Anda di halaman 1dari 12

PENGENALAN TERHADAP KACANG RENEK.

Tumbuhan yang saya pilih untuk projek kali ini ialah kacang renek. Kacang renek ini berasal
dari filipina dan telah dibawa masuk ke selatan Thailand. Selepas itu dibawah ke utara
negeri kedah Tanaman kacang panjang boleh juga diusahakan di pelbagai tanah dari ringan
berpasir hingga tanah liat atau gambut. Tetapi jenis tanah yang gembur berpasir dan
mempunyai saliran yang baik adalah yang paling sesuai. Dari segi kemasaman tanah
didapati kacang panjang sesuai pada pH tanah ialah antara antara 5.5 dan 6.6 Laporan
penjual benih di Pulau Pinang mendakwa ia adalah kacukan antara kacang panjang jenis
memanjat dengan cowpea (cv. Group unguculata) menghasilkan kacang panjang renek.

Tujuan amali

Untuk mendapat pengalaman dan kemahiran dalam bidang penanaman bukan sahaja dari
segi pembelajaran teori. Malah dapat Membanding beza faktor-faktor yang dapat
membantu mempengaruhi pertumbuhan. Selain itu, dengan amali ini kita dapat Mengkaji
teknik-teknik asas percambahan biji benih, pembiakan seks dan masalah yang dihadapi oleh
tumbuhan dengan sendiri. Ianya dapat meningkatkan daya fikir dan dapat melatih untuk
menyelesiankan masalah dengan sendiri.

Prosedur penanaman.

Sebelum kami memulakan aktiviti membuat batas. Kami memulakan prosedur penanaman
ini dengan membuat penyemaian.

Pada mulanya kami mencampurkan tiga jenis tanah dengan nisbah 2:1:1

2= tanah loam 1= pasir sungai 1= baja organik

Selepas ketiga- tiga tanah sudah dicampurkan kami memulakan proses semaian. Tanah dibahagi kepada 4
bahagian dengan sama banyak kerana kami telah dibahagi dengan 4 kumpulan.

o Selepas selesai pembahagian tanah tanpa membuang masa kami menyemai biji benih
kacang renek ke dalam bekas yang kami sediakan.

Selepas siap proses penyemaian di dalam bekas kami berkerja sama untuk membuat aktiviti
pembinaan batas. Pada permulaanya kami mencari tempat yang sesuai untuk mebina
batas.

Selepas mendapat tempat yang strategik kami mula Melakukan aktiviti membersihkan kawasan
yang hendak dibuat batas dan membuat aktiviti pembajakan. Kami hanya menggunakan cangkul untuk
pembinaan kali ini.
Seterusnya kami melakukan Aktiviti mengembur tanah supaya tanah tidak terlalu padat dan terdapat ruang
udara pada tanah.

Pada minggu seterusnya anak benih yang kami semai di dalam bekas sudah tumbuh dengan sihat. Tiba
masanya untuk kami mengalihkanya ke atas batas.

PENJAGAAN TANAMAN

Setelah anak benih ditanam di dalam medium tanaman, langkah -langkah penjagaanpula perlu dilakukan. Langkah –
langkah penjagaan ini melibatkan aktiviti
Merumput

Terdapat berberapa proses pencambahan yang dapat dikaji oleh para saintis dalam bidang pertanian ini.
Antaranya ialah morfologi dan fisiologi. Oleh itu saya akan menerangkan apakah morfologi dan fisiologi
dengan lebih terperinci lagi.

MIFOLOGI

Morfologi tumbuhan adalah ilmu yang mengkaji berbagai organ tumbuhan, baik bagian-
bagian, bentuk mahupun fungsinya. Antaranya

akar

Akar merupakan salah satu bahagia terpenting tumbuhan. Akar biasanya terdapat di dalam
tanah. Akar tumbuh menghala ke pusat bumi (geotrop) atau menuju ke air (hidrotrop),
meninggalkan udara dan cahaya. Tujuanya adalah untuk memperkuatkan tumbuhan. Antara
fungsinya adalah untuk menyerap air dan zat-zat makanan yang terlarut di dalam air
tersebut dari dalam tanah.selain itu turut mengangkut air dan zat-zat makanan yang sudah
diserap ke tempat-tempat pada tubuh tumbuhan yang memerlukan.ianya juga kadang-
kadang sebagai tempat untuk penimbunan makanan.

Gambar akar.

batang

Batang juga merupakan bahagian tumbuhan yang amat penting. Batang dapat disamakan
dengan sumbu tubuh-tumbuhan. Pada umumnya batang mempunyai sifat yang panjang
bulat seperti silinder atau ada juga tumbuhan yang berbentuk lain. Selain itu, batang
biasanya tumbuh ke atas menuju cahaya atau matahari. Batang juga akan bertambah
panjang di hujungnya. Mungkin kerana tidak mempunya keterbatasan untuk tinggi. Akhir
sekali batang dapat mengadakan percabangan dan selama hidupnya kecuali ranting-ranting
yang kecil

Gambar dalam batang

daun.

Kebanyakan Daun berwarna hijau. Daun juga salah satu organ tumbuhan yang tumbuh dari
batang tumbuhan. daun juga berfungsi sebagai penyerap tenaga dari cahaya matahari
melalui fotosintesis. Daun merupakan organ terpenting bagi tumbuhan dalam meneruskan
hidupnya kerana tumbuhan adalah organisme autotrof obligatianya pelu mencari tenaganya
sendiri melalui konversi tenaga cahaya kepada tenaga kimia. Tempat terjadinya fotosintesis.
Di daun juga terdapat stomata yang befungsi sebagai organ respirasi.
Gambar daun

Fisiologi

tumbuhan merupakan satu ilmu biologi yang mempelajari tentang proses metabolisme
yang terjadi dalam tubuh tumbuhan bagi membolehkan tumbuhan tersebut dapat hidup.
Dengan mempelajari fisiologi tumbuhan, kita akan dapat lebih memahami bagaimana sinar
matahari dimanfaatkan oleh tumbuhan untuk menghasikan karbohidrat dari bahan baku
anorganik berupa air dan karbondioksida, mengapa tumbuhan membutuhkan banyak air,
bagaimana biji berkecambah, mangapa tumbuhan layu jika kekeringan dan berbagai macam
gejala lainnya yang ditampakkan oleh tumbuhan. Fisiologi tumbuhan berfungsi menjelaskan
fungsi setiap jenis organ, jaringan,dan sel dalam tumbuhan. Antaranya:

fotosintesis

Pokok kacang renek menjalankan proses fotosintesisnya melalui daun-daun sebagai agen
penyerap cahaya matahari. Proses fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau membuat
glukosa daripada air dan karbon dioksida dengan bantuan klorofil dan cahaya matahari .
Dalam proses ini glukosa dan oksigen dihasilkan oleh daun-daun hijau yang terdedah
kepada cahaya matahari dengan menggunakan garam mineral, karbon dioksida, air dan
cahaya matahari yang diserap oleh klorofil. Pada struktur daun tersebut terdapatnya sel
kloroplas yang mengandungi klorofil. Klorofil berfungsi untuk memerangkap cahaya dan
menghuraikan air kepada oksigen dan hidrogen.
Respirasi

Respirasi merupakan satu proses pengoksidaan di mana makanan dioksidakan oleh


oksigen. Proses ini berlaku sepanjang masa dan tidak memerlukan cahaya. Melalui proses
ini karbon dioksida dan air dihasilkan.

Transpirasi

Transpirasi ialah proses penyejatan air melalui bahagian-bahagian udara pada tumbuhan
darat. Proses ini penting untuk melarutkan zat-zat dan nutrient di dalam tubuh pokok .Proses
ini dipengaruhi oleh cahaya, kelembapan udara, suhu, tiupan angin dan ketersediaan air
dalam tanah. Kadar transpirasi meningkat pada waktu siang dan menjadi rendah pada
waktu malam .

Gambar contoh menunjukkan sturktur benih


FAKTOR-FAKTOR PERCAMBAHAN

Terdapart pelpagai factor yang menyebabjkan pencambahan untuk binih benih, antaranya
air. Air merupakan asas utama bagi pecambahan biji binih. Faktor yang mempengaruhi
penyerapan air oleh benih bepunca dari sifat benih itu sendiri terutama kulit pelindungnya
dan jumlah air yang terdapat pada medium di sekitarnya.secara amnya biji benih tidak air air
melebihi dua atau tiga kali ganda berat biji benih tersebut.

Selain itu, oksigen juga merupakan salah satu faor yang menyebabkan factor percambahan
melalui proses respirasi. Proses ini akan berjalan selama mana tumbuhan itu hidup. Untuk
melakukan proses itu, oksigen antara kompenen yang amat penting untuk menjalankan
respirasi. Pada saat perkecambahan berlangsung proses respirasi akan meningkat
berpunca dari peningkatan pengambilan oksigen dan pelepasan karbon dioksida.

Cahaya juga merupakan salah satu, factor percambahan. Setiap tanaman berbeza
keperluanya terhadap cahaya matahari megikut keperluan tumbuhan tersebut. Kepentingan
cahaya secara langsung dapat dilihat dengan membandingkan tanaman yang tumbuh dalam
keadan gelap dan terang. Pada keadaan gelap pertumbuhan tanaman mengalami etiolasi
yang dimulakan dengan pertumbuhan daun yang pucat dan tidak berkembang. Sebalinya
dalam keadaan yang terang tumbuhan lebih pendek dan batang yang kukuh, serta daun
yang berkembang.

Seterusnya suhu. Suhu berpengaruh terhadap fisiologi dan mempengaruhi kerja enzim.
Suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan menyebabkan tumbuhan itu lambat tumbesaranya
ataupun mati. Suhu yang paling sesuai untuk pertumbuhan tumbuhan adalah pada suhu
optimum (100-380). Jelas menunujukkan bahawa pemilihan suhu yang sesuai membantu
tumbuhan itu agar terus hidup dan membesar.

Tanah dan udara yang lembab juga berpengaruh terhadap pertumbuhan. Tumbuhan dapat
menyerap banyak air dan sedikit penguapan yang terjadi sehingga mempercepatkan
pertumbuhan jiga sesuatu kawasan itu dalam keadaan lembab. Akibat pemanjangan sel-sel
yang cepat, tumbuhan bertambah besar. Tumbuhan juga dapat mengatasi masalah lebihan
air kerana mempunyai permukaan daun yang lebar apababila mempunya tanah dan udara
yang lembab.

seks tumbuhan

Tumbuhan berbunga membiak melalui proses seks. Bunga sebenarnya adalah merupakan
struktur pembiakan bagi tumbuhan yang berbunga. Pada bunga terdapat organ yang dapat
menghasilkan gamet jantan dan gamet betina. Gemat jantan yang bernama anter dapat
ditemui dalam butir debunga. Manakala gamet betina yang bernama ovul juga dapat
dihasilkan.

Rangi: Mempunyai nektar bergula di dasarnya. Biasanya ranggi berwarna dan berbau.
Sepal: Melindungi bunga semasa dalam peringkat kudup (belum berkembang).
Pistil: Pistil ialah bahagian betina bunga, yang terdiri daripada stigma, stil dan ovari.
Stamen: Stamen ialah bahagian jantan bunga, yang terdiri daripada anter dan filamen.
Perrkembangan debunga

Debunga dihasilkan di dalam enter. Di situ terdapat debunga yang mempunyai seempulan
sel induk atau el induk mikrospora (diploid). Setiap debunga mempunyai lapisan sel yang
disebut tapetum yang membekalan nutrient kepada pundi debunga.

Proses pembentukan debunga (mikrospora).

Sel induk pundi debunga atau sel induk pundi mikrospora diploid membahagi melalui
proses meiosis untuk membentuk satu tetrad yang terdiri daripada empat debunga
haploid. meiosis ialah proses pembahagian sel yang berlaku pada organ pembiakan
untuk menghasilkan gamet.Nukleus dalam setiap debunga membahagi secara
mitosis untuk menghasilkan dua nukleus haploid. Satu daripadanya disebut nukleus
penjana manakala yang satu lagi disebut nukleus tiub. Nukleus tiub bersaiz lebih
besar daripada nukleus penjana.Hanya nukleus penjana yang menghasilkan gamet
jantan.

Percambahan biji debunga dan pembentukan tiub debunga

Untuk berlakunya proses persenyawaan debunga. debunga stigma perlu mengalami


percambahan terlebih dahulu.
Setelah debunga melekat pada stigma, satu rembesan bergula pada permukaan
stigma akan meransang debunga untuk bercambah dan mengeluarkan tiub
debunga.

Persenyawaan.

Pembiakan seks berlaku dalam tumbuhan berbunga atau Angiosperma. Bunga ialah
agen pembiakan tumbuhan berbunga. Biasanya bunga mempunyai kedua – dua
agen pembiakan jantan dan betina. Adakalanya, terdapat hanya bunga jantan atau
bunga betina pada suatu pokok. Butir debunga mengandungi gamet jantan
manakala ovul mengandungi gamet betina bunga. Bunga terdiri daripada empat
bahagian utama iaitu sepal, ranggi, pistil (bahagian yang mengandungi gamet
betina) dan stamen (bahagian yang mengandungi gamet jantan).

Pembentukan Ovul 

1. Satu ovari mungkin mengandungi satu atau lebih ovul

2. Oleh itu setiap ovul terdiri daripada sekempulan sel parenkima yang di pangil
sebagai nukleas.

3. Tisu nuselus berkembang untuk membentuk dua lapisan yang dipanggil


sebagai integun.

4. Pada hujung integument terdapat satu bukaan yang kecil dipanggil mikropil
yang membenarkan udara dan air masuk ke dalam biji benih semasa
percambahan sedang berlaku.
5. Rajah di bawah menunjukan peringkat perkembangan pundi embrio di dalam
ovul.

Pembentukan buah dan bji benih.

1. Zigoid diploid berkembang untuk membentuk embrio, embrio pula terdiri


daripada plumul, radikal dan kotilen. Plumul bertumbuh menjadi pucuk
sementara radikel bertumbuh menjadi akar. Nucleus triploid juga
berkembang untuk membentuk endosperma yang mengelilingi embrio.
Dalam tumbuhan monootiledon, makanan dan nutrient disimpan di dalam
endosprema. Dalam tumbuhan dikotiledon, makanan dan nutrient
disimpan di dalam kotiledon. Selepas itu ovari menjadi buah dan ovul
menjadi biji benih. Integumumen pula menjadi kulit biji yang dipangil testa.
Stigma dan stil aan menjadi kayu.

Anda mungkin juga menyukai