Anda di halaman 1dari 6

Eksperimen 1

: Matahari Ialah Keperluan Asas Tumbuhan

Tajuk

: Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan

: Semua benda hidup mempunyai keperluan asas yang tersendiri.


Salah satu keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk
terus hidup ialah cahaya matahari.

Objektif

: Untuk menunjukkan bahawa cahaya matahari ialah keperluan


asas tumbuhan.

Bahan dan alat

: 1. Tumbuhan sihat dengan daun yang besar

radas

2. Kertas hitam yang tebal


3. Klip kertas

Prosedur

: 1. Tumbuhan yang berdaun besar dan sentiasa menerima


pancaran cahaya matahari dipilih.
2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai
dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun kemudian
kertas tersebut diklip dengan klip kertas untuk beberapa hari.
3. Setelah beberapa hari, kertas tersebut dialihkan. Hasilnya
diperhatikan.

Analisis data

:
Pemerhatian

Inferens

Warna daun bertukar kepada coklat

Kertas hitam yang dilekatkan pada

dan kekuning-kuningan

daun

telah

menghalang

cahaya

matahari untuk sampai ke daun.

Soalan

:
1.

Apakah akan terjadi jika hanya separuh bahagian daun


ditutup?
Daun akan masih hidup. Hal ini kerana bahagian tidak
dilapisi masih boleh melakukan proses fotosistesis.
Laporan eksperimen SCE3101

Walaubagaimanapun, bahagian yang ditutup akan layu.

2.

Apakah yang akan terjadi pada daun selepas kertas hitam ditanggalkan? Buat
pemerhatian selama beberapa hari.
Semasa kertas hitam ditanggalkan, daun kelihatan layu kerana tidak mendapat
cahaya matahari yang cukup. Walaubagaimanapun, selepas kertas hitam
ditanggalkan, daun akan kembali segar dengan syarat segala keperluan
asasnya seperti air, udara & cahaya mencukupi.

Kesimpulan

Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk melakukan fotosintesis. Ianya menggunakan cahaya untuk
menukarkan air dan karbon dioksida kepada bahan makanan. Eksperimen ini menunjukkan bahawa fotosintesis
hanya berlaku ketika terdapatnya cahaya matahari.

Eksperimen 2

: Air ialah keperluan asas tumbuhan.

Tajuk

: Hidupan dan Proses Kehidupan

Pengenalan

: Semua benda hidup mempunyai keperluan asas masing- masing.


Salah satu daripada keperluan asas bagi tumbuhan ialah air.

Objektif/ Hipotesis
Bahan dan alat
radas

: Untuk menunjukkan bahawa air adalah keperluan asas tumbuhan.


1. Kacang hijau
: 2. Air
Laporan eksperimen SCE3101

3. Pot bunga kecil


4. Tanah humus
Prosedur

1.

Kacang hijau ditanam di dalam dua buah pot bunga kecil yang telah dipenuhi dengan tanah humus.

2.

Kedua-dua pot bunga kecil diletakkan di bawah cahaya matahari.

3.

Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga satu lagi tidak disiramkan
dengan air.

4.

Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Analisis data

Pot

Pemerhatian

Inferens

Biji benih kacang hijau bercambah.

Biji benih kacang hijau mendapat air yang cukup untuk


bercambah.

Biji benih kacang hijau tidak bercambah

Biji benih kacang hijau tidak mendapat air yang cukup

dan menjadi kering.

untuk bercambah. Hal ini menyebabkan pemecahan


selaput biji benih tidak terjadi.

Pot A (disiram air secukupnya)


Perbincangan
1.

Pot B (tidak disiram air)

Biji benih yang sudah matang kebiasaannya sangat kering dan memerlukan air yang cukup banyak untuk
proses percambahan. Kebanyakan biji benih akan bercambah dengan baik sekiranya terdapat air yang
mencukupi untuk melembapkan biji benih tetapi jangan merendam terus biji benih tersebut di dalam air.

Laporan eksperimen SCE3101

2.

Penyerapan air oleh biji benih akan menyebabkan selaput biji benih membengkak dan pecah. Kesemua
tumbuhan menyimpan makanan di dalam biji benih. Apabila biji benih menyerap air, makanan yang
tersimpan akan dipecahkan kepada mineral dan bahan-bahan kimia yang berguna, dan seterusnya
membenarkannya untuk bercambah dan membahagi.

3.

Apabila biji benih sudah mula bercambah, makanan yang tersimpan di dalamnya akan habis. Disebabkan
itu, biji benih yang bercambah memerlukan air secara berterusan, nutrisi dan cahaya untuk fotosintesis,
yang akan menghasilkan tenaga yang diperlukan untuk memastikan tumbesaran yang berterusan.

4.

Kacang hijau yang digunakan di dalam eksperimen ini adalah daripada kualiti yang terbaik bagi memastikan
biji benih dapat bercambah dengan baik.

Soalan
1. Adakah keputusan yang sama akan diperoleh sekiranya biji benih
berbeza digunakan?
Ya, kerana semua benda hidup perlukan keperluan yang sama.
2. Bagaimanakah petani dapat mengesan tanaman itu mendapat air yang
mencukupi, tidak cukup atau terlebih air?
Terdapat beberapa cara untuk mengenalpasti masalah ini. Antaranya,
kita boleh mengenalpasti petanda pada tumbuhan berdasarkan pada
ciri-ciri berikut:
i.
Cukup: Tanaman ini tumbuh sihat
ii.
Tidak cukup air: Daun kekuningan dan kering.
iii.
Terlalu banyak air: akar akan reput, tumbuhan kelihatan layu, daun
yang baru akan bertukar menjadi keperangan dan tiada tumbesaran
tumbuhan.

Kesimpulan

Eksperimen 3
Tajuk
Pengenalan

: Biji benih memerlukan air untuk proses percambahan.

: Udara ialah Keperluan Asas Tumbuhan


: Hidupan dan Proses Kehidupan
: Semua benda hidup mempunyai keperluan asas masing-masing.

Salah

satu daripada keperluan asas bagi tumbuhan ialah udara.


Objektif/Hipotesis
: Untuk menunjukkan bahawa udara adalah keperluan asas
tumbuhan.
Bahan dan alat : 1. Kacang hijau
radas

2. Air
3. Cawan plastik
4. Kapas

Prosedur

Laporan eksperimen SCE3101

1.

Beberapa biji kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik (Cawan A) yang telah dimasukkan
kapas basah.

2.

Manakala sebuah cawan plastik yang lain (Cawan B) dipenuhkan dengan separuh penuh air dan beberapa
biji kacang hijau diletakkan kedalamnya. Kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan tehalang
daripada mendapat udara.

3.

Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas beberapa hari.

Analisis data

:
Cawan
A
B

Cawan A (tiada air)

Pemerhatian
Biji kacang hijau tumbuh dengan
sihat
Biji kacang hijau tidak tumbuh

Inferens
Terdapat udara dalam cawan A.
Tiada udara terdapat dalam cawan B

Cawan B (terdapat air)

Perbincangan :
1. Percambahan biji benih memerlukan udara dan air pada kadar yang bersesuaian.
2. Tumbuhan juga bernafas untuk mendapatkan tenaga.
3. Melalui respirasi, tumbuhan mendapatkan tenaga untuk hidup.
4. Semasa proses respirasi berlaku, sel-sel tumbuhan menerima oksigen dan melepaskan karbon dioksida.
5. Walaupun proses fotosintesis tidak dapat dijalankan oleh tumbuhan kerana ketiadaan cahaya matahari,
namun proses respirasi masih berlaku kerana tumbuhan memerlukan tenaga untuk hidup.
Soalan:
1. Apakah cara lain untuk mengeluarkan udara daripada dalam cawan?
Kita boleh menggunakan mancis yang terbakar di cawan plastik.
Ini kerana api memerlukan oksigen untuk pembakaran. Api akan
terpadam sekiranya tiada lagi oksigen kerana pembakaran tidak
dapat lagi dilakukan.
2. Adakah timbul masalah kepada petani jika terlalu banyak udara?
Udara yang banyak tidak akan mendatangkan masalah kepada kepada petani. Bahkan ia
mendatangkan manfaat kepada para petani. Contohnya, tiupan angin akan mempercepatkan
lagi kadar transpirasi kerana udara yang tepu dengan wap air ditiup ke tempat lain. Dengan
ini kehilangan air melalui stoma tidak terganggu.

Laporan eksperimen SCE3101

Selain itu, terdapat juga beberapa jenis tumbuhan yang memerlukan angin untuk
pendebungaan. Angin membantu memindahkan debunga ke permukaan stigma bunga yang
lain.
Walaubagaimanapun, tiupan angin yang kencang seperti angin puting beliung akan
menumbangkan pokok seterusnya mendatangkan kerugian kepada petani.
3. Adakah keputusan yang sama akan diperolehi sekiranya biji benih
yang berbeza digunakan?
Keputusan yang hampir sama akan diperolehi. Hal Ini kerana semua tumbuhan memerlukan
keperluan asas yang sama untuk kekal hidup.

Kesimpulan

: Tumbuhan memerlukan udara untuk terus hidup dengan subur.

Laporan eksperimen SCE3101

Anda mungkin juga menyukai