Anda di halaman 1dari 4

Disediakan oleh: Christina Chee, Harris Hutchinson & Phang Chai Fung

Amali 1(a) Tajuk: Keperluan Asas Tumbuhan Tujuan: Mengkaji sama ada cahaya Matahari ialah keperluan asas tumbuhan. Bahan: Tumbuhan yang sihat dengan daun yang besar. Kertas hitam yang tebal Klip kertas 1. 2. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya Kertas hitam yang tebal di potong mengiktu bentuk yang disukai dan diletakkan

Prosedur: matahari dipilih. pada pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut diklipkan dengan klip kertas untuk beberapa hari. 3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan.

Analisis Data Sebelum Eksperimen Semasa Eksperimen Selepas Eksperimen

Daun yang masih hijau dan segar.

Permukaan atas daun yang ditutup dengan kertas hitam.

Jalur berwarna kuning terbentuk di atas permukaan daun

Perbincangan:

Disediakan oleh: Christina Chee, Harris Hutchinson & Phang Chai Fung

Sebelum eksperimen dijalankan, daun pada tumbuhan tersebut adalah berwarna hijau dan sihat. Selepas eksperimen , daun pada tumbuhan tersebut bertukar warna kepada hijau kekuningan dan kelihatan kurang sihat. Ini adalah kerana tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk menjalankan proses fotosintesis. Fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau membuat makanan sendiri. Tumbuhan hijau mempunyai klorofil. Klorofil yang terdapat dalam daun hijau menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga ini untuk membuat makanan daripada karbon dioksida yang terdapat di udara dan air daripada tanah. Kesimpulan: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapa cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis.Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup dengan subur dan sihat.

Maklumat dari sumber lain:

Disediakan oleh: Christina Chee, Harris Hutchinson & Phang Chai Fung

a)

Revisi Prioriti UPSR Sains Tahun 4, 5 dan 6. Edisi Khas untuk calon 2004 (SASBADI) Tumbuhan hijau adalah berbeza daripada haiwan kerana tumbuhan hijau boleh membuat makanan sendiri. Proses membuat makanan oleh tumbuhan hijau dipanggil fotosintesis. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, klorofil, air, dan karbon dioksida untuk membuat makanan. Klorofil yang terdapat dalam daun hijau menyerap tenaga daripada cahaya matahari. Tumbuhan hijau menggunakan tenaga ini untuk membuat makanan daripada karbon dioksida yang terdapat di udara dan air dari dalam tanah.

b)

Nexus Xpress Science UPSR Year 4, 5 and 6. (SASBADI) c) Keperluan asas tumbuhan ialah air, udara, dan cahaya matahari. Tumbuhan hijau membuat makanannya sendiri melalui proses yang disebut fotosintesis. Tumbuhan mendapat tenaga daripada cahaya matahari. Tumbuhan menyerap cahaya matahari melalui daun-daunnya untuk membuat makanan. http://5thnstghdcnie.blogspot.com/2011/04/praktikal-1-keperluan-asas-tumbuhan.html Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui simpanan hidrogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Radiasi elektromagnetik yang diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses fotosintesis. Fotosintesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat tenaga. Tumbuhan menggunakan cahaya merah dan biru untuk fotosintesis. Warna-warna ini dan warna merah yang berada dihujung spektrum turut mempengaruhi tumbesaran tumbuhan, percambahan benih, pembungaan dan proses-proses yang lain. Kadar fotosintesis yang bagus memerlukan keamatan cahaya yang bersamaan dengan cahaya matahari.

Disediakan oleh: Christina Chee, Harris Hutchinson & Phang Chai Fung

Proses seperti pembungaan dan keguguran daun dipengaruhi oleh tempoh tumbuhan terdedah kepada cahaya atau kepanjangan waktu siang.

Anda mungkin juga menyukai