Anda di halaman 1dari 67

KURIKULUM PENDIDIKAN

JASMANI DAN KESIHATAN


PENGENALAN
Kurikulum PJ dihasilkan bagi memenuhi
keperluan murid di pelbagai peringkat
umur.

Melahirkan murid yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani

Berupaya membantu murid menjadi
cergas, aktif dan berpengetahuan
KURIKULUM
Brubaker (1982) Kurikulum adalah apa yang
dialami oleh individu dalam sesuatu perkara.

Taba (1962) Kurikulum sebagai isi kandungan
matapelajaran atau bidang tertentu yang
dijadikan sebagai satu program pendidikan yang
khusus dalam mana-mana institusi pendidikan.
Ia juga dianggap sebagai sukatan (syllabus)
untuk menyalurkan ilmu pengetahuan
sebagaimana yang dirancangkan.


Laporan Jawatankuasa Kabinet
Pelaksanaan Pelajaran (1976) Segala
rancangan pendidikan yang dikendalikan
oleh sesebuah institusi pelajaran untuk
mencapai matlamat pendidikan.
JENIS-JENIS KURIKULUM
Kurikulum Tersurat merupakan sukatan
pelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak
tertentu (Pusat Perkembangan Kurikulum).

Kurikulum Tersirat kurikulum tidak formal
kerana ia dipelajari secara informal namun
ia lebih berkesan untuk jangkamasa
panjang.
OBJEKTIF KURIKULUM
Menghasilkan insan yang harmonis dan
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan
intelek.

Membentuk insan yang berupaya untuk berfikir
secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta
memiliki ilmu pengetahuan.

Memperkembangkan potensi atau bakat dan
keupayaan setiap individu.
Menyediakan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang menggalakkan untuk
membolehkan pembelajaran maksimum
tercapai.

Membolehkan murid-murid mempelajari
nilai-nilai murini melalui pelbagai jenis
matapelajaran.

Menghasilkan individu yang berakhlak
mulia serta bersifat progresif.
Melahirkan insan yang beragama, mempunyai
kemantapan jiwa dan bersedia untuk berdikari.

Melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan dan berketrampilan agar dapat
memberi sumbangan kepada masyarakat dan
negara.

Melahirkan individu yang memahami serta
menghayati cara hidup demokrasi.

Memenuhi keperluan murid-murid terutamanya
untuk mengembangkan potensi atau bakat dan
keupayaan mereka.

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN
KURIKULUM
Faktor masyarakat
Faktor politik
Faktor pembangunan negara
Faktor perubahan sosial
Faktor perancangan dan pelaksanaan
kurikulum
Faktor keperluan dan kehendak pelajar.
KURIKULUM
PENDIDIKAN JASMANI
Memberi penekanan kepada pembangunan
golongan kanak-kanak tanpa mengetepikan
kanak-kanak kurang mahir dalam aktiviti
sukan.

Sekolah seharusnya mengajar kanak-kanak
tentang senaman seumur hidup.
Barrow (1971) meletakkan Pendidikan
Jasmani sebagai dalam konteks
pengalaman pendidikan keseluruhan dan
menegaskan bahawa pengalaman
pendidikan jasmani berkait rapat dengan
proses pendidikan keseluruhan dan
berkait dengan hal seumur hidup setiap
individu.
DEFINISI KURIKULUM PENDIDIKAN
JASMANI
Perkataan kurikulum berasal dari perkataan
latin currere yang bermaksud berlari.

Berdasarkan maksud ini kita lihat
hubungkaitnya dengan aktiviti kecergasan
dan jasmani.


Kurikulum boleh diertikan sebagai
rancangan suatu aktiviti pengajaran,
kandungan struktur suatu bidang ataupun
kursus yang menjurus kepada satu-satu
bidang.

Kurikulum adalah rancangan yang
tersusun, terancang dan bersifat
berterusan.
Perancangan sesuatu kurikulum itu adalah
diasaskan dari FPK, matlamat dan objektif
pendidikan.

Merupakan suatu panduan tentang skop dan
kandungan matapelajaran yang dapat
membantu guru merancang pengajaran

Sebagai badan utama yang bergerak seiring
dengan objektif dan kaedah pengajaran yang
akan memnuhi semua tuntutan objektif sesuatu
kurikulum
KONSEP
Pendekatan pendidikan melalui aktiviti fizikal.

Menurut Rosalind Cassidy (1927) Pendidikan
Jasmani sebagai satu pendekatan aktiviti fizikal
yang menyumbang kepada pendidikan murid.

Pendidikan Jasmani yang sebenarnya amat luas
dan berupaya memberi sumbangan yang
bermakna dan menyeluruh kepada manusia.
Clark Herington (1910) mengklasifikasikan
PJ kepada 4 fasa utama

1. Pendidikan organik
2. Pendidikan Psikomotor
3. Pendidikan Karektor
4. Pendidikan Intelektual
Pendidikan Organik
Pembangunan fizikal yang bertumpu kepada
aktiviti yang mampu meningkatkan
keupayaan fizikal dalam diri individu melalui
peningkatan pelbagai sistem organik dalam
badan manusia.
Pendidikan Psikomotor
Pendekatan pembangunan motor yang
bertumpu kepada kepentingan pergerakan
fizikal yang lebih bermakna dengan
penggunaan tenaga yang seminimum
mungkin serta ianya dilaksanakan dengan
efisyen, serta mengekalkan nilai estetika
pergerakan.
Pendidikan Intelektual
Pembangunan Mental atau kognitif bertumpu
kepada pengumpulan maklumat dan
pengetahuan dengan keupayaan berfikir dan
mentafsir maklumat.
Pendidikan Karektor
Pembangunan sosial bertumpu kepada
membantu individu menyesuaikan diri dalam
kumpulan, masyarakat dan persekitaran dan
bertindak memainkan peranannya sebagai
seorang ahli dalam satu masyakat
MATLAMAT
PENDIDIKAN JASMANI
Pendidikan Jasmani bertujuan membantu
murid menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
OBJEKTIF
PENDIDIKAN JASMANI
Mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri

Melakukan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian
Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan
dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal

Membentuk sahsiah dan disiplin diri

Membuat keputusan bijak dalam kehidupan
HUBUNGKAIT FALSAFAH PJ
DENGAN FPK
Pendidikan di Malaysia adalah merupakan suatu
usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara holistik dan bersepadu
untuk menghasilkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI) dan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
Menurut Teng Bon Tong (2001) melalui
Pendidikan Jasmani secara amnya dapat
memenuhi hasrat FPK melalui:

1. Peningkatan dan perkembangan nilai-
nilai sosial seperti bekerjasama, bertolak
ansur, sabar, saling hormat-menghormati
dan sebagainya.

2. Pembinaan dan pengembangan aspek
mental dan intelek seperti tafsiran,
kefahaman, peningkatan pengetahuan dan
sebagainya.

3. Mengembangkan dan menerangkan
perubahan tingkahlaku dan disiplin seperti
yakin kepada diri, taat setia,
bertanggungjawab, memiliki nilai tentang
masyarakat dan sebagainya.
Pembentukan Kurikulum
PJ
Digubal untuk memenuhi keperluan
pertumbuhan dan perkembangan individu
bagi membentuk masyarakat yang cergas,
sejahtera dan produktif.
KONSEP DAN DEFINISI
PENDIDIKAN JASMANI
PJ merupakan suatu proses pembelajaran yang
membantu tingkah laku manusia dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Proses pembelajaran ini melibatkan aktiviti
fizikal bertujuan untuk meningkatkan spesifik,
kemahiran dan kefahaman untuk meningkatkan
bakat semulajadi individu.
Selaras dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang mementingkan kepada
memperkembangkan dan
mempertingkatkan potensi individu yang
seimbang dan harmonis untuk membentuk
individu yang berketrampilan.

PJ berbeza daripada bidang-bidang lain
kerana ia menumpukan kepada
pembangunan keseluruhan.
DEFINISI PJ
Freeman (1992) menjelaskan bahawa
PJ merupakan aktiviti fizikal yang
bermatlamat pendidikan.

Dauer (1995) PJ adalah sebahagian
daripada program pendidikan yang
menyeluruh yang memberi sumbangan
kepada perkembangan dan pembangunan
keseluruhan kanak-kanak melalui
pengalaman mengajar

Wee (2002) menyatakan PJ membantu
kanak-kanak membangun sepenuhnya;
merealisasikan potensi yang ada pada
kanak-kanak tersebut.

Lumpkin (1990) berpendapat bahawa PJ
merupakan suatu proses yang
membolehkan individu mempelajari
kemahiran, mental dan sosial serta tahap
kecergasan tinggi.




Main merupakan aktiviti untuk riadah
dan bukan berunsur pertandingan.
Sukan merupakan aktiviti fizikal yang
berunsur pertandingan dan mempunyai
peraturan.
PJ aktiviti fizikal yang bermatlamat
pendidikan


MAIN
PENDIDIKAN JASMANI
SUKAN
TUJUAN KURIKULUM
PENDIDIKAN JASMANI
Membantu individu mencapai
pembangunan perkembangan diri yang
optimum dan memberi sumbangan
kepada masyarakat.

Memperkembangkan dan mengekalkan
tahap kecergasan fizikal yang sesuai
untuk kesihatan dan memberi kesedaran
kepentingan kecergasan.
Memperkembangkan kemahiran motor yang
sesuai bermula dengan kemahiran motor asas
yang menjurus ke arah kemahiran sukan
khusus dan akhirnya menitikberatkan sukan
seumur hidup.
OBJEKTIF PENDIDIKAN
JASMANI
Mempertingkatkan dan mengekalkan
kecergasan berasaskan kesihatan dan
perlakuan motor.

Menguasai kemahiran asas pergerakan dan
permainan mengikut kemampuan diri.
Melakukan senaman dan aktiviti fizikal
sebagai rutin harian.

Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan
dan keselamatan semasa menyertai
pelbagai kegiatan fizikal.


Membentuk sahsiah dan disiplin diri

Membuat keputusan dalam kehidupan.
Mengapa Objektif diperlukan
dalam PJ
Untuk memahami apa yang hendak
dilakukan.
Untuk memahami dengan lebih mendalam
tentang nilai pendidikan jasmani iaitu
sumbangannya terhadap masyarakat.
Membuat keputusan yang bermakna
apabila mengahadapi isu-isu dan
masalah.
Menjelaskan tugas mereka kepada
masyarakat.

Mengetahui dan menghargai pencapaian
peserta melalui penglibatan di dalam
program di bawah jagaan mereka.


KEPENTINGAN PJK DALAM
KURIKULUM SEKOLAH
Membangun dan meningkatkan tahap
kecergasan kanak-kanak
Membangun kemahiran pergerakan asas,
pergerakan kreatif, kemahiran sukan dan
gimnastik
Memberi kefahaman kepada kanak-kanak
tentang keselamatan diri dan orang lain,
alatan dan tempat aktiviti
Memberi peluang kepada kanak-kanak
untuk mengenali diri sendiri dan
mengamalkan penjagaan kebersihan diri.
Menyemai sikap bergiat cergas seumur
hidup di kalangan kanak-kanak.
Memberi pendedahan dan pengetahuan
kepada kanak-kanak untuk membolehkan
mereka mengamalkan Gaya Hidup Cergas
dan Gaya Hidup Sihat.
Mengetahui isu-isu pendidikan
jasmani/kesihatan dan sukan yang
mempengaruhi hidup harian
Sukatan Pelajaran PJ dan
PK
Sukatan Pelajaran PJ dan PK (1998) yang
dihasilkan oleh PPK KPM adalah dinyatakan
bahawa matlamat PJ bertujuan membantu murid
menjadi cergas melalui aktiviti fizikal dan amalan
kecergasan manakala PK pula bertujuan
membantu murid meningkatkan pengetahuan
kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
PENDIDIKAN JASMANI KBSR
Sukatan Pelajaran PJ disusun mengikut
tiga tunjang pembelajaran, iaitu;
1. Tunjang Kecergasan
2. Tunjang Kemahiran
3. Tunjang Kesukanan

HURAIAN SUKATAN PELAJARAN
1. Tunjang Kecergasan

1.1 kecergasan berasaskan
kesihatan

1.2 Kecergasan berasaskan
perlakuan

1.1 Kecergasan berasaskan
Kesihatan
Daya tahan kardiovaskular
Daya tahan otot
Kekuatan
Kelenturan
Komposisi tubuh badan
1.2 Kecergasan Berasaskan
Perlakuan
Koordinasi
Imbangan
Ketangkasan
Kuasa
Masa tindakbalas
kepantasan
2. Tunjang Kemahiran
Mengandungi 7 sub-tajuk

2.1 Pergerakan asas
2.2 Permainan
2.3 Olahraga
2.4 Gimnastik
2.5 Pergerakan Kreatif
2.6 Rekreasi
2.7 Kesenggangan

3. Tunjang Kesukanan
Mengandungi 5 tajuk

3.1 Keselamatan
3.2 Pengurusan
3.3 Kerjaya
3.4 Isu Pendidikan Jasmani dan
sukan
3.5 Etika
Peruntukan Masa PJ di
Sekolah Rendah
Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) 84 waktu
setahun X 30 minit

Tahap 2 ( Tahun 4,5 dan 6) 60 waktu
setahun X 30 minit
Huraian Sukatan Pelajaran
PK
Terbahagi kepada 3 tunjang pembelajaran

1. Kesihatan diri dan keluarga
2. Gaya hidup sihat
3. Kebersihan dan keselamatan
persekitaran.
1. Kesihatan Diri dan
Keluarga
Kesihatan diri

Perasaan

kekeluargaan
2. Gaya Hidup Sihat
Pemakanan

Penyalahgunaan bahan

Pengurusan konflik dan tekanan

3. Kebersihan dan
keselamatan persekitaran
Keselamatan

Penyakit berjangkit

Pertolongan cemas
Peruntukan masa PK di
Sekolah Rendah
Tahap 1 (Tahun 1,2 dan 3) 42 waktu
setahun X 30 minit

Tahap 2 (Tahun 4,5 dan 6) 24 waktu
setahun X 30 minit
Huraian Sukatan Pelajaran
Huraian Sukatan Pelajaran disediakan oleh
Jawatankuasa Pusat Perkembangan Kurikulum
KPM, salinannya diedarkan kepada setiap
sekolah ( Rujuk Pekeliling Bil.25/1998)

Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran dibentuk
berdasarkan sukatan pelajaran sebagai rujukan
guru untuk merancang rancangan pelajaran
semester dan tahunan berdasarkan 3 tunjang
pelajaran
Setiap guru PJ mesti merujuk Huraian
Sukatan Pelajaran sebelum merancang
pemetaan rancangan tahunan atau
semester

Pemetaan Huraian Sukatan Pelajaran
bermaksud perincian kandungan
kemahiran yang dibentuk berdasarkan 3
tunjang
Pemetaan Rancangan
Tahunan/Semester
Setiap guru PJ bertanggungjawab
menyediakan Rancangan Pelajaran
Tahunan/Semester bagi setiap kelas.

Harus mempunyai pengetahuan dan
kemahiran membuat perancangan
tahunan/semester sebelum sesi
persekolahan bermula.
Panduan Membina
Rancangan
Tahunan/Semester
Pemetaan rancangan Tahunan/Semester
merupakan tanggungjawab guru mata pelajaran
dan mesti dibawah penyelarasan guru panitia

Pemilihan isi kandungan rancangan bergantung
kepada latarbelakang sesebuah sekolah seperti
kemudahan fizikal sekolah, tahap kebolehan
murid, matlamat dan objektif.
Perancangan mesti berdasarkan agihan
masa yang telah ditetapkan

Format pemetaan rancangan pelajaran
tahunan/semester perlu mengandungi
perkara-perkara seperti minggu,
tajuk/aktiviti, objektif, kaedah/strategi,
bahan bantu pengajaran dan penilaian
PRINSIP DAN STRATEGI
PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Dijalankan dalam menangani sesuatu
penyampaian maklumat kepada pelajar
dapat dicapai melalui pelbagai cara.

Mengatasi masalah yang dijangkakan atau
tidak terutama dalam atau luar bilik darjah.
Panduan Dalam
Melaksanakan sesuatu
kaedah
Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam
bentuk objektif pengajaran yang berteraskan
psikomotor, kognitif dan afektif.
- Bentuk eksplisit menekankan perkara berikut;
- Kemahiran khusus
- Boleh diukur
- Boleh dicapai
- Munasabah
- Masa mencukupi

Dedahkan hanya satu kemahiran baru
sahaja dalam sesuatu kemahiran yang
diajar bagi satu sesi pengajaran.

Masa yang mencukupi untuk sesutu gerak
kerja yang dijalankan.

Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja
perlu untuk mengawal perjalanan kelas.
Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau
melakukan latih tubi atau mengambil bahagian
sepenuhnya dalam sesi pengajaran.

Latih tubi secara ansur maju dengan
mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk
latihannya perlu ada kesinambungan atau
berhubung kait.

Adakan pertandingan bersyarat/ permainan kecil
yang boleh memotivasikan murid atau
peransang.
Langkah mengajar perlu mengandungi aspek
5P

P1 - Penerangan(semasa, maklumbalas)
P2 - Praktik (Pengelolaan)
P3 - Pelakuan (Tunjukcara,tepat dan
berulang)
P4 - Permainan/pertandingan
P5 - Penyeliaan/pembetulan






Pengajaran latihan perlu dirancang
terlebih dahulu.

Guru perlu berada ditempat strategik.

Elakkan bercakap/memberi arahan selagi
pelajar tidak memberi perhatian.

Penilaian/refleksi perlu dijalankan untuk
mengesan keberkesanan P&P
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
Budiman Bin Abpa
IPGK.Keningau

Anda mungkin juga menyukai