Anda di halaman 1dari 5

rozali bin meat

Negeri Sembilan kini is with Ehsan Zainudin ·

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI


1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan
padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat
Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap,

kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang
pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila
siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya
walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang.

Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau


orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak
:
langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan,


jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung
tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan
mematuk bila kepala dia kembang separuh je.

Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu
dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita
libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari
gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn
daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia
lari

(rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari


sebatang ranting) - belajar dari askar.

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan


tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi
sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau,
harimau akar dan beruang.

Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau


hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun
bola la.. - belajar dari orang asli.
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu
(yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga),

Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau


hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun
bola la.. - belajar dari orang asli.
:
5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu
(yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau
terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar,
automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah


kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar.
Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang,
maknanya air tengah naik la tu. - belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada
kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10
minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih
kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih)

maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus
timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu,
akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih
ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja,

dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat
Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau
kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan
dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah
sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa,
kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke
tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila
ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh
dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. -
belajar dengan orang asli.
:
10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat
hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam
lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian
beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan
kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami
kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh
dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah
gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari.

- belajar dari pengalaman.


12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu
malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada
sesuatu yang tak kena. - orang asli.
Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule dan sistemnya la, bukan
amalan yang spritual).

1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pacak khemah,
dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang
masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat
rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang
lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah
sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan
buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak
pokok² rendah dan renek maca.

pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari
kat kawasan yang pokoknya besar².

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari


khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan
:
denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain
juga. Kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok²


renek (potong je pokok² kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je
ranting² pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko
terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.


6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah
secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu


panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi
camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la
kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak
takut.

Api? confirm depa lari.

8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau


juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke
khemah sebab bau masakan kami.

Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng,
terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World


#NegerisembilanKiNi

•••

Missing some Tweet in this thread? You can try to force a refresh
 
:

Anda mungkin juga menyukai