Anda di halaman 1dari 28

Tajuk : Matahari ialah keperluan asas tumbuhan.

Eksperimen 1

Pengenalan : Cahaya matahari adalah punca tenaga diperlukan bagi mengekalkan proses hidupan di dalam ekosistem. Bagi tumbuhan, cahaya matahari merupakan komponen utama dalam menjalankan fotosintesis. Fotosintesis adalah satu proses di mana tenaga daripada cahaya matahari ditukar menjadi tenaga kimia. Fotosintesis melibatkan penggunaan proses karbon dioksida, air dan pengeluaran molekul-molekul gula yang kompleks serta gas oksigen. Dalam proses ini, tenaga cahaya matahari ditukar menjadi atom-atom di dalam molekul gula. Karbohidrat (gula, kanji, glukosa) disintesiskan dan tenaga dihasilkan. Kuantiti cahaya dan kualiti cahaya mempengaruhi pertumbuhan pokok. Kuantiti cahaya merangkumi intensiti cahaya, jangkamasa penerimaan cahaya manakala kualiti cahaya melibatkan panjang gelombang cahaya dan arah cahaya diterima oleh tumbuhan. Kualiti cahaya, intensiti cahaya dan jangkamasa penerimaan cahaya adalah penggalak pertumbuhan pada tumbuhan normal. Intensiti cahaya adalah penggalak yang paling kritikal terhadap proses fotosintesis. Tumbuhan memerlukan cahaya untuk menjalankan proses fotosintesis dan hasilnya digunakan untuk proses respirasi dan tumbesaran. Tumbuhan yang membesar mengalami pertambahan berat dengan kehadiran karbohidrat yang disintesiskan. Dalam pertumbuhan batang, intensiti cahaya yang terlalu tinggi pula akan menghalang pemanjangan sel dan ini akan menghadkan pertumbuhan kebanyakkan tumbuhan peringkat tinggi. Manakala bagi pertumbuhan daun pula intensiti cahaya yang tinggi akan menyebabkan daun menjadi kecil dan tebal tetapi tumbuh lebat. Penerimaan intensiti cahaya yang rendah akan

menghasilkan daun yang besar, tipis dan mempunyai epidermis yang tipis,

bilangan palisad yang kurang, parenkima lebih berspan dan mempunyai lebih banyak stomata.

Objektif : Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu cahaya matahari.

Hipotesis : Tumbuhan tidak dapat hidup tanpa cahaya matahari. Tumbuhan memerlukan keperluan asas ini untuk terus hidup.

Bahan dan alat radas :

Rajah 1: Sepokok rambutan (Nephelium lappaceum) yang sihat dengan daun yang besar.

Rajah 2 : Kertas hitam yang tebal.

Rajah 3 : Kelip kertas.

Prosedur:

1.

Tumbuhan iaitu pokok rambutan (Nephelium lappaceum) yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran cahaya matahari dipilih oleh saya.

Rajah 4 : Tumbuhan yang dipilih untuk menjalani eksperimen.

2.

Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk saiz daun rambutan (Nephelium lappaceum) dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian kertas tersebut dikelip dengan kelip kertas untuk beberapa hari.

Rajah 5 : Daun yang diklip dengan kertas hitam dan kelip kertas.

3.

Setelah beberapa hari, kertas hitam tersebut dialihkan. Hasilnya diperhatikan oleh saya. Keputusan pemerhatian Hari 1: Daun tidak menunjukkan perubahan Hari 2: Daun masih tidak ada perubahan Hari 3: Daun mulai kelihatan kekuningan sedikit Hari 4: Daun mulai layu dan kelihatan kekuningan Hari 5: Daun layu dan kelihatan kekuningan yang ketara Hari 6: Daun layu dan kelihatan kekuningan yang lebih ketara Hari 7: Daun terus gugur Inferens Daun layu dan gugur Keadaan ini berlaku kerana bahagian yang ditutpi oleh kertas hitam tebal menghalang daun mendapat cahaya matahari kemudian menyebabkan daun tidak dapat menjalankan proses fotosintesis.

Rajah 6 : Daun layu dan gugur.

Perbincangan :

1. Eksperimen 1, daun yang diklip dengan kertas hitam tebal dan kelip kertas pada peringkat mula tiada sebarang perubahan. Tetapi pada hari ketiga mulai nampak sedikit kekuningan dan kemudian pada hari kelima mulai layu serta

kelihatan kekuningan yang ketara seterusnya pada hari ketujuh terus gugur.

2. Saya mencadangkan melakukan eksperimen dalam tempat yang boleh menerima cahaya matahari tetapi tidak akan dikenakan air hujan semasa hujan, seperti rumah hijau. Ini adalah kerana dalam masa menjalankan eksperimen ini saya terpaksa mengalihkan pot bunga yang tidak disiramkan air semasa waktu yang tiada cahaya matahari tetapi cuaca yang hendak hujan supaya mengelakkan pot bunga tersebut terkena air hujan.

3. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup. Ini kerana, cahaya diperlukan untuk membuat makanan semasa proses fotosintesis.

Tumbuhan menggunakan cahaya untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. 4. Terdapat 3 aspek cahaya yang mempengaruhi tumbesaran tumbuhan iaitu: kualiti, kuantiti dan tempoh masa.Tumbuhan menggunakan cahaya merah dan biru untuk fotosintesis. Warna-warna ini dan warna merah yang berada dihujung spektrum turut mempengaruhi tumbesaran tumbuhan, percambahan benih, pembungaan dan proses-proses yang lain.Kadar fotosintesis yang bagus memerlukan keamatan cahaya yang bersamaan dengan cahaya matahari.Proses seperti pembungaan dan keguguran daun dipengaruhi oleh tempoh tumbuhan terdedah kepada cahaya atau kepanjangan waktu siang.

5. Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui simpanan hidtogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Radiasi elektromagnetik yang diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses fotosintesis. Fotosintesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat tenaga. Kesimpulan :

Saya telah menjalankan eksperimen cahaya matahari ialah keperluan asas bagi tumbuhan. Daun tumbuhan yang tidak menerima cahaya matahari dalam beberapa hari ia akan layu dan kelihatan kekuningan akhirnya gugur. Ini telah buktikan tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup dengan sihat.

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari kerana cahaya matahari terdiri daripada radiasi elektromagnetik yang dibebaskan sebagai tenaga ketika matahari menghasilkannya melalui simpanan hidtogen yang letaknya berjuta-juta batu dari Bumi. Radiasi elektromagnetik yang diterima oleh tumbuhan adalah kunci utama dalam proses fotosintesis. Fotosintesis adalah penting kerana melalui cara inilah tumbuhan mendapat tenaga. Tanpa cahaya matahari tumbuhan tidak dapat menjalani proses fotosintesis, tiada proses fotosintesis tiada makanan tumbuhan dihasilkan akhirnya tumbuhan itu akan layu dan mati.

Saya mempelajari tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Tumbuhan menggunakan cahaya matahari untuk menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. Eksperimen 1 yang saya menjalani menunjukkan bahawa fotosintesis hanya berlaku ketika terdapat cahaya matahari dan kanji akan terhasil di dalam fotosintesis sebagai makanan tumbuhan.

Rujukan :

1. David Applin.2002.Biology.United Kingdom.Nelson Thornes 2. Lim Teong Kheng,Tai Lung Aik, Mahyudin Ahmad.1991.Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pusaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 3. http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/02/keperluan-asas-bagitumbuhan-basic.html 4. http://www.scribd.com/doc/49037935/Teori-Keperluan-Asas-Tumbuhan 5. http://5thnstghdcnie.blogspot.com/2011/04/praktikal-1-keperluan-asastumbuhan.html 6. http://komuniti.iluvislam.com/topic/26617-cara-menggalakkan-kanak-kanakaktif/ 7. http://fazlisyam.com/2008/10/18/kepentingan-cahaya-terhadappertumbuhan/ 8. http://daunmudha.blogspot.com/2010/02/peranan-air-bagi-tanaman.html 9. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaranudara-kepada-manusia-dan-alam-sekitar/

Tajuk : Air ialah keperluan asas tumbuhan.

Eksperimen 2

Pengenalan : Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara (gas karbon dioksida) dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapatkan air melalui akarnya dan

mendapatkan udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya. Air merupakan sumber kehidupan, tanpa air tidak ada makhluk yang dapat hidup. Begitu juga bagi tumbuhan, Jika tanpa air, tumbuhan akan mati akibat kekeringan. Air merupakan bahan untuk fotosintesis, tetapi hanya 0,1% dari total air yang digunakan untuk fotosintesis. Air yang digunakan untuk transpirasi tumbuhan sebanyak 99 %, dan yang digunakan untuk hidrasi 1 %, termasuk untuk memelihara dan menyebabkan pertumbuhan yang lebih baik. Air bertindak sebagai pelarut bagi mineral and menyimpan makanan yang akan diperlukan oleh tumbuhan. Penyejatan air di atas permukaan daun membantu menyejukkan tumbuhan ketika cuaca panas sepertimana proses perpeluhan yang dialami oleh manusia untuk membantu menyejukkan badan. Tumbuhan juga memerlukan air ketika musim sejuk. Air diserap dan disimpan di dalam akar semasa musim sejuk. Apabila air menjadi beku, pergerakan air adalah sangat terhad. Dalam keadaan cuaca berangin dan sejuk, pokok-pokok yang mempunyai daun lebar seperti rhododendrons, akan menggulung atau memintal. Pemintalan daun mengurangkan luas permukaan untuk terdedah kepada kepada angin kering dan seterusnya mengurangkan penyejatan. Kehilangan air secara berlebihan akan menyebabkan tisu mati dan bertukar menjadi warna coklat. Keadaan yang dialami oleh tumbuhan tersebut adalah pengeringan.

Air merupakan reagen yang penting dalam proses-proses fotosintesis dan dalam proses-proses hidrolik. Di samping itu juga merupakan pelarut dari garamgaram, gas-gas dan material-material yang bergerak ke dalam tumbuhtumbuhan,melalui dinding sel dan jaringan esensial untuk menjamin adanya turgiditas, pertumbuhan sel, stabilitas bentuk daun, proses membuk dan menutupnya stomata, kelangsungan gerak struktur tumbuh-tumbuhan .

Kekurangan air akan mengganggu aktifitas fisiologis mahupun morfologis, sehingga mengakibatkan terhentinya pertumbuhan. Defisiensi air yang terus menerus akan menyebabkan perubahan irreversibel (tidak dapat balik) dan pada gilirannya tumbuhan akan mati. Objektif : Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu air.

Hipotesis : Tumbuhan tidak dapat hidup tanpa air. Tumbuhan memerlukan keperluan asas ini untuk terus hidup.

Bahan dan alat radas :

Rajah 1: Kacang hijau.

Rajah 2 : Air yang akan digunakan untuk menyiram kacang hijau.

Rajah 3 : Pot bunga kecil yang digunakan untuk menjalani eksperimen.

Rajah 4 : Tanah humus yang digunakan menjalani eksperimen.

Prosedur :

1.

Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi dengan tanah humus oleh saya.

Rajah 5 : Kacang hijau yang telah di tanam dalam tahah humus.

2.

Saya meletakakan kedua-dua pot bunga kecil di bawah cahaya matahari.

Rajah 6 : Kedua-dua pot bunga diletakkan dibawah cahaya matahari.

3.

Saya menyiramkan salah satu pot bunga dengan air secukupnya, manakala pot bunga satu lagi tidak disiramkan dengan air.

Rajah 7 : Menyiramkan salah satu pot bunga

4.

Selepas beberapa hari, hasilnya diperhatikan oleh saya

Tumbuhan Pot bunga yang disiramkan dengan air yang cukup

Keputusan pemerhatian Hari 1 : Kacang hijau tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Kulit kacang hijau mulai retak Hari 3 : Kacang hijau mulai cambah Hari 4 : Kacang hijau telah Tumbuh dan berdaun

Inferens Kacang hijau tumbuh dengan baik dan berdaun Hal ini berlaku kerana benih kacang hijau mendapat air yang secukupnya untuk tumbuh

Pot bunga yang tidak disiramkan dengan air

Hari 1 : Kacang hijau tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Kacang hijau masih tidak menunjukkan perubahan Hari 3 : Kacang hijau masih lagi tidak menunjukkan perubahan Hari 4 : Kacang hijau langsung tidak tumbuh

Kacang hijau tidak tumbuh Hal ini berlaku kerana benih kacang hijau tidak mendapat air yang secukupnya untuk tumbuh

Rajah 8 : Benih kacang hijau telah tumbuh dengan baik dan berdaun.

Rajah 9 : Benih kacang langsung tidak bercambah dan tumbuh.

Perbincangan :

1. Dalam eksperimen ini, dua pot bunga diletakkan dibawah cahaya matahari, tetapi benih kacang hijau dalam pot bunga yang disiramkan air yang secukupnya telah tumbuh dengan baik manakala benih kacang hijau yang berada dalam pot yang kering langsung tiada kesan bercambah.

2. Tumbuhan memerlukan air, tumbuhan akan mati sekiranya tidak mendapat air yang secukupnya untuk hidup. Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air yang cukup banyak sebelum proses metabolism selular dan tumbesaran berlaku. Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang mencukupi untuk melembapkan biji benih. 3. Pengambilan air oleh biji benih dikenali sebagai penyerapan yang akan menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Apabila biji benih dihasilkan, kesemua tumbuhan menyimpan makanan seperti kanji, protein, atau minyak untuk tumbesaran terhadap embrio yang terdapat di dalam biji benih. Apabila biji benih menyerap air, enzim hidrolitik diaktifkan untuk memecahkan makanan yang tersimpan kepada mineral dan bahanbahan kimia yang berguna, dan seterusnya membenarkan sel embrio untuk terus bercambah dan membahagi. 4. Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya akan habis. Oleh sebab itulah, biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan, nutrient dan cahaya untuk fotosintesis, yang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesaran yang berterusan.

5. Terdapat pelbagai fungsi air untuk tumbuhan, antaranya ialah untuk proses tranpirasi iaitu air digunakan memindahkan mikroelemen yang diperlukan seperti zink.

Kesimpulan : Di dalam pemerhatian eksperimen yang dijalankan oleh saya telah membuktikan air juga adalah keperluan asas bagi tumbuhan. Ini dapat dilihatkan pada tumbuhan yang mendapat air yang secukupnya dapat tumbuh besar dan berdaun hijau manakala tumbuhan yang tanam dalam tanah humus yang kering tidak bercambah langsung.

Air merupakan

elemen yang penting dalam

proses-proses

fotosintesis. Di samping itu juga merupakan pelarut dari garam-garam, gas-gas dan material-material yang bergerak ke dalam tumbuh-tumbuhan, melalui dinding sel dan jaringan esensial untuk menjamin adanya turgiditas, pertumbuhan sel, stabilitas bentuk daun, proses membuk dan menutupnya stomata, kelangsungan gerak struktur tumbuh-tumbuhan . Kekurangan air akan mengganggu aktifitas fisiologis mahupun morfologis, sehingga mengakibatkan terhentinya pertumbuhan. Oleh sebab itu, air telah dikategorikan sebagai keperluan asas bagi tumbuhan untuk hidup kerana air bertindak sebagai pelarut bagi mineral dan menyimpan makanan yang akan diperlukan oleh tumbuhan. Tanpa air tumbuhan akan layu dan mati atau langsung tiada kesan untuk hidup.

Dalam eksperimen ini, saya mempelajari biji benih memerlukan air untuk bercambah. Tumbuh-tumbuhan memerlukan air untuk memulakan proses pertumbuhan kerana dalam eksperimen yang saya menjalani kacang hijau yang disiramkan dengan air yang secukupnya dapat tumbuh dengan baik manakala kacang hijau yang berada dalam keadaan kering langsung tiada reaksi pada benih itu. Di samping itu, tumbuhan memerlukan udara untuk hidup dengan lebih subur ini dapat dibuktikan dalam eksperimen 3 yang menunjukkan benih yang berada dalam kapas basah dapat bercambah dan tumbuh besar manakala benih yang ditenggalami dengan air hanya bercambah tetapi tidak tumbuh besar dan berdaun.

Rujukan :

10. David Applin.2002.Biology.United Kingdom.Nelson Thornes 11. Lim Teong Kheng,Tai Lung Aik, Mahyudin Ahmad.1991.Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pusaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 12. http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/02/keperluan-asas-bagitumbuhan-basic.html 13. http://www.scribd.com/doc/49037935/Teori-Keperluan-Asas-Tumbuhan 14. http://5thnstghdcnie.blogspot.com/2011/04/praktikal-1-keperluan-asastumbuhan.html 15. http://komuniti.iluvislam.com/topic/26617-cara-menggalakkan-kanak-kanakaktif/ 16. http://fazlisyam.com/2008/10/18/kepentingan-cahaya-terhadappertumbuhan/ 17. http://daunmudha.blogspot.com/2010/02/peranan-air-bagi-tanaman.html 18. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaranudara-kepada-manusia-dan-alam-sekitar/

Tajuk : Udara ialah keperluan asas tumbuhan.

Eksperimen 3

Pengenalan : Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan makanan untuk membesar dan hidup subur. Makanan tersebut dikenali sebagai keperluan asas. Udara merupakan salah satu keperluan asas kepada tumbuhan. Udara juga memberi kesan kepada tumbuhan. Oleh itu, Tumbuh-tumbuhan termasuk makhluk hidup yang memerlukan udara terutama oksigen dalam proses kehidupannya. Prose pernafasan berlaku sepanjang hari baik malam maupun siang hari. Oksigen diserap melalui stomata dan dikeluarkan juga tetap dalam bentuk karbon dioksida.

Pada siang hari, tumbuh-tumbuhan menyerap karbondioksida dengan bantuan sinar matahari dan klorofil (zat warna dalam daun) pada proses fotosintesis. Penyerapan gas CO2 (karbon dioksida ) pada proses fotosintesis berasal dari udara (0,3-0,4 %) ditambah dengan CO2 hasil pernafasan oleh tumbuhan. Gas CO2 yang diserap kemudian akan melepaskan gas oksigen sebagai hasil sampingan dari proses asimilasi (atau proses fotosintesis). Pada makhluk hidup lain yang tidak memiliki klorofil atau zat warna daun (tumbuh-tumbuhan) , termasuk juga manusia , dalam proses bernafas hanya menghirup oksigen dan menghembuskan karbon dioksida sebagai udara kotor. Tapi kemudian oleh tumbuh-tumbuhan, udara kotor tersebut diserap pada siang hari. Sehingga itulah sebabnya kenapa tumbuh-tumbuhan disebut sebagai paruparu kota atau paru-paru Negara. Seseorang yang bernafas dengan normal jumlah dari karbon dioksida yang dikeluarkan setiap kalibernafas adalah 5 % dari 0,5 liter udara atau sekitar 25 cc atau 0,0025 gram. Dan sementara itu untk tumbuh-tumbuhan memerlukan gas karbon dioksida pada siang hari. Sebagai contoh saja, untuk menghasilkan

satu tongkol jagung saja, sebuah tumbuh-tumbuhan memerlukan 230 gram gas karbon dioksida dan di sisi lain, tumbuh-tumbuhan yang tidak memproduksi atau menghasilkan tetap memerlukan gas karbon dioksida (CO2) untuk memenuhi kebutuhan hidupnya. Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Jika tiada udara, ini akan mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Ini mengakibatkan tumbuhan menguning dan mati. Objektif : Untuk mengenalpasti keperluan asas tumbuhan, iaitu udara.

Hipotesis : Tumbuhan tidak dapat hidup tanpa udara. Tumbuhan memerlukan keperluan asas ini untuk terus hidup.

Bahan dan alat radas :

Rajah 1 : Kacang hijau.

Rajah 2 : Air.

Rajah 3 : Dua Cawan plastic.

Rajah 4 : Kapas.

Prosedur : 1. Saya memasukkan beberapa biji kacang hijau di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan kapas basah.

Rajah 5 : Kacang hijau dimasukkan dalam cawan plastik yang mengandungi kapas basah.

2.

Saya mengisikan separuh penuh air dalam cawan plastik yang lain dan meletakkan beberapa biji kacang hijau ke dalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air mungkin akan terhalang daripada mendapat udara.

Rajah 6 : Kacang hijau diletakakan dalam cawan plastik yang penuhkan separuh penuh air.

3.

Saya akan perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Tumbuhan Benih kacang hijau yang diletakkan dalam cawan plastik yang mempunyai kapas basah

Keputusan pemerhatian Hari 1 : Benih kacang hijau tidak menunjukkan perubahan Hari 2 :Kulit kacang hijau mulai retak Hari 3 : Kacang hijau mulai cambah

Inferens Kacang hijau tumbuh besar dan berdaun hijau Kejadian ini berlaku kerana benih kacang hijau mendapat udara yang secukupnya untuk

Hari 4 : Kacang hijau telah tumbuh besar dan berdaun hijau

tumbuh

Benih kacang hijau yang diletakkan dalam cawan plastik yang penuh dengan separuh penuh air

Hari 1 : Benih kacang hijau tidak menunjukkan perubahan Hari 2 : Kacang hijau mulai retak Hari 3 : Kacang hijau mulai cambah Hari 4 : Kacang hijau masih dalam keadaan bercambah tetapi tidak bertumbuh besar dan berdaun

Kacang hijau kekal dalam keadaan bercambah Kejadian ini berlaku mungkin benih kacang hijau mendapat udara yang terkandung dalam separuh penuh air dalam cawan plastik itu, menyebabkan benih dapat bercambah tetapi tidak dapat tumbuh besar dan berdaun hijau

Rajah 7 : Benih kacang hijau bertumbuh besar dan berdaun hijau.

Rajah 8 : Benih kacang hijau hanya bercambah sahaja.

Perbincangan :

1. Di dalam eksperimen 3 ini, benih kacang hijau yang diletakkan dalam cawan plastik yang mempunyai kapas basah tumbuh besar dan berdaun hijau manakala benih kacang hijau yang diletakkan dalam cawan plastik yang penuh dengan separuh penuh air bercambah tetapi tidak bertumbuh besar dan berdaun, ini mungkin disebabkan masih ada udara terkandung dalam separuh penuh air itu menyebabkan benih kacang hijau bercambah tetapi tidak dapat tumbuh besar dan berdaun hijau.

2. Saya mencadangkan menggunakan cawan plastic yang telah divacuum supaya tiada udara terkandung dalam air yang boleh menyebabkan benih kacang hijau bercambah.

3. Keperluan asas tumbuhan yang sangat penting ialah udara, selain itu tumbuhan juga perlu nutrien asas yang lain seperti iron, zink, magnesium dan lain-lain.

4. Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada suhu yang bersesuaian. Tumbuhan juga bernafas secara aerobic untuk

mendapatkan tenaga untuk metabolisme. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup.

5. Semasa proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana ketiadaan cahaya matahari, namun proses respirasi masih berlaku kerana tumbuhan memerlukan tenaga untuk hidup.

Kesimpulan :

Dengan menjalankan eksperimen 3 itu, saya mengenalpastikan udara juga adalah elemen yang wajib dalam pertumbuhan tumbuhan, tanpa udara tumbuhan tidak akan tumbuh besar dan berdaun hijau, ini dapatlah kita lihat dalam pemerhatian yang saya buat dalam eksperimen ini.

Tumbuhan juga memerlukan udara yang bersih. Tumbuhan hijau menggunakan gas karbon dioksida daripada udara untuk digunakan dalam proses fotosintesis bagi menghasilkan makanan. Udara yang kotor, dan berjerebu akan menghalang matahari yang diperlukan oleh tumbuhan. Tanpa udara, tumbuhan akan mati. Oksigen yang bersih adalah salah satu resispi fotosintesis yang dihasilkan oleh tumbuhan itu sendiri. Pergerakan udara di sekitar tumbuhan dapat menghalang jangkitan, terutama sekali jangkitan kulat di mana udara berada terlalu dekat dan lembap dan apabila daun-daun basah tidak dapat mengering dengan cepat.

Sebagai kesimpulan, saya menyimpulkan bahawa tumbuhan memerlukan udara untuk proses tumbesaran. Tumbuhan akan mati sekiranya tidak mendapat keperluan tersebut. Oleh itu, adalah menjadikan tanggungjawab kita untuk memelihara alam sekitar daripada pencemaran udara yang akan mengganggu proses tumbesaran tumbuhan.

Rujukan :

19. David Applin.2002.Biology.United Kingdom.Nelson Thornes 20. Lim Teong Kheng,Tai Lung Aik, Mahyudin Ahmad.1991.Sains Pertanian Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pusaka, Kementerian Pendidikan Malaysia 21. http://imzaroncikgusains.blogspot.com/2010/02/keperluan-asas-bagitumbuhan-basic.html 22. http://www.scribd.com/doc/49037935/Teori-Keperluan-Asas-Tumbuhan 23. http://5thnstghdcnie.blogspot.com/2011/04/praktikal-1-keperluan-asastumbuhan.html 24. http://komuniti.iluvislam.com/topic/26617-cara-menggalakkan-kanak-kanakaktif/ 25. http://fazlisyam.com/2008/10/18/kepentingan-cahaya-terhadappertumbuhan/ 26. http://daunmudha.blogspot.com/2010/02/peranan-air-bagi-tanaman.html 27. http://mazlan66.wordpress.com/2009/05/25/kesan-kesan-pencemaranudara-kepada-manusia-dan-alam-sekitar/

Anda mungkin juga menyukai