Anda di halaman 1dari 12

Praktikal 1 : Keperluan Asas Tumbuhan Objektif Kajian: Untuk memastikan keperluan asas tumbuhan adalah cahaya matahari, air

dan udara Penyataan Masalah: Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari,udara dan air? Teori: Tumbuhan adalah benda hidup. Tumbuhan juga memerlukan makanan untuk membesar dan hidup subur. Makanan tersebut dikenali sebagai keperluan asas. Keperluan asas bagi tumbuhan ialah air, udara ( gas karbon dioksida) dan cahaya matahari. Tumbuhan mendapat air melalui akarnya dan mendapat udara dan cahaya matahari melalui bahagian daunnya. Apabila tumbuhan mendapat keperluan-keperluan asasnya yang mencukupi, maka tumbuhan itu boleh membesar dan hidup sihat, segar dan subur. Proses percambahan biji benih hanya memerlukan air dan udara sahaja. Dalam proses ini, bahagian akar akan tumbuh terlebih dahulu menuju ke sumber air (ransangan positif air) dan kemudian bahagian pucuk tumbuh kearah cahaya matahari (ransangan positif cahaya matahari).

Hipotesis: Tumbuhan memerlukan cahaya matahari, udara dan air untuk terus hidup. Pemboleh ubah: Dimalarkan: Jenis biji benih, daun dari pohon yang sama Dimanipulasi: Kehadiran cahaya matahari, udara dan air Bergerak balas: Keadaan biji benih dan daun selepas seminggu

a) Adakah tumbuhan memerlukan cahaya matahari? Bahan dan radas: Pokok yang mempunyai daun yang besar Gris atau Vaselin Kertas Hitam Klip Kertas Prosedur A: 1. Tumbuhan diletakkan di tempat yang terdedah dengan Cahaya Matahari 2. Beberapa helai daun yang mempunyai permukaan bersaiz lebar telah dipilih. 3. Vaselline telah disapukan ke atas kedua-dua permukaan daun, bawah permukaan daun, atas permukaan daun sahaja yang telah dipilih tadi. 4. Permukaan daun yang disapu Vaseline telah diperhatikan untuk beberapa hari 5. Warna dan kesegaran permukaan daun yang disapukan Vaselline telah diberi perhatian dalam pemerhatian. 6. Pemerhatian telah dibuat selama seminggu. Prosedur B: 1. Tumbuhan diletakkan di tempat yang terdedah dengan cahaya matahari. 2. Permukaan kertas hitam telah digunting kecil dalam bentuk segi empat. 3. Kertas hitam yang telah digunting diklipkan ke atas permukaan daun hijau dan telah dibiarkan untuk beberapa hari. 4. Kertas hitam telah ditanggalkan dari permukaan daun selepas beberapa hari dan pemerhatian telah dibuat ke atas permukaan daun, separuh daun. 5. Pemerhatian telah dibuat selama seminggu. Prosedur C: 1. Tumbuhan diletakkan di tempat yang terdedah dengan Cahaya Matahari 2. Beberapa helai daun yang mempunyai permukaan bersaiz lebar telah dipilih.

3. Penggilap lilin telah disapukan ke atas kedua-dua permukaan daun, bawah permukaan daun yang telah dipilih tadi. 4. Permukaan daun yang disapu penggilap lilin telah diperhatikan untuk beberapa hari 5. Warna dan kesegaran permukaan daun yang disapukan penggilap lilin telah diberi perhatian dalam pemerhatian. 6. Pemerhatian telah dibuat selama seminggu.

Susunan Radas:

Gambar 1: Cara-cara eksperimen dilaksanakan

Pemerhatian dan Keputusan:

Pemerhatian Prosedur A

Inferens

Keseluruhan daun: Daun Kerana daun memerlukan kelihatan layu dan cahaya matahari untuk

warnanya pudar Bawah kelihatan daun: layu

terus hidup. Daun Warna daun pudar kerana dan daun telah menggunakan seluruh nutriennya untuk

warnanya pudar

Atas daun: Daun kelihatan terus hidup layu dan warnanya pudar Prosedur B Keseluruhan daun: Daun Kerana daun memerlukan kelihatan layu dan warna cahaya daun kekuningan Separuh daun: Separuh daun yang ditutup layu dan berwarna kekuningan Prosedur C Keseluruhan daun: Tiada perubahan berlaku Bawah daun: Tiada matahari untuk

terus hidup.

perubahan berlaku Atas daun: Tiada

perubahan

Perbincangan:

1. Bahagian atas yang dilitupi dengan Vaselline sahaja yang akan layu dan tidak mempengaruhi keseluruhan daun. Bahagian bawah yang dilitupi dengan Vaselline sahaja yang akan layu dan tidak mempengaruhi keseluruhan daun. 2. Tidak, daun tidak akan layu jika lapisan vaselline dihilangkan selepas sehari kerana daun tersebut masih mampu menerima nutrient daripada cahaya matahari masih boleh diserap. 3. Separuh atas daun dan separuh bawah daun sahaja yang akan layu. 4. Selepas beberapa hari kertas hitam itu dibuka daun tersebut akan terus berproses untuk hidup dan melakukan proses fotosintesis.

b) Adakah pokok akan hidup tanpa air? Bahan: Biji Benih kacang hijau Bekas polisterin kecil (2) Air Kapas Prosedur A: 1. Biji benih kacang hijau telah diletakkan ke dalam dua polisterin yang berbeza yang mempunyai saiz yang sama. 2. Kedua-dua bikar tersebut telah dilabelkan (Polisterin A dan Polisterin B) dan kedua-duanya diletakkan di bawah cahaya matahari. 3. Tumbuhan dalam Polisterin A telah disiram air setiap hari manakala tumbuhan tumbuhan dalam Polisterin B tidak disiram air. 4. Pemerhatian ke atas kedua-dua bikar telah dibuat untuk seminggu.

Pemerhatian dan Keputusan:

Pemerhatian Biji Benih A Bercambah dengan baik

Inferend Kerana biji benih tersebut mendapat kuantiti air yang mmencukupi

Biji Benih B

Tidak bercambah

Kerana biji benih tidak mendapat sumber air

Perbincangan: 1. Ya, kerana keperluan asas bagi setiap tumbuhan adalah air. 2. Tidak kerana air yang berlebihan akan menyebabkan air tersebut akan menutupi cahaya matahari masuk dan menyebabkan layu. 3. Sekiranya diperhatikan perbezaan tumbuhan tersebut lebih pantas daripada biasa ia mendapat kuantiti air yang cukup. Tetapi sekiranya tanah disekeliling selalu lembap, petani terlebih menyiramnya, tetapi sekiranya ia tidak mendapat air yang cukup, petani akan mengetahuinya dengan: 1. Tumbuhan kelihatan kering. 2. Terdapat koyakan pada daun. 3. Tumbuhan tergantung dan kering serta bertukar coklat. Petani juga boleh mengetahui jika tumbuhannya sedang mati atau hidup subur berdasarkan pembesaran dan pertumbuhan pucuk baru atau koyakan daun serta pertukaran warna menjadi coklat.

c) Adakah tumbuhan boleh hidup tanpa udara? Bahan: Biji benih kacang hijau Dua bekas plastic dan dua balang kacang Kapas Air Prosedur A: 1. Biji benih kacang hijau ditanam di dalam bikar yang berbeza-beza. 2. Kedua-dua bikar tersebut dilabelkan bikar A dan Bikar B. 3. Air telah dicurahkan ke atas permukaan kapas kedua-dua bikar tadi. 4. Kapas di dalam bikar itu telah dikacau untuk tujuan membuang udara yang terkandung di dalam kapas 5. Apabila didapati tidak terdapat di permukaan kapas maka semua udara telah pun dikeluarkan 6. Bikar A ditutup supaya udara dapat dihalang daripada memasuki bikar 7. Pemerhatian dibuat selama 7 hari

Prosedur B: 1. Kapas yang lembap telah dimasukkan kedalam dua bikar yang berbeza. 2. Biji benih dibikar A disapukan Vaselline manakala biji benih dibikar B tidak disapukan vaselline. 3. Kedua-dua bekas diletakkan ditempat yang mendapat sumber cahaya matahari yang mencukupi. 4. Pemerhatian dibuat selama seminggu.

Pemerhatian dan Keputusan Pemerhatian Prosedur A Bikar A: Biji benih tidak bercambah Bikar B: Biji benih bercambah dengan baik Inferens Bikar A: Kerana biji benih tidak mendapat udara yang cukup Bikar B: kerana biji benih mendapat udara yang cukup Prosedur B Bikar A: Biji Benih tidak bercambah dengan baik Bikar B: Biji benih bercambah dengan baik Bikar A: kerana vaselline menghalang udara masuk Bikar B: Kerana biji benih mendapat udara yang mencukupi

Perbincangan: 1. Bakar secebis kertas dalam balang gas. Letak cawan berisi benih ke dalam balang gas sebaik sahaja kertas habis terbakar. Tutup balang gas untuk mengekalkan keadaan tanpa udara. 2. Terlalu banyak udara tidak menjadi masalah untuk tumbuhan. Walaubagaimana pun, komposisi gas dalam udara dan suhu akan mempengaruhi hasil pengeluaran tumbuhan. Contohnya, terdapat kawasan dengan komposisi gas oksigen dan nitrogen yang kurang menyebabkan kadar pertumbuhan yang lebih perlahan. Suhu udara pula menjadi perkara penting terutamanya kepada tumbuhan tanah tinggi seperti strawberi dan daun teh. 3. Hasil dapatan akan berbeza mangikut jenis tumbuhan. Contohnya terdapat tumbuhan yang menjadi habitat kepada bakteria penghasil nitrogen pada akarnya. Manakala, pengaruh suhu udara berbeza mengikut jenis tumbuhan. 4.

Minerals Boron (B)

Calcium (Ca) Iron ( Fe)

Ketidakhadiran Mineral Tumbuhan akan mengalami masalah untuk matang dan ketidakseimbangan air dalam tumbuhan. Masalah perkembangan dinding sel. Tumbuhan menghadapi masalah dalam penghasilan klorofil, system enzim dan respirasi.

5- Tumbuhan memerlukan makanan seperti cahaya matahari, air, karbon dioksida dan oksigen. Keempat-empat sumber ini memainkan peranan yg penting dalam dalam kitaran calvin iaitu proses penghasilan glukosa dalam tumbuhan yg akan ditukar kepada kanji untuk disimpan sebagai simpanan tenaga kemudian. - Haiwan termasuk dalam kategori pengguna iaitu mendapatkan makanan dari tumbuhan atau haiwan yg lain. Sumber makanan tersebut penting dalam kitaran kreb iaitu penukaran kimia karbohidrat, lemak, dan protein kepada karbon dioksida dan air untuk menghasilkan satu bentuk tenaga yang boleh digunakan (ATP).

Langkah-langkah Keselamatan: 1. Memastikan pelajar mendengar arahan daripada guru pembimbing. 2. Melakukan eksperimen mengikut prosedur yang diberikan. 3. Berhati-hati ketika menyapu Vaseline pada daun agar tidak terkena duri pokok. 4. Meletakkan balang yang berisi biji benih di tempat menerima cahaya matahri yang mencukupi. 5. Sentiasa memeriksa keadaan biji benih dan daun dari masa ke semasa.

Kesimpulan: Hipotesis diterima. Tumbuhan memang memerlukan cahaya matahari, udara dan air untuk terus hidup dengan subur.

Anda mungkin juga menyukai