Anda di halaman 1dari 4

PERANCANGAN PENGURUSAN PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL

PENGENALAN Permainan tradisional dimainkan bertujuan bagi mendapat keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang piawai digunakan. Peraturan permainan tradisional bergantung kepada persetujuan pemain. Oleh itu peraturannya berbeza dari satu tempat ke tempat yang lain, begitu juga dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Kebanyakan permainan tradisional dicetuskan dari pengalaman kehidupan sesuatu bangsa seperti berdasarkan pekerjaan, sumber ekonomi dan kehidupan sosial sesuatu bangsa atau keturunan. TUJUAN (a) Permainan tradisional merupakan aktiviti yang dirancang bagi memenuhi masa lapang. (b) Permainan tradisional seperti permainan dam dan congkak adalah permainan yang meminta pemainnya berfikir. Oleh itu mendorong pemainnya menggunakan fikiran dalam menyelesaikan masalah. (c) Permainan tradisional seperti permainan wau membolehkan pemainnya menggunakan kreativiti dalam membina wau. (d) Permainan tradisional yang menggunakan fizikal dapat membantu kita membina kecergasan berasaskan kesihatan dan kemahiran seperti: (i) kekuatan kardiovaskular (ii) kelenturan (iii) Daya tahan otot

(iv) Kekuatan otot (v) Ketangkasan (vi) Imbangan (vii) Koordinasi (viii) Kuasa (ix) Masa tindak balas (x) Kelajuan JENIS PERMAINAN TRADISIONAL Permainan tradisional dipertandingkan dalam dua jenis sama ada dalam bentuk individu (dipertandingkan antara individu dengan individu yang lain) dan kumpulan (di pertandingan lebih dari seorang sekumpulan). SISTEM PERTANDINGAN Sistem pertandingan permainan tradisional bergantung kepada peserta yang mengambil bahagian. Namun dewasa ini permainan tradisional telah mula mendapat perhatian dari Kementerian Belia dan Sukan dan Kementerian Kebudayaan Dan Warisan. Sistem pertandingan permainan tradisional mula di piawaikan tetapi mengikut keadaan pertandingan. Permainan tradisional biasanya dipertandingkan dalam bentuk individu,

berpasangan atau berkumpulan. Bagi pertandingan permainan tradisional yang mempunyai penyertaan individu yang ramai contohnya pertandingan gasing sistem yang dipertandingkan sesuai dalam bentuk kalah mati. Namun bagi pertandingan yang terdiri dari kumpulan yang kurang daripada 10 penyertaan adalah di cadangkan sistem pertandingan secara liga. SISTEM UNDIAN Tujuan undian dilakukan dalam permainan tradisional ialah:

(a) Memilih ahli kumpulan atau pasangan (b) Memilih ketua kumpulan atau memilih peranan yang di mainkan oleh pemain (c) Menentukan giliran bermain dengan menentukan pasukan dan pemain mana yang akan mulakan pertandingan (d) Menentukan tempat permainan Cara undian yang dilakukan dalam permainan tradisional antaranya ialah: a. Tepuk daun b. Berbisik c. Cabut bilah lidi d. Ram-ram rip e. Melambung benda f. Meneka benda dalam genggaman g. Lambung duit h. Mencabut nombor/perkataan i. j. Wan Tu Zum Lai Lai Li Tham Plom

JENIS-JENIS PERMAINAN TRADISIONAL INDIVIDU Congkak Dam Wau Gasing Laga Ayam KUMPULAN Usung balak Galah panjang Tating lawi Sorong kereta Sepak raga bulatan

RUJUKAN

Asiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia Laman Web Kementerian Belia dan Permainan Laman Web Majlis Permainan Negara Laman Web perpustakaan negara Laman web Kementerian kebudayaan, kesenian dan warisan Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai