Anda di halaman 1dari 18

IKHTIAR HIDUP DI HUTAN Ikhtiar Hidup Di Hutan adalah satu ilmu yang sangat berguna bagi sesiapa yang

minat aktiviti kembara di kawasan perhutanan tropika seperti di negara kita ini. Ilmunya mudah dipelajari. Yang penting ialah semangat untuk hidup dalam menghadapi berbagai masalah dan cabaran. Biasanya dengan semangat yang kental, berbagai masalah dapat diatasi, termasuk berikhtiar mencari jalan keluar dengan selamat. Namun begitu tidak ada jaminan bahawa semua ikhtiar hidup pasti akan berjaya. Tetapi sekurang-kurangnya kita mesti cuba seberapa daya kearah kejayaan. Kita perlu ketahui bahawa didalam hutan bukanlah seperti di pekan atau di kampung dimana berbagai barangan dan bahan sentiasa boleh dibeli untuk makan atau diguna bagi keselesaan hidup. Jadinya setiap orang yang minat mengembara ke hutan harus membuat persiapan yang mencukupi. Dengan kata lain beliau perlu membawa pakaian yang sesuai dan peralatan serta makanan yang mencukupi bagi tempoh kembaraannya. Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah: . Khemah, beg tidur dan tikar getah . Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri . Peta, kompas . Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak . Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya . Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur . Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering . Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking . Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong . Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan Peralatan Ikhtiar Hidup

Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan. Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut: . Macis, pemetik api dan parang . Lampu picit dan bateri . Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan . Hammock (buaian) dan ponco . Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur) . Sarong tangan Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk. Peralatan Terpenting Jika senarai peralatan diatas tidak juga dibawa, maka yang paling terpenting dibawa ialah: . Macis atau petik api . Parang Tanpa kedua barangan diatas, ikhtiar hidup masih lagi dilakukan. Tetapi ia bertambah sukar. Sebabnya api penting dalam usaha ikhtiar hidup. Bagitu juga parang yang sangat berguna menebang dan memotong kayu untuk membuat tempat perlindungan atau memotong buluh untuk alat memasak. Membina Perlindungan Yang utama dalam Ikhtiar Hidup di hutan ialah membina sebuah perlindungan atau dangau untuk tempat tidur serta berteduh dari hujan. Membina dangau mengambil masa lebih kurang selama 3 jam. Yang penting ialah mengumpul bahan binaan seperti

kayu atau buluh serta daun dan akar atau rotan yang boleh dikutip diatas tanah atau dipotong dari pokok-pokok yang terdapat dikawasan berhampiran. Setelah bahan-bahan tersebut dikumpul, 4 batang kayu panjang dipacak diatas tanah dengan secukup kejapnya menjadi satu struktur 6 kaki tinggi, 7 kaki panjang dan 4 kaki lebar. Kemudiannya stuktur ini kira-kira pada ketinggian 3 kaki dari tanah diikat dengan rotan kepada 4 batang kayu atau buluh untuk di lapik dengan beberapa batang kayu kecil sebagai lantai. Batang kayu tambahan dipakai bagi memperkuatkan lantai. Seterusnya daun-daun lebar diikat disebelah atas dangau sebagai bumbung. Dangau yang siap memberi semangat kepada penghuninya untuk hidup. Sekurangkurangnya ia memberi perlindungan dari cuaca buruk dan biasanya binatang hutan akan berelak dari kawasan tersebut. Lebih-lebih lagi jika api dipasang ditepinya Mencari Air dan Makanan Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang tersesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang boleh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum. Air sungai yang keroh pula boleh juga di minum selepas di tapis dengan pasir dan batu. Untuk lebih selamat air boleh dimasak bagi menghapus bakteria yang berbahaya. Untuk makan, hutan sebenarnya mempunyai berbagai bahan yang boleh mengisi perut yang lapar. Umpamanya di sungai kecil pun ada banyak ikan yang boleh ditangkap dengan mengguna berbagai cara mudah. Bubu boleh dibuat dari buluh dan diikat dengan rotan. Kemudian bubu ini diletak di saloran air yang biasa dilalui ikan.

Untuk menentukan ikan akan mengikut arus ke dalam bubu, permukaan bahagian anak sungai berkenaan boleh ditambak dengan tanah atau batu supaya arus airnya disalorkan melalui kawasan yang dikenakan bubu. Cara demikian boleh menghasilkan banyak ikan terperangkap didalam bubu. Selain dari ikan, terdapat berbagai tumbuhan di hutan yang boleh dimakan. Rebung umpamanya mudah didapati di rumpun-rumpun buluh. Malahan nasib seseorang yang hilang akan berubah jika ia menemui pokok buluh di hutan. Batang buluh berguna untuk membuat tiang dan lantai dangau. Daunnya boleh disusun dan diselit di bahagian atas dangau sebagai bumbung dan rebungnya boleh dimasak atau pun dimakan sebagai ulam. Pokok pisang dan pokok ubi juga banyak terdapat di hutan. Kadang-kadang kalau nasib baik mungkin terjumpa pokok buah cempedak atau langsat dan durian. Walaupun pisang, ubi, cempedak, langsat dan durian hutan tidak bagitu sedap seperti yang ditanam di kampong, makanan ini sangat perlu untuk hidup. Tempat yang mudah mencari sumbar makanan di hutan ialah di

kawasan tebing sungai. Biasanya pokok seperti nipah, bayas, rotan, pegaga, terung belanda, senduduk, teratai dan lain-lain tumbuh dikawasan tepi air. Semuanya yang disebut diatas boleh dimakan. Batang bayas pula boleh ditebang dan umbutnya sangat sedap dimakan. Sebatang umbut bayas dengan ukuran 4 kaki panjang boleh menjadi bekalan makanan untuk 2 atau 3 orang beberapa hari. Menyedia Api Dari sudut ikhtiar hidup di hutan, api dianggap paling pentng. Oleh itu seseorang yang memasuki hutan sudah tentu membawa macis atau petik api. Api boleh dinyalakan dengan membakar ranting-ranting kecil serta daun kering yang diatur dalam bentuk tepee atau piramid setinggi 1 atau 2 kaki.

Apabila ranting ini menyala dengan baik, Ranting-ranting yang lebih besar dimasukkan supaya apinya akan menjadi lebih kuat. Seterusnya batang-batang kayusebesar paha ditambah kepada api yang membara sehinggalah ia menjadi cukup besar untuk berbagai guna. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai macis atau pemetik api, tidak bermana ia tidak boleh berusaha membuat api. Malahan ada berbagai cara bagi membuat api. Masyarakat dizaman silam memang mengguna berbagai cara untuk mendapat api. Antaranya ialah dengan menggesek batu untuk menghasilkan percikan api yang kemudiannya di tangkap oleh daun kering menjadi bara. Bara itu ditiup sehingga ia menyala menjadi api. Ada juga api dihasilkan dengan menggunakan 2 jenis kayu. Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang dipakai sebagai pengguris. Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk kayu akibat penggurisan bertubitubi keatas dulang oleh kayu keras. Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk kayu yang terperangkap dalam lubang dulang. Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan rantingranting kering yang telah disediakan. Apabila ditiup bara itu akan menyala dan apinya boleh diguna untuk masak. Memasak Memasak tanpa periuk atau kuali boleh dibuat dalam keadaan terdesak. Batang buluh boleh dijadikan alat memasak seperti yang digunakan oleh masyarakat Melayu membuat lemang. Umpamanya ikan yang ditangkap dengan bubu boleh dibalut dengan daun dan dimasukkan kedalam buluh yang disediakan. Seterusnya air secukupnya dimasukkan ke dalam buluh. Kemudiannya buluh itu disandarkan ketepi api untuk memasakkan ikan. Setelah masak, buluh itu dibelah untuk mendapat ikan dan kuahnya.

Sayur

juga

boleh

direbus

dalam

buluh

sebelum

dimakan.

Mungkin kalau tidak sabar menunggu masakan dalam buluh, ikan boleh dipanggang diatas bara api dengan menggunakan buluh sebagai pengapit ikan. Ubi juga boleh dibakar diatas bara api sebelum dimakan. Menunggu Bantuan Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum tiba anggota mencari dan menyelamat untuk menamatkan penderitaan yang dihadapinya. Mencari Jalan Keluar Sekiranya pihak yang hilang itu lebih daripada satu orang dan berkemampuan untuk mencari jalan keluar dan mendapat bantuan, maka mereka harus merancangnya dengan cara teratur. Pilih 2 orang yang cergas diantara mereka untuk menuju kearah perkampungan manusia diluar hutan. Jika ada anak sungai berdekatan, maka sebuah rakit boleh dibina dengan menggunakan buluh-buluh atau kayu yang dikumpul. Rakit itu dibawa ke sungai dan dinaiki oleh 2 orang yang dipilih untuk mencari pertolongan. Mereka juga diberi bekalan makanan supaya tidak kelaparan.

PENGENALAN IKHTIAR HIDUP


PENGENALAN Ikhtiar hidup Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Situasi ikhtiar hidup. 1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman. 2)Ancaman binatang. 3) Masalah perlindungan. 4)lain-lain Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,pakaian dan bekalan). Punca situasi ikhtiar hidup Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar. Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Prinsip ikhtiar hidup Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuhtumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira. Usaha dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya. Kawalan diri dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi. Kerjasama jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit. Persiapan.

Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu memadai kerana anda hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi. Antara perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum melakukan aktiviti luar atau ekspedisi. -tahap kecergasan yang mencukupi -latihan yang perlu dilakukan -Peralatan,bekalan dan pakaian yang sesuai,tahan dan mencukupi -langkah-langkah keselamatan Alat Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan. 1) Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.

Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm. 2) Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll. 3) Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil. Antara alat-alat yang sesuai:-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m) -3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil -2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m) -1 @2 batang lilin -1 kotak mancis api/1 pemetik api -1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian) -pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya. Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll. *parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang.

Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai jika perlu.

PENGENALAN IKHTIAR HIDUP

PENGENALAN

Ikhtiar hidup

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live.

Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman.

Situasi ikhtiar hidup.

1)Kehabisan bekalan makanan dan minuman.

2)Ancaman binatang.

3) Masalah perlindungan.

4)lain-lain

Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui perancangan dan persiapan dengan teliti dan menyeluruh sama ada dari segi mental (pengetahuan),fizikal(kecergasan,stamina), teknikal(kemahiran) dan material(peralatan,pakaian dan bekalan).

Punca situasi ikhtiar hidup

Punca utama ialah kelalaian manusia itu sendiri sama ada di peringkat perancangan,persiapan atau pun di peringkat perlaksanaan aktiviti. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

Kepentingan ilmu ikhtiar hidup

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahau dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.

Prinsip ikhtiar hidup

Keselamatan- keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-

tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

Usaha dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

Kawalan diri dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

Kerjasama jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.

Persiapan.

Sebagai persiapan, anda hendaklah memahirkan diri dengan teknik-teknik dan pengetahuan dalam bidang ikhtiar hidup itu sendiri. Oleh itu,teruskanlah pembacaan anda.Namun,melalui pembacaan sahaja,kesannya tidak begitu memadai kerana anda

hanya akan memperoleh pengetahuan tetapi bukan kemahiran. Kemahiran akan diperoleh melalui praktikal yang anda lakukan berpandukan pembacaan anda. Selain itu, anda bolehlah menghadiri kursus ikhtiar hidup yang diadakan oleh kelab-kelab rekreasi.

Antara perkara penting yang perlu diperhatikan sebelum melakukan aktiviti luar atau ekspedisi.

-tahap kecergasan yang mencukupi

-latihan yang perlu dilakukan

-Peralatan,bekalan dan pakaian yang sesuai,tahan dan mencukupi

-langkah-langkah keselamatan

Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama

ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.

1)

Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.

Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2)

Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3)

Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.

Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil

-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)

-1 @2 batang lilin

-1 kotak mancis api/1 pemetik api

-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)

-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.

Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.

*parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang.

Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan.

Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai jika perlu.

Anda mungkin juga menyukai