Anda di halaman 1dari 16

Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2

1

Rumusan Artikel 1
Persepsi Guru terhadap Penggunaan Perisian Multimedia Dalam Proses Pengajaran
dan Pembelajaran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
Sistem pendidikan di negara kita telah mengalami tranformasi radikal yang selari
dengan falsafah pedidikan Malaysia yang mengakibatkan penstrukturan semula
kurikulum yang sedia ada. Perubahan yang pesat ini dipengaruhi daripada impak
penglobalisian dalam bidang teknologi maklumat serta menjadi pemangkin kepada
pengggunaan komputer semasa proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan
dalam bilik darjah di sekolah seluruh negara. Pengintegrasian elemen-elemen
multimedia dapat memberi satu sesi P&P yang lebih menarik, kreatif, inovatif serta
memberi pengalaman belajar dengan lebih berkesan kepada para pelajar.
Kajian mendapati guru-guru mempunyai persepsi positif terhadap penggunaan
perisian Kemahiran Hidup dalam pengajaran. Perisian yang disediakan menyediakan
teknik penyampaian isi kandungan mata pelajaran yang lebih tersusun dan berunsurkan
interaktif. Guru bertindak sebagai pemudahcara dalam melaksanakan teknik
pengajaran dan pembelajaran kemahiran Hidup yag lebih berkesan dan boleh menarik
perhatian pelajar. Mutu perisian kemahiran Hidup menfokuskan aspek penerapan nilai-
nilai murni, kesesuian kandungan maklumat, bahasa, arahan yang jelas dalam perisian
adalah jauh lebih tinggi. Bahan multimedia interaktif yang dibangunkan membolehkan
pelajar berinteraksi dengan ilmu dengan penerangan yang berdasarkan kombinasi
warna dan suara. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir guru berpendapat bahawa
bahasa yang digunakan dalam perisian Kemahiran Hidup perlu ada dalam versi Bahasa
Cina supaya memudahkan proses pengajaran dan boleh meningkatkan penglibatan
pelajar yang kurang fasih selain bahasa Cina serta membantu pelajar yang lemah
dalam Bahasa Melayu.
Tambahan pula, pengggunaan perisian Kemahiran Hidup membantu guru dalam
membuat prnerangan tentang konsep awal tentang pemahaman pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian Kemahiran Hidup menjadikan
proses pengajaran guru lebih berkesan dan menarik berbanding dengan kaedah
tradisional. Menurut hasil kajian yang dijalankan dan diketuai oleh pengarah PPK, Dr
Sharifah Maimunah, penggunaan perisian multimedia secara amnya akan memperbaiki
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
2

tahap penguasaan palajar dalam mata pelajaran tersebut dan menarik minat pelajar
mempelajari menerusi bahan interaktif. Selain itu, penggunanaan CD-ROM multimedia
interaktif dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronokkan serta
membolehkan pelajar untuk membina minda yang cergas. Komputer berkemampuan
mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak (Heirich, 1993). Oleh itu,
secara tidak langsungnya, perisian Kemahiran Hidup dapat meningkatkan motivasi
pelajar atas sebab isi pelajaran yang disampaikan lebih menarik dan mudah difahami.
Pelajar yang belajar dalam suasana pembelajaran yang interaktif dan koperaktif akan
sentiasa mengarahkan diri mereka untuk menggembangkan daya kreativiti dan tahap
kecemerlangan mereka sendiri. Di samping itu, penggunaan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran membolehkan bilik darjah bertemu dengan dunia nyata
serta membolehkan pelajar-pelajar mencari bahan maklumat, memudahkan kolaboaktif
dan pembandingan global serta membolehkan bahan-bahan multimedia dicipta dan
disebarkan dengan mudah (Umar & Maswan, 2004).
Guru-guru menyatakan bahawa mereka sering diberi galakan oleh pihak sekolah
untuk menggunakan perisian Kemahiran Hidup semasa proses pengajaran
pembelajaran dijalankan dalam bilik darjah. Namun begitu, guru-guru menghadapi
masalah kuranf kemahiran ICT dan masalah teknikal dalam pengendalian perisian
Kemahiran Hidup. Kebanyakan guru tidak menguasai kemahiran ICT dengan baik,
mereka kurang mahir dalam penggunaan computer kerana kuang pendedahan kepada
pengetahuan ICT yang terkini. Perasaan bibang dan tidak yakin akan diri sendiri di
kalangan guru merupakan faktor penghalang yang paling utama untuk guru-guru
menguasai teknologi baru. Halangan atau kekangan yang ketara yang boleh didapati
bagi guru dalam penggunaan perisian ialah pengensalian paparan skrin semasa
pengajaran menggunakan computer iaitu dari segi teknikal penyediaan untuk membuat
sambungan alatan ke computer mengambil masa yang agak lama oleh guru. Akan
tetapi, masalah boleh diselesaikan sekiranya guru kerap menggunakan alatan teknologi
canggih tersebut atas sebab pengetahuan dan pengalaman guru terhadap alatan
tersebut semakin bertambah. Penggunaan computer merupakan satu teknologi moden
yang mampu menggantikan teknik pembelajaran secara tradisional malah lebih menarik
dari aspek gambaran grafik dan kesan suara. Pelajar akan lebih ditarik perhatan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Akhir sekali, guru-guru
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
3

seharusnya menguasai bidang computer atau teknologi canggih yang lain agar dapat
membimbing dan membantu pelajar menerokai maklumat pada tahap yang maksimum.




















Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
4

Refleksi Artikel 1
Memang tidak dinafikan pekembangan teknologi yang pesat mempengaruhi
sistem pendidikan di negara kita sehingga sistem pendidikan negara kita mengalami
tranformasi yang radikal selaras dengan visi 2020 untuk melahirkan modal insan yang
berkemahiran tinggi. Penggunaan teknologi canggih semasa proses pengajaran dan
pembelajaran boleh menunjukkan kepesatan pembangunan teknologi di negara
Malaysia serta penggunaan teknologi terutama computer dalam bilik darjah akan
mendatang faedah kepada pelajar dan juga gurunya. Guru akan sentiasa menghadiri
dengan kursus nerkaitan dengan komuter untuk meningkatkan kemahairan ICT mereka
dan pelajar pula boleh mempelajari isi kandungan pelajaran dengan cara yang lebih
menarik dan menyeronokan terutama bahan bantu mengajar berasakan kmoputer akan
disertai dengan grafik, animasi dan kesan audio yang akan menarik minat dan
perhatian pelajar.
Pada padangan saya, perisian Kemahiran Hidup adalah satu perisian yang
menarik untuk dipelajari oleh semua pelajar. Pelajar mudah mendapat maklumat
melalui perisian Kemahiran Hidup ini kerana maklumat yang disampaikan adalah
tersusun dan maklumat yang disampaikan selaras dengan sukatan pelajaran dalam
buku teks di sekolah. Penerapan nilai-nilai murni melalui perisian ini juga akan
mendorong pembentukan modal insan yang berhemah tinggi. Penggunaan grafik,
animasi dan kesan audio yang menarik biasanya akan menarik minat pelajar untuk
mempelajari mata pelajaran tersebut seterusnya memahami kandungan
pembelanjarannya yang disampaikan oleh guru menerusi perisian Kemahiaran Hidup
ini. Namun begitu, perisian ini cuma terdapat satu bahasa yang digunakan bahasa
sahaja iaitu Bahasa Melayu. Oleh yang demikian, diharapkan perisian Kemahiran Hidup
ini boleh diperkenalkan lagi dengan pelbagai bahasa lagi yang bersesuaian dengan
jenis sekolah yang mengunakannya biasanya Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Versi
bahasa yang berlainan diperkenalkan boleh membantu pelajar yang lemah dalam
Bahasa Melayu untuk memahami kandungan pelajaran yang ingin disampaikan dalam
perisian Kemahiran Hidup tersebut seterusnya dalam menanam minat pelajar terhadap
mata pelajaran tersebut.
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
5

Pengajaran mata pelajaran Kemahiran Hidup secara tradisional adalah amat
membosankan, dengan menggunakan perisian ini, maka suasana proses pengajaran
dan pembelajaran akan menjadi lebih menyeronokkan. Perisian Kemahiran Hidup ini
juga akan membantu guru melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu,
perisian ini juga akan menolong guru menjimatkan tenaga dan masa dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta membuat persediaan awal sebelum kelas
dimulakan. Penggunna perisian ini secara tidak langsungnya juga akan meningkatkan
motivasi dan minat di kalangan pelajar dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Dari aspek kekangan di kalangan guru pula, pada pendapat saya, guru
seharusnya menghadiri kursus computer yang ditawarkan untuk meningkat kemahiran
asas dalam penggunaan computer. Guru seharusnya kerap menggunakan perisian
yang diperuntukkan sebagai bahan bantu menagajar dalam bilik darjah untuk
meningkatkan kecekapan diri dalam penggunaan alatan yang berteknologi canggih.
Biasanya, guru akan mengambil masa yang agak lama untuk pemasangan kabel,
penyediaan computer dan paparan skrin. Oleh yang demikian, kekerapan guru
menggunakan alatan berteknologi canggih tersebut haruslah pada tahap yang tinggi
agar dapat melatihkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran asas computer dari
semasa ke semasa supaya boleh menjimatkan masa dan tenaga ketika pemasangan
alatan tersebut. Di samping itu, pihak sekolah juga seharusnya mendorong gurunya
untuk menggunakan perisian Kemahiran Hidup dalam bilik darjah. Sekolah-sekolah di
pedalaman biasanya tidak mempunyai kemudahan perkakasan teknologi yang
sempurna,. Oleh itu, kegagalan penggunaan perisian ini sebagai bahan bantu mengajar
di sekolah pedalaman adalah tidak boleh dinafikan. Bagi sekolah-sekolah di Bandar,
guru seharusnya menggunakan perisian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
untuk menarik minat pelajar seterusnya menghapuskan suasana bosan dalam bilik
darjah. Pelajar yang belajar melalui perisian Kemahiran Hidup ini boleh melahirkan sifat
kreativiti dan lebih bermotivasi.
Konklusinya, perisian Kemahiran Hidup amat nerhuna semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Oleh itu, guru seharusnya
meningkatkan kemahiran diri dalam penggunaan teknologi terkini agar proses
pengajaran dan pembelajaran dapat dilicinkan malah kerberkesanan penyampaian ilmu
kepada pelajar juga akan terjamin dengan bahan bantu mengajar yang berteknologi
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
6

canggih sebegini. Minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut juga dapat dipupuk
dengan penggunaan computer yang lebih menerusi gambran grafik, animasi dan kesan
audio yang berkesan untuk menarik perhatian mereka.




















Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
7

Rumusan Artikel 2
Penggunan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah
Perubahan Information and Communication Technology (ICT) yang ketara sejak
kebelakangan ini memaksa bidang pendidikan di negara kit direncana semula agar
dapat memenuhi keperluan semasa. Guru-guru dihantar untuk menghadiri kursus
computer yang pelbagai bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas mengunakan
bahan bantuan mengajar dalam bentuk ICT. Computer sememangnya dapat membantu
guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembeajaran dalam bilik darjah dengan
lebih menarik dan menyeronokan. Guru seharusnya mempunyai pengetahuan
sekurang-kurangnya pada peringkt asas dalam mengendalikan perkakasan dan
perisian computer supaya membolehkan mereka dapat menyampaikan pengajaran
dalam kaedah yang lebih berkesan dan boleh menarik minat pelajar terhadap mata
pelajaran tersebut dalam bilik darjah. Tambahan pula, pembelajaran berasaskan
computer juga dapat meningkatkan pemahaman pelajar dalam aspek konsep teoritikal
serta penggunaan simulasi dan bantuan computer dapat meningkatkan tahap
pemahaman pelajaran dengan mudah. Selain itu, penggunan perisian pendidikan yang
paling awal diperkenalkan adalam perisian mata pelajaran sains. Perisian ini merukan
bahan bantu mengajar yang dapat membantu guru menyampaikan proses pengajaran
dan pembelajaran dalam bilik darjah serta menggantikan bahan maujid dan
meringankan tugas guru seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dalam keadaan
yang lebih menarik dan menyeronokkan dengan pelajarnya.
Selain itu, perisian pendidikan sains juga dapat menghidupkan suasana bilik
darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan lebih ceria.
Perisian ini juga dapat memudahkan pelajar memahani isi pelajaran dan menggalakan
pelajar berfikir secara kritis dan kreatif. Bahan pembelajaran berunsurkan multimedia
interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses
pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran
(Ropp, 1999). Di samping itu, penggunaan perisian pendidikan Sains juga dapat
membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan pelajar kerana terdapatnya
elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang lebih menarik berbanding dengan buku
teks (Ahmad, 2005). Penggunaan perisian pendidikan Sains juga dapat membantu
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
8

melicinkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, guru-guru seolah-
olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains yang
diperkenalkan dan kekerapan penggunaan perisian ini adalah pada tahap yang tidak
memuaskan.
Akan tetapi, guru-guru sains jarang menggunakan perisian pendidikan Sains
yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Proses penyeliaan guru
semasa mengajar di dalam bilik darjah dan rekod buku log penggunaan perisian
pendidikan jelas menunjukkan tahap kekerapan guru menggunakan perisian pendidikan
tersebut adalah pada tahap yang minimum sahaja. Dalam analisis kajian yang
dijalankan, kekerapan guru mnggunakan perisian pendidikan sengagai bahan bantu
mengajar menunjukkan penurunan yang ketara dari tahun 2004 hingga 2008.
Kekangan dalam diri guru menjadikan pengaplikasi perisian pendidikan Sains dalam
bilik darjah dalam tahap yang sederhana sahaja (Yasin, 2008). Tambahan pula, analisis
kajian juga mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains boleh menimbulkan rasa
seronok dalam kalangan pelajar dam secara langsungnya boleh membantu proses
pembelajaran pelajar. Kemampuan perisian pendidikan Sains kurang dipercayai oleh
para guru dan menyababkan penggunaannya adalah pada tahap yang sederhana di
peringkat sekolah.









Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
9

Refleksi Artikel 2
Penggunaan teknologi computer dalam bilik darjah untuk tujuan proses
pengajaran dan pembelanjaran sering kali diperdengari dan dilihat dalam surat khabar
mahupun laporan berita menerusi siaran televisyen dan siaran radio. Ya, saya memang
setuju dengan penyata yang menyatakan penggunaan teknologi computer harus
dilaksanakan dalam bilik darjah untuk tujun proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi komputer dalam bilik darjah adalah pelengkap kepada
penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pemahaman pelajar.
Perisian pendidikan Sains adalah perisian yang sering dikatakan di kalangan guru
Sains untuk dipergunakan sebagai bahan bantu mengajar dalam bilik darjah. Akan
tetapi, integrasi penggunaan computer dalam proses pendidikan masih amat
mengecewakan walaupun banyak peruntukan dibelanjakan bagi menggalakan
penggunaan computer, perkakasan dan perisian di sekolah pada masa kini (Chen,
2004).
Isu kekurangan pengetahuan dan kemahiran berkomputer di kalangan guru
diulang lagi dalam penggunaan perisian pendidikan Sains. Hasil kajian menunjukkan
kekerapan guru menggunakan perisian pendidikan Sains dalam bilik darjah adalah
rendah dan tahap pinjaman guru terhadap perisian pendidikan Sains dalan rekod juga
adalah tahap yang begitu rendah. Ini menunjukkan guru bukannya tidak mempunyai
pengetahuan dan kemahiran asas berkomputer, cuma mereka perlu mengambil masa
yang agak lama untuk pemasangan kabel, penyediaan computer dan paparan skrin.
Oleh yang demikian, guru haruslah kerap menggunakan alatan agar dapat melatihkan
diri dengan pengetahuan dan kemahiran asas computer dari semasa ke semasa
supaya boleh menjimatkan masa dan tenaga ketika pemasangan alatan tersebut.
Sebenarnya, penggunaan perisian pendidikan Sains adalah amat menyeronokan
dan ini akan menimbulkan rasa minat di kalanagan pelajar terhadap mata pelajaran
Sains. Perisian pendidikan Sains juga dapat mnghidupkan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang ceria dab juga membolehkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan
kreatif serta menggalakkan kebolehan imiginasi di kalangan pelajar. Saya berpendapat
perisian pendidikan Sains seharusnya kerap digunakan sebagai bahan bantu mengajar
dalam bilik darjah atas alas an perisian ini boleh mewujudkan suasana pengajaran dan
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
10

pembelajaran yang menarik dan seronok. Perisian pendidikan Sains dapat
meningkatkan pemahaman pelajar terhadap isi kandungan mata pelajaran melalui
elemen-elemen menarik dalam perisian pendidikan Sains misalnya gambaran grafik,
animasi dan kesan audio yand sememangnya akan mudah difahami. Selain itu, perisian
pendidikan Sains juga akan membolehkan pelajar berimiginasikan dunia nyata yang
sebenar berdasarkan grafik and animasi dalam memori perisian pendidikan Sains
tersebut.

















Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
11

Rumusan Artikel 3
Aplikasi Komputer dalam Pengajaran Bahasa: Penguasaan Guru dan Kekangan dalam
Pelaksanaan
Teknologi telah dibuktikan dapat meningkatkan produktiviti, menambahkan
motivasi, meenyokong pengajaran secara tidak langsung, kebolehan pengajaran yang
bersifat unik dan meningkatkan literasi maklumat (Roblyer & Schwier, 2003). Kajian
yang dijalankan oleh Stallard (1998) membuktikan bahawa keadaan yang menjadikan
sesuatu pengajaran tersebut tidak berkesan sekiranya terdapat kekurangan persediaan
guru untuk membangunkanpengajaran yang berbentuk computer. Selain itu,
permasalahan dari segi hardware untuk perisian kursus, sikap guru, pentadbir, latihan,
galakan keluarga dan pengaruh komuniti yang mempengaruhi keberkesanaan
pelaksanaan dalam bilik darjah (Moersch, 1995). Walaupun mata pelajaran Bahasa
Melayu (BM) hanya melibatan penguasaan kemahiran bahasa yang kelihatannya agak
mudah untuk dikuasai, namun masih terdapat beberapa isu yang dianggap boleh
menggangu keberkesanaan pengajaran. Masalah yang dinyatakan meliputi
penguasaan kemahiran asas BM seperti lisan, membaca dan menulis. Terdapat juga
pelajar pada tahap yang lebih tinggi masih tidak dapat memahami kandungan teks yang
dibaca dengan sempurna. Oleh yang demikian, penggunaan computer dalam
pengajaran mata pelajaran BM dilihat sebagai satu usaha yang sesuai untuk memberi
impak terhadap masalah kemahiran asas BM yang dihadapi. Penggunaan computer
dianggap sebagai satu usaha yang berupaya mengubah persepsi pelajar terhadap
pembelajaran mata pelajaran BM. Guru BM sebagai pengendali pengajaran seharusnya
mempunyai keterampilan dalam mengendalikan pengajaran bahasa berbatu computer.
Selaras dengan pelaksanaan program perisian pendidikan, guru perlu bersedia dengan
kemahiran dan pengetahuan selaras dengan keperluan pendidikan pada abad ke-21 ini
yang memerlukan pengajaran yang lebih berpusatkan pelajar dengan alatan bantu
mengajar yang berasaskan computer.
Pengajaran Bahasa Berbantukan Komputer (PBBK) dilaksanakan dalam empat
konsep untuk pelajar berinteraksi dengan bahan tersedia di dalam computer dan pelajar
akan menggunakan bahan dalam computer tersebut dengan bantuan daripada guru.
Guru memikirkan PBBK seharusnya dikaitkan dengan penggunaan internet agar pelajar
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
12

boleh memperoleh maklumat tambahan terutama dalam menguasai kemahiran bahasa
seperti menulis karangan. Pelajar juga boleh memperoleh pengetahuan tamabahan
melalui CD-ROM yang diperoleh dalam PBBK yang dilaksanakan. Bahan bantu
mengajar jenis elektronik boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran,
minat dan pemahaman mereka terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu.
Guru selalunya menghadapi masalah dalam mengaplikasikan teknologi dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian menunjukkan terdapat segelintir
guru berasa tidak selesa akan penggunaan computer, kekurangan kemahiran asas
computer and melayari internet menerusi masalah teknikal semasa mengajar dalam
bilik darjah dengan konsep PBBK serta masalah pendedahan dan kemudahan yang
disediakan di sekolah juga menyebabkan guru jarang mnggunakan perisian pendidikan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Selain itu, terdapat
juga guru yang menyatakan bahawa penggunaan computer dalam pengajaran BM
terhad kepada pengajaran kemahiran membaca sahaja serta penggunaan computer
tidak sebegitu sesuai untuk mengajarkan karangan dalam bilik darjah. Oleh yang
demikian, guru seharusnya menghadiri kursus computer tertentu supaya memiliki
kemahiran asas computer yang lebih kreatif untuk melaksanakan PBBk dalam bilik
darjah untuk menarik perhatian serta meningkatkan kemahiran ICT di kalangan pelajar
secara tidak langsungnya.
Penggunaan computer dalam pengajaran dapat menambahkan minat pelajar
terhadap mata pelajaran BM. Akan tetapi, pelajar yang pandai lebih berminat dalam
pengajaran apabila guru menggunakan computer sebagai bahan bantu mengajar,
manakala pelajar yang lemah pula akan kurang menunjukkan tahap minat mereka
terhadap pengajaran BM berasaskan computer. Analisis kajian juga menunjukkan
bahawa penguasaan menulis karangan kurang berkesan dengan menggunakan
komputer sebagai BBM dalam bilik darjah. Oleh itu, pembinaan dan penggunaan bahan
pembelajaran perlu lebih menekankan aspek multimedia dan interaktif bagi memberi
kesan pembelajaran yang positif kepada pelajar. Penggunaan bahan internet dan
pelayaran dalam muka web dalam internet semasa PBBK dilaksanakn dalam bilik
darjah boleh menarik minat pelajar.

Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
13

Refleksi Artikel 3
Pengajaran Bahasa Melayu dengan menggunakan computer merupakan kaedah
pengajaran yang dianggap bersesuaian dengan keperluan pendidikan pada masa kini.
Namun begitu, untuk melialisasikan kaedah ini dengan berkesan, maka para guru
bahasa perlulah menghadapi kekangan yang pelbagai. Pada masa yang sama, bahasa
Melayu sedang mengalami zaman penuh cabaran terutama dari segi pandangan umum
terhadap kepentingannya dalam pengajaran (D, 2007). Oleh yang demikian,
penggunaan komputer dalam pengajaran bahasa Melayu berupaya untuk
meningkatkan penguasaan pelajar terhadap bahasa tersebut dengan lebih baik. Aspek
latihan dalam perkhidmatan dalam kalangan guru bahasa, penyediaan bahan
pembelajaran interaktif berasaskan berkomputan, penggunaan internet sebagai bahan
bantu mengajar dalam bilik darjah serta penggunaan teknologi yang sesuai dalam
penyamaian semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan semasa
juga diambil perhatian untuk menambah baikkan penguasaan bahasa Melayu di
kalangan pelajar pada masa kini.
Guru seharusnya menguasai konsep pengajaran bahasa berbantukan computer.
Guru bahasa perlu pemahaman yang mantap tentang konsep PBBK terhadap kesan
kepada mutu pengajaran guru. Guru seharusnya memahami tiga komponen dalam
PBBK iaitu computer, bahasa dan pembelajaran (Finkbeiner, 2001). Guru haruslah
memahami konsep dan prosedur pelaksanaan pengajaran menggunakan komputer
agar memberi pembelajaran yang berkesan dan berkualiti kepada pelajar. Tambahan
pula, kursus computer yang dihadiri pleh para guru seharusnya kandungan kursus
tersebut merangkumi teknik menarik perhatian pelajar untuk bersama guru menerokai
bersama dalam perisian pendidikan bahasa berasaskan komputer dalam bilik darjah.
Di samping itu, pelbagai kekangan dihadapi oleh guru terutama guru bahasa
Melayu dalam melaksanakan pengajaran berbantukan computer. Guru akan
menghadapi kekangan dalam pengendalian computer, penyediaan bahan pengajaran
dan strategi sesuaian untuk kegunaan semasa proses pengajaran dan pembelajaran
(Stallard, 1998). Oleh yang demikian, pihak pentadbir sekolah seharusnya memastikan
guru-guru bahasa mempunyai persediaan yang tinggi menerusi tahap professional
terutama dalam penguasaan kemahiran pengajaran berbantukan computer supaya
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
14

boleh meningkatkan keberkesanan sesi pembelajaran di kalangan pelajar dlama bilik
darjah. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran yang berasaskan computer
akan memberi impak positif di kalangan pelajar iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran
tersebut akan menjadi lebih menarik jika dibandingkan dengan cra tradisional yang
amat membosankan pelajar terutama di kalangan pelajar yang lemah dalam mata
pelajaran bahasa Melayu.
Tambahan itu, penggunaan computer dalam pengajaran menulis karangan dapat
memberi kesan terhadap pencapaian pelajar yang lebih baik. Menulis karangan
menerusi penggunaan computer semestinya akan meningkatkan prestasi pelajar dalam
menguasai penulisan yang baik. Penggunaan internet yang luas untuk pencarian bahan
pembelajaran yanfg bermaklumat untuk penulisan karangan semestinya akan
meningkatan mutu penulisan tersebut. Akan tetapi, masalah peniruan akan menjadi isu
yang serius di kalangan pelajar. Oleh yang demikian, guru-guru bahasa seharusnya
menapiskan isi kandungan penulisan yang dihantar oleh pelajar supaya isu peniruan
tidak menjadi masalah yang begitu ketara dalam kalanagn pelajar.
Konklusinya, idea pengajaran bahasa Melayu berbantukan computer adalah idea
yang bagus. Bagi menjamin keberkesanan penyampaian idea semasa proses
pengajaran dan pembelajaran, guru-guru bahasa seharusnya menguasai kemahiran
asas computer serta strategi yang bersesuaian untuk menyampaikan pegajaran kepada
pelajar supaya pelajar boleh menerima ilmu pengetahuan yang ingin disampaikan.
Guru-guru bahasa sepatutnya perlu sentiasa mingkatkan kemahiran diri mengenai
penggunaan teknologi terutama dari segi computer dari semasa ke semasa kerana
selalunya perkembangan teknologi ini adalah pesat pada masa kini. Guru perlu
meningkatkan kemahiran kendiri dalam teknologi terkini agar dapat mencurahkan ilmu
pengetahuan tersebut kepada pelajarnya seterusnya menjamin keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran menerusi penggunaan computer.


Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
15

Rujukan
Ahmad, I. S. (2005). laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan
Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah.
International Islamic University Malaysia (IIUM).
Chen, L.-L. (2004). "Pedagogical Strategies to Increase Pre-Servise Teachers'
Confidence in Computer Learning" Educational Technology & Society (Vol. 7).
D, A. D. (2007). Bahasa Melayu dan cabaran global. Dewan Bahasa , 26-30.
Finkbeiner, C. (2001). One and all in CALL? Learner, moderator and researcher.
Computer Assisted Language Learning.
Heirich, R. (1993). Instructional Media New Technologies of Instuction. New York:
Macmillian Publicashing Co.
Moersch, C. (1995). Levels of technology implementation (loti): A framework for
measuring classroom technology use. Journal of Learning and Leading With
Technology.
Roblyer, M., & Schwier, R. (2003). Intergrating educational technology into teaching
(Canadian ed). Toronto: Prentice Hall.
Ropp, M. (1999). "Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use
Computers in Preservise Teacher Preparation" Jounal of Research on Computing in
Education. Boston: Pearson Education.
Stallard, C. (1998). Factors that influence the integration of technology into the
secondary curriculum. Retrieved from
http://ed.info.apple.com/education/techlearn/adapt/adaptfactors.html
Umar, I. N., & Maswan, S. (2004). Pendekatan Inkuiri dan Pembelajaran Berasaskan
Masalah Dalam Persekitaran Web. Universiti Sains Malaysia.
Yasin, H. M. (2008). penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal
di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis
Sarjana Muda.
Phang Chai Fung 770109135816 PPG JUN 20011 SCE2
16

Anda mungkin juga menyukai