Anda di halaman 1dari 6

IKHTIAR HIDUP

1.1 Istilah Ikhtiar Hidup Mengikut Kamus Oxford; ikhtiar hidup atau survival boleh didefinisikan sebagai keadaan untuk terus hidup. Ia juga boleh diertikan sebagai the will to live, to outlive, the will to survive, state of continuing to live dan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Menurut buku Teknik Ikhtiar Hidup oleh Mejar (B) Mohd Yusof Abdullah; ikhtiar hidup boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Menurut Wikipedia; Survival Skills adalah kemahiran yang dapat

membantu seseorang mengharungi keadaan berbahaya (seperti ribut petir atau gempa bumi); atau dalam kawasan berbahaya (seperti di gurun, kawasan pergunungan dan di dalam hutan rimba). Kita seharusnya bersikap selalu mengingatkan diri bahawa ikhtiar hidup itu adalah melakukan sesuatu yang perlu dilakukan untuk meneruskan hidup dan mati itu bukanlah satu pilihan.

1.2. Situasi Situasi yang mungkin berlaku ketika melakukan kegiatan luar adalah seperti kehabisan bekalan makanan dan minuman, ancaman hidupan liar, masalah perlindungan dan sebagainya. Cara mengatasinya adalah dengan melakukan perancangan atau persediaan dari segi mental, fizikal, teknikal dan material. Di dalam situasi ikhtiar hidup berfikir secara bijak bermakna anda membuat keputusan yang tepat dan jangan berputus asa. 1.3. Kepentingan Pengetahuan dan kemahiran dalam ikhtiar hidup merupakan satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh individu yang melibatkan diri dalam kegiatan luar. Ini disebabkan mereka ini terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko yang tidak menentu.

Apa perlu dibuat? Anda sesat di hutan, Bila agaknya anda menyedari anda telah sesat. Jangan panik. Berehat sebentar dan tenangkan fikiran, jangan risau mereka yang arif tentang hutan pun pernah sesat, bahkan Orang Asli yang hidup di sekitaran hutan pun mungkin boleh sesat. Jika anda tidak dapat mengingati atau mencari jalan keluar maka benarlah anda telah sesat. Apa yang anda perlu buat? Sabar, yang pentingnya anda hendaklah berikhtiar untuk mengelakkan diri dari ancaman persekitaran yang mungkin berbahaya dengan kemudahan yang terhad. Peluang untuk anda terus hidup banyak bergantung kepada persediaan diri, kekuatan dan keyakinan diri serta kebijaksanaan anda bertindak. Ikutilah petua berikut jika difikirkan sesuai dengan situasi yang anda hadapi. Ingatlah keselamatan anda banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak. Bermalam di hutan. Jika anda fikirkan anda patut bermalam di hutan pemilihan tapak yang sesuai adalah penting. Pastikan tapak yang dipilih tidak mempunyai kesan kehadiran binatang buas seperti kesan tapak kaki, najis ataupun kawasan sumber makanannya. Juga pastikan kawasan tersebut terlindung dari tiupan angin yang kuat, tanah runtuh dan pokok mati. Seboleh-bolehnya carilah tempat yang berdekatan dengan sumber air. Sebaiknya jangan bermalam di gigi air kerana dikhuatiri binatang lair/buas mencari air untuk minum ataupun ular yang menyusur air akan mendatangkan masalah. Bermalam di dalam gua adalah pilihan yang baik tetapi pastikan ianya benar-benar selamat. Jangan bermalam di kawasan berbatu longgar, laluan angin dan binatang buas, sarang binatang atau serangga berbisa dan tempat yang licin. Pilihan yang lain adalah dengan membina sendiri tempat berteduh sementara untuk berlindung sekurang-kurangnya dari hujan, dahan kayu jatuh, binatang buas dan haiwan berbisa. Jika dikhuatiri dari ancaman binatang buas anda bolehlah mengambil refuge di atas pokok. Caranya dengan duduk di atas dahan yang teguh dan mengikatkan diri anda kepada pokok tersebut bagi menggelakkan anda dari terjatuh. Ikatan hendaklah dibuat pada bahagian dada dan belakang melalui ketiak. Posisi dada hendaklah menghala ke arah pokok seolaholah seperti hendak memeluk pokok. Pastikan anda duduk dalam keadaan selesa. Apa pun yang paling penting adalah cubaan untuk menghidupkan api kerana banyak perkara yang boleh dilakukan jika api berjaya dihidupkan selain dari memasak dan

memanaskan diri semata-mata. Antaranya bagi menghalau binatang buas dari menghampiri anda

Alternatif mendapatkan sumber air. Kebanyakan akar kayu (lianas, lundang, mempelas), pokok mentanggor mengandungi kandungan air yang banyak. Potong menyerong dan pisahkan terus dari akar yang lain. Air dari akar kayu yang boleh diminum biasanya tiada warna, cair dan tidak berbau. Selain dari akar, sumber air boleh didapati dari rotan, buluh, periuk kera dan lumut, bunga tepus. Dalam keadaan DARURAT, mana-mana air yang tidak beracun boleh diminum termasuklah peluh.

Hutan mempunyai banyak tumbuh-tumbuhan/buah-buahan yg boleh dimakan dari akar hinggalah ke pucuk. Cara yang paling mudah memastikan sama ada ianya selamat dimakan dengan 3 langkah iaitu: HIDU, SAPU dan KUNYAH! Hidu sebahagian dari tumbuhan tersebut jika berbau keras atau busuk elakkan dari memakannya kerana mungkin beracun. Sekiranya ia tidak berbau keras/busuk, ambil sedikit air/getah dari bahagian yang dihancurkan dan gosok pada lengan, tunggu 10-15 minit. Jika terasa panas/gatal-gatal jauhi dari tumbuhan ini mungkin beracun dan bahaya dimakan! Kunyah tumbuhan tersebut selama 5-10 minit, jika terasa gatal/panas dalam mulut/berasa loyaluahkanlah kerana dikhuatiri beracun. Kebiasaannya pokok yang bergetah adalah beracun dan boleh memabukkan.

Selain dari tambuhan, serangga juga boleh dimakan seperti anai2, belalang, cengkerik dan ulat kayu. Elakkan memakan serangga berbisa - tebuan, lipan dan lebah. Begitu juga dengan haiwan mamalia seperti kancil, rusa dan kijang boleh dimakan. Burung-burung juga selamat dimakan, begitu juga dengan telurnya. Selain dari telur burung telur reptilia yang lain boleh dimakan tetapi elakkan telur ular dan buaya. Siput, kerang, kepah dan moluska yang lain juga boleh dimakan tetapi sebaik-baiknya dimasak terlebih dahulu dan jangan makan bahagian najisnya. Paling selamat adalah berhampiran sungai di mana banyak terdapat tumbuhan jenis herba dan renek yang boleh dijadikan makan sebagai ulam seperti paku pakis, terung pipit, kacip fatimah .

Ingatlah empat prinsip asas bagi anda untuk meneruskan hidup di dalam hutan adalah keazaman dan keyakinan diri, ketabahan fizikal dan mental, toleransi dan kepimpinan serta keselamatan. Kelangsungan hidup anda di dalam hutan banyak bergantung kepada kebijaksanaan anda bertindak. Petua yang dikemukakan di sini hanyalah asas untuk anda.

SUMBER BEKALAN AIR Sumber bekalan air ketika berada di dalam hutan Sungai, tasik dan mata air merupakan punca air yang utama untuk mendapatkan keperluan air untuk minuman. Di dalam situasi di mana punca- punca air tidak ditemui, kaedah berikut boleh digunakan. Akar Kayu. Kebanyakan akar kayu mempunyai kandungan air yang banyak. Air akar yang boleh diminum mempunyai ciri-ciri air yang jernih, cair dan tidak berbau. Akar yang dipilih hendaklah dipotong menyerong ke bawah dan pisahkan terus dari bahagian akar yang lain. Sebaiknya pangkas bahagian perdu dahulu kemudian diikuti bahagian hujung. Air akan menitis melalui akar yang dipotong tersebut. Antara jenis akar yang boleh diminum ialah ( Akar Mempelas, Akar Lundang, Akar Plek ) Rotan Semua jenis rotan mempunyai kandungan air yang boleh diminum. Walau bagaimanapun pilih rotan yang besar supaya kuantiti air yang dihasilkan mencukupi untuk diminum. Buat keratan seperti kaedah memotong akar.

Buluh Buluh juga menyimpan kandungan air yang boleh diminum. Potong bahagian pangkal buluh di mana bahagian ini banyak mengandungi air yang terkumpul. Pastikan bahawa miang buluh tidak memasuki ke dalam air yang hendak diminum. Teliti pada pokok buluh yang telah pecah atau berlubang. Tanda-tanda ini menunjukkan bahawa buluh tersebut mengandungi air yang terkumpul.

Kebiasaannya pokok buluh yang sempurna tidak mengandungi air. Air yang terdapat pada tungul-tungul buluh ini sering terdapat jejentik. Hati-hati... buat pilihan.. untuk hilang dahaga atau hendak dijangkiti colera (malaria).

Batang Pokok Pisang Potong batang pokok pisang tersebut dengan hanya meninggalkan lebih kurang 30 cm daripada pangkal pokok tersebut. Korekkan pada bahagian tengah potongan pokok tersebut supaya membentuk seperti mangkuk. Air daripada daripada akar tersebut akan mula memenuhi lubang tersebut. Air permulaan yang memenuhi ruangan itu akan berasa sedikit pahit tetapi lama kelamaan ia akan beransur tawar. Batang pokok tersebut boleh menghasilkan air sehingga 4 hari. Pastikan ia sentiasa ditutup untuk mengelakkan daripada dimasuki serangga. Tumbuhan Periuk Kera Tumbuhan ini mempunyai bahagian yang berbentuk periuk yang boleh menakung air. Air yang terkandung dalam periuk yang belum terbuka adalah lebih bersih daripada periuk yang telah terbuka. Lumut Tumbuhan ini juga menyimpan air tetapi mempunyai kuantiti yang agak rendah. Untuk mendapatkan airnya, perah dengan tangan dan air dititiskan terus ke dalam mulut atau bekas yang tertentu. Air Hujan Air hujan boleh ditadah menggunakan sebarang bekas. Air Embun Pada waktu pagi sejumlah air yang mencukupi boleh diperolehi dengan melurut daun atau rumput dengan jari supaya air yang melekat pada daun dapat dititiskan ke dalam bekas atau boleh diminum terus secara menjilatnya.

Ikan Jika berada di laut, dapatkan sejumlah ikan yang mencukupi dan buangkan perutnya. Ikan tersebut dicincang dan perahkan dengan tangan untuk mendapatkan airnya.

Peluh dan Air Kencing Dalam keadaan kritikal, sekiranya ketiadaan pilihan yang lain, peluh dan air kencing juga boleh diminum. Tetapi ia tidak boleh diambil dengan banyak kerana mempunyai kandungan urea yang tinggi.

Anda mungkin juga menyukai