Anda di halaman 1dari 28

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa mulai Oktober 2012

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7 8 9 10 11 12. 13 14 15 16

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah Pendidikan Guru Model Konseptual Pendidikan Guru Pengenalan Program Bina Insan Guru Matlamat dan Objektif Program BIG PPG Objektif Modul Pelaksanaan BIG PPG Struktur Pelaksanaan BIG PPG Agihan Tajuk dan Bidang Jawatankuasa Pelaksanaan dan Bidang Tugas Senarai Tugas Jawatankuasa Jadual Pelaksanaan Program BIG PPG Panduan dan Prosedur Pelaksanaan Peraturan dan Arahan Tetap Program Perkhemahan BIG PPG Spesifikasi Tajuk Bina Insan Guru PPG Prosedur Keselamatan Panel Modul

2 2 3 6 8 9 10 10 13 15 16 18 22 24 26 29

-2TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan Negara.

Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

-3TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU


Model Konseptual Pendidikan Guru dibina berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru ( FPG ) yang menekankan kepentingan tiga aspek asas iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang disepadukan merentasi semua disiplin mata pelajaran serta program yang dirancangkan seperti gambar rajah di bawah:
MODEL KONSEPTUAL PENDIDIKAN GURU
KETUHAN AN

ROHANI

Pengetahuan

Nilai

INTELEK

Kemahiran

EMOSI

JASMANI

KENDIRI

KEMASYARAKATAN

Model Konseptual Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan. Citra guru dalam ketiga-tiga dimensi ini dijelmakan dalam program yang dirancangkan seperti berikut: -4TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Ketuhanan

:Menganjurkan peningkatan ilmu, penghayatan dan amalan individu sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama.

Kemasyarakatan :Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan sebagai agen perubahan. Kendiri :Menjurus kepada pembinaan profesionalisme, daya ketahanan, patriotisme, pemupukan budaya ilmu dan pembentukan sahsiah dan berpekerti mulia.

Selaras dengan FPK dan FPG, model ini menggambarkan suatu usaha membina kekuatan dan ketahanan diri guru berasaskan kepatuhan kepada Tuhan dan kesejahteraan bermasyarakat. Hasrat ini dapat dicapai menerusi pelaksanaan kurikulum pendidikan guru yang menyepadukan aspek-aspek pengetahuan, kemahiran ikhtisas dan amalan nilai-nilai keguruan.Kurikulum Bina Insan Guru Program Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan( PISMP ) digubal dengan mengambil kira usaha menterjemahkan ketiga-tiga aspek iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai secara bersepadu yang diperjelas seperti berikut: Pengetahuan: Merangkumi pengetahuan dan kefahaman tentang kandungan ilmu bidang pengajian, teori pembelajaran, bahan kurikulum, pentaksiran dan pengurusan persekitaran pembelajaran serta sumber berkaitan bidang pengajian.

-5TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Kemahiran :

Merangkumi kemahiran intelek yang melibatkan penggunaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran, penyelesaian masalah dan membuat keputusan; penggunaan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan pengajaran pembelajaran; dan keupayaan memindahkan pengetahuan dan kemahiran yang dikuasai dalam pelbagai situasi sebenar.

Nilai

Merujuk kepada penerapan, penghayatan dan amalan nilai-nilai murni sebagai insan yang percaya dan patuh kepada ajaran agama dan kesejahteraan bermasyarakat Keguruan Malaysia. serta memiliki dan menampilkan nilai, etika dan amalan yang bertepatan dengan Prinsip Etika Kerja Perkhidmatan Awam dan Kod Etika

-6TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROGRAM BINA INSAN GURU BAGI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) 1. PENGENALAN PROGRAM BINA INSAN GURU
Guru adalah pembina generasi Malaysia. Pembangunan modal insan berkualiti tinggi merupakan suatu keperluan dalam usaha melahirkan rakyat yang berilmu, berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul. Bagi menjayakan wawasan dan matlamat pendidikan ini, guru-guru Malaysia perlu memiliki dan menguasai kekuatan ilmu dan intelek yang tinggi, penguasaan kemahiran profesional yang mantap serta diperkasakan dengan penguasaan kemahiran dan teknologi baru, penghayatan nilai dan etika keguruan serta kekuatan peribadi dan sahsiah yang terpuji selaras dengan hasrat negara. YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Perdana Menteri Malaysia ketika membentangkan Rancangan Malaysia

ke-9 di Parlimen telah menegaskan bahawa pendekatan kepada pembangunan modal insan haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Selaras dengan hasrat ini, pendidikan guru hendaklah berterusan sifatnya dan berpaksikan hasrat serta komitmen untuk membentuk, memupuk dan melahirkan insan guru yang berkualiti, iaitu yang memiliki pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji.

-7TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Kursus Bina Insan Guru (BIG ) merupakan suatu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Program ini melibatkan semua pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian. Program ini direalisasikan dalam tiga fasa yang dilaksanakan ditempat masing masing dalam sepanjang tempoh pengajian. Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri (real-self) dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru ( BIG ) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang unggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG).

-8TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

2.

MATLAMAT DAN OBJEKTIF PROGRAM BIG PPG


Program Bina Insan Guru ( BIG ) bermatlamat untuk melahirkan guru-guru yang mempunyai kemantapan akhlak, nilai-

nilai kerohanian dan keguruan, daya ketahanan diri yang tinggi serta aura keguruan yang selaras dengan prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru. Pembinaan insan guru merupakan usaha berterusan sepanjang program pendidikan keguruan berasaskan kesedaran bahawa profesion keguruan adalah mulia dan guru adalah pembina generasi negara. Program BIG akan bermula dengan Perkhemahan I yang akan dilaksanakan pada awal semester pertama. Aktiviti perkhemahan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar tentang ciri-ciri dan kualiti insan guru yang unggul mencakupi enam domain utama kandungan kurikulum BIG PPG. Fokus aktiviti perkhemahan ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar:

1.

Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran yang berbeza.

2. 3. 4.

Menggunakan ilmu dan kemahiran dalam pelaksanaan sesuatu tindakan, amalan atau aktiviti Menghayati ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Menilai kesesuaian ciri personaliti kendiri dan kerjaya keguruan serta membina pemikiran positif terhadap kerjaya keguruan.

5.

Berupaya mengurus diri dengan mempamerkan disiplin kendiri yang tinggi, kebolehan berdikari dan penampilan diri yang sesuai.

6.

Membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. -9TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

7. 8.

Mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi, rohani ( spritual ) dan sosial. Memupuk semangat berpasukan, bekerjasama dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas secara berkumpulan.

9.

Berupaya berfikir secara refleksif dan kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan secara berterusan

3.

OBJEKTIF MODUL PELAKSANAAN BIG PPG


Buku Panduan Pelaksanaan dan Modul BIG PPG ini bertujuan untuk mencapai objektif berikut: 3.1. 3.2. 3.3. Menjadi rujukan dan panduan kepada pelaksana program BIG PPG di Institut-Institut Perguruan di Malaysia Memastikan wujudnya kesetaraan dan keseragaman dalam pelaksanaan BIG PPG di Institut-Institut Perguruan Malaysia Memastikan pelaksanaan BIG PPG memenuhi matlamat kurikulum dan mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan.

- 10 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

4.

STRUKTUR PELAKSANAAN BIG PPG


Bil 1 2 3 Performa BIG PISMP Peringkat Tahun Pelaksanaan PPG Sem.1 Pkt 1 2012 45 10 Sem.2 Sem.3 Sem.4 Pkt 3 2014 10 35 10 Sem.5 Sem.6 Jumlah Jam

Pkt 2 2013

Pkt 4 2015 10 120

5.

AGIHAN TAJUK DAN BIDANG


Peringkat 2 Semester Perlaksanaan 4 dan 5 Pro Forma Kursus Jumlah Jam Catatan

WAJ 3114 ( Ceramah / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 2 (10 Jam )
1. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Ceramah ( 1 Jam ) Taklimat Kemasyarakatan ( 1 Jam ) 3 IPG 3 Jam dilaksanakan di IPG

2. Ceramah A. Pembinaan Insan Guru Yang Seimbang ( kumpulan sasaran - rakan sejawat ) i. Guru sebagai insan mulia ii. Kualiti peribadi dan profesionalisma seorang guru. iii. Pembelajaran berterusan dan seluas hayat. B. Guru dan Hubungan Komuniti ( kumpulan sasaran - 11 -

Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih tajuk A, B atau C untuk dilaksanakan Pelajar PPG sebagai pelaksana.

TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat

Semester Perlaksanaan

Pro Forma Kursus masyarakat setempat ) i. Cabaran guru merealisasikan pendemokrasian pendidikan. ii. Guru sebagai agen perubahan masyarakat. iii. Hubungan sekolah dan komuniti ke arah pembangunan pendidikan. C. Guru dan Akauntabiliti Profesionalisme ( kumpulan sasaran - rakan sejawat ) i. Pembinaan semula sikap ke arah perkhidmatan pendidikan bertaraf dunia ii. Guru reflektif menjana keberkesanan tugas. iii. Etika dan moral profesional. iv. Dasar dan wawasan pendidikan dan implikasinya kepada peranan dan tanggungjawab guru. 3. Aktiviti Kemasyarakatan A. Khidmat sosial ( sasaran adalah murid sekolah ) i. khidmat sosial dan kebajikan (rumah kebajikan, hospital, rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan lain-lain) ii. bantuan bencana (banjir, kebakaran, bencana alam) iii. gotong royong (membersihkan tanah perkuburan, rumah ibadat, pusat-pusat komuniti, khidmat kebajikan dan lain-lain). 4. Refleksi dan pelaporan untuk aktiviti 1 dan 2

Jumlah Jam

Catatan

Dilaksanakan di sekolah ( school based ) atau persekitaran setempat. Pelajar PPG boleh memilih tajuk i, ii atau iii untuk dilaksanakan Pelajar PPG sebagai Ketua Pelaksana.

- 12 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Peringkat

Semester Perlaksanaan

Pro Forma Kursus

Jumlah Jam

Catatan

WAJ 3114 ( Bengkel / Aktiviti Kemasyarakatan ) Pro Forma Fasa 3 (10 Jam )
1. Aktiviti di IPG ( IPG Based ) Taklimat Umum BIG ( 1 Jam ) Taklimat Ceramah ( 1 Jam ) Taklimat Kemasyarakatan ( 1 Jam ) 3 IPG 3 Jam dilaksanakan di IPG

2. Bengkel ( kumpulan sasaran - murid sekolah ) Bengkel Etiket dan Sosial a. Pengucapan awam b. Kesantunan berbahasa c. Tertib / adab di meja makan i. Pengendalian Majlis ii. Etika berpakaian 3. Aktiviti Kemasyarakatan ( kumpulan sasaran murid ) a. Khidmat kepada komuniti i. Kelas tambahan ii. Klinik subjek bimbingan / pembelajaran iii. Kempen kesedaran ( AADK, ASNB dan sebagainya ) 4. Membuat refleksi dan pelaporan bagi aktiviti 2 dan 3

Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan Dilaksanakan di sekolah ( school based ) Pelajar PPG boleh memilih sekurang-kurang SATU tajuk untuk dilaksanakan Pelajar PPG dikehendaki membuat pelaporan

- 13 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

6.

JAWATANKUASA PELAKSANA DAN BIDANG TUGAS


Struktur Jawatankuasa Induk Program Bina Insan Guru Peringkat Sekolah / Institusi Pengerusi Timbalan Pengerusi Setiausaha Bendahari Ahli Jawatankuasa : i. ii. iii. iv. v. Pengerusi Jawatankuasa Kerohanian dan Moral Pengerusi Jawatankuasa Peralatan Pengerusi Jawatankuasa Makanan Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan dan keselamatan ( Ketua Panitia Pendidikan Islam dan Moral ) ( Ketua Panitia Pend.Jasmani & Kesihatan ) ( Lantikan sekolah ) ( Lantikan sekolah ) ( Lantikan sekolah ) : : : : Guru Besar Penolong Kanan KK Pelajar PPG ( Program Pensiswazahan Guru ) ( Lantikan sekolah )

- 14 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA


Bil
1.

Jawatankuasa
Pengerusi (Guru Besar)

Bidang Tugas
Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk dan mesyuarat perancangan BIG PPG Menentukan dasar-dasar pelaksanaan BIG PPG peringkat IPG Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG Mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Induk dan mesyuarat perancangan BIG PPG ( b/p Guru Besar ) Mengawal selia perancangan program Pemantauan pelaksanaan program Melantik jawatankuasa kerja BIG PPG Menyediakan kertas cadangan pelaksanaan BIG PPG Menguruskan surat menyurat dan hubungan dengan agensi-agensi luar yang terlibat Membuat post mortem dan laporan pelaksanaan BIG PPG Menyediakan laporan penilaian BIG PPG Pemantauan pelaksanaan keseluruhan program Menyediakan laporan keberkesanan program dan menganalisis dapatan.

2.

Timbalan Pengerusi (Penolong Kanan KoKurikulum )

3.

Setiausaha (Pelajar PPG )

- 15 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

7.

CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU ( PPG ) PERINGKAT 2 7.1. Jadual Pelaksanaan : Aktiviti Ceramah / Bengkel
Hari 0800 Masa Slot 1 Pembinaan Insan Guru Seimbang LADAP Slot 1 Bengkel Etiket ( Pelajar ) Slot 2 Guru Dan Akauntabaliti Profesional LADAP Slot 2 Bengkel Gotong Royong Aktiviti Kemasyarakatan di Sekolah rehat Gotong Royong Aktiviti Kemasyarakatan di Sekolah 8.30 1000 1030 1230 2.00 2.30 3.30 4.00 5.00

1 Pendaftaran

Kudapan

Pendaftaran

Kudapan

Aktiviti Khidmat Masyarakat Kelas Tambahan

Aktiviti Khidmat Masyarakat Kelas Tambahan

- 16 TERHAD

Bersurai

Rehat

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

8.

PANDUAN DAN PROSEDUR PELAKSANAAN 8.1. PERANCANGAN AWAL DAN PERSEDIAAN PROGRAM

Program BIG PPG akan menjadi satu aktiviti perkhemahan yang sempurna jika terdapat perancangan dan persediaan dapat dibuat dengan teliti dan sistemetik. Oleh sebab itu, pihak Jawatankuasa Kerja program perlu mengadakan perbincangan, mesyuarat dan permuafakatan dalam mengenal pasti beberapa perkara penting sebelum, semasa dan sesudah program dijalankan. Antara perkara yang perlu diuruskan ialah: a. b. c. d. e. f. g. h. i. Penubuhan dan pemilihan Jawatankuasa Kerja Menyediakan Kertas kerja pelaksanaan dan mengemukakan kepada pihak sekolah untuk tujuan kelulusan Memilih dan menentukan lokasi dan tapak perkemahan Merancang pengisian aktiviti program perkhemahan Merancang perbelanjaan catuan bahan basah dan kering Taklimat dan merancang latihan asas kepada peserta kursus Memberi taklimat kepada jurulatih / fasilitator dan urusetia Merancang dan menentukan bantuan logistik yang diperlukan Mengenal pasti dan menyediakan peralatan yang diperlukan

- 17 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

9.

TINDAKAN YANG PERLU DILAKSANAKAN SEBELUM PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

Bil 1.

Perkara Taklimat Pertama Program BIG PPG Kepada Pelajar

Isi Kandungan Selepas Minggu Pengurusan Pelajar Baru 1. Rasional BIG PPG 2. Objektif BIG PPG 3. Model Konseptual BIG PPG (Rujuk sukatan BIG PPG) 4. Struktur Organisasi 5. Penulisan Refleksi / Folio 6. Persiapan awal 7. Etika Peserta BIG PPG 8. Keadaan Fizikal 9. Peralatan 10. Status Kesihatan 11. Kuatermaster makanan 12. Kuatermaster peralatan 13. Kebajikan dan Keselamatan 14. Jadual Pelaksanaan Perancangan Pelaksanaan Program 1. Lokasi Program 2. Tarikh Program 3. Lawatan Tapak 4. Perhubungan luar 5. Peralatan 6. Pembahagian tugas Kem Komander /Jurulatih / Fasilitator 7. Kos 8. Kebajikan / makanan - 18 -

Tindakan Dikendalikan oleh Penyelaras Program BIG PPG IPG

2.

Mesyuarat Perancangan Pelaksanaan BIG PPG

Pelajar PPG dengan Jawatankuasa Pelaksana BIG PPG peringkat sekolah.

TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA PROGRAM BINA INSAN GURU PPG Bil 1. Perkara Taklimat kepada peserta perkhemahan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 2. Pelaksanaan Aktiviti 1. 2. 3. Isi Kandungan Memperkenalkan Jurulatih / Fasilitator Siri BIG PPG kepada peserta. Pembahagian Tugas kepada peserta Keadaan Fizikal Peralatan Status Kesihatan Kuatermaster makanan Kuatermaster peralatan Kebajikan dan Keselamatan Jadual Pelaksanaan Pergerakan Aktiviti Disiplin Peserta Peraturan Perkhemahan Jadual Aktiviti Pembahagian Nombor Peserta (Numbering). Arahan tetap yang merangkumi prosedur sebelum aktiviti. Melaksanakan semua komponen dalam jadual Penilaian dan penulisan refleksi Tindakan Pelajar PPG

Ketua Jurulatih / Jurulatih / Fasilitator

- 19 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU Bil 1. Perkara Taklimat Penutup Siri BIG PPG 1. 2. 3. 4. 5. 1. 2. 3. 4. 5. Isi Kandungan Protokol acara penutup siri BIG PPG Perbarisan Penyerahan Bendera Ucapan Ketua Kumpulan Ucapan VVIP Membersihkan peralatan dan kawasan perkhemahan. Memastikan peralatan adalah dalam keadaan yang baik. Pemulangan peralatan dengan amaun yang sama. Menyusun peralatan. Pemulangan kad nombor. Tindakan Ketua Jurulatih / Jurulatih / Fasilitator /

2.

Tindakan sebelum perjalanan pulang

Peserta di bawah pemantauan Ketua Jurulatih / Jurulatih / Fasilitator

SELEPAS PROGRAM BINA INSAN GURU Bil 1. Perkara Tindakan Selepas perkhemahan 1. 2. 3. 4. Isi Kandungan Tindakan

Membuat refleksi / laporan Penyelaras Program BIG perlaksanaan BIG PPG PPG IPG Menyediakan dokumentasi audio/video untuk tujuan pelaporan dan penilaian Menyiapkankan portfolio. Surat Penghargaan kepada agensi yang membantu program BIG PPG (cth: - 20 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

5. 10.

Polis, Jabatan Hutan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, , Jabatan Laut / Marin, Penghulu) Post- Mortem dan Laporan Ketua Jurulatih

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP PROGRAM PERKHEMAHAN BIG PPG Peraturan dan arahan tetap perkhemahan program Bina Insan Guru perlu dilaksanakan dan dikuatkuasakan supaya

program dan aktiviti yang dirancangkan dapat berjalan dengan lancar, berdisiplin, selamat dan mencapai objektif. Peraturan dan arahan tetap adalah seperti berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Peserta mesti mematuhi semua arahan, jadual aktiviti dan melibatkan diri secara menyeluruh dalam setiap aktiviti BIG PPG. Peserta hendaklah menjalinkan hubungan silaturahim, kenal mengenal dan hormat menghormati antara satu sama lain. Peserta hendaklah mengawal diri sendiri, berdisiplin dan mempamerkan tingkah laku yang terpuji sepanjang perkhemahan . Peserta yang beragama Islam diwajibkan mengerjakan solat berjemaah di tapak perkhemahan apabila masuk waktu solat. Peserta diwajibkan meghadirkan diri dan menepati masa dalam setiap program / aktiviti yang dilaksanakan. Peserta mesti menjaga dan bertanggungjawab terhadap peralatan yang disediakan. (Dilarang merosak atau memindahkan peralatan ke tempat lain tanpa kebenaran) Peserta dilarang merokok sepanjang masa perkhemahan. Peserta dilarang membuang sampah di merata tempat dan bertanggungjawab menjaga kebersihan kawasan.

- 21 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

9.

Peserta dilarang menebang atau merosakkan pokok dan perlu sentiasa mengamalkan sikap mesra alam sekitar.

10. Peserta lelaki dilarang masuk ke kawasan perkhemahan perempuan dan juga sebaliknya tanpa kebenaran. 11. Pergaulan sihat secara kumpulan adalah dibenarkan tetapi berpasangan lelaki dan perempuan sepanjang perkhemahan adalah ditegah. 12. Peserta mesti sentiasa berpakaian yang sesuai dengan aktiviti (berlandaskan tuntutan agama ) dan dilarang memakai selipar atau kain pelikat di dewan makan atau mana-mana kawasan rasmi perkhemahan. 13. Peserta dilarang membawa dan memakai barang kemas semasa aktiviti perkhemahan. 14. Segala bentuk perjudian dan minuman keras diharamkan sama sekali. 15. Peserta tidak dibenarkan berkeliaran di luar khemah selepas jam 11.00 malam. 16. Peserta dilarang memancing, berburu, menangkap dan membunuh fauna atau merosakkan habitatnya. 17. Peserta dilarang membeli makanan dan minuman dari luar semasa aktiviti perkhemahan. 18. Peserta dilarang keluar dari kawasan perkhemahan kecuali semasa aktiviti rasmi atau dengan kebenaran. 19. Peserta bertanggungjawab terhadap penjagaan diri, peralatan dan harta persendirian. 20. Peserta dilarang membakar dalam kawasan perkhemahan tanpa kebenaran. 21. Penggunaan peralatan berbahaya dan berisiko perlu mendapat kebenaran dan pengawasan jurulatih / fasilitator. 22. Peserta dilarang menggunakan telefon bimbit tanpa kebenaran. 23. Peserta mesti mematuhi lain-lain arahan keselamatan berkaitan pelaksanaan sesuatu aktiviti yang dilaksanakan. 24. Peserta yang melanggar peraturan akan diberi amaran atau dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Keselamatan / Urusetia. PERINGATAN Pelajar PPG dikehendaki berada bersama pelajar dari mula sehingga tamat aktiviti perkhemahan dan pada setiap aktiviti yang dijalankan. Kenderaan kecemasan perlu disediakan dan berada sepanjang masa di kawasan perkhemahan. - 22 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SPESIFIKASI TAJUK BINA INSAN GURU PPG


TAJUK / AKTIVITI 1. Perkhemahan BIG PPG 1. Menguruskan aktiviti perkhemahan. Perancangan, pemilihan tapak, pembahagian tugas Pembinaan khemah, penyediaan dan penyajian makanan Pembubaran khemah Nyanyian patriotik Menaikkan bendera Kawad kaki Senamrobik / aktiviti kalistenik 3. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - Ice Breaking Personaliti Guru dan Konflik Personaliti Realiti persekitaran Realiti diri dan motivasi keguruan Berjiwa merdeka dan perkasa Membina kemahiran pengurusan diri dan kumpulan. Membina kemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah Membina kemahiran mengurus perubahan diri, organisasi, dan persekitaran. Kerohanian dan akhlak keguruan Mengenali dan menilai potensi diri insan guru Potensi kendiri Personaliti kerjaya Citra diri insan guru 45 jam. KANDUNGAN JAM INTERAKSI

Aktiviti:

2. Malaysia cergas dan patriotik.

Membina pemikiran positif dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan. Menghayati nilai, etika dan akhlak keguruan. Pembangunan insan guru yang seimbang. Berilmu, beramal dan berbakti Mengamalkan semangat berpasukan, kerjasama

- 23 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

TAJUK / AKTIVITI Perubahan sikap Pembinaan self-esteem Berjalan merentas rimba Berjalan lasak Aktiviti penghayatan alam Penggunaan kompas dan peta lakaran Penyelesaian masalah

KANDUNGAN dan bertanggungjawab. Menghayati konsep kerja sebagai ibadah dan hidup berbakti. Berakauntabiliti dan amanah Berakauntabiliti kepada profesion keguruan Memahami realiti persekitaran dan responsif secara positif kepada keadaan dan keperluan persekitaran berkenaan. Berdaya tahan yang tinggi Meningkatkan daya ketahanan dan kekuatan jasmani, emosi,rohani dan sosial. Kreatif dan inovatif Membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya menjana pemikiran baru. Membuat refleksi secara kritikal ke atas pengalaman, kekuatan dan kelemahan diri serta mengambil tindakan penambahbaikan.

JAM INTERAKSI

4. Kembara dan Orienteering

5. Tazkirah / aktiviti moral 6. Persembahan kumpulan 7. Refleksi Refleksi aktiviti Refleksi umum

- 24 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

PROSEDUR KESELAMATAN BIG PPG PISMP SEBELUM AKTIVITI 1. Pelajar PPG a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. k. l. m. Menguruskan borang kebenaran waris / penjaga. Memastikan setiap peserta dilindungai insuran/takaful PTKB. Taklimat pelaksanaan BIG PPG Jurulatih, dan semua AJK. Taklimat pelaksanaan BIG PPG peserta / pelajar Memilih & Memastikan tapak perkhemahan Memastikan peralatan dalam keadaan baik & selamat digunakan Memaklumkan kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab seperti Polis,Bomba dan Penyelamat dan hospital terdekat Memastikan jurulatih yang berkelayakan menjalankan tugas Memastikan peserta memulakan perjalanan di Institut dan tamat di institut Memastikan peralatan & ubat-ubatan dibawa bersama Memastikan semua peserta / pelajar dalam keadaan sihat sebelum, semasa dan selepas aktiviti BIG PPG Memastikan pengangkutan pelajar terurus dengan baik pergi dan balik Memastikan borang-borang penilaian yang berkaitan mencukupi untuk digunakan

- 25 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SEMASA AKTIVITI 1. KEM KOMANDAN a. Tiba lebih awal di tapak perkhemahan b. c. d. e. f. g. Memastikan tapak perkhemahan selamat dan ada kemudahan air dan eletrik Memastikan semua jurulatih yang dilantik sampai di tapak perkhemahan sebelum memulakan aktiviti Taklimat kepada jurulatih tentang spesifikasi tugas dan keselamatan pelajar Taklimat kepada peserta/ pelajar tentang spesifikasi tapak perkhemahan Memastikan semua peserta menduduki kawasan yang telah disediakan Menentukan kawasan / tempat yang selamat berkumpul sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini / waktu kecemasan 2. JURULATIH AKTIVITI KETAHANAN a. b. c. d. e. f. g. h. i. Membuat tinjauan awal ke lokasi aktiviti Head Count untuk memastikan semuanya selamat Memastikan semua bilangan peralatan mencukupi dan selamat digunakan Membuat laporan sekiranya kehilangan / kerosakan peralatan kepada QM Peralatan Melaporkan keadaan / perubahan struktur muka bumi di lokasi aktiviti kepada kem komandan Menunjuk cara menggunakan peralatan dengan betul dan selamat Memberi penerangan tentang keselamatan diri Mengenal pasti tahap kebolehan kesihatan dan kecergasan pelajar sebelum melaksanakan aktiviti Menyediakan satu pelan tindakan sekiranya berlaku kemalangan semasa aktiviti

- 26 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

SELEPAS AKTIVITI 1. KEM KOMANDAN a. b. c. d. e. f. g. h. i. j. Menerima Laporan ketua jurulatih Menerima Laporan Kuarter Master Kebajikan dan Keselamatan Menerima Laporan Kuarter Master Peralatan Menerima Laporan Kuarter Master Makanan Menerima Laporan Kewangan daripada Bendahari. Memastikan peralatan yang digunakan dibersihkan selewat-lewatnya 1hari selepas perkhemahan Memastikan semua peralatan mencukupi dan dalam keadaan baik Memastikan surat penghargaan dihantar kepada agensi yang membantu program BIG PPG contoh Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Marin, Jabatan Hutan dan lain-lain lagi Menyediakan sijil-sijil penyertaan kepada peserta yang mengambil bahagian. Memastikan laporan penilaian dan segala bukti perlaksanaan perkhemahan dihantar kepada mentor kuliah berkenaan di IPG masing-masing ( Mesti dihantar pada interaksi bersemuka berikutnya )

- 27 TERHAD

PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM BINA INSAN GURU PPG

AHLI PANEL PENGGUBAL DAN PEMURNIAN BUKU PANDUAN PELAKSANAAN BINA INSAN GURU-PPG November 2012 Bil. 1 2 5 4 5 6 7 Nama Puan Hjh Dr.Noriati binti Abd,Rashid En.Baharuddin bin Ab.Latiff En. Mohamad Hafedz b. Salleh Tuan Haji Ruslan bin Saad Tuan Haji Mohamad Noor bin Awang En.Hishamudin bin Hassan En.Sudin bin Sarmin Penasihat Penyelaras Ahli Ahli Ahli Ahli Ahli Jabatan / Institut Pengarah Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM Pusat Pengembangan Akademik, IPGM, KPM IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah Darul Aman IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Sg.Petani Kedah Darul Aman IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bharu DT IPG Perlis, Behor Pulai, Perlis

HAK CIPTA TERPELIHARA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA OKTOBER 2012

- 28 TERHAD

Anda mungkin juga menyukai