Anda di halaman 1dari 1

Ritual Tanpa Spiritual Seorang ketua sami tinggal di dalam sebuah kuil besar bersama seekor kucing kesayangannya.

Kedua-duanya sangat akrab. Ke mana sahaja ketua sami itu pergi, kucing itu akan ikut bersama. Namun, keadaan itu menimbulkan sedikit masalah, terutamanya apabila ketua sami sedang menyembah berhala besar di tengah-tengah kuil tersebut. Konsentrasinya sering terganggu apabila kucing kesayangannya itu menggesel-gesel disisinya. Setelah berfikir panjang mencari jawapan penyelesaian, akhirnya ketua sami mendapat satu idea. Setiap kali dia melakukan penyembahan, dia mengikat kucing tersebut di sebatang tiang di tepi kuil. Begitulah hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bula, ketua sami akan mengikat kucing kesayangannya di tiang yang sama semasa upacara penyembahan. Perlakuan ketua sami iu diperhatikan oleh pengikut-pengikutnya. Beberapa tahun berlalu, ketua sami meninggal dunia. Ketua sami yang baharu pula dilantik. Namun begitu, setiap kali ketua sami yang baharu hendak mengetuai upacara penyembahan, beliau akan mengikat kucing yang sama pada tiang yang sama juga. Tidak berapa lama selepas itu, kucing itu perlu mati. Ironinya, ketua sami yang baru ini mencari kucing lain sebagai pengganti dan diikat juga pada tiang yang sama setiap kali upaca penyembahan berhala diadakan. Begitulah rutin itu berlaku, tahun demi tahun. Kucing dan ketua sami dating dan pergi, silih berganti. Akhirnya, terciptalah satu ritual dalam agama tersebut, setiap kali ketua sami akan mengetuai penyembahan berhala, dicari terlebih dahulu seekor kucing untuk ditambat pada tiang kuil.

Pengajaran: Sering berlaku dalam mana-mana agama termasuklah Islam, amalan ritual dengan nilai spiritual telah terlindung oleh sikap taklid secara membuta tuli. Penganut di belakang hari kerap menjadi pak turut tanpa mengerti sebab dan tujuan amalan tersebut. Tanpa disedari agama bertukar menjadi budaya dan syariat dianggap adat.

Anda mungkin juga menyukai