Anda di halaman 1dari 13

INSTITUT PERGURUAN BAHASA-BAHASA ANTARABANGSA

LEMBAH PANTAI, KUALA LUMPUR,


MALAYSIA

PENDIDIKAN SENI VISUAL


”KRAFTANGAN SENI ANYAMAN”

NAMA:

AHMAD ZAMRY BIN MAMAT


831002-06-5543

SUZILA BT ABD LATIF


821001-11-5888

CLASS :
KPLI (SR) B

LECTURER’S NAME :
EN RAMLAN BIN ABDUL MANAF

Sejarah
Seni anyaman sesuatu yang tidak dapat dipisahkan daripada cara hidup tradisional
masyarakat di nusantara. Daripada tikar hingga kepada dinding pelindung kediaman, hasil
kerja menganyam membentuk persekitaran hidup yang boleh dilihat di mana-mana. Ini tidak
menghairankan kerana tumbuh-tumbuhan tropika banyak yang sesuai untuk dijadikan bahan
anyaman. Keseluruhannya, kemahiran asas dalam seni anyaman tidak banyak berbeza, cuma
bergantung kepada jenis tumbuhan yang dijadikan bahan anyaman. Antara tumbuh-tumbuhan
yang paling banyak digunakan dalam seni anyaman ialah buluh, mengkuang, rotan, ribu-ribu
dan lidi. Perbezaan ciri tumbuh-tumbuhan ini menghasilkan pelbagai bentuk dan barangan
seni anyaman.

 Anyaman Buluh
 Anyaman Pandan dan Mengkuang
 Anyaman Rotan
 Anyaman Ribu-ribu
 Anyaman Lidi

Anyaman Buluh
Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi.
Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di
kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis
buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh
gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh
sembilang. Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan
iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah
serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung,
tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan
tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh
gading.

Memproses Bahan

Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih
dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh :

Merendam

Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air
asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah
buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan
gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari
segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik
walaupun berbau masam.

Menyalai
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau
diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah,
disepat (memisahkan kulit daripada isi batang
pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang
yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam
anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan
sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah
Hasil anyaman buluh
isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai
dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit
dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.

Anyaman Pandan dan Mengkuang


Pandan dan mengkuang tumbuh subur di tepi-tepi alur, paya, sungai dan kawasan-
kawasan yang menggenangi air tawar di seluruh nusantara. Tidak hairanlah seni menganyam
pandan dan mengkuang tersebar luas. Dengan itu, pelbagai barangan dapat dihasilkan
daripada anyaman pandan dan mengkuang. Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan
daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun
pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-
benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada
pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada
bilah anyaman pandan.

Kelebaran bilah anyaman dikaitkan dengan kehalusan hasil kerja, lebih kecil bilah,
lebih halus hasil kerjanya. Hasil kraf yang halus pembuatannya mempunyai nilai hiasan yang
tinggi. Sebaliknya, hasil kraf yang kasar lebih menekankan ciri fungsional. Tikar mengkuang
yang lebar anyamannya biasanya digunakan untuk menjemur padi, mengalas lantai dapur
atau jemuran dan sebagainya. Tikar yang dianyam untuk kegunaan demikian tidak
dicelupkan warna, berlainan daripada tikar yang dikhaskan untuk tetamu. Tetamu
dibentangkan tikar yang bukan sahaja halus anyamannya malah bercorak dan berwarna-
warni.

Memproses Bahan

Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di
bahagian umbi pokok. Tujuh atau lapan helai daun muda di keliling umbut pokok tidak
ditetak tetapi ditinggalkan untuk tuaian seterusnya serta untuk memastikan pokok itu terus
hidup dan mengeluarkan daun-daun baru. Menetak daun dilakukan dengan berhati-hati
kerana pandan dan mengkuang berduri-duri, sedangkan tanah dikeliling perdunya lazimnya
berair dan licin atau mudah perlus. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas
hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua
daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun
api kecil hingga layu.

Kadangkala daun-daun itu tidak dilayur tetapi dijemur hingga benar-benar kering dan
layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya.
Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang
dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk. Apabila duri
belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian
dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka.
Belahan-belahan yang siap dijangka dikumpulkan dan diikat sebesar betis dengan jarak kira-
kira satu kaki dari satu ikatan ke satu ikatan lain. Belahan yang berikat itu dititik atau dipukul
dengan alu supaya lembut dan mudah dilurut.

Melurut melembutkan belah dan melicinkan permukaannya. Belah yang sudah dilurut
dilipat tetapi tidak sampai patah lalu diikat dan direndam di dalam air selama dua atau tiga
hari. Dalam tempoh itu, air rendaman digantikan sekurang-kurangnya dua kali supaya bilah-
bilah itu tidak lebam dan berbau busuk.

Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas
hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.
Seterusnya, bilah itu bolehlah diwarnakan jika mahu. Bilah-bilah mengkuang atau pandan
diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama
beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana
bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba,
hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup
pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering,
bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Menganyam
Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta
corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah
ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang
berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan
anyaman tudung saji.

Anyaman Pandan Menganyam Tudung Saji

Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Bagaimanapun, khususnya untuk tikar


mengkuang, kelarainya dirujuk sebagai ragi. Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan
peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan.
Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang
tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong.
Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu,
motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur,
berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga
pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain
termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada
unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak
anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan,
serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir,
pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan.

Akhir sekali, terdapat bentuk bebas, seperti kelarai belah ketupat, kelarai kisar
mengiri, kelarai beras patah dan kelarai madu manis. Dalam membuat kelarai, perkara utama
yang diperhatikan ialah jumlah mata atau langkah daripada bilah daun yang digunakan.
Jumlah mata menentukan saiz satu-satu corak. Untuk menyerlahkan kelarai, bilah-bilah
dicelupkan dua warna yang bertentangan atau berkontras. Misalnya, kuning dan hijau, merah
dan ungu, atau putih dan perang. Kadangkala warna ketiga digunakan sebagai tanah atau
latar corak. Bilah-bilah berwarna yang dianyam tindih-menindih dan berselang-seli ini akan
menyerikan hasil anyaman mengkuang dan pandan.

Anyaman Mengkuang Menganyam Tikar

Bakul Pandan Tudung Saji

Anyaman Rotan
Rotan merupakan sejenis tumbuhan palma yang memanjat. Pelbagai jenis rotan
tumbuh liar di hutan-hutan nusantara. Antaranya rotan air, rotan bakau, rotan batu, rotan
bukit, rotan kera, rotan kolam, rotan manau, rotan sega dan sebagainya. Daripada puluhan
jenis itu, rotan batu, rotan manau dan rotan sega dianggap paling baik untuk tujuan
pembuatan perabot dan hasil anyaman. Malah, berasaskan potensinya dalam pembuatan
perabot, sejak beberapa tahun kebelakangan rotan manau telah ditanam secara besar-besaran
sebagai tanaman komersil sampingan di celah-celah barisan tanaman lain. Hasil anyaman
rotan tradisional termasuk bakul, kerusi, lekar, nyiru, raga dan juga alat permainan tradisional
seperti sepak raga. Sesuai dengan cara hidup moden, rotan kini semakin popular sebagai
kelarai perhiasan, seperti terendak lampu.

Memproses Bahan

Batang rotan yang besar dipotong daripada pokoknya antara dua hingga tiga depa
panjang supaya mudah diangkut ke luar hutan. Rotan kecil-kecil pula dipotong setakat yang
berguna, kemudian dilingkarkan. Sebelum digunakan, rotan perlu direbus supaya tisunya
mati dan kandungan gulanya tersingkir. Ini penting untuk memastikan ketahanan dan
mengelakkan serangan serangga seperti bubuk.
Rotan yang siap direbus, dijemur hingga
kering. Seterusnya, rotan batang yang ingin
dijadikan kerangka perabot diketam dan
dipelas kertas pasir sebelum divarnis.
Sementara rotan yang mahu dijadikan bilah
anyaman terus divarnis sebelum disepat
atau dibelah.
Anyaman Ribu-Ribu

Anyaman ribu-ribu Ribu -ribu adalah sejenis paku-pakis yang hidup liar terutama di
kawasan belukar yang lembap. Terdapat beberapa jenis ribu-ribu iaitu ribu-ribu biasa, ribu-
ribu besar/gajah dan ribu-ribu bukit/duduk atau akar sidin. Kegunaan utama ribu-ribu pada
masa dahulu ialah sebagai bahan untuk dijadikan tali. Banyak rumah di Terengganu misalnya
menggunakan tali ribu-ribu sebagai pengikat rabung kerana tali jenis ini tahan lama. Tetapi
kini kegunaan ribu-ribu hampir terbatas kepada hasil kraftangan sahaja. Barang-barang yang
diperbuat daripada ribu-ribu termasuk terendak, bekas tembakau, bekas sirih dan dompet.

Memproses Bahan

Ribu-ribu dipotong di bahagian pangkalnya. Cuma


rakis utama yang diambil, yang lurus atau yang
menjalar. Cabang-cabang yang tidak diperlukan,
dipotong dengan pisau kecil. Kemudian ribu-ribu
dibelah dua dan dikeringkan perlahan-lahan dengan
menyidainya di tempat yang redup selama beberapa
  hari. Ini dilakukan untuk memastikan ribu-ribu tidak
rapuh atau mudah patah. Menganyam ribu-ribu sama seperti menganyam buluh dan
mengkuang. Untuk mengukuhkan anyaman, biasanya buluh atau rotan digunakan sebagai
tulang atau kerangka barang yang dihasilkan. Motif-motif yang kerap digunakan dalam
anyaman ribu-ribu ialah siku keluang, bentuk jaluran dan bentuk-bentuk geometri. Biasanya,
barang-barang yang dianyam mengekalkan warna asli ribu-ribu. Bagaimanapun, perbezaan
warna boleh dihasilkan iaitu dengan menyelang-nyelikan warna luar kulit yang lebih gelap
iaitu coklat tua, dengan warna dalam kulit, coklat muda. Rata-rata, kraftangan ribu-ribu kini
semakin terabai, kecuali di kalangan penduduk Sabah, terutama di sekitar Kampung Inukiran
dan Kampung Tinanggol di daerah Kudat.
 

Anyaman Lidi
Pokok kelapa dikenali sebagai pokok serbaguna kerana semua bahagian pokok ini
boleh digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah
lidi. Berbagai-bagai barangan boleh dihasilkan daripada lidi kelapa. Antaranya, lekar, bakul,
tempat simpan telur, bekas buah-buahan dan raga gubahan bunga.

Memproses Lidi

Kraftangan ini bermula dengan kerja meraut dan mengisit daun kelapa yang muda
dan panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin, direbus dengan bahan
pewarna dan kemudian dijemur hingga kering. Kini lidi itu sedia untuk dianyam mengikut
bentuk yang dikehendaki.

Cara menganyam lidi tidak banyak berbeza daripada cara menganyam rotan bulat.
Untuk membuat lekar atau bakul, misalnya, bahagian tapak disusun terlebih dahulu didalam
satu bingkai supaya bilah-bilah lidi tidak mudah terungkai. Kemudian hujung lidi dilentur
secara berselang-seli dan diselitkan di antara satu sama lain dalam aturan tertentu untuk
menghasilkan suatu corak. Seterusnya lidi itu ditarik supaya anyaman tersebut menjadi
kukuh. Akhirnya bahagian hujung lidi diselitkan dengan kemas dan bakinya dipotong.

Anda mungkin juga menyukai