Anda di halaman 1dari 5

JIKA TERSESAT DIHUTAN DAN CARA MENGHADAPINYA

'Sesat dihutan', adalah satu perkataan yang amat ditakuti oleh semua pencinta
rekreasi. Namun perkara ini kadangkala berlaku juga. Yang amat menyedihkan ialah jika
ia berakhir dengan kematian atau hilang begitu sahaja. Di sini saya akan terangkan
beberapa "tips" untuk dikongsi bersama agar menjadi pengajaran dan iktibar. Mari kita
lihat Faktor-faktor ia berlaku.

Faktor-faktor ia terjadi (sesat)

1.keadaan mental dan fizikal yang lemah akibat terlalu penat, lapar dan sedih (ditinggal
rakan atau dikutuk atau menjadi bahan gurau). Semua ini menyebabkan tekanan
perasaan dan menyebabkan hilang tumpuan semasa berjalan di trek.

2.Gangguan makluk halus. Akibat dari perkara no 1, diatas. Senanglah makluk halus ini
untuk menipu pandangan sebenar kita di trek dan memasongkan dari laluan asal.
apabila tersedar anda berada dilaluan yang berbeza.

3.Guide(jurupandu) atau penganjur yang kurang bertanggungjawab. Seorang jurupandu


atau penganjur sepatutnya tidak boleh meninggalkan peserta berjalan berseorangan
terlalu jauh atau meninggalkan besendirian) kerana tidak semua peserta
berpengalaman.

4.Terlalu gembira, kerana nak sampai atau balik cepat.

Dari empat faktor diatas atau salah satu darinya, adalah penyebab kita tersesat dalam
hutan, dan jika berlaku perkara yang harus dilakukan ialah:

1.Jika anda yakin telah sesat, langkah pertama ialah berpatah balik, kebiasaanya
seseorang itu sedar ia tersalah jalan dalam jangkamasa 30 min hingga 1jam dan
mungkin lebih. Cari kembali trek asal yang anda lalui (jika masih bertenaga, jika tidak
mampu rehat dulu)

2.Jika anda yakin telah sesat, langkah kedua ialah, berehat saja cari kawasan sesuai
untuk rehat menghilangkan penat. Makan dan minum dulu (tetapi berjimat sikit terutama
air), tenangkan fikiran, ingat Allah banyak-banyak, minta petunjuk dan pertolongan
darinya. Jika anda panic makin sesat jadinya. jika dah ok patah balik untuk memcari
trek asal.

3.Trek manusia biasa lapang atas dan bawah, ada kesan tapak kaki atau tanda-tanda
yang di tinggalkan. Jika jumpa tunggulah disitu, ini kerana jika perkara sesat ini berlaku,
guide (jurupandu akan mencari anda). jika tidak jumpa juga, pagi esoknya baru laporan
dibuat dan gerakan mencari dijalankan. Jika anda masih ditrek yang betul, peluang
untuk anda diselamatkan amat cerah.

4.Jika boleh bersabar, tunggulah di trek (tepi trek) dalam tempoh 24jam, atau lebih (48
jam) dan jika waktu malam tidurlah jauh dari trek itu,cari kawasan sesuai, ini kerana
waktu malam trek itu  mungkin memjadi laluan haiwan. Berjimatlah dengan bekalan
makanan dan air yang ada. Jika  tiada tanda-tanda pasukan penyelamat maka
bertindaklah untuk cari jalan keluar. Bawalah barang-barang yang terpenting sahaja iaitu
beg kecil(jika ada) atau beg yang ada,pisau,ligther (mancis),tourch light atau headlamp,
sleeping bag atau baju sejuk dan botol air. beg yang ringan memudahkan anda berjalan.
Semasa mahu berjalan tinggakanlah tanda anak panah dari kayu atau apa saja
menujukan arah anda hendak pergi. Disepanjang perjalanan tinggalah tanda-tanda yang
anda melaluinya, ini memudah pasukan penyelamat mencari anda.

 
Mencari makanan dan bekalan air

Didalam hutam banyak tumbuhan,buah-buahan dan haiwan/serangga yang boleh kita


makan,ia bergantung pada musim dan cuaca pada masa itu. Tetapi ingat ada
diantaranya yang beracun. cara hendak mengenali samada beracun atau tidak ialah:

Jika tumbuhan:
Gunakan tiga langkah berikut iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah .Hidulah
pucuk daun yang hendak dimakan, jika berbau busuk atau keras jangan makan. Jika
tidak berbau, hancurkan pucuk daun tadi dan sapukan di lengan tangan, tunggu dalam
tempoh 10 minit, jika terasa gatal atau panas jangan makan. cara kunyah lebih
berkesan,tunggu sekejap. jika terasa panas atau gatal atau loya jangan makan. Anda
juga boleh ambil iktibar dari haiwan yang memakan daun, makanlah daun atau buah
yang dimakan haiwan tersebut inshaAllah selamat.
Anda juga bleh mendapat sumber makanan dari tumbuhan seperti pokok palma, buah
rotan, pokok bertam,(ambil umbutnya), lengkuas liar (umbutnya) dan berbagai lagi yang
mempunyai umbut. Cendawan juga juga boleh dimakan. Kebanyakan cendawan pokok
boleh dimakan tetapi janganlah menganbil cendawan yang berwarna garang
(terang),berkilat,keras dan rapuh kearana kebiasaanya ia beracun.(kebanyakan diatas
tanah)-makan cendawan ni, saya tidak galakan tetapi sebagai sumber ilmu diterangkan
juga.
Jika buah-buahan:
Sama  seperti teknik diatas,iaitu hidu,sapu dan kunyah/sapu bawah lidah. Yang jelas
ialah, haiwan sepeti kera tidak akan makan buah yang beracun. jika jumpa buah seperti
ini jangan makan. Andai anda jumpa buah hutan, dan melihat ada kesan dimakan
haiwan, makan sedikit buat tersebut dan tunggu dalam 30 minit, jika ok makanlah
sepuasnya.

Jika haiwan dan serangga:


banyak haiwan yang boleh dimakan,sepeti burung,kancil dan pelanduk. dalam keadaan
darurat ni semuanya halal. contoh terbaik ialah ular, jika dapat, putuskan kepala buang
isiperutnya dan boleh dimakan mentah atau dibakar. Walauapapun haiwan yang
ditangkap pastikan najis atau perutnya dibuang. Serangga juga boleh dimakan,
contohnya anai-anai atau larva semut. (Tetapi jangan termakan yang berbisa punya ok),
ia mengandungi kandugan protin yang tinggi.
Bekalan air:
Sebaik-baiknnya carilah punca air. kerana manusia boleh hidup selama tiga minggu
tampa makan tetapi 3 hari saja tampa air.Carilah punca air yang bersih seperti sungai,
tasik, lopak air (yang bersih) atau mata air. Jika tidak ditemui punca air, sumber alternatif
ialah pada tumbuhan. contohnya ialah akar kayu pokok yang menumpang seperti pokok
mempelas dan lundang. Potong serong akar tersebut untuk mendapatkan air dan
biasanya ia tiada warna, cair dan tidak berbau. Akar pokok rotan juga mempunyai
kandungan air yang banyak, maka gali bersihkan dan perah untuk dapatkan air. Pokok
buluh juga ada menyimpan air, iaitu diantara ruasnya. caranya ketuk buluh diantara
ruas, jika bunyi mampat, pasti ada air. cara lain ialah dari embun yang terdapat pada
daun, dari pokok lumut dan peruik kera atau dari pokok yang mempunyai lubang yang
menakung air. Jika semua itu tiada maka jalan terakhir ialah air kencing anda (lupakan
soal geli, nyawa lebih penting)

Bagaimana nak tidur (bermalam) dengan selamat

Jika hari dah hampir malam, berhenti berjalan dan buat tempat berteduh  2 jam sebelum
malam. Carilah tapak yang sesuai, dan perhatikan sekelilig tapak itu tidak mempunyai
kesan-kesan binatang buas contohnya kesan tapak kaki, najis ,peninggalan sisa
makanan atau dikawasan sumber makananya .
Pastikan juga kawasan yang dipilih bukan dilaluan binatan,air,laluan angin dan bukan
dibawah dahan atau pokok yang mati. Jika atas batu, pastikan bukan dikawasan batu
longgar dan licin, jika dalam gua, pastikan tiada bunatang berbisa. Langkah yang terbaik
di dalam hutan ini ialah membina khemah sementara, yang dapat melindungi anda dari
hujan,binatang buas dan anda lebih selesa (jika mampu). Jika tidur atas tanah, pastikan
anda sapu ketepi semua daun kering, jika anda buat pangkin (katil) tinggikan sekurang
kurangnya 1 1/2 kaki. potong pokok yang kecil dan potong dalam 5 kaki,tajamkan
hujungnya untuk dijadikan senjata@tongkat. Langkah seterusnya carilah makanan (apa
yang dapat) dan yang terakhir ialah nyalakan api. (jika banyak agas atau nyamuk,
gunakan sarang anai-anai yang terdapat pada pokok hancurkan dan letak atas api, asap
dari sarang ini dapat halau serangga ini)
Jika tidak mahu tidur diatas tanah, alternatif lain ialah di atas pokok.Caranya samada
anda buat satu platform (pangkin-kelebihannya anda lebih selesa dan boleh buat
unggun api) diatas pokok atau ikat diri anda dipokok, (pastikan pokok yang tiada
serangga berbisa atau yang beracun) jarak yang selamat ialah dalam anggaran 3-6
meter dari tanah. Carilah dahan yang kuat dan selesa anda duduk, pusingkan badan
anda menghadap pokok itu posisi seperti memeluk pokok, ikatan hendaklah dibahagian
dada dan belakang melalui ketiak. ikatlah badan anda mengikut keselesaan, tetapi ingat
sinpulan terakhir mestilah kuat.

Begitulah seterusnya selagi anda masih lagi dalam hutan.Semua teknik yang
diajar adalah bergantung kepada kepada semagat juang anda untuk hidup tidak
kira lelaki atau perempuan. Jika putus asa dan mengalah peluang anda hanya 50-
50, tetapi jika berjuang untuk hidup, peluang itu amat cerah boleh mencapai
100%.Walauapapun yang ditempuh dalam hutan itu, sebagai seorang muslim
jangan tinggalkan solat berdoalah agar selamat dan mememui jalan keluar atau
diselamatkan.

Ok, setakat tu sahaja, Semoga apa yang diajar akan menjadi panduan untuk semua.

terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai