pada akhir pembelajaran murid dapat : Membaca kuat lapan daripada dua belas ayat penyata dengan lancar dengan menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. Menulis sekurang-kurangnya lima ayat majmuk yang lengkap dengan betul dan kemas. Kemahiran membaca Kemahiran menulis Kemahiran mendengar dan bertutur Pengisian Kurikulum : KB : Menghubung kait, menjana idea, menganalisis. KP : Verbal linguistik, visual ruang, intrapersonal. BCB : Mencatat maklumat, kemahiran membaca

Standard pembelajaran

2.3.1

Kemahiran Berbahasa

Pengisian kurikulum

10

Pengetahuan Sedia Ada

Murid mengetahui jenis-jenis kuih tradisional dan telah mempelajari ayat tunggal. Bekerjasama, keyakinan diri, keberanian

Penerapan Nilai Penekanan Konsep i.

Penggabungjalinan : Mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Penggabungjalinan topik. ii. Penyerapan : Kajian tempatan iii. Penilaian : Menerangkan maksud ayat penyata dan ayat majmuk Pemulihan : Menulis dan membaca ayat penyata dengan bimbingan guru. iv. Pengayaan : Menghasilkan buku skrap. Tatabahasa : Ayat penyata, ayat majmuk Tayangan slaid Microsoft power point, lembaran kerja, LCD, pembesar suara, komputer riba

Sistem Bahasa Media

LANGKAH ISI KANDUNGAN Video kuih tradisional Set induksi ( 5 minit ) Apakah yang kamu lihat ? Pernahkah kamu makan kuih ini? Di manakah biasanya kamu boleh mendapatkan kuih ini?

AKTIVITI Guru menayangkan video kuih tradisional. Guru meminta murid agar memberi perhatian dan meneliti kuih yang terdapat dalam video ditunjukkan oleh guru. -

CATATAN BBM : Video kuih tradisional. KP : Visual-ruang Interpersonal KB :

Guru bersoal jawab berdasarkan kuih-muih yang telah ditunjukkan.

- Menghubung kait

Guru mengaitkan jawapan murid Nilai : dengan tajuk pelajaran hari ini iaitu kuih Tradisional. Kerjasama Ilmu : Kajian Tempatan

11

Langkah 1 ( 5 minit )

Power Point: Kuihmuih tradisional

Guru menayangkan gambar-

BBM :

gambar kuih-muih tradisional. - Gambar Murid diminta menamakan ( Power Point ) LCD Skrin KB :

Apakah yang kamu faham tentang gambar ini ?

gambar kuih yang ditunjukkan oleh guru.

Murid diminta membaca nama-- Menganalisis nama kuih yang ditunjukkan. Guru membetulkan sebutan murid. KP : - Verbal-linguistik BCB : - Melaporkan maklumat

- Pernah kah kamu melihat kuih ini? - Baca nama-nama kuih yang ditunjukkan.

Langkah 2 ( 10 minit )

Ayat penyata.

Guru menerangkan maksud ayat BBM : penyata. - Gambar ( Power Point ) LCD Skrin KB :

Kuih baulu enak rasanya. Kuih baulu berwarna keperang-perangan apabila telah masak. Kuih lapis lembut dimakan. Kuih lapis manis rasanya. Kuih keria berbentuk bulat. Kuih keria berwarna keperang-perangan. Kuih apam sangat lembut. Kuih apam harum baunya. Kuih koci selalunya berintikan kelapa.

Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Guru meminta murid memilih

nombor yang tertera dalam slaid - Menganalisis power point. BCB :

Murid diminta membaca kuat - Kemahiran ayat yang ditunjukkan dalam persembahan power point. tersebut secara kelas. membaca KP : - Verbal-linguistik Intrapersonal Nilai Murni : Keberanian

Kemudian, guru meminta murid membaca secara kumpulan. Guru memperbetulkan sebutan dan intonasi murid yang salah.

12

Kuih koci enak rasanya. Kuih lempeng


harum baunya. Kuih lempeng enak dimakan bersama kuah kari.

Langkah 3 (10 minit)

Ayat majmuk Bapa mengajar adik berenang sementara emak sibuk menghidangkan makanan di pantai.

Guru menayangkan contoh ayat majmuk melalui slaid power point. Guru menerangkan maksud ayat majmuk kepada murid-murid.

Pendekatan pengajaran : Pendekatan deduktif BBM :

Guru meminta murid membaca - Gambar contoh ayat majmuk yang dinyatakan dalam slaid power point secara kelas. ( Power Point ) LCD Skrin KB : Menganalisis Menyelesaikan masalah. BCB : Kemahiran membaca KP : - Verbal-linguistik Intrapersonal Nilai Murni : Kerjasama

13

Langkah 4 (10 minit)

Power point : Latihan ayat majmuk

Guru membahagikan murid kepada enam kumpulan. Guru mengedarkan lembaran

BBM : - Gambar ( Power Point ) LCD Skrin

-Pilih ayat majmuk yang betul. -Baca jawapan anda dengan kuat. -Tuliskan ayat majmuk yang anda bina dalam lembaran kerja yang telah diedarkan.

kerja.

Guru menayangkan slide power point. KB :

Setiap kumpulan diminta untuk - Menganalisis memilih padanan ayat majmuk - Menyelesaikan yang betul berpandukan tayangan slide power point yang disediakan. Murid diminta membaca masalah KP :

- Visual-ruang - Verbal-linguistik BCB : Mencatat maklumat Kemahiran membaca Nilai murni Keberanian Kerjasama

jawapan yang betul secara kelas. Murid diminta menulis ayat majmuk dalam lembaran kerja berdasarkan ayat penyata yang ditunjukkan oleh guru dalam slaid power point. -

Pentaksiran (15 minit)

Murid diminta membina ayat penyata menggunakan perkataan yang diberikan oleh guru. Murid diminta membaca ayat penyata yang dibina dengan menggunakan intonasi dan sebutan yang betul. Murid diminta membina ayat majmuk berdasar ayat penyata yang telah dibina.

14

Pengayaan/ Pemulihan

Murid diminta menghasilkan buku skrap mengenai kuih tradisional yang terdapat di

(5 minit)

Malaysia dengan menggunakan ayat penyata yang sesuai. Murid diminta mengisi tempat kosong untuk melengkapkan ayat penyata.

Penutup

Meneka nama kuih

BBM : - Gambar ( Power Point ) LCD Skrin ( Sama seperti gambar untuk langkah 2)

15

Lembaran Kerja Bahasa Melayu Tahun 2 Nama : Kelas : Tarikh:

Tulis ayat penyata bagi setiap gambar berikut; 1.

2.

3.

4.

5.

16

Pengayaan Bahasa Melayu Tahun 2 Nama : Kelas : Tarikh:

1. Tulis lima ayat majmuk tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

2 5

siapa / apa ?
1. 2. 3. 4. 5.

buat apa / mengapa ?

mana / bagaimana ?

17

Pemulihan Bahasa Melayu Tahun 2 Nama : Kelas : Tarikh:

Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan perkataan atau frasa yang sesuai.

1. Beberapa orang murid ________________________ untuk membeli makanan.

2. Suzie _____________________________________________ yang baru dibelinya.

3. Beberapa orang murid _________________________________________ di kantin sekolah.

4. Muhammad Anwar ________________________________________ ke dalam tong sampah.

5. Seorang pekerja kantin ________________________ murid yang hendak membeli makanan.

18

Anda mungkin juga menyukai