Anda di halaman 1dari 9

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih

Boleh menghasilkan baka-baka baru


Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman
Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok
Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.
Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih
Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)
Mengambil masa yang panjang untuk matang
Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya
Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran buah dan biji
benihnya bermusim.

Faktor faktor yang mempengaruhi percambahan biji benih

5.Air
Faktor yang mempengaruhi penyerapan air oleh benih ada 2, yaitu: sifat kulit pelindung benih dan
jumlah air yang tersedia pada medium sekitarnya. Jumlah air yang diperlukan untuk berkecambah
bervariasi tergantung kepada jenis benih, umumnya tidak melampaui dua atau tiga kali dari berat
keringnya.

6.Temperatur
Temperatur optimum adalah temperatur yang paling menguntungkan bagi berlangsungnya
perkecambahan benih. Temperatur minimum/maksimum adalah temperatur terendah/tertinggi saat
perkecambahan akan terjadi

7.Oksigen
Proses respirasi akan berlangsung selama benih masih hidup. Pada saat perkecambahan
berlangsung, proses respirasi akan meningkat disertai dengan meningkatnya pengambilan oksigen
dan pelepasan karbon dioksida , air dan energi. Proses perkecambahan dapat terhambat bila
penggunaan oksigen terbatas. Namum demikian beberapa jenis tanaman seperti padi (Oryza sativa
L.) mempunyai kemampuan berkecambah pada keadaan kurang oksigen.

8. Cahaya
Kebutuhan benih terhadap cahaya untuk berkecambah berbeda-beda tergantung pada jenis
tanaman. Benih yang dikecambahkan pada keadaan kurang cahaya atau gelap dapat menghasilkan
kecambah yang mengalami etiolasi, yaitu terjadinya pemanjangan yang tidak normal pada hipokotil
atau epikotil, kecambah pucat dan lemah

Faktor Yang Mempengaruhi
Pertumbuhan dan Hasil Tumbuhan
IKLIM
2.1 PENGENALAN Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan hasil tumbuhan ialah
iklim, tanah, biosis, genetik dan pengawalatur pertumbuhan
2.2 IKLIM Unsur iklim ialah cahaya, suhu, hujan dan angin
Cahaya
Kesan cahaya - Fotosintesis dan Kefotokalaan
a. Fotosintesis
Satu proses tumbuhan menghasilkan karbohidrat dan oksigen daripada karban dioksida, air dan tenaga
cahaya matahari.
Proses ini berlaku dalam kloroplas.
Dalam kloroplas terdapat klorofil. Klorofil berfungsi memerangkap tenaga dari cahaya matahari.
6CO2 + 12H2O C6H12O6 + 6H2O + 6O2
(dari udara) (diserap oleh akar) (kanji)
Fotosintesis terdiri dua peringkat:
i. Tindak balas cahaya
- memerlukan cahaya matahari dan berlaku dalam kloroplas.
- menghasilkan NADPH
ii. Tindak balas gelap
- berlaku tanpa cahaya dalam kloroplas .
- berlaku urutan tindakbalas yang dinamakan Kitar Calvin
- menghasilkan karbohidrat
Faktor yang mempengaruhi kadar fotosintesis:
i. Keamatan cahaya / intensiti cahaya
- kadar fotosintesis bertambah bila keamatan cahaya bertambah
ii. Suhu
- suhu bertambah kadar fotosintesis bertambah hingga had tertentu
iii. Gelombang cahaya
- gelombang cahaya berwarna biru dan merah diperlukan dalam proses
fotosintesis
- gelombang cahaya berwarna biru dan merah diserap oleh klorofil dan digunakan sebagai tenaga dalam
tindak balas cahaya.
- jika cahaya kurang, gunakan cahaya tiruan dari lampu pijar dan lampu pendarflour
b. Kefotokalaan
Reaksi tumbuhan terhadap perbezaan tempoh siang dan malam
Reaksi samada tampang atau berbunga.
Dipengaruhi oleh tempoh siang dan malam.
Tanaman tempoh siang pendek seperti orkid Phaleonopsis, kacang soya,nanas dan ubi keledek, padi
Tanaman tempoh siang panjang seperti gandum, pokok jarak dan ubi kentang.
Tanaman tropika seperti kelapa, padi dan mangga neutral terhadap tempoh siang.
Faktor yang mempengaruhi penerimaan cahaya oleh tumbuhan
1. Keluasan permukaan daun
lebih luas permukaan daun didedahkan kepada cahaya matahari maka lebih banyak sel daun dapat
menjalankan fotosintesis.
2. Susunan daun
tegak lebih banyak daun terdedah kepada cahaya
susunan berlapis-lapis cahaya tertumpu kepada bahagian atas tumbuhan, daun di bawah kurang
menerima cahaya
3. Topografi
merujuk kepada keadaan bentuk muka bumi yang tidak rata atau tinggi rendah.
permukaan bumi yang bersudut tepat dengan pancaran cahaya matahari akan menerima lebih banyak
cahaya matahari
bahagian bukit terdedah cahaya menerima lebih banyak cahaya.
4. Naungan
mengurangkan penerimaan cahaya oleh tumbuhan.
untuk melindungi pokok yang sensitif terhadap cahaya matahari seperti anak pokok yang baru ditanam
naungan gunakan jaring hitam, daun kelapa, lalang dll.
Sokongan kayu tunggal
lada hitam
Sokongan kayu junjung
kacang panjang
Sokongan berpara
peria
petola
Sokongan berpagar
tomato
Kaedah untuk menggalakkan penggunaan / mendapat cahaya yang optimum
1. Memilih tapak yang sesuai.
kawasan rata, lapang dan tidak terlindung oleh bangunan atau pokok besar
2. Menanam pada jarak yang sesuai.
mengurangkan persaingan untuk mendapat cahaya
penggunaan tanah secara maksimum.
Corak penanaman sistem segi empat, sistem segi tiga dan sistem siku keluang
3. Menyediakan sokongan.
supaya tumbuhan memanjat mendapat cahaya yang
optimum
sokongan juga perlu untuk pokok jenis memanjat, berbatang lembu dan anak pokok baru ditanam
4. Mengawal rumpai.
mengelak persaingan mendapatkan cahaya, nutrien, air dan ruang
5. Membekalkan cahaya tiruan.
Lampu pijar
- bekal cahaya warna biru hingga inframerah.
- penggunaan tenaga elektrik tidak cekap
Lampu pendaflour
- bekal kurang cahaya warna merah dan inframerah.
- penggunaan tenaga elektrik yang cekap
6. Menanam tanaman selingan.
gunakan ruang antara tanaman kekal dengan menanam
tanaman jangka pendek
dapat mengoptimumkan penggunaan cahaya matahari
tidak bazir cahaya matahari dan rumpai tidak tumbuh
7. Mencantas.
membuang bahagian tumbuhan yang tidak diperlukan.
tujuan untuk membenarkan lebih banyak cahaya diterima
oleh daun di bahagian dalam
Suhu
Kesan suhu
1. Percambahan biji benih
suhu yang terlalu rendah atau tinggi akan mengganggu percambahan biji benih.
suhu 21
o
C 43
o
C meningkatkan respirasi biji benih dan menggalakkan percambahan biji benih
2. Transpirasi
Suhu meningkat kadar transpirasi akan meningkat.
3. Kualiti hasil
hasil pertanian tahan lama jika disimpan pada suhu rendah
suhu rendah mengurangkan respirasi dan aktiviti enzim hasil dapat disimpan lama
4. Fizikal tumbuhan
suhu yang terlalu tinggi atau rendah akan membantutkan pertumbuhan/kecederaan tanaman
Kaedah untuk mendapatkan suhu yang sesuai
1. Memilih tapak yang sesuai
tanah tinggi suhu rendah seperti Cameron Highlands sesuai untuk teh dan kubis
tanah rendah, suhunya tinggi, sesuai untuk tanaman tropika seperti kelapa sawit dan getah
2. Menyediakan naungan
untuk mengurangkan kesan peningkatan suhu
untuk tumbuhan yang mempunyai tisu yang lembut/anakbenih yang baru ditanam
bahan untuk membuat naungan seperti jaring hitam, daun kelapa, lalang kering dll
3. Menyediakan sungkupan
melindungi permukaan tanah dari pancaran cahaya matahari
mengurangkan kesan pemanasan permukaan tanah
suhu tanah menjadi rendah
Hujan (air)
Kesan air
1. Fotosintesis
air kurang liang stoma daun akan tertutup dan menyebabkan gas CO2 tidak boleh memasuki daun
kekurangan air dan gas CO2 menyebabkan kadar fotosintesis rendah
2. Penyerapan dan translokasi nutrien
air sebagai pelarut utama nutrien
air sebagai medium untuk tindak balas biokimia
pengangkutan air dan bahan terlarut dari akar ke bahagian lain melalui xilem
bahan tersintesis di daun diangkut dari daun ke bahagian lain melalui floem
kekurangan air/tiada air menyebabkan proses di atas tidak berlaku
3. Transpirasi
proses sejatan air melalui stoma dapat menghilangkan haba dan menyejukkan daun
ketiadaan air menyebabkan proses transpirasi tidak berlaku/kurang
4. Kesegahan sel
air cukup, sel akan segah dan daun berkembang sempurna untuk terima cahaya
kadar fotosintesis meningkat sebab daun mendapat cahaya yang cukup/optimum
Kaedah mendapatkan air yang mencukupi:
1. Melakukan pengairan yang sesuai
membekalkan air yang mencukupi kepada tanaman
contoh pengairan seperti sistem pengairan titisan dan percikan
2. Melakukan penyaliran yang sesuai
mengeluarkan air yang berlebihan dari kawasan penanaman
untuk mempastikan oksigen dalam tanah cukup
contoh perparitan seperti parit tulang hering, parit rawak dan parit selari
3. Menanam pada masa yang sesuai
elak kemarau atau banjir
tanam pada permulaan musim hujan
Angin
Kesan angin
1. Transpirasi
angin bertiup kadar transpirasi bertambah
2. Pendebungaan
memindahkan debunga dari bunga jantan ke stigma di bunga betina.
3. Penyebaran penyakit dan perosak
tiupan angin memindahkan spora kulat ke pokok-pokok lain
contoh penyakit seperti karat,bintik daun, kulapuk daun dan penyakit hawar.
serangga juga dipindahkan oleh angin seperti afid, trip dan ulat bungkus.
4. Fizikal tumbuhan
kerosakan secara mekanik ke atas tanaman - contoh pokok tumbang, dahan patah, daun terkoyak
dll
Amalan elak kerosakan oleh ribut
1. Adang angin
menanam pokok besar di sekeliling ladang
2. Memilih tapak
elak daripada menanam pokok pisang dan sesetengah klon getah di kawasan
yang mengalami tiupan angin kencang
3. Menyediakan sokongan
untuk mengelak pokok mudah tumbang terutama anak pokok
membina struktur sokongan untuk pokok-pokok besar yang ditanam semula dalam landskap
4. Menanam pada jarak yang sesuai
menanam pada jarak yang sesuai menghasilkan tanaman kuat dan tegap supaya tidak mudah tumbang
ditiup angin

Cara Mengatasi
Antara langkah-langkah yang boleh diambil bagi mengatasi tanaman rosak adalah :


1. Mengadakan penghadang angin












2. Memilih kawasan penanaman











3. Menyediakan sokongan terutamanya sokongan dalam bentuk kayu tunggal


4. Menanam pada jarak yang sesuai. Tanaman yang ditanam terlalu rapat akan menyebabkan mudah
ditumbangi angin.


Dicatat oleh nurulain di 7:52 PG

Jenis Baja
1. Baja organik

- Berasal dari tumbuhan atau kehidupan
- Contoh : tahi ayam dan tahi lembu
- Baja organik boleh membaiki keadaan fizikal tanah


2. Baja kimia

- Diperbuat daripada hasil logam
- Terdiri daripada baja bukan organik, baja dagangan atau baja buatan.
- Terbahagi kepada 2 iaitu :

a. Baja terus - mengandungi hanya 1 atau 2 dari unsur pemakanan utama NPK. Ia adalah
baja yang tidak lengkap.

b. Baja lengkap -Baja yang mengandungi kesemua unsur NPK

Transpirasi
Proses transpirasi merupakan suatu proses di mana lembapan air diangkut melalui tumbuhan
bermula dari akar dan liang-liang stoma pada permukaan daun. Lembapan air ini akan bertukar
menjadi wap kemudian dibebaskan ke udara. Proses ini dipengaruhu oleh cahaya, suhu, tiupan angin
dan air yg terdapat dalam tanah.

Siang - Kadar transpirasi bagi tumbuhan meningkat.
Malam - Kadar transpirasi menjadi rendah kerana persekitarannya lebih sejuk.

Transpirasi yang berlaku pada musim kemarau akan mengakibatkan tumbuhan mati kerana
kehilangan air yang terlalu banyak pada tisu-tisu tumbuhan.

Faktor yang mempengaruhi proses transpirasi :
Suhu
Kelembapan bandingan
Pergerakan air dan udara
Jenis tumbuhan

Anda mungkin juga menyukai