Anda di halaman 1dari 53

TAJUK 9 SENI ANYAMAN

Pendidikan Seni Visual T3 KSSM


Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
SENI ANYAMAN

 Seni anyaman merupakan


satu seni warisan yang
mempunyai nilai seninya
yang tersendiri.
 Ia digunakan secara
meluas sebagai produk
gunaan harian masyarakat
setempat.
 Kegiatan menganyam tidak
dilakukan pada waktu
tengah hari kerana daun
mengkuang lebih mudah
dianyam pada waktu pagi,
petang dan malam.
Prinsip Asas Seni
Anyaman

 Prinsip asas dalam


seni anyaman
merupakan satu proses
menjalin secara silang-
menyilang helaian
demi helaian daun
mengkuang, pandan,
rotan, buluh dan
beberapa bahan lain.
Prinsip Asas Seni Anyaman

 Sesebuah hasil seni


anyaman dianggap
sempurna apabila
penganyam
mementingkan
ketegangan semasa
menganyam agar
anyaman rapat dan
tidak longgar.
 Pemilihan bahan asas
seni anyaman
menentukan hasil
kekemasan sesebuah
hasil seni anyaman
Jenis-jenis Seni Anyaman

 Anyaman Gadas
 Anyaman Kelarai
 Anyaman Sulam
Anyaman Gadas

 Anyaman yang tidak


mempunyai kelarai.
 Anyaman asas bagi anyaman
mengkuang menggunakan
teknik angkat satu dan turun
satu.
 Anyaman ini biasanya
digunakan sebagai tikar pelapik
lantai untuk aktiviti harian.
Anyaman Gadas
Anyaman Kelarai
 Anyaman yang mempunyai
corak atau motif yang
berbentuk dam dan terhasil
daripada proses
menganyam.
 Anyaman yang
menghasilkan satu gaya atau
ragam hias yang menarik
sebagai motif utama.
 Anyaman ini biasanya
dirancang dan dilakukan
serentak semasa proses
anyaman.
Anyaman
Kelarai
Anyaman Sulam

 Anyaman untuk membuat


bunga sulam pada
rombong.
 Ragam hias jenis ini
memerlukan alat penyisip
untuk memasukkan
helaian daun yang
berlainan warna ke atas
permukaan anyaman
sulam.
Anyaman
Sulam
Motif Seni Anyaman
Kelarai
 Flora
 Fauna
 Nama Manusia
Flora

 Kelarai Bunga Cengkih


 Kelarai Bunga Api
Fauna

Kelarai Tapak Harimau


Kelarai Buntut Siput
Nama Manusia

Kelarai Mak Mek


Kelarai Cik Kedah Berakar
Jenis Alatan Seni Anyaman

Parang
Pelurut
Jangka
Belantan
Penyisip
Pisau
Parang
Digunakan untuk
memotong dan
menetak daun pokok
mengkuang
Pelurut

 Alat daripada buluh leper


yang dinipiskan sedikit
pada kedua-dua tepinya
supaya mudah untuk
melurut daun mengkuang.
Jangka

 Alat untuk membelah daun


mengkuang menjadi helaian
yang lebih kecil mengikut
lebar yang dikehendaki.
 Alat ini mempunyai mata
pisau yang tajam.
Belantan
Alat pemukul
semasa proses
menitik daun.
Penyisip
 Alat daripada buluh yang ditajamkan menyerong di
salah satu hujung supaya helaian mengkuang boleh
diselitkan untuk disisip.
Pisau

 Alat untuk membelah


daun daripada
mempulur (tulang
belakang daun) dan
bahagian tepi daun
yang berduri.
Bahan-bahan Anyaman
Rotan
Bahan-bahan
Anyaman
Mengkuang
Bahan-bahan Anyaman
Pandan
Bahan-bahan
Anyaman
buluh
Bahan-
bahan
Anyaman
Ribu-ribu
Bahan-bahan
Anyaman
Reben
Bahan-
bahan
Anyaman
Kercut
Bahan-bahan
Anyaman
Straw
Bahan-bahan
Anyaman
Jut
Bahan-bahan
Anyaman
Strap plastik
Bahan-bahan
Anyaman
Gulungan surat khabar
Fungsi Seni
Anyaman
 Tudung saji
 Nyiru
 Bidai
 Tikar parudan
 Lekar
Fungsi Seni
Anyaman
 Beg
 Bakul berkaki
 Kipas anyam
 Bakul berkat
 Raga
Proses Penyediaan Daun Mengkuang

 Menetak daun
 Melayur
 Menjangka
 Menitik
 Merendam
 Menjemur
 Melurut
 Mewarna
Menetak daun

 ilakukan pada waktu


pagi atau petang
untuk mengelakkan
daun mengkuang
daripada layu.
 Daun mengkuang
yang berusia 1
sehingga 2 tahun
dipotong sama
panjang.
 Disusun mengikut
rangkap (merepang)
Melayur

 Daun mengkuang
dilayur di atas bara
api sehingga daun
berwarna kekuningan.
 Tujuannya untuk
melembutkan daun
agar lebih mudah
dibelah dan dijangka.
 Kemudian dibelah
untuk membuang duri
dan tulang belakang
menggunakan pisau.
Menjangka

 Daun mengkuang dibelah


menjadi helaian kecil
dengan menggunakan
jangka bersaiz antara 5
mm sehingga 10 mm.
 Alat jangka bermata tajam
digunakan dengan
mencucuk pada daun
yang diletakkan di atas
kain tebal dan daun ditarik
perlahan-lahan.
 Bahagian tepi daun
mengkuang dan durinya
dibuang.
Menitik

 Proses menitik atau


membantul
menggunakan
belantan kecil yang
dilapik dengan
sebatang kayu untuk
melembutkan daun
mengkuang.
 Ikatan daun
mengkuang dititik
sambil memulasnya
berulang kali.
Merendam

 Daun mengkuang
diikat dan direndam
selama tiga hari
tiga malam di
dalam tempayan
yang berisi air.
 Tujuannya adalah
untuk melunturkan
warna hijau asli
daun
(penyahwarnaan).
Menjemur

 Daun mengkuang
yang telah
direndam dibilas
dengan air bersih.
 Daun mengkuang
dijemur di bawah
cahaya matahari.
Melurut

 Proses melurut
dilakukan dengan
menekan daun
mengkuang
menggunakan jari dan
pelurut dari pangkal
sehingga hujung daun
untuk
melembutkannya.
 Daun dilipat supaya
sama panjang
sebelum memulakan
proses melagang.
Mewarna

 Air dimasak di dalam


periuk bersama
dengan pewarna yang
dikenali sebagai inci.
 Daun mengkuang yang
telah dilonggarkan
ikatannya dimasukkan
ke dalam periuk
selama 10 minit.
 Masukkan tiga
sehingga empat asam
keping untuk
mematikan warna
Mewarna

 Cuci dan bilas


ikatan daun
mengkuang yang
telah diwarnakan.
 Jemur ikatan daun
mengkuang di
ampaian yang
teduh atau jauh
daripada cahaya
matahari supaya
warnanya tidak
pudar.
Proses
Menganyam Tikar

Lagang
Anyam
Pepeh
Pepeh
Kerat
Lagang
 Helaian dilipat dua bahagian sama panjang dengan helaian
mengkuang dibentuk seperti "V".
 Kaedah ini dikenali sebagai melagang atau menaja.
Anyam
 Proses menganyam dimulakan dari bahagian tengah helaian yang
dilipat.
 Bahagian permulaan helaian mengkuang dijalin secara berselang-
seli.
Pepeh
 Pepeh juga dikenali sebagai lepih ialah teknik melipat dan
menganyam bahagian tepi anyaman untuk mematikannya.
 Pelepihan ialah proses menyisip helaian yang berlebihan ke dalam
badan anyaman.
Sisip
 Teknik menyambung helaian yang pendek dengan menyisip
helaian tersebut pada celah mata anyam supaya anyaman tidak
terburai.
Kerat
 Baki bilah anyaman dipotong menggunakan pisau
supaya anyaman nampak kemas.
Rupa Bentuk
Tikar
TAMAT

Anda mungkin juga menyukai