Anda di halaman 1dari 25

LAPORAN AMALI

SCE3101

EKSPERIMEN 1: MATAHARI IALAH KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN TOPIK TUJUAN : Keperluan Asas Tumbuhan : Untuk mengenal pasti keperluan asas tumbuh tumbuhan : cahaya matahari, air dan udara. BAHAN : 1.Tumbuhan berdaun lebar 2. Kertas Hitam Yang Tebal 3. Klip Kertas PROSEDUR : 1. Tumbuhan yang berdaun lebar dan sentiasa menerima cahaya matahari dipilih. 2. Kertas hitam yang tebal dipotong mengikut bentuk yang disukai dan diklipkan pada kedua dua permukaan daun. 3. Kemudian dibiarkan selama seminggu dan pemerhatian dilakukan ke atas daun. 4. Selepas seminggu, kertas hitam ditanggalkan dan warna daun diperhatikan.

KEPUTUSAN HARI 1 PEMERHATIAN Warna daun masih hijau. Bahagian yang ditutup masih hijau dan proses fotosintesis masih berlaku

Bahagian daun yang ditutup masih berwarna hijau. Proses fotosintesis masih berlaku

3 Bahagian daun yang ditutup, warna daun mula pudar. Proses fotosintesis pada bahagian daun itu mula tidak berlaku.

4 Keadaan yang sama dengan hari ke-3

HARI 5

PEMERHATIAN Bahagian daun yang ditutup dengan kertas hitam semakin pudar

warnanya.

6 Keadaan yang sama pada hari ke-6

7 Warna hijau daun pada bahagian yang ditutup dengan kertas hitam semakin hilang warna dan bertukar warna kekuningan

SOALAN 1. Apakah yang berlaku sekiranya kertas hitam diganti dengan plastik jernih? pemerhatian yang kita akan perolehi adalah hamper sama dengan keputusan pemerhatian bahagian daun yang tidak ditutup. Ini kerana plastic jernih adalah bahan yang membenarkan cahaya menembusinya. Maka bahagian sentiasa menerima cahaya matahari untuk menmjalankan proses fotosintesis. 2. Bagaimanakah keadaan tumbuhan apabila diletakan di dalam sebuah almari ? keadaan dalam sebuah almari adalah gelap dan tidak dimasuki oleh

cahaya matahari. Oleh yang demikian, keadaan daun juga akan berubah menjadi kekuning kuningan sama seperti eksperimen yang dijalankan. 3. Apa yang akan kita perolehi selepas kertas hitam itu ditanggalkan dari bahagian daun untuk tempoh seminggu semula ? daun tersebut akan kembali semula ke warna hijau.

KESIMPULAN Tumbuhan memerlukan cahaya matahari untuk hidup.

EKSPERIMEN 2 : AIR ADALAH KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN BAHAN : 1. Benih kacang hijau

2. Dua pot bunga kecil 3. Ai 4. Tanah Humus PROSEDUR : 1. Beberapa biji benih kacang hijau ditanam dalam kedua dua pot bunga kecil yang telaha dipenuhi dengan tanah humus. 2. Kedua dua pot bunga kecil diletakan di bawah cahaya matahari 3. Salah satu pot bunga disiramkan dengan air secukupnya, manakala pot bunga satu lagi tidak disiramkan dengan air. 4. Perhatikan apa yang terjadi ke atas kacang hijau tersebut selepas lima hari.

KEPUTUSAN HARI POT A PEMERHATIAN POT B

Biji benih kacang hijau masih 1 seperti asal Biji benih kacang hijau masih seperti asal

Kulit benih kacang hijau mula 2 merekah.

Tiada perubahan.

Biji benih mula bercambah 3 dengan akar awal mula keluar dari biji benih kacang hijau

Tiada perubahan.

Akar mula memanjang dan 4 pucuk kelihatan.

Tiada perubahan.

Proses pertumbuhan akar dan 5 pucuk berlaku.

Tiada perubahan.

SOALAN : 1. Adakah berkemungkinan keputusan yang sama akan diperolehi sekirannya biji benih yang berlainan jenis digunakan? - Keputusan eksperimen yang sama akan dipeolehi kerana tumbuhan

memerlukan air untuk hidup.

2. Bolehkah tumbuhan tersebut disiram dengan jumlah air yang banyak setiap hari? - Tidak digalakan kerana sel tumbuhan akan mengembang dan menyebabkan kadar transpirasi dari pokok menjadi lebih cepat dan tumbuhan akan menjadi layu dan mati. 3. Bagaimanakah seorang pekebun mengetahui tanamannya mendapat air yang secukupnya atau tidak? Seorang pekebun sentiasa memerhati pertumbuhan tanaman mereka dan membuat penilaian melalui pengalaman dengan melihat keadaan tanaman mereka. Tanaman yang mendapat air yang cukup akan kelihatan segah dan pertumbuhan yang sihat dengan daun yang hijau. Dan demikian sebaliknya bagi tanaman yang tidak mendapat air yang cukup iaitu pertumbuhan terbantut dan daun layu. KESIMPULAN : Tumbuhan memerlukan air untuk hidup

EKSPERIMEN 3 : UDARA ADALAH KEPERLUAN ASAS TUMBUHAN BAHAN : 1. Benih Kacang Hijau 2. Dua cawan plastik

3. Air 4. Kapas

PROSEDUR : 1. Beberapa benih kacang hijau diletakan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukan kapas basah. 2. Manakala sebuah cawan plastik yang lain diisi dengan separuh penuh air dan beberapa benih kacang hijau diletakan kedalamnya. 3. Pemerhatian dibuat keatas kedua dua cawan tersebut dalam 5 hari.

KEPUTUSAN : HARI PEMERHATIAN CAWAN PLASTIK A CAWAN PLASTIK B

1 Biji benih kacang hijau masih seperti Tiada perubahan berlaku

asal 2 Tiada perubahan berlaku Kulit benih kacang hijau mula merekah. 3 Biji benih mula bercambah dengan akar awal mula keluar dari biji benih kacang hijau 4 Akar mula memanjang dan pucuk kelihatan. Terdapat tompok tompok putih kulapok pada biji benih Tiada perubahan berlaku

5 Proses pertumbuhan akar dan pucuk berlaku.

Benih kacang hijau berbau busuk dan ditumbuhi oleh kulapok.

SOALAN : 1. Kenapa biji benih dalam cawan plastik B tidak bercambah berbanding dengan biji benih dalam cawan plastic A? Ini berlaku disebabkan kuantiti air yang banyak menghalang proses respirasi berlaku pada biji benih dalam cawan plastic B dan menggalakan pertumbuhan kulapok membantutkan percambahan biji benih.

2. Apakah yang berlaku sekiranya biji benih dalam cawan A diletakan dengan selapisan minyak pada kapas yang basah itu? Keputusan yang sama akan diperolehi seperti biji benih dalam cawan plastik B iaitu tidak berlaku percambahan. KESIMPULAN : Tumbuhan memerlukan udara untuk terus hidup dan bertumbuh.

RUJUKAN
1. Booth, G. (n.d). Retrived August 6, 2011, from http://faq.thekrib.com/plant - survival.html. 2. Wai, M.C. (2003).Biologi SPM Tingkatan 4,5. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd.

PENGENALAN
Sel adalah unit asas dan terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup. Sel juga merupakan unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua organisma hidup. Dalam teori moden, sel dikatakan bahawa semua benda hidup terbina dari sel. Sel baru terbina dari beberapa bahagiansebelum kemunculan sel baru. Dan sel mengandungi bahan genetic yang diwarisi dari ibubapa kepada anak- anak. Dan semua tindakbalas metabolisma terjadi dalam sel.Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel "unicellular" (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah

berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 m; sel massa biasa adalah 1 nanogram.). Sel mula-mula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan "cell" datang dari bahasa Latin "cellula" ,bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel terbentuk daripada sel yang telah wujud. Terdapat beberapa perbezaan cara dan kriteria yang digunakan oleh para saintis untuk mengklasifikasikan organisma. Margulis dan Schwartz dalam tahun 1982 mencadangkan lima (5) kingdom pengelasan organisma berdasarkan kepada bilangan sel mereka iaitu Prokariotid, Protista, Fungi, Animalia dan Plantae.

TOPIK TUJUAN

: Mengkaji Sel Haiwan Dan Tumbuhan : Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul.

BAHAN DAN RADAS : Mikroskop Slaid Microskop Slip kaca Penitis

Forcep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru Larutan Iodin Bawang PROSEDUR (a) :

Memerhati sel pipi. 1. 2. Berkumur dengan air bersih. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi. 3. 4. 5. 6. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. Tutup specimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma.

(b)

Memerhati sel epidermis daun. 1. 2. 3. 4. 5. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

EPUTUSAN (a) Sel Pipi

(b) Sel epidermis daun

SOALAN 1. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda. Sel di dalam pipi dinamakan Tisu Epitelium Skuama. 2. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas? Tisu epidermis adalah tisu yang melindungi permukaan daun, batang dan akar dan bukannya tisu yang berfungsi untuk menghasilkan makanan.

3.

Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan.

Ciri - Ciri 1. Dinding Sel 2. Bentuk 3. Kloroplas 4. Vakuol 5. Bahan Simpanan 6. Nukleus 7. Pergerakan

Sel Tumbuhan Dinding berselulosa yang tegar Mempunyai bentuk yang tetap Kloroplas yang mengandungi klorofil Bersaiz besar dan bilangannya sedikit Di simpan dalam bentuk kanji Terdapat disisi sel Jarang bergerak

Sel Haiwan Tidk mempunyai dinding sel yang tegar Mempunyai bentuk yang tidak tetap Tidak mempunyai kloroplas Bersaiz kecil dan bilangannya sedikit Disimpan dalam bentuk glikogen Terdapat ditengah sel Biasanya boleh bergerak

4.

Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?. Nukleus merupakan pusat kawalan sel kerana disitu terletaknya kromosom yang mengandungi DNA (Deoksiribonukleik) yang membawa maklumat asas serta genetic kehidupan.

5.

Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu? Tisu adalah sekumpulan sel di dakam badan organisma multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama serta menjalankan tugas yang sama. Dan kumpulan tisu yang sama dan menjalankan tugas yang sama di kenali sebagai organ.

KESIMPULAN

Sel merupakan unit asas kepada tumbuhan dan haiwan dan setiap struktur sel mempunyai fungsi masing masing dalam proses fisiologi.

PENGENALAN
Organisma memerlukan tenaga untuk semua proses hidup. Tenaga diperolehi melalui proses respirasi. Respirasi di bahagi kepada respirasi luar (pernafasan) dan respirasi dalam (respirasi sel). Respirasi luar merujuk pada pengangkutan oksigen daripada udara luar ke dalam sel badan dan pengangkutan karbon dioksida dari sel badan ke udara luar. Respirasi dalam ialah proses metabolik yang berlaku dalam sel badan. Glukosa ialah substrat utama untuk respirasi sel. Semasa respirasi dalam, oksigen bertindakbalas dengan glukos untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air.

Pernafasan melibatkan pengambilan oksigen dan penyingkiran karbon dioksida daripada badan hidupan. Dalam organisma unisel seperti Amoeba, pertukaran gas berlaku melalui resapan ringkas. Tetapi dalam organisma multisel, organ pernafasan yang khas diperlukan untuk pertukaran gas. Organ pernafasan terlibat dalam pertukaran gas di antara organisma dan persekitaran. Organ pernafasan hidupan yang berlainan adalah berbeza disesuaikan untuk bernafas dengan cekap. Organ pernafasan ialah sistem trakea, insang dan paruparu. Sistem pernafasan bagi serangga seperti lipas dan belalang dikenal sebagai sistem trakea. Sistem trakea terdiri daripada jaringan tiub kecil yang dipanggil trakea. Trakea disambung pada udara luar melalui pembukaan yang dipanggil spirakel. Udara masuk melalui spirakel ke dalam trakea. Trakea bercabang berulang kali untuk membentuk salur-salur halus yang dipanggil trakeol. Dinding trakeol adalah nipis dan lembab. Setiap sel di dalam badan serangga dibekalkan dengan sekurang-kurangnya satu trakeol. Pertukaran gas berlaku di antara trakeol dan sel badan. Oleh itu serangga tidak memerlukan darah untuk mengangkut oksigen.

Organ pernafasan ikan ialah insang. Insang ialah struktur respirasi yang khusus untuk pernafasan dalam air. Insang di sesuaikan untuk menyerap oksigen terlarut dalam air. Insang terletak di kedua-dua sisi badan ikan dan ditutupi oleh penutup insang atau operkulum. Operkulum berkoordinasi dengan mulut dalam mekanisme pernafasan ikan.

Organ pernafasan manusia ialah paru-paru. Paru-paru ialah tisu berspan yang dapat mengembang dan mengecut mengikut gerakan sedutan dan hembusan nafas. Trakea ialah struktur berbentuk tiub yang menyalurkan udara ke dalam dan ke luar paru-paru. Dinding trakea terdiri daripada gelanggelang rawan berbentuk C yang mencegahnya daripada ranap. Trakea bercabang kepada sepasang bronkus. Setiap bronkus membahagi dan membentuk cabang-cabang yang lebih kecil yang dipanggil bronkiol. Bronkiol bercabang dan berkakhir dengan kumpulan pundi udara yang dipanggil alveolus. Pertukaran gas berlaku pada permukaan alveolus. Pertukaran gas di paru-paru berlaku secara resapan. Di alveolus, udara sedut mengandungi lebih banyak oksigen tetapi sedikit karbon dioksida. Di kapilari darah, kepekatan gas oksigen ialah tinggi tetapi tekanan gas karbon dioksida ialah rendah. Oksigen di alveolus akan meresap ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida dalam kapilari darah meresap ke dalam udara alveolus. Darah yang meninggalkan alveolus mempunyai kandungan oksigen yang tinggi dan karbon dioksida yang rendah.

TOPIK

: Mengkaji Sistem Respirasi Ikan, Serangga Dan Manusia.

TUJUAN

: Untuk menyiasat tentang sistem respirasi ikan.

BAHAN DAN RADAS :

Ikan, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan,

PROSEDUR 1.

Ikan bertulang mempunyai operkulum atau penutup insang di

kedua-dua sisi badan. Potong operkulum pada satu sisi untuk mendedahkan insang. 2. 3. 4. Perhatikan ada berapa pasang insang pada satu sisi ikan? Lukiskan pemerhatian anda. Perhatikan filamen insang di bawah mikroskop. Lukis dan label

struktur ini.

SOALAN 1. Berapa pasang insang yang anda perhatikan? Ada dua pasang insang pada satu satu sisi ikan. 2. Namakan saluran darah yang terdapat dalam filamen insang. Saluran darah di namakan jaringan kapilari darah. 3. Pertukaran gas berlaku di filamen insang. Huraikan ciri-ciri penyesuaian filamen insang yang membolehkan pertukaran gas yang effisien. Ciri ciri insang : i. ii. iii. ia diliputi oleh membran yang nipis ia dubekalkan dengan banyak kapilari darah setiap filamen insangnya mempunyai plat nipis berupa kulit yang dinamakan lamela.

4.

Terangkan fungsi insang filamen. Filamen insang berfungsi sebagai tempat dimana oksigen yang terdapat di dalam udara semasa air yang memasuki mulut ikan

akan diserap melalui jalinan kapilari yang terdapat dengan banyak filamen insang.

KESIMPULAN

Respirasi adalah satu proses yang amat penting kepada semua hidupan dan ikan serta haiwan yang hidup di air berespirasi menggunakan insang.

TOPIK

: Mengkaji Sistem Respirasi Ikan, Serangga Dan Manusia.

TUJUAN

: Untuk menyiasat tentang sistem respirasi manusia dengan melakukan pembedahan ke atas seekor tikus.

BAHAN DAN RADAS : Tikus, instrumen pembedahan, papan pembedahan, mikroskop, kanta tangan, PROSEDUR :

1. Letak tikus di atas papan pembedahan dengan bahagian ventral ke atas. Gunakan jarum untuk memegang tikus di atas papan pembedahan. 2. Mula potong di bahagian ventral pada garisan tengah dan potong hingga ke bahagian rahang tikus dan selepas itu sehingga bahagian dubur. 3. Dengan memegang kulit dengan forseps, keluarkan tisu perantara. Tarik kulit dan pinkan ke atas papan pembedahan. 4. Potong dinding toraks secara ventral dan sisi untuk mendedahkan rongga toraks. 5. Keluarkan kelenjar timus. 6. Potong otot dan tisu di bahagian leher untuk mendedahkan trakea dan laring. 7. Potong di bahagian atas laring. Keluarkan tisu perantara yang terlekat pada trakea. 8. Dengan hati-hati, keluarkan kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring serentak. Pisahkan esofagus dari jantung .Pinkan laring, trakea dan paru-paru di atas papan pembedahan. Lukis gambarajah berlabel struktur-struktur yang anda telah keluarkan.

Soalan: 1. (a) Kira bilangan tulang rusuk untuk haiwan ini. Sebanyak 24 batang tulag rusuk (b) Terangkan fungsi sangkar rusuk semasa pernafasan haiwan ini.

Sangkar rusuk bertindak dengan diafragma untuk menyedikan ruang isipadu dalam ronga toraks samada bertambah atau kerkurang bagi membenarkan udara masuk dan keluar 2. (a) Huraikan rupa dan ciri-ciri diafragma Diafragma boleh samakan seperti sebiji belon yang isi dengan udara dan boleh mengembang apabila udara masuk, mengecut apabila udara dikeluarkan. (b) Apakah kepentingan ciri-ciri diafragma ini dalam pernafasan. Dengan mempunyai sifat elastic maka perubahan keadaan diafragma tersebut akan menyediakan ruang yang banyak untuk udara masuk dan keluar dari rongga toraks dada. 3. Huraikan rupa paru-paru kiri dan kanan. Picit paru-paru and perhatikan teksturnya. Manusia mempunyai dua paru-paru, dengan sebelah kiri terbahagi kepada 2 bahagian dan bahagian kanan kepada 3 bahagian. Setiap satu mengandungi anggaran 1500 batu laluan udara dan 300 juta alveolus, dengan luas permukaan dianggarkan seluas 140 meter2 bagi orang dewasa (secara kasarnya seluas gelanggang tennis).

Anda mungkin juga menyukai