Anda di halaman 1dari 48

Size up the situation

Use all your senses

Remember where you are

Vanquish fear and panic

Improvise

Value living

Act like the natives

Learn basic skill


Pengenalan
Membantu individu yang berada dalam keadaan dan
tempat yang bahaya.
Penggunaan kemahiran :
Membuat unggun api
Cari dan membina tempat berteduh
Cari air yang bersih untuk diminum
Cari makanan yang selamat dimakan
Dalam keadaan dan tempat yang kering, basah, panas,
sejuk, gurun, pedalaman atau pulau
Objektif
1) Memperolehi pengetahuan tentang asas-asas untuk
ikhtiar hidup semasa di laut, hutan, bukit, gunung-
ganang atau sebagainya.
2) Memperolehi pengetahuan melalui alam semulajadi
untuk mencari sumber makanan, tempat perlindungan
dan punca-punca air.
3) Mempelajari pengetahuan asas dan langkah-langkah
keselamatan semasa menjalani ikhtiar hidup.
TEKANAN KEADAAN IKHTIAR HIDUP
a. Kelaparan
b. Kehausan
c. Kesakitan
d. Kesejukan dan kepanasan
e. Keletihan
f. Kesepian dan ketakutan
g. Panik
Tekanan-tekanan ini jika tidak diatasi boleh melemahkan
semangat mereka untuk terus hidup dan keluar dari keadaan
tersebut.
Asas bagi ikhtiar hidup
Terdapat 5 asas untuk meneruskan hidup dalam
pelbagai situasi ini iaitu :

1. Tempat berteduh ( shelter )

2. Air ( water )

3. Makanan ( food)

4. Api ( fire )

5. Perangkap binatang ( trap & snares )


Shelter ( tempat berteduh )
Melindungi diri dari bencana atau kesejukan

Sebagai tempat untuk tidur dan berehat

Dibina sendiri

Kita mesti pastikan kawasan yang kita pilih untuk


membina shelter adalah:

berdekatan dengan punca air

mudah untuk membuat unggun api

Mudah untuk mencari makanan


Pondok pelindung angin
Pondok ini didirikan dengan rangka bumbung
berbetuk V terbalik

Bumbung ditongkat oleh dua batang tiang

Bumbung boleh dibuat dari apa saja jenis daun seperti


daun bertam, nipah, senduduk, lalang dan sebagainya.

Pondok ini sesuai didirikan di kawasan lereng bukit,


kawasan permatang yang sempit , kawasan tanah
lapang dan juga di kawasan tepi pantai.
Pondok Pisang Sesikat
Pondok ini didirikan dalam keadaan mempunyai empat
tiang

Tiang hadapan lebih tinggi dari tiang belakang

Bumbung dibuat curam kebelakang

Di bahagian hadapan dibuat cucur atap (tabir layar)

juga boleh didirikan dengan menggunakan dua tiang sahaja


dgn bumbung belakang diturunkan terus di atas tanah

Pondok ini sesuai didirikan di kawasan tanah tinggi dan


dilereng bukit.
Pondok satu minggu

Pondok ini didirikan dengan menggunakan empat tiang,


berlantai serta mempunyai tangga dan berbumbung.
Di bahagian hadapan mempunyai cucur atap dan boleh
didirikan dalam apa juga keadaan muka bumi.
Kebiasaannya pondok ini didirikan untuk tempat tinggal
dalam jangka masa satu minggu.
Ianya juga dapat menghindarkan diri dari gangguan
binatang-binatang buas.
Perlindungan Semulajadi

Selain daripada beberapa jenis pondok di atas gua, banir


pokok , anjung batu dan juga lereng lekuk juga amat
sesuai dijadikan tempat untuk berteduh.

pemilihan tempat tersebut perlu ditinjau terlebih dahulu


dari aspek keselamatan.

Elakkan tempat-tempat yang berbahaya seperti kawasan


batu-batu yang longgar kedudukannya, kawasan laluan
angin, laluan binatang, sarang serangga dan sebagainya.
Shelter yang biasa seperti gua, ikat tali pada pintu
masuk gua untuk memudahkan untuk cari jalan
keluar.

Jika memilih gua untuk dijadikan tempat berteduh,


buat unggun api di kawasan pintu masuk gua supaya
dapat menghalang binatang daripada memasuki atau
mendekati gua.

Jika memilih untuk membuat lubang dibawah tanah


sebagai tempat berteduh, pastikan pintu masuk ke
lubang itu ditutup dengan kulit kayu dan ranting
pokok.
Kita juga boleh membina shelter yang berbentuk
condong menggunakan kayu dan ranting-ranting
pokok, di atas binaan ranting dan kayu itu kita
letakkan plastik.

Daun-daun kayu untuk menutupi shelter tersebut dan


mengurangkan kesejukan serta dapat mengelak dari
panas dan hujan.
Air
Manusia hanya dapat hidup dan bertahan dalam tiga
hari sahaja tanpa air.
Manusia akan kehilangan air dalam 2-3 liter dalam 1
hari dalam suhu yang biasa. Tapi akan lebih bila
berada dalam suhu yang panas dan kawasan yang
kering.
Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi,
kelesuan, sakit kepala, pitam, pening dan boleh
menyebabkan kematian.
Dalam keadaan kering yang melampau, kita boleh
melakukan beberapa perkara untuk mengurangkan
kehilangan air dalam badan. Antaranya :
1. Bernafas menggunakan hidung bagi mengelakkan
air keluar melalui pernafasan dengan mulut

2. Jangan merokok.
3. Berehat dan tidak melakukan kerja berat.

4. Jangan makan terlalu banyak kerana air di dalam


badan akan digunakan untuk menghadam ; kuantiti
akan berkurang.
kelesuan
SUMBER AIR BERSIH
Air hujan yang bertakung dalam bekas yang bersih
dan dalam tumbuhan adalah selamat diminum.

Air yang didapati dari tasik, kolam, paya, air


pasang, sungai perlu dibersihkan terlebih dahulu.
Cara membersihkan air adalah:-
guna iodin ,klorin atau rebuskan.

masukkan 5 titik iodin kedalam semua air yang ditemui,


jika air agak sejuk gunakan 10 titik iodin, biarkan selama 30
minit sebelum diminum
atau panaskan air dalam masa 1minit jika berada pada
paras laut, tambah setiap 1minit untuk setiap penambahan
300 meter melebihi paras laut, 10 minit untuk tempat yang
tidak diketahui pada paras apa.
NYALAAN API
penting untuk masak makanan, air dan untuk
memanaskan badan bila berada dalam suhu yang sejuk
mengelakkan dari binatang buas

cara untuk membuat nyalaan api


1)pilih satu tempat yang selamat
2)himpunkan bahan bakar
3)longgokkan bahan bakar dengan sesuai dimana
pembakaran akan dibuat
4) hadapkan kanta pembesar kearah cahaya matahari dan
diatas longgokan bahan bakar

5) biarkan cahaya putih yang menembusi kanta mengenai


bahan bakar, tunggu sehingga bahan bakar membara

6)apabila bahan bakar mula membara, tambahkan lagi


bahan bakar yang lain dan anginkan sedikit sehinnga ianya
betul-betul mengeluarkan api.letakkan ranting dan daun
kering

7)kanta boleh digantikan dengan guna plastik putih yang


berisi air atau cermin
Sekiranya kayu basah..

Hujan yang turun akan menyebabkan bahan yang mudah


terbakar amat sukar dicari
Dapatkan beberapa potong kayu yang agak besar
Belah bahagian luar yang basah dan gunakan hanya
bahagian dalam yang kering
Sekiranya sukar untuk membelah kayu tersebut kita boleh
meraut bahagian permukaan luar sama seperti membuat
bunga jarau
Gunakan bahagian dalam yang kering.
Cara lain.
Satu kayu lembut yang dijadikan dulang dan satu kayu keras yang
dipakai sebagai pengguris

Dihujung kayu dulang itu dibuat satu lubang untuk mengumpul habuk
kayu akibat penggurisan bertubi-tubi ke atas dulang oleh kayu keras.

Apabila kayu pengguris itu digeselkan tidak berhenti-henti haba panas


akan dirasai diikuti dengan asap yang keluar dari bakaran bara habuk
kayu yang terperangkap dalam lubang dulang

Bara yang panas itu dipindah keatas daun-daun dan ranting-ranting


kering yang telah disediakan
MAKANAN
manusia boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja tanpa
makanan

untuk mendapatkan makanan :

boleh tangkap ikan

buat perangkap binatang

cari tumbuhan serta pucuk yang tidak beracun

serangga boleh beri 65-80% protein berbanding daging


lembu

serangga yang perlu dielakkan untuk dimakan :-


1. serangga bersengat
2. berbulu dan berwarna terang
3. berbau keras
4. labah-labah dan serangga perosak seperti nyamuk
dan lalat
buang semua sayap atau kaki serangga serta masak
sebelum dimakan lebih lebih lagi serangga yang
mempunyai cangkerang keras dan parasit
cacing atau ulat tak perlu dimasak, hanya cucikan
sahaja
Boleh di makan
Tidak boleh

dimakan
ikan
burung
haiwan amphibia
haiwan mamalia
Kemahiran memasak tanpa alat
Memasak nasi menggunakan buluh
Ruas buluh boleh digunakan untuk memasak nasi seperti
memasak lemang
Seruas buluh dipotong dan dibersihkan, daun pisang muda
digulungkan dan dimasukkan ke dalam ruas buluh
masukkan beras dan air ke dalam ruas buluh tersebut
tutup lubang buluh dengan menggunakan daun
boleh dimasak secara melintang
Tebukan satu lubang bersegi empat ditengahnya.Buatkan
pemegang
Bersihkan buluh tersebut sebelum diiisikan dengan beras.
PERANGKAP BINATANG
Perangkap terbahagi kepada dua:

i. Perangkap berumpan
kadangkala serupa sahaja bentuknya dengan perangkap
yang tidak menggunakan umpan
Dengan umpan ia akan menarik perhatian binatang yang
hendak ditangkap supaya masuk ke dalam perangkap
Tentukan terlebih dahulu binatang yang hendak
ditangkap dan umpan yang sesuai bagi binatang tersebut.
ii. Perangkap tidak menggunakan umpan

Perangkap jenis ini pula tidak memerlukan apa-apa


umpan bagi menarik perhatian binatang

persediaan memasang perangkap jenis ini adalah


dengan cara melihat kepada kesan perjalanan, tempat
binatang bermain atau tempat binatang tersebut
mencari makan atau minum

jerat jenis ini tidak memilih apa jenis binatang

Binatang yang biasa dijerat menggunakan perangkap ini


seperti seladang, kijang,landak,rusa dan sebagainya.
Jerat Bidas

Jerat atau perangkap jenis ini boleh digunakan dengan


umpan ataupun tidak
Jerat jenis ini menggunakan kayu panjang yang
menjadi sebagai pembidas serta tali sebagai penjerat
Binatang yang sesuai dijerat menggunakan jerat ini
ialah seperti ayam hutan, burung dan juga tupai.
Menunggu Bantuan

Dengan adanya tempat perlindungan dan bahan


makanan maka besar kemungkinan orang yang hilang
itu dapat bertahan seberapa lama mungkin sebelum
tiba anggota mencari dan menyelamat untuk
menamatkan penderitaan yang dihadapinya.

Anda mungkin juga menyukai