Anda di halaman 1dari 61

Bulu hitam di dada panjang2 turun ke bawah tu di panggil bulu arang.ada setengah hitam bertompok mcm jerun.

ada
setengah hitam dari manik turun ke bawah.susuk nibong atau sonak nibong ni bulu hitam dari air sireh menuju atas belakang
dan kadang sampai kebahu.kekadang ada kekadang tidak ada.org tua-tua kata bulu sonak nibong mudah bunyi di atas tanah.

berkaitan dengan tembaga ni ada pelbagai-bagai istilah yg di gunakan mengikut Negeri.


1) tembaga arang.ada orang panggil tembaga akar jika di negeri sembilan.
2) tembaga kuning - tembaga emas
3)tembaga pasir
4) tembaga semut api
5)tembaga merah

dan banyak lagilah berkaitan dengan jenis istilah ni.


samalah dengan nama sireh tu.ada 4 jenis sireh :

1) sireh india
2)sireh melayu
3) sireh cina
4) sireh asli

ke empat-empat sireh tersebut berbeza.itu hanya sebagai contoh sahaja.

berbalik kepada gambar di atas.sekiranya ada jenis bulu hitam di dada burung tersebut insyaallah baik.
ni pun sama.bulu nk jadi lembut zam.nampak bulu hujung kepak dia kurang jemur.
tembaga arang sisik ikan dia halus-halus kecil dan panjang mcm daun buluh tu.kalau
tengok gambar yg zam pos ni sisik ikan dia bulat besar pendek kan.tembaga besar
semua sisik ikan dia halus dan panjang menuju kearah kepak.dulu ada org tua simpan
sekor.tp saya lupa nk ambil gambar.masa tu camera x dak
kalau hangpa nak tengok bentuk sisik ikan tembaga arang dan tembaga besar ini lah
dianya bentuk sisik ikan tembaga besar.spt yg saya katakan dulu sisik ikan tembaga besar
semuanya panjang2 dan halus mcm daun buluh tu.
Tembaga arang ada istilah di sesetengah tempat di namakan sebagai tembaga
besar.ini lah antara tembaga no 1.tembaga arang ni ada org mengatakan sebagai
tembaga daun pisang kering.warna bulunya seakan-akan seperrti daun pisang kering
yg bewarna kehitaman dan gelap tu.dan tembaga arang ini juga kebanyakannnya sisik
ikan atau pasak bulunya kecil , halus dan panjang.selalunya tembaga ini manik hancur
pecah halus-halus.dia kehitaman spt jerun juga.namun tembaga arang bercampur
dengan warna coklat.kelebihannya sama juga ddengan tembaga yg lain.cumanya dari
segi warna tembaga arang nampak lebih cantik daripada jerun.kelemahannya sama
juga dengan burung yg lain .namun tembaga ini lebih kepada lambat jadi.jika jadi
ujan ke panas ke, ribut ke dia tetap bunyi.ini isitilah di tempat saya lah.tak tahu jika di
tempat lain istilahnya berlainan
1. Muncung - Nipis,pendek, tebal, kelicap dsb.
2. Mata - besar, terjojol, kecik, keli/sepet dsb
3. Kepala - bulat, kecil, biji asam, buah keras, dsb
4. Kaki - terong, merah JKR, halus, besar dsb
5. Bulu - Tembaga kasar, tembaga kecil, embun, hitam, putih dsb
6. Ekor - panjang, pendek, sembilang, cawi
7. Tubuh - Besar, kecik, pendek, jantung pisang dsb

1. Muncung
- Skop muncung ni biasanya dari segi saiz dan bentuk shj. Muncung nipis halus biasanya brg rajin. paruh berlurah penurunnya baik.

2. Mata
- Skop mata juga meliputi sehingga ke celak mata, celak tebal, halus selain dari saiz mata, lagi kecil lagi bagus, mata sepet degil, warna mata lagi
merah lg bagus dimana ia berkaitan dgn hati burung.

3. Kepala
- Kepala ni banyak jenisnya ttp ia meliputi juga sehingga ke manik burung, manik kasar, manik halus, biasa manik halus suara brgnya kasar,
manik kasar sebaliknya, ia juga meliputi sehinnga ke leher burung, leher bangau ke, leher mike tyson ke dsb.

4. Kaki
- Kaki biar besar wrna Terong, burungnya lasak. Ia juga meliputi sehingga ke bulu kucingnya ( bulu di lututnya) lagi panjang lagi bagus, brg byk
ngerbang dsb.

5. Bulu
- Bab bulu ni paling banyak nk kn perati, jenis bulu, susunan bulu, bulu arangnya, bentuk bulu semua ada rahsianya. Bab ni mmg saya fail...

6. Ekor
- Selain bentuk ekornya, tebal nipis, panjang pendek, ada dua lagi bab ekor yang perlu diperhati iaitu tutup ekor iaitu 2bulu diatas ekor (sllu 3
baris menurun) biar sama kedudukannya dan tampuk ekor iaitu bulu puti dari bontot ke hujung ekor, kalau dapat biar wrnanya kuning dan
tulang bulunya ungu/biru biasanya mmg brg degil & lasak, lagi lanjut bulunya (panjang) lagi bagus (Penurun).

7. Tuboh
- Tuboh pilihan biasanya tuboh besar, tp sebenarnya tuboh ni kn dperhati dari semua sudut samada kn x dgn duduknya. Tuboh besar pendek,
leher pendek, ekor pendek kira ok lah sebagai contoh. selain tu kt kn tengok duduk dia jgn jenis ekor patah iaitu kalau brg tu duduk di sangkar
ekor dia terjuntai bengkok kat pinggang. Yang baik ekor biar keras selari dgn tuboh walau apa keadaan sekali pun. Tuboh selalu berkaitan dgn
brg tahan @ tidak berlaganya. Tp tuboh kecil kalau kn dgn perkakasnya ada yg jnis pandai berlaga, dia siap bole tenggek BH lagi..
Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit cara-cara nk suap kacang hijau, minyak ikan kod(cod) dan daun ati-ati

Untuk apa semua bahan tu ?


untuk kesihatan denak kita

bahan-bahan yang di perlukan :

1) kacang hijau - lebih kurang RM1 untuk buat simpanan stok


2) minyak ikan kod (COD) - beli 1 kotak jenama seven seas kotak kuning di farmasi ada jual harga sekotak RM20 kalau tidak
silap.isi dalam ada lebih kurang 50 biji rasanya
3) Daun ati-ati hitam atau merah- yang baik hitam la.kalau tidak ada merah pun buleh guna.merah jangan yg berbulu di tepi
daunnya.sebanyak 1 helai yg besar sedang.kalau kecil 3 helai

caranya

1) kacang hijau perlu di goreng lebih kurang.di kacau dan di kacau supaya rata.jangan sampai hangit warna nya.kita agak dia dh
bertukar warna sedikit boleh sejukkan dan simpanlah di dalam bekas utk buat stok nanti.

2) COD sebiji

3) daun ati2 - sehelai besar 3 helai jika kecik


cara nk suap

sembur kan denak kita dengan air semburan botol tu ke arah badan denak secara berembun.agak-agak nampak mcm embun jatuh atas
bulu cukup.kemudian usap sikit sebanyak dan cekup dari atas belakang.dan suapkan kacang hijau dahulu.

berapa biji kacang hijau ?

33 biji sekali suap.

maksudnya sekali jalan je 33 biji pada hari yg sama.

suap tu bukan maksud terus perabih 33 biji tu terus menerus.suap caranya begini.

suap 4-5 biji berhenti sebentar.urut leher dia.kemudian suap lagi 4-5 biji berhenti sampai lah habis 33 biji kacang hijau.yang mana
denak tolak yakni kacang yg terjatuh biarkan jgn kutip.suap je lebihan yg ada pada jumlah 33 biji tu.dh habis suap 33 biji biarkan
sebentar.kemudian nk suap minyak ikan kod(cod) pulak.

lepas suap kacang hijau sambil biar denak bertenang kita gentel minyak ikan kod sebiji tu perlahan-lahan.gentel je sampai dia agak
lembut la sikit.pastu celup dalam air dan gentel kembali.sampailah jari kita licin dan terasa minyak ikan nk jatuh dari jari terus cekup
denak dan suap minyak ikan kod.nampak besar tetapi bila licin terus je dia masuk.pastu usap leher dia perlahan-lahan.

lepas tu suap daun ati-ati tadi.daun ati2 mesti yg terakhir kerana daun ati2 kita nk buang angin.koyak dan gentel daun tu kecil2 dan
gentellah sebesar kepala mancis dan suap sampai habis daun tu.kemudian simpan.kalau nk embun malam tu boleh.

khasiat 3 benda tu

1) kacang hijau sebagai penggalak


2) cod sebagai selera makan dan kesihatan denak
3) daun ati2 untuk buang angin dan kesihatan dan kurangkan cacing
NOTA

selepas kita suapkan semua tu, esoknya jangan di bawa memikat.biarkan dahulu.lusa kalau nk bawa bolehlah.lepas kita suap
malam ni contohnya esok jgn bawak.malam kita suap tu kalau rajin embun kan dia.waktu dan masa embun antara jam 11 - 12
malam.waktu tu embun jantan pertama turun.lepas tu angkat dan besoknya jemur panas.

jangkamasa suapan bg denak cukup sebulan sekali atau 2 bulan sekali.

selepas kita suapkan semua tu dan denak bermaian dengan baik semasa kita dok kat pangkal sawit tu perhatikan tanah tu
kalau2kalau ada tahi cacing.korek dan cari telur cacing.telur cacing suapkan 3 biji kepada denak.

telur cacing kita beri, embun dan jemur insyaallah bulu denak akan jadi cantik dan kemas.
dan masa mikat tu kutip biji relai sawit dpt agak seplastik bawak balik perisi isi biji relai dari biji dia kemudian tumbuk sampai
keluar minyak.minyak sawit tu kita ambik dan gaulkan dengan kambu / sambau yg telah kita bersihkan dengan air dan
jemur.bila kering dan sebati dengan kambu/sambau beri makan denak saja.bulu denak akan lagi cantik insyaallah.
kalau kita tengok gambaq yg nasir post tu sisik dia berselang seli.tu jugak di panggil belah rotan.ada jenis belah
tengah.bukan bertangkup.bertangkup tu bukan belah rotan.

sisik belah rotan ni kelebihan dia tahan berlaga.kuat berlaga.pasai tu kebanyakan bh yg kita dpt badan kecik kalau dpt
tengok kaki dia.kalau yg jenis hantam pikat sampai nk jem tu kaki jenis ni.tapi ada yg belah separuh dan ada yg belah
penuh.dan sisik belah rotan penuh dari sisik jari sampai ke lutut.tu sisik penuh.dan kelebihan yg lain insyaallah pakar
terkukur buleh tambah.atau kengkawan yg arif buleh tambah.

hatta buurng badan kecik pun atau kaki kecik yg kita dapat tu tengok kaki dia.kalau belah rotan jangan dok risau nk kaki
besar dan bulat mcm kebiasaan.janji belah rotan.
selalu masa kita dpt kita tengok comot ja bh tu kan.tapi ada petanda yg buleh kita belek dan tengok pada bh tu.contoh pertama bila
dpt ja bh kit a mesti nk tengok celak ,mata , kaki dan roma dia.hat ni selalu di praktikan oleh sesetengah org.

tapi bila dpt bh tu celak pun x nampak .pasai ???


pasai ada yg suap anak,ada yang sedang meluruh dsbnya.kita nk tengok samada celak tu bercabang Y atau strait halus.tapi x
nampak la pulak.mudah saja.jgn tumpu yg itu dulu.tumpu kan pada roma dahulu.roma ni adalah bulu susunan bh tu.tanjak dia akan
membuatkan bh ada ciri pikat suatu hari nanti.kedua tumpukan pada kaki.dalam 100 susah nk dpt kaki alur sungai.simpan dulu.yg
utama adalah hangpa tumpukan pada celak bulu lipas tu.biar halus strait.itu petanda dia.kalau nk tahu celak tu Y ke idak tengok
celak bulu kepak.kalu strait halus tu buleh buat pikat.kalau byk Y lambt sikit.pastu ekor pulak.kita selalu dok tumpu dan cari ekor
lembing dan sehelai.tapi bila dpt bh tengok-tengok ekor semua hancur habih.aduhhhhh nk wat lagu mana ni ? jgn risau.mudah
saja.tengok pelapik dan bulu ekor lawi dia.lawi utk ayam tapi tu istilah utk kita mudah faham.mana aku nk cari gambaq ekor lawi ni
ekor di atas ekor.ekor kecik pendek di atas sekali.walau ekor dia hancur masa dpt dia akan tinggalkan sehelai ekor tu.ekor tu
memang susah nk tanggal walau dia kuat menembak di awan.jika ekor lawi tu sehelai maka sehelai la ekor dia.kalau dia bercbang
bermakna ekor dia bukan sehelai.dan penyambut dia mesti sebatang saja.ada penyambut berbentuk love.ada penyambut
bercabang 3.ada penyambut bercabang 2 dsbnya.itu semua adalah menentukan ekor dia jugak sikit2.

persoalan yg mie tanya tu sebaiknya kita check dulu perhatikan dulu dan sebagainya.kdg tu suara nya kita berkenan tapi fizikal x
berkenan tapi cuba simpan dulu mana yg kita berkenan.dan jika x berkenan jugak beri pada kengkawan yg nak pasal itu dah jatuh rezeki
dia.

kalau kita tengok ada 3 ciri yg saya sebutkan kat atas tu maka simpan dulu sampai bh tu berbunyi di tanah semasa makan.atau semasa di
atas angga dia baru kita akan nampak karekter dia selepas dia dpt kawsn di dlm reban atau ladung.
yg ni pulak adalah ekor lawi.tapi bukan lawi ayam tu.cuma
istilahnya saja.atau pelapik atas.lagi besar belapik tu lagi
kuat berlaga burung tu.kalau kita nampak ada banyak kan
ekor kecik tu.dan ekor nya pun sama akan ikut ekor pelapik
atas tu.yg itu jgn risau.semua burng ada.yg penting sehelai
besar.yg dok di cari pemikat adalah sehelai sahaja.bila
sehelai pelapik atas tu maka ekor akan tersusun menjadi
sehelai.silap hb akan menjadi ekor lembing dan pendek
cuba amati betul-betul pelapik yg saya letak anak panah tu.nampak
sebatang kan.jadi ekornya pun akan tersusun menjadi sebatang dan
kemas.yg penting biar bercabang janji kemas

dan cuba perhatikan pelapik tu juga.panjangnya terlebih sampai


mencecah bulu warna putih ekor kan ? mcmana kita nk tahu burung
tu ? tu tandanya dia kuat menekan saja.lambung guk kurang

yang ni pulak kita panggil namanya ekor kura.tanda anak panah tu lah
di panggil ekor kura.

apa fungsi ekor kura ni ? fungsinya merubah perangainya.tetapi jgn


risau.jika ada ekor kura pada guk 2 ok.tetapi kalau ada pada guk 1
kurang sikit.namun ada tempat2nya yg boleh di cover akan ekor kura
tu pada guk 1
gambar ini pulak kita panggil bulu kekabu.
bulu kekabu ni semua burung ada.tak kira betina ka, jantan ka semua
ada.pasai apa kita panggil bulu kekabu ? pasai rupa dia berjerubu
mcm kekabu yg kita dok buat bantal di kampung tu.pasai tu di panggil
bulu kekabu.bulu kekabu mcm dlm gambar tu kita x nak utk di jadikan
pikat.pasai apa ? pasai dia akan pilih laman sebab berserabut.cari yg
kurang berserabut.

gambaq kata sebelah tu pulak gambar

1) air sireh
2) warna mata
3)bulu temucut

1) air sireh ni org panggil pasai warna dia mcm air sireh yg org tua dok
kunya makan tu.tu di panggil air sireh.lokasi dia di atas belakang pada
manik yg menghala ke atas belakang tu.apa fungsi dia ? angguk angga

2) warna mata jenis ni di panggil mata saga.ini lah antara mata burung
segak.kdg tu burung kita bela punya lama pun belum tentu ada warna
mata mcm tu.kalau dpt warna mata masa mikat tu simpan.burung yg
ada warna mata mcm ni adalah burung tanjak.taiko org kata

3) bulu temucut pulak adalah bulu yg mencucuk naik di atas dan


bawah paruh tu.tu di namakan bulu temucut.
kalau ada pattern bahu mcm ni simpan.cari bulu bahu tebai mcm dlm
gambar tu

lagi seko pattern tanjak bulu segak sampai ke ekor.

Lihat pada anak panah tu.

apa kita nk buat dgn bulu yg bertanda anak panah tu ?

bila dpt tangkap burung hutan cabut bulu yg bertanda anak panah tu
3 helai kiri dan kanan di bawah kepak tu.bulu tu ada sehelai yg
panjang dan 2 helai pendek kiri dan kanan kepak.bila dpt bh cabut 3
helai tu dan tinggal kan di laman.
Ini lah antara burung atau pikat yg MEGAH

antaranya saya buleh bg spec burung atau pikat cukup sifat

1) MATA MERAH MENYALA(SAGA)


2) WARNA KAKI UNGU-REMIA MASAK
3) SISIK BERLAPIS-lapis-sampai susah nk kira sisik dia
4) bulu putih kat bahu kurang
5)celak halus menikam mata
6) mata kecik
7) leher pendek
8) ekor sebatang
9) warna kekabu sama ngan kepala

tu salah 1 contoh pikat perfect.

yang penting apa yg saya nk sampaikan disini cukuplah sekadar ini :

1) bulu kekabu jgn serabut.biar tebai x pa jgn serabut


2) guk 1 x nak ada ekor kura
3) leher pendek
4)badan bulan
5) bahu x nak kepek atau kecut.cari yg bulat bahu kiri dan kanan.
burung pasak kuat.
pasak ni terletak pada roma.dia ada simpan pasak memukul mengikut warna roma dia.warna gelap romanya akan jd kaki
cili masak.roma air embun akan jd merah nk keputihan kaki dia.kaki cili masak nk jd susah dan lambat.apa tu pasak dia ?
pasak dia adalah jerun dan tembaga.pasak ungu roma dia nk coklat sikit saja.pasak dia ada yg tebal di roma.kaki ungu ni
pasak memukul dia tahan.
warna dia takkan berubah ikut spesis dan penjenamaannya.tetapi ada sikit berubah mengikut umurnya.kalau kaki burung jerun
warna kakinya cili masak.bila dah berumur dia akan bertukar sikit warna kakinya campur chroom(silver) itu kelebihan kaki jerun.

warna kaki bulu pelepah atau air embun warna kakinya merah pucat.bila umurnya tua akan bertukar putih berkuping.

warna kaki tembaga merah muda dan cili masak.bila tua umurnya tetap cili masak putih sikit saja.kerana kaki tembaga asli tidak
berkuping mcm jenis air embun.kaki tembaga sama mcm kaki merpati
KALAH BERLAGA
selalunya pikat yg kalah berlaga ni ada beberapa faktor ;
1) pikat tua
2) burung baru
3) pikat meluruh

itu serba sedikit perihal pikat atau burung yg kita perlu berhati-hati
jika demikian kekadang pikat akan kalah berlaga.maksudnya ada yg kena kompang dan kena biji mata.silap haribulan akan kondem
terus.kalau kondem terus memang agak susah hendak di pulihkan.kecuali nasiblah yg menyebelahinya samada ok balik ke tidak.

kebiasaannya kalau pikat kalah ni ada beberapa lagi faktor yg perlu di perhatikan :

1) betul ke dia dah kalah ?


2) mengalah ?

1) betul ke dia dah kalah ? - ini kena perhatikan betul2.kalau betul kalah atau nk kondem pikat akan berpusing mcm gasing
tu.menggelupur.ini kerana matanya dh kena libas dengan jarum yg ada di kepak lawan.ini sah kondem.kalau setakat tarik tali kaki
dan melarikan diri masuk semak tu bukan kalah lagi.cumanya dia mengalah kerana faktor lain dari segi kepenatan.dan pastikan dia
tidak di bawa memikat di situ lagi.dan kalau kondem ni dia akan takut akan suara yg sama kalahkan dia dulu.

2) mengalah ni mcm yg saya sebutkan di atas tu tadi.iaitu tarik tali kaki.

jadi nk pulihkan yg no 1 agak berat sikit.selalunya org akan lepaskan dalam ladung mengikut jangkamasa yg lama.terpulang kpd
pikat tu sendiri samada dh serik atau akan naik balik.

utk yg no 2 selalu nya akan cepat pulih.caranya lepas kena tu balik cubalah mandikan dia kemudian asingkan di tempat gelap.kalau
atas sangkar layang biarkan dia di tempat gelap.kalau dalam jebak pun biarlah dlm jebak yg di tutup kainnya.sampai dia berani
buka suara semula.

dan cara yg lain cari belalang padang yg selalu duduk di tengahari rembang tu cabut kepala dan suapkan belalang tu 3 ekor kpd
pikat yg kalah laga tu.jgn di bawa sampai dia akan mendidih semula.
lagi 1 petua

kalau suara pikat atau suara burung kita masih terkepit x keluar habis cuba : ambik nasik 2-3 biji suapkan kpd pikat atau burung
tu.insyaallah suaranya akan keluar. ini petua org dulu
Ada beberapa tanda pikat tua

1) kaki
2) kepak
3) perangai

1) kaki
warna kaki
2) kepak kebanyakannya jatuh
3) perangai
perangai pikat tua ni suka main ranting, patuk tanah.rajin.mudah angguk jika nampak tuan lalu di bawah sangkar layang.kurang
ketahanan berlaga.amat sesuai buat mengajar bb di laman yg di masukkan pikat tua kedalam jebak dan gantung.bb di pacak di
tanah

kemudian najis.najis pikat tua besar.

nak tahu burung yg kita dpt /tangkap tu muda ka tua tengok warna kaki dan najis semasa di atas sangkar layang.
TANDA TINDAN ATAU GAGAP

Pelapik putih tu bertindih 2 keping serentak.

Mesti tengok 2 tempat sekali gus manik yang berbaris tu mesti kita tengok pulak pada manik dibelakang ekor kura
tu.. pastikan manik air sirih dibahagian tu terangkat.. dia tak bercantum maksudnya bulu manik tu rerangkat.. dari
pandangan sudut sisi kita boleh nampak.. kalau hanya manik bertindih dan berbaris.. kadang2 burung tu hanya
tekan aggog tapi takdak gagap...

Lagi satu pasai gagap ni kita boleh tengok tang setokin kat lutut dia kalau laboh maknanye ada lah gagap
cuba tgk tul2 antara bulu manik ke bulu manik klu gagap mesti ada bentuk
V..
mcm ni lah senang crita.

guna 1 mata saja.ni khas utk bh yg celir saja.


pasai apa guna 1 mata saja ? pasai kekadang bh ni dia nampak racik.bila nampak dia dok jauh.jadi kaedah ni juga di gunakan
oleh sesetengah org.mcmana nk buat ?
racik 1 mata ni di letakkan di tepi denak.atau rapat ke denak.ruang mcamana ?
ruang kita gunakan lidi.lidi yg di raut lebih kurang pacak keliling dan tabur di laman.lidi sawit tu td di raut jgn sampai tinggai
batang saja.biar tinggai daun.patahkan pendek mcm tumang racik dan di pacak merata2.bh celir hanya perasan mono racik
saja.bila dia rapat dia kata aikkkk awat x dak racik pulak ari ni.di akan masuk insyaallah ke laman menghadapi racik di tepi pikat
atau denak.pacak racik memberat di sebelah kaki bertambat sahaja.atau 5 mata pun buleh guna kaedah ini.

tu di namakan racik 1 mata


MATA KELI
mata keli nih harus kecik.. kecik plak, biaq mata hitam besaq.. ring
merah@oren dia yg nipis..

mata keli kelopak mata dia tebal.mata halus.kalau mata


udang jarang ada kelopak mata tebal.kalau elok ring merah
banyak insyaallah baik.
Burung mati berdarah biasanya tanda dia bulu asal putih sehehai pada bahagian kepak...selain dari kepak ia bermaksud
pembawa lain...nak kena perati betul2,samaada bulu putih tu asal atau bulu menumpang...

BH Bersawan tu adalah istilah BH yg dimiliki,dijaga sebagai binatang peliharaan kesayangan mahluk ghaib (jin2)...hanya BH yg
terbaik dan elok saja yg terpilih jadi BH Bersawan ni...lgi satu,BH Bersawan ni pantang dia makan dan minum di atas
tanah...kalau dia makan dan minum atas tanah juga maknanya dia dah langgar pantang...sebab itu lah kita akan dpt
menangkap BH tersebut pasal tuan dia dah buang dia...tak mahu lagi kat dia atau tuan dia saja nak bagi kat kita...
Betul spt kata Long tu...kebanyakannya BH Bersawan datang tanpa bersuara...dia akan perhati dulu pikat kita...lepas tu baru
dia balun pikat...lepas balun,barulah dia akan berbunyi...mcm berkata padan muka hangpa...lgi satu,kebanyakan BH
Bersawan ni tidak ada kawasan jajahan tertentu,mana dia suka dia akan dtg utk bermain...pasal itulah kalau kita jumpa dia
disini hari ini,esok belum tentu lagi dia ada kat sini...BH lain akan duduk jauh bila BH Bersawan ni dtg...boleh dikatakan dia
adalah otai dari semua otai...nak duduk manapun takde siapa yg berani cabar dia...Waktu dia turun bermain ialah antara Asar
dan Maghrib...lgi syok nak cari BH Bersawan ni yg betul2 kaw ialah bila embun Maghrib mula jatuh menitik...cubalah...

manik bercantum,kalung,bulu pelepah kepak putih sehelai,roma terbalik(sekadar menyebutkan beberapa tanda) adalah
antara ciri2 BH Bersawan (spt kata Long,bukan semua tpi kebanyakan).BH jenis ni selalunya bersuara kendur...tak syok kita
dengar...tpi permainannya...perhhh...meleleh kalau dia dah galak...petua dia kalau dpt BH ni, pertama dia pantang berpindah
milik...kedua,jgn sampai ada org offer nak beli...dia tak mahu bertuankan sesiapa kecuali pada yg berjaya
menangkapnya...nak bagi dia cepat galak atau bagi dia lupa tuan lama dia kena bagi dia mandi penuh dulu...disamping tu,BH
Bersawan ni ada kategori2 dia @ tahap sawan/rasi,pembawaan...
Jarang kita nampak BH jenis yg tersebut sekarang ni...kalau ternampak,usahakan utk menangkapnya...kalau kita
nekad,pendirian teguh,semangat kuat dan bertawakal,insya allah,tuan dia akan mengalah kat kita walaupun cabaran dan
rintangan nya banyak...
kekadang dalam cetok pun dia sudah buat suara berdepan ngan bh yg dia suka nk main.conthnya bila kita bawak turun mikat di waktu
petang.pikat di dlm cetok tak pernah nk bunyi di dalam cetok pun.berhenti motor pekena rokok pun dia x bunyi dlm cetok.ada 1 masa
pikat dlm cetok akan menegur di laman tersebut semasa kita dok nk dengar bh berbunyi lepas berhentikan motor sambil pekena
dunhill sebatang sementara bh nk bunyi balik.

pikat atau denak akan menegur ...tekuturrrrr....secara perlahan.ini pengalaman saya saja tiada kena mengena dgn yg hidup atau yg
telah tiada.pikat menegur lg di dlm cetok..tekuturrrr secara perlahan tanda menegur.kalau denak menegur mcm tu , kwsn tu ada bh
yg baik dia nk bermain laman.insyaallah pacak je lah di mana-mana laman.insyaallah bh akan teradap kecuali tuan tanah x mau bg x
buleh buat apa la.cuma kita buleh tengok saja la.

mcm yg sdr nono bg tau .betul tu.keluar je cetok pikat menekan.kita x nampak, tetapi pikat dia nampak apa yg kita tidak
nampak.cumanya dgn izin allah kita dpt la merasa.kecuali mereka yg di beri anugerah oleh allah dpt cam suasana apa yg sedang
bermain.

sebagai contoh lain pulak, ada tak pernah sahabat disini tengah dok saja-saja di rumah dok rehat, tiba2 denak menegur ? tentu
ada.semua kaki pikat insyallah ada.bg yg belum alami tu insyallah ada.pikat menegur.dia menegur benda yg dia nampak.cepat2 baca
selawat, atau ayat kursi atau surah al baqarah dari mula sampai ayat 5-10 jika menghafal.memadai dgn ayat kursi.
EKOR KURA
Ekor kura ni adalah istilah yg di gunakan bg bentuk ekor spt ekor kura2 yg pendek bercabang tu.tengok rupa eko kura mcmtu lah
istilah ekor kura pada kura-kura.ekor kura ni letaknya di atas kepala manik permulaan dari pangkal kepala.bentuk bulu putih nya
berbentuk huruf V.

ekor kura ni tidak sesuai utk guk 1, seladang.ekor kura ni sesuai utk guk 2.peranan eko kura ni jika ada pada guk 1 atau seladang
kata org ianya berangin.jika ada perlu ada cover dia pada bulu pelapik bawah.pelapik bawah kena nampak sebatang.baru dia
boleh cover ekor kura bg guk 1.jika pelapik bercabang 2 burung tu akan berangin.berangin ni istilah dia mcm bahasa utara
perongoih atau bahasa terjemahan prenggus.sat mau sat tak mau main di laman.itulah pasainya ramai org tak mau ada eko kura
tu.dan byk lg tmpt2 berangin pada fizikal burung.namun ada juga guk 1 atau seladang yg mempunyai ekor kura tetap ON di
laman.pasai apa ? pasai dia cukup sifat.bg burung yg tak cukup sifat ni kalau boleh x mau.burung yg ada ekor kura ni selalunya
bangsa liar sikit berbanding yg tak dak ekor kura.leher yg ada ekor kura ni selalunya genting sikit dan besar di pangkal.
belalang padang bukan hat kaler koko hat mcmnih,
kalau hang jmpa masa dok mikat merbok tengahari, hang ligan sampai dapat.. dapat 2,3ekoq, balik pi suap kat pikat hang...

HATI KERING /
Burung bewarna gelap/hitam/kelabu pekat adalah burung yang boleh tahan lama berbanding dengan burung yang
bewarna keputihan/pelepah/embun.

tetapi antara dua warna/roma itu masih terdapat beberapa kriteria yang masih boleh dipertimbangkan seperti saiz
kepala, saiz kaki-jari, paten kepak, paten ekor dan beberapa bahagian lain lagi.

ALIS MATA HALUS DAN MENUSUK KA MATA,, KALAU DI KEPAK ,, BULU SISIK IKAN DIA RAPAT DAN
BERTERABOQ,,, SELALUNYA PAYAH NAK JUMPAQ ALIS MATA TAJAM DAN HALUIH MENUSUK,, KALAU
DIKEPAK PALING MUDAH NAK TENGOK,,,
hati kering ni byk org tengok pada fizikal dia.spt yg sahabat kita warga ttf yg mereka beritahu tu

dan di sini saya nk tambah sikit saja pasal hati kering ni

1) susunan sisik jari rapat rapat


2) celak mata halus tepat ke tengah mata
3) ring mata yg merah lebih banyak dr yg itam
4) telinga rapat
5) mata kecik
6) badan jantung pisang
7) warna roma
8) badan kecik sedang
9) ekor jawi atau lawi sama besar
1. untuk daun ati-ati, berapa kerapkah perlu diberi? contohnya sebulan sekali ke? berapa helai pulak nak diberi?
apakah faedah yang dapat daun ati-ati berikan kepada terkukor?

[b]daun ati2 ni bersifat panas.contoh kalau suap malam ini esoknya tidak boleh di bawa memikat.fungsi daun ati2
membuang angin di dalm badan pikat, serta mencuci sistem pencernaan burung.burung akan menjadi sihat
selepas sehari.jika daun ati2 itam suapkan sehelai sahaja(yg besar) koyakkan kecil2 dan upar(gentel) menjadi
sebesar kepala mancis kemudian suap.suap sampai habis sehelai.kalau daun kecil ambik la 2 helai sudah
memadai.sbb daun ati2 itam mmg baik sekali.kalau x dak daun ati2 itam boleh guna yg merah.suap seminggu
atau 2 minggu sekali sudah memadai.burung akan lebih sihat spt biasa.

2. bagi kacang hijau, perlu direndam supaya kulitnya lembut. adakah kulitnya perlu dibuang dahulu sebelum diberi kepada
terkukur?
berapa kuantitinya (berapa bijik)? berapa kerap pula perlu diberi?kesan kepada terkukur ... galak ke dsbnya?

kcg hijau merupakan protein yg baik.kacg ijau juga menjadi penawar penyakit angin medu(senak di ulu hati kita)
ada kaedah menggunakannya.tapi hari ni kita nk lihat apa fungsi kcg ijau pd kukoq.kcg ijau ni menggalakkan
terkukur khususnya.x perlu buang kulit pun x mengapa.yg kami selalu amalkan bg pikat,jalan 33, 11

3. bagi minyak ikan kod (Cod Liver Oil), bila perlu diberi? berapa pulak kuantiti dan kekerapannya? apakah kebaikan CLO
nih?

minyak ikan kod seminggu sekali sebiji saja.bersekali dgn daun ati2, kc ijau dan last one minyak ikan kod
Cili burung adalah di gunakan juga utk melancarkan suara burung yg terkepit selain pegaga + jintan hitam +
gula merah.cili burung ni fungsi dia panas.bila di beri makan kpd burung boleh jatuh bulu.suap hanya 2 biji
sudah memadai.cili burung ni juga sebagai penggalak kpd bb.kalau kita lihat burung merbah amat suka makan
cili ni. nasi tambah bolehgak..cli tu belah dua buang bijidia......amik kapur makan sapu sikit..pas tu letak madu
sebgai
sikit suapkan...............bg clear diapunya sora.....
. selain cili jerok ngan madu kacang hijau jerok nga madu....cara ni digunakan oleh otai2 di besut untuk
kekuatan stamina pikat dalam segi berkukuk dan berlaga......caranya........rendamkan kacang hijau segengam
dalam air biakan ia pecah(empuk sedikit) keringkan air...masukkan dalam bekas tertutup dan masukan
madu...selagi tak habis bleh guna...heheheh amalkan 5 biji seminggu....atau sehari sebelum turun melaman.
cili brg ni jugak boleh dikasi pada brg yang sakit mata... cara dia cam ni.. bgr yang sakit tadi di mandikan dicuci mata kiri @ kanan dengan span..
badan yg ada kesan ayaq bisa di cuci dgn span jugak... lakukan pada waktu malam lepas di cuci suapkan sebujik cili brg tadi amaikan 3 hari
berturut2 inshaallah baik. saya dah cuba ok gak.. ni org lama bagi tau ni... lupa lak jangan mandikan brg dengan cara jirus nanti innalillah lak brg
tu .. gosok plan2 dgn span yang dibasahkan... selamat mencuba...

kalu kat tempat cucu ni...kami tak campur daun ati² cuma bagi belacan saja...gentel sebesar kepala macis tiga biji suap kan...utk
bagi badan dia sihat aja...cuba suap kan dan tengok kesan dia besok pagi...
Untuk Pikat Berak Cair

Bagi daun petai belalang (pucuk). Lenyek kat tapak tangan


pastu letak nasik skit supaya dia melekat. Gentel 3 bijik sebesar
kepala mancis dan suap kat burung tu.
1. Cekur manis
2. Daun maman
3. Jintan hitam
4. Pegaga dgn akar
5. Gula merah
6. Madu
7. Brg cawi
8. Bawang Putih
9. Jantung Bawang merah
dalam pemilihan seseekor burung boleh dikatakan sebagai berikut :

1) celak mata

dalam pemilihan celak mata ni kebanyakannya memilih celak mata yg halus menikam ke mata.apakah maksudnya ?
maksudnya celak yg menikam ke mata adalah seekor burung yang tidak mengolah di laman.selagi ada daya dia akan
cuba untuk menarik burung hutan terjun ke laman nya.

2) paruh

pemilihan paruh adalah paruh yg berbentuk halus tajam se olah kayu yang di raut halus.

3) mata

pemilihan mata pula adalah kebanyakannya adalah memilih mata yang halus dan kecil seperti mata seekor ikan
keli.jika kita lihat mata ikan keli maka mata terkukur juga di cari sedemikian rupa.

4) telinga

telinga adalah merupakan aspek penting bagi seekor terkukur.telinga yang selalu di pilih adalah telinga nipis.bulu
yang menutui telinganya adalah jarang dan rapat ke telinga.bulu tutup telinga tidak mahu yang nampak seolah
bercuping-cuping keluar.apa sebab telinga nipis ? adalah untuk memudahkanya menangkap bunyi burung hutan dari
jauh.

5) kuku

kuku yang menjadi pilihan adalah kuku mati.


apakah yang dimaksudkan dengan kuku mati ?
kuku mati adalah kuku yang dari asal di tangkap sehinggalah menjadi pikat kukunya tetap pendek dan tajam
berbentuk jarum.adakah kuku panjang tidak boleh ? jawapannya boleh tetapi kita kena kerat atau potong sedikit dari
hujung warna putih.
6) Ekor
pemilihan ekor pula bergantung kepada burung tersebut.ada ekor lembing, ada ekor keli, ada ekor tebal, ada ekor nipis
dan sebagainya lagi.Yang mana menjadi pilihan pemikat ?
kebanyakannya yang menjadi pilihan pemikat adalah ekor pendek halus sebatang atau ekor berbentuk lembing atau
sudu.

7) dada
dada yang menjadi pilihan pemikat adalah dada seperti dada itik nila.atau seperti dada burung punai.

8) leher
leher yang menjadi pilihan pemikat adalah leher besar dan pendek.seolah-olah tiada leher.

9) manik
manik yang menjadi pilihan pemikat adalah manik bintang, pecah , penuh, sebaris dan lain-lain lagi

10) bahu
bahu yang menjadi pilihan pemikat adalah bahu yang tebal.bulu bahu dalam keadaan tebal.

11) bulu pasak tepi


bulu pasak tepi yang menjadi pilihan pemikat adalah berbentuk halus an sekata keseluruhannya.tidak mengolah dan
memilih laman

12) kaki
kaki yang menjadi pilihan pemikat adalah kaki bulat besar dan berbelah rotan semacam sisik kaki ayam hutan.yakni
handal berlaga.

13) penyambut
penyambut yang menjadi pilihan pemikat adalah penyambut sebatang dan antara sampai dan tidak sampai kehujung
sedikit sahaja.itu petanda burung rajin lambung guk.tidak hanya menekan sahaja.
KEPALA YANG ELOK ADALAH SEPERTI BURUNG MERPATI / PUNAI ,,, KALAU MCM BIJI GAJUS SELALUNYA ADA
MASALAH SIKIT,,

CARI PELAPIK YANG KURANG DARI 5 HELAI TU BURUNG YANG CUKUP BAGUS KALAU BURUNG YANG LEBIH
DARI 5 SELALUNYA BURUNG BERANGIN,, WALAUPUN BULU KAPAIH DIA TAK TEBAI,, TU PASAI ORG PENING
PALA NAPA BURUNG ELOK SEMUA TAPI BERANGIN,, LUPA NAK TENGOK BULU PELAPIK ADA BERAPA,,,

SEPIT UDANG SESEKOQ BURUNG PUN DIAMBIL KIRA JUGAK PASAI TU JANTAN KA BETINA,,, BUKAN MASALAH
LUAS KA ATAU RAPAT,,, ADA JANTAN SEPIT UDANG DIA LUAS ADA BETINA SEPIT UDANG DIA RAPAT,, CUMA 1
AJA YANG BLEH DIBEZAKAN HANYA BAHAGIAN SEPIT UDANG TU KERAIH ATAU LEMBUT,,, KALAU SEPIT
UDANG TU RAPAT TAPI LEMBUT MAKA BURUNG TU BETINA,,, KALAU SEPIT UDANG DIA LUAS TAPI KERAIH
MAKA JANTAN,,, SELALUNYA BURUNG PESOM SAJA YANG AKAN BEGITU RUPA ,,

KEDUDUKAN BURUNG BERTENGEK JUGAK DIAMBIL KIRA,,, SEBAB ITU MENANDAKAN SESEKOQ BURUNG
YANG RAJIN,,, JIKA BURUNG MELAMBUNG GUK KEDUDUKAN BADAN DIA BONGKOK IAITU EKOQ DIA CECAH KE
LANTAI SANGKAQ LAYANG TU BURUNG YANG RAJIN DAN CEPAT MENJADI DENAK ,,, KALAU BADAN DIA TEGAK
SEPERTI BIASA MAKA BURUNG TU LAMBAT SIKIT NAK MENJADI DENAK,,,

burung x biasa lagi dia memang mcm tu menggelupur.mandikan je malam.basahkan semua badan dia utk
mengurangkan menggelupur tu.cara mandikan semburkan dgn penyembur picit tu atas belakang kiri kanan kemudian
tekan badan dia dhn tapak tangan atau sisi tangan kita beri dia rendah sikit atas angga badan dia.bila kita tekan atas
belakang dia dia akan angkat kepak.bila angkat kepak sembur di bawah kepak bagi lencun.sama juga dgn kepak di
sebelah yg lain.itu di namakan mandi berlayang.mandi penuh ada bahan dia setelah jadi pikat.mandi yg tu dulu

MANDI MALAM NI BUKAN APA NAK BAGI JINAK SAJA,,, KALAU SIANG HANG MANDI PAKAT DIA TAK BAGI
PEGANG,,, KALAU MALAM LEPAIH MANDI SENANG PEGANG
Manik timbul sulam banyak.nampak sebiji-sebiji.

suara tarik akar selalunya manik pecah halus.kebiasaannya.dan burung yg byk isi manik pecah
bersusun rapat

manik jarang mcm ni selalunya ada pada bh atau pesum


naz.manik berongga.kalau kita tengok manik yg kaler putih
kurang.yg bayk kaler itam.kalau pesum x pe manik kosong mcm
tu.kalau bh kurang menarik sikit.bh manikkalau dpt nk penuh.tu
cukup cantik dan sekurang2nya mesti ada permainan dia.manik
mcm gambar yg naz pos tu kurang jelas.pasai kedudukan dia
sukar nk lihat sebetulnya.namun manik dia nampak timbul ada
selang.manik kena tengok di kedua2 belah.dan buurng tu
tengok jenis yg penguku
manik tu ada manik selari.ada gagap,dan ada manik timbul ada
selang.manik sora kasar atau kendur.dlm gambaq ni kurang tepat sikit nk
kata.kena tengok hat betoi.cumanya gambaran sikit tu je la.payah nk tepat
berbeza

BURUNG NIE KALAU SELANG BLEH TAHAN,, GAGAP ADA


DALAM 3 PATAH PERKATAAN KOT,, SUARA SEDANG NAK
KEBESAQ,, CUMA BURUNG ADA DEGEI SIKIT PASAI ADA
EKOQ KORA,, SULAM ADA SIKIT AJA,,, PENGUKU MMG
BANYAKK BURUNG NIE

TENGOKK MANIK SELARI TUU SELANG,, SULAM TUU KAT MELINTANG,, MENGUKU TENGOK MANIK DEKAT
PENGHABISAN KEATAS DEKAT KEPALA DIA RAPAT,, MAKAAAA MENGUKU BANYAKK ,,, TAPI KOT NAK TAU
SELANG SENANG NGK DEKAT BULU KEPAK DAN SUARA TENGOK DEKAT KEPAK GAK BAGI AKU LAHHH ,,
GAGAP TENGOK MANIK TIMBUI TU ,,,,
BURUNG NIE ADA SELANG RAPAT,, SULAM RAPAT PUN ADA GAK,, NGUKU KURANG SIKIT,,
GUK 1 RASANYA,, BURUNG KUAT MELAMBUNG NIE,
brung banyak selang.gagap ada.sora kecik nk ke
sedang kalau tengok manik.sedang atas.

CUMA MENGUKU DIA KURANG SIKIT,,,


KALAU MANIKK YANG BELAH ATAS RAPAT
BURUNG BANYAK MENGUKU,,,

kebanyakkan ada barang yg dia simpan.pasai


manik dia semua bersusun di hujung bulu
saja.kalau dia ada gagap 2 patah masa
dpt.insyaallah bila penuh dia akan keluar jadi
gagap penuh.tapi yg liee sifoo post tu bukan
manik pecah nama dia.tu nama manik timbul.nk
tengok guk berapa pun tengok
manik.kebiasaannya manik timbul lagu tu guk
1.tetapi ternyata nk tengok guk pada kepala.
kalu manik atas pecah halus2 apa
makna...

TU NAMA DIA MANIK CINCANG,, BURUNG NIE JENIS HATI KERING,, SUARA WALAUPUN SEDANG
PEKAKAS CUKUP,, KALAU BERLAGA MESTI MENANG,, KALAU DPT BH JENIS MANIK CINCANG
EKOQ MESTI PATAH-PATAH PASAI DOK BERLAGA DENGAN BH YANG LAIN,,, BADAN MANIK
CINCANG TAK BESAQ KEBANYAKKAN KECIK AJA,,

manik pecah atau manik cincang halus2.manik lagu ni selalu ada pada burung yg suara
tinggi.dan handal berlaga.manik bewarna kelabu.dia x putih sgt.burung kebanyakkannya
asyik nk berlaga dan rebut kwsn saja.kdg tu kita dpt dia ekor pun hancur.jenis yg kuat
berlaga ni selalunya badannya kecik saja.sora kdg tu kita dengaq pun x minat.sebenaqnya tu
lah taiko atau otai.sora nk x nak ja keluar.tetapi dia punya pulun bila ada lawan.dia akan
simpan semua permainannya.lagi 1 manik bintang.manik bintang lagi permainan
banyak.pecah mcm bintang tu.

KALAU MANIK HAT BESAQ TU JENIH CEPAT JADI,, ADA GAGAP SIKIT,, SELALU BURUNG KOSONG,,
TAPI PENGUKU KALAU HAT BENTUK EMPAT SEGI,,, KALAU HAT MCM MUTIARA NIE LAMBAT SIKIT
AJA JADI TAPI TAHAN BERLAGA,, ADA SELANG,, PENGUKU ,, KUKU SIGIAQ/ANGGAQ,, SELALU NYA
MANIK MACAM MUTIARA GUK 1 PAYAH NAK CARI,,, KALAU DAPAT ARAMAKKK FUHHH
BERDENGUNGGGG,,,

kalau yang manik pecah-pecah dan manik jarumnya banyak apa


tandanya??
MANIK BINTANG KALAU TAK SERATA ,,, BURUNG TU BAGUS PAYAH NAK DAPAT,,, PERMAINAN
IKUT SIKIT PERMAINAN BH,,, TAPI KALAU MANIK CINCANG LAH ORG NAK CARI,,, SAPE DPT
JWPNYA MMG KUTIP BURUNG

CUBALAH CARI BURUNG MANIK DIA CINCANG,, PASTIKAN MENJADI DENAK YANG
SERBA KEBOLEHAN,,
ada sikit manik bintang di situ.burung elok tandanya tu.simpan buat mainan mana
hang dpt burung ni ? kepala mcm seladang ja tu.hat seladang ka ?
SULAM, BINTANG,CINCANG
MANIK NIE,,, SUARA SEDANG ,,, DI
HUTAN AMBOIIII PUNYALAHHH
BERGEMA SUARA DIA,,, SELANG
ADA SULAM ADA,, TAPI DEKAT
RUMAH SUARA ADOIIII
LANGSUNG AKU TAK BERKENAN
JADI DIA,, PERAP PUN TAK DAK
SELANG,, SULAM PUN DAH
HILANG,,, DAH 2 TAHUN SIMPAN
TAPI DOK MCM TU SAJA
HATI KERING / KUAT BERLAGA

ALIS MATA HALUS DAN MENUSUK KA MATA,, KALAU DI KEPAK ,, BULU SISIK IKAN DIA
RAPAT DAN BERTERABOQ,,, SELALUNYA PAYAH NAK JUMPAQ ALIS MATA TAJAM DAN
HALUIH MENUSUK,, KALAU DIKEPAK PALING MUDAH NAK TENGOK,,,

KEPAK LABUH PUN JENIH KUAT KOMPANG DAN HATI MCM JERUKK

Hujung sayap dia bersilang,ataupun yang sayap dua lapis(yang ni memang susah nak
dapat).

1) susunan sisik jari rapat rapat


2) celak mata halus tepat ke tengah mata
3) ring mata yg merah lebih banyak dr yg itam
4) telinga rapat
kaler kaki nk kelabu nk pi ungu
5) mata kecik
6) badan jantung pisang
7) warna roma
8) badan kecik sedang
9) ekor jawi atau lawi sama besar

sisik jari belakang dia ada sembilan. sama imbang kiri dan kanan
warna kaki mesti seroma dengan jenis bulu burung yang kita pilih. selalunya kaki hat yang warna
merah gelap lah yang tip top. pasai hat yang warna macam ni selalunya roma dia keraih sikit.
nak jadi pun lambat sikit. tapi kalau jadi tahan lama.
RACIK DAN LAMAN

laman racik ada berbagai-bagai kaedah dan skill masing-masing :

antara yang selalu di gunakan adalah : -

1) laman curi
2) laman open
3) laman tebuk
4) dll

1) laman curi

laman curi ni tiada bersawang di buat.sawang ni isitlah rumput2 di ambil utk di tutup.jadi laman curi tiada
bersawang.himpit terus pada celah2 rumput mati.racik di letak banyak di kiri atau kanan pikat.bergantung kpd ikat kaki
pikat.racik di buka dan di tutup kedudukannya.dan ekor lebihan mata racik di tutup di depan dan di buka di tengah dan
di tutup semula.

2) laman open
laman open selalu org guna.laman open ni racik berbentuk W.racik di tabur merata-rata laman.

3) laman tebuk
laman tebuk adalah di buat bg bh celir sebagaimana laman curi.tp rahsia laman curi paling berkesan sekali utk
menangkap bh celir yang turun.
laman tebuk adalah rumput yg di tebuk sedikit.jgn terlalu tebuk berbentuk O.jika tebuk berbentuk O kadang-kadang bh
akan perasan.laman tebuk kalau boleh biar tebuk membesar.agar bh buleh lehat dari atas kwsn dia landing.jika kita
buat laman tebuk O, bh yg celir akan bertambah celir.dia tahu bahwa di bawah ada perangkap.kerana laman utk dia
landing sempit.biar laman tebuk memanjang.

dan lain-lain struktur laman mengiut kaedah dan cara masing-masing.


NI JARAK ANTARA JEBAK DENGAN PELEPAH SAWIT JIKA
MENGUNAKAN GALAH,,, SEKURANG2NYA SEDEPA PALING
CANTIK,, JGN TERLALU DEKAT DENGAN PELEPAH
DIKUATIRI BH TAK KAN TERJUN,,,

NI BILA DIKAWASAN LAPANGGG TAK DAKKK


COVER BAHAGIAN BELAKANGGG,,, DENAK
DITENGAHHH RACIK DIKIRI DAN KANANNN

2 KEPALA RACIK 15+15


RACIK
PELEPAH
TENGKOK
tengkok nak besar bulat pendek macam tak der batang tengkok burng
yg lagu ni

suara dia naik ke atas tak tengelam dan makan jauh tapi kalu guk 2 tu panjang cikit
tak per

dan leher panjang ni nk semua 1 set.leher panjang, kaki panjang(tinggi) ekor pun
panjang.selalu badan jantung pisang.

TENGKOK PANJANG BANYAK PERMAINAN TAPI TAK TAHAN BERLAGA

tengkok pendek ni selalunya permainan dia mengikut permainan bh

TENGKOK PENDEKK SUARA TAK MAKAN JAUH TAPI TENGKOK PANJANG SUARA MAKAN
JAUH,, TENGKOK PANJANG NIE AKAI PANJANG DAN ANGIN DIA MCM PUTING BELIUNG,,
TENGKOK PENDEK ANGIN DIA MCM RIBUT SAJA,, SUARA TENGKOK PENDEK NIE
JENIHH SERAP TANAH,, TENGKOK PANJANG SUARA DIA MELANGIT,,
PETUA MEMPERCEPATKAN BURUNG MELURUH @ JATUH BULU

kebiasaannya burung atau pikat dia akan meluruh bila tiba masanya.kdg2 bulunya tidak jatuh
semua.sikit-sikit.jadi untuk mempercepatkan bulu nya jatuh dan dia akan menjadi lebih sihat MANDIKAN
dengan AIR BERAS.kemudian jemur dibawah sinaran matahari bagi dia sihat

carilahhh burung ekoq penndekkk serta mcm ekoq ikan kelii ,,, burung tu payah
nak cariii jdd kalau ada tuu simpan

BURUNG YANG LAMA TAK DIBAWAK LAMAN TAPI HENDAK DIBAWA KE LAMAN,,, HENDAK
LAH DIEMBUNKAN DAHULU KEMUDIAN DIMANDIKAN DENGAN AIR BERAS SELAMA 3 HARI,,,
PACAKKAN DI TANAH DAHULU BAGI DIA MAKAN PASIR DAN BERMAIN DI TANAH,,, SELEPAS
3 HARI BARU PACAK DENGAN RACIK AGAR DIA TIDAK LUPA AKAN RACIK DIDEPAN MATA,,,
TAPI SELALUNYA KITA AKAN MASUK DALAM JEBAK DAHULU UNTUK DIA MARAH BILA
NAMPAK BURUNG

AL-IMRAN-200
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara
yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan
bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah,
supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).
selalunya pikat yg kalah berlaga ni ada beberapa faktor ;

1) pikat tua
2) burung baru
3) pikat meluruh

itu serba sedikit perihal pikat atau burung yg kita perlu berhati-hati
jika demikian kekadang pikat akan kalah berlaga.maksudnya ada yg kena kompang dan kena biji mata.silap haribulan
akan kondem terus.kalau kondem terus memang agak susah hendak di pulihkan.kecuali nasiblah yg menyebelahinya
samada ok balik ke tidak.

kebiasaannya kalau pikat kalah ni ada beberapa lagi faktor yg perlu di perhatikan :

1) betul ke dia dah kalah ?


2) mengalah ?

1) betul ke dia dah kalah ? - ini kena perhatikan betul2.kalau betul kalah atau nk kondem pikat akan berpusing mcm
gasing tu.menggelupur.ini kerana matanya dh kena libas dengan jarum yg ada di kepak lawan.ini sah kondem.kalau
setakat tarik tali kaki dan melarikan diri masuk semak tu bukan kalah lagi.cumanya dia mengalah kerana faktor lain dari
segi kepenatan.dan pastikan dia tidak di bawa memikat di situ lagi.dan kalau kondem ni dia akan takut akan suara yg
sama kalahkan dia dulu.

2) mengalah ni mcm yg saya sebutkan di atas tu tadi.iaitu tarik tali kaki.

jadi nk pulihkan yg no 1 agak berat sikit.selalunya org akan lepaskan dalam ladung mengikut jangkamasa yg
lama.terpulang kpd pikat tu sendiri samada dh serik atau akan naik balik.

utk yg no 2 selalu nya akan cepat pulih.caranya lepas kena tu balik cubalah mandikan dia kemudian asingkan di tempat
gelap.kalau atas sangkar layang biarkan dia di tempat gelap.kalau dalam jebak pun biarlah dlm jebak yg di tutup
kainnya.sampai dia berani buka suara semula.

dan cara yg lain cari belalang padang yg selalu duduk di tengahari rembang tu cabut kepala dan suapkan belalang tu 3
ekor kpd pikat yg kalah laga tu.jgn di bawa sampai dia akan mendidih semula.
kalau suara pikat atau suara burung kita masih terkepit x keluar habis cuba :

1) ambik nasik 2-3 biji suapkan kpd pikat atau burung tu.insyaallah suaranya akan keluar.

ini petua org dulu

kuku idup nie selalu suara dia mmg sedap di dengaq,,, selang pun ada,, kuku anggaq(sigaq),, kuku
mati nie kebanyakkan liaq payah nak jadi denak,, kuku idup penjagaan aja yang nak kena buat,,, buat
tekni rebonding pada kuku dia,,, yang selalu jadi bh yang kuku idup,,, naik aja kuku start dah burung tu
dah menjadi,,, kalau tak naik lagiii lambat sikit,,, tak dak lahhh denak baru kat rumah nie 8 tahun bela
nie baru nak jadi dalam masa 2-3 bulan nie,, tapi kalau burung kuku mati menjadiii ,,, mmg ganasss,,,

nak jinak kan burung nie guna surah al-imran ayat 200,,, tulis pada pinggan bubuh sambaq gosok
pakai tulisan tu hilang kemudian bubuh dalam bekas makanan burung tu,, insyaallahhh jinak burung
tu,,, kalau ditulis pada makanan diberi pada org yang degil inyaallah hilang kedegilan dia tu nie lkah
yang aku dok amalkan pada burungg yang ketegaq nak mampoihhh,,

nak bagi turun senang aja kalau zaman nieee ,, tibai pakai senapang tak sampai 5 minit dah
menyembah bumi,, nak bagi turunnn tengok pada suara denakkk ,, jgn carii denak yang suara
perittt ,,, cri suara lembutt,, mesti turun,,,,
masa kita turun memikat.pastu sakan la denak dok pulun.sampai 2-3 ekor kat pokok
berhampiran pokok.makin lama makin hampir bh ke arah denak.pruf turun sekoq.hat 2 lagi
dok tengok saja.geram jugak nk turun tu tapi..............tunggu la sat.sekoq ja turun.menguku-
menguku pruf turun yg 2 ekor td tu.hat pertama dah kena racik.tembak2 hat 2 ekoq cabut.

sora dia iskkhhhhh...nk tambat pun x berkenan

biaq suara dia x cantik.tetapi di mana cantik dia ? cantik dia pada bulu ka ? tidak.bukan pada bulu
tetapi pada penurun dia.kalau terjadi mcm tu tambatlah yg turun dulu tu dari yg kemudian
turun.kerana yg turun dulu itulah bakal jd pikat yg baik walau suara dia kurang pd kita.kerana apa ?
kerana bila dia turun dulu barulah yg atas terjun itulah penurun yg baik.perhatikan kalau terjumpa
situasi mcm tu.

apa yg kita selalu nampak di dalam ladung yg menjadi tumpuan kita ? ni nak pilih ni

1) ada beberapa ekor dok menguku sesama dia


2) ada beberapa ekor dok lambung guk saja

mana satu pilihan kita nk tambat ? antara nombor 1 & 2 tu ?


kalau kita pikir pasai apa hat tu dok lambung guk saja dok panggil lg padahai dalm ladung tu banyak dah bh lain yg dok dlm ladung tu ?

lambung guk atau tarik guk adalah nama pemanggil.pemanggil dgn menghalau lain.itu sebab saya suka pilih yg lambung guk bila burung dalm
ladung.burung yg rajin panggil bh cepat sampai ke denak.bh dari jauh cepat sampai jika denak dok memanggil tengahari

pasai apa kita suka pilih yg suka angguk dlm reban ? pasai nampak dia taiko kan betul apa yg kopam habaq tu.burung lawan angguk dlm ladung jgn
kita hairan.pasai apa ? sampai masa burung terkukur ni dia akan angguk.jangan risau dan jgn bimbang.kot mana pun burung mesti angguk bila
sampai masa dia.burung yg nk panggil tu yg payah pasai tu kita panggil samnon.burung samnon cepat bh terjun di laman.samnon adalah salah 1
karekter memanggil bila bh sampai.belum angguk tukar panggil.prufffffff terjun
lg 1 kita suka pilih hat dlm ladung yg bulu bersih kan.kita dok rasa dia la taiko ye tak.pasai hat lain semua
comot.dia yg dok belasah hat lain.maka kita pun gabuih tambat ha tu pasai bulu pun cantik, bersih.bila
dok atas sangkar layang kemas mcm denak atau pikat dah.tetapi kalau kita perati kan betul2 pasai apa
dia suka tibai hat bulu comot tu ?

kalau kita perati betoi2 pasai apa hat bulu lawa , kemas , segak mcm dh pikat selalu sgt dok tibai kawan sekor ni ? asyik2 dia
ja kena.hat lain pun kdg yg lain tibai jugak dlm ladung.sebnarnya jgn tengok pada lawa dia dlm ladung.memang hat lawa tu
menjadi pilihan kita atas tangkapan kita.kita pun bela.padahai kita x tau dia menjadi ke idak, ok ke idak.menyusup ke idak
suatu hari nanti.menyusup ni makna kata tuang ke tidak.
memang menjadi lumrah kita sukakan yg cantik dan lawa kan tapi x tak pa.tu sudah lumrah.x dak hal.kecantikan itu adalah
anugerah ilahi.

la ni kita nk tengok pasai apa hat bulu elok dok balun kawan dlm ladung sampai ada hat mati.bukan setakan balun saja.di
patuknya.asal kawan tu nk turun makan di kejarnya.sebanarnya hat comot tu la hat terbaik biar dia comot.asingkan hat dok
tibai tu kalau x caya.tangkap dia asingkan dlm ladung atau bekas sangkar lain tengok.

NAK BURUNG PILIH HAT YANG ORG TAK MAU,,, TULAHHH PERINSIP AKUUU ,, YANG MANA ORG TAK MAU
TULAHHH YANG AKU MAU SGT,,, YANG COMOT TU ADALAH BURUNG YANG TERBAIK,,, KENA TIBAI DALAM
LADUNG PASAL DILUAR DIA LAH PALING GANGSTER TAPI DIDALAM LADUNG JADI MANGSA,,,

nk lemahkan anak buah hang hantam kepala dia ka hantam anak buah dia ? man hang pilih ? kalau aku hantam dia
punya kepala.hat lain lemah semangat.dlm kes polis pun org suka cari dia punya kepala.kau diam-diam duduk aku mau
cari dia punya kepala....(sekali pendekar bujang lapok daaaaa) hang tengok bh lain yg ada dlm ladung kdg tu hat lain x
usik pun.lawa ja bulu dia.hat kawan sekoq tu padahai dia dh dok lama dlm sel tu dia jugak y kena hantam.pasai hantam
hat tu depa dah tau nnti hati mesti naik jadi kapla pulak.habih la kwsn akuuuuuuuuuuuuu
petua ada jgk otai kat kg sy dia syorkan kalo nak bg suara burung kita pecah... dia syorkan bg
makan blacan campur ngan cili padi halus yg warna merah... sy penah try kat BB sy... ape yang
dapat dikatakan mujarab la dr suara kecik jd lah sedang...

pikat kalau boleh jgn di letak dalm bilik air .bilik air panas walau ada air kolah.bb x pa.kecuali pikat
nmpak jatuh bulu , nk cepatkan jatuh bulu x pa letak dlm bilik air

nk cepat bb bukak suara suapkan cili burung je 2 biji.ini juga petua.


faktor panas akan mempercepatkan suara burung bukak.kerana fungsi cili adalah
panas.oleh sebab tu burung merbah suka makan biji cili burung di pokok-pokok cili
tu.lihat karekter mereka.riuh rendah kan.

cili burung ni yg kecil-kecil tu.bukan cili yg kita buat sambal tu.yg kita buat sambal tu
panjang dan besar sikit.cili burung ni kecik dan pendek je
SAMNON @ SENON

perkataan tersebut di ambil daripada bahasa siam.

clue yg nasir bagi tu ada terjemahan dari perkataan SAMNON

SAMNON bermaksud 3 serangkai

3 permainan

kenapa di namakan 3 serangkai ?

3 serangkai di namakan atas sebab permainan burung terkukur pikat khususnya.permainan tersembunyi.

1) angguk
2) perap atau tekan
3) guk

tu antara 3 serangkai permainan istilah samnon.

1)guk
2) angguk
3) perap atau tekan

1) perap atau tekan


2) guk
3) angguk

tetapi ..............................ada masa tertentu akan bertukar menjadi selangkuku jati

apa pulak selang kuku jati ?


salah satu contoh permainan istilah SAMNON atau SENON.
permainan tersebut di contohkan begini :

pikat telah kita pacak.kita pun menyoroklah di jerumun.kita x tau bahawa pikat kita tu ada SAMNON ka tidak.tungu
punya tunggu bh sampai setelah berkali-kali pikat buat kerja.
bh sampai depan angga.berlawan, bertekak, bertaki dan mcm-mcm BER lagi.............

tak jugak turun-turun bh idaman tu td.bh ni pun bukan calang-calang mainan dia.pulun la masing2 atas dan
bawah.pikat guna gear mcm ni :

bh sampai angga

pikat nguku angga jika pikat ada kuku angga.atau isitilah utara kuku sigiag.siap nguku angga.tak mau turun jugak.pikat
tukar gear perap.x jugak turun.pikat angguk balik.x jugak turun buah last sekali pikat lambung guk.

pruffffffffff bh turun ranting bawah.tak terjun lg tu.kekadang terus terjun bila pikat tukar gear rendah.

tanda pikat ada SAMNON.bh akan turun atau berpindah ranting atau berpindah dahan bila pikat tukar gear.sbb tu kita
kena kenal pikat dan pikat akan kenal tuan dia.baru sedap memikat

bila pikat ubah ranting misalnya pikat buat mcm ni pulk :

1) perap
2) guk
3) angguk

mainan dia bertukar-tukar.bh dah x sedap duduk.nk turun ke idak ? idak ke nk turun
gelisah saja bh kena payung ngan bahasa pikat tersembunyi tu td.leher pun panjang.kepala pun kiri dan kanan kot malu tak
terjun.sat lg awek tengok malu x turun.tu yg kepala kiri kanan x dok diam tu.prengggggg.......
terjun....bila terjun mcm biasalah.nasib la.
pikat tukar gear berbalik-balik.tetapi buah last dia mesti ada lambung guk di antara ketiga-tiga istilah
yg saya beri td tu

1) menguku
2) tekan / perap
3) lambung guk

menguku > perap > bh x turun terus pikat tukar > lambung guk prufffffffff............selalunya
terjun.kecuali bh dh byk kali terlepas atau terlucut racik jwpnya wassalam.nsib je lah kalau terjun.ada
hari dia panas dia akan turun.

lepas tu dia tukar balik mcm ni

pikat dok lambung guk je > bh sampai >menguku >perap >nguku>lambung guk > menguku..pruffffff
terjun......

tujuan pikat samnon nk ubah mainan bh .tu aja.bg dia gelisah.tu yg panggil SAMNON = 3 serangkai.3
serangkai tu lah istilah =menguku + lambung guk + perap @ perap+menguku+lambung guk

apabila dia lambung guk dan terus angguk di panggil istilah selangkuku
jati.tetapi belakang mesti tarik akar.ini istilah selangkuku jati

Anda mungkin juga menyukai