Anda di halaman 1dari 16

2

BAB 1
ASAS IKHTIAR HIDUP


A
ktiviti Ikhtiar Hidup sangat sinonim dengan aktiviti KRS mahupun TKRS. Walaupun
diajar secara asas namun aktiviti ini mampu menarik minat anggota. Sebelum me-
latih pelajar melaksanakan aktiviti, adalah lebih baik jika asas ikhtiar hidup diperke-
nalkan kepada pelajar terlebih dahulu.

Pengenalan Ikhtiar Hidup

Mengikut kebanyakan kamus, Survival bermaksud the will to live, to outlive, state
continuing to live. Berdasarkan pernyataan tersebut Ikhtiar Hidup boleh dikatakan sebagai
keupayaan untuk meneruskan kehidupan yang berlaku diluar perancangan atau jangkaan.

Seperti yang kita tahu, akhir-akhir ini, bencana alam, peperangan saudara dan seba-
gainya terjadi dengan mudah. Jika di Amerika Syarikat, warganya telah mula menyiapkan
persediaan untuk survival dalam apa jua situasi. Pelbagai panduan dikeluarkan, dirangka
untuk memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang teknik ikhtiar hidup.

Bagaimana Ikhtiar Hidup Boleh Berlaku?

Situasi Ikhtiar Hidup terjadi akibat dari sikap kita sebagai manusia yang kadang kala
terlalu ego, lalai malah sering mempersendakan alam semulajadi yang dicipta oleh Allah SWT.
Antara punca Ikhtiar Hidup berlaku adalah kerana:

Bencana Alam- ini berlaku akibat keadaan cuaca yang memisahkan kita dengan
Jalan utama. Antara factor alam yang sering terjadi adalah banjir, tanah runtuh dan
sebagainya.

Kemalangan berlaku kemalangan yang menyebabkan pergerakan menjadi lambat
atau menyebabkan terpisah dari kumpulan besar. Kemalangan yang dimaksudkan
adalah kemalangan seperti kepatahan, luka besar dan sebagainya

Sesat Gagal mencari jalan pergi atau balik, gagal membuat pandu arah atau tersesat
kerana keadaan alam yang tidak menentu. Saya sendiri pernah tersesat di Gunung Le
dang kerana mengikut laluan air yang disangka denai/track

Lalai/leka lalai dan leka sewaktu ekspedisi hingga terpisah dari kumpulan besar dan
akhirnya gagal mencari jalan yang betul

Dan pelbagai punca lagiseperti serangan oleh kumpulan yang tidak bertanggung
jawab dan sebagainya


APA YANG HARUS DILAKUKAN

Pakar Ikhtiar Hidup sering menggunakan satu perkataan yang amat popular iaitu
STOP
3
Namun apakah yang dimaksudkan dengan perkataan tersebut. STOP bermaksud:

S Stop Berhenti dari bergerak. Tenangkan fikiran. Ambil masa berehat dahulu kerana kita
mungkin tidak dapat menjangkakan apa yang kita hadapi selepas itu.

T Thinking Berfikir dengan tenang dan gunakan pertimbang yang waras. Jika boleh kesan
semula punca bagaimana anda tersesat. Jika gagal, tentukan rangka bertindak

O-Observation Pemerhatian yang teliti perlu dilakuan. Tentukan di mana anda berada.
Buat kajian lapangan untuk menentukan tempat yang selamat untuk bermalam atau
untuk memudahkan anda mendapatkan bantuan. Jangan bergerak jauh dari laluan
utama agar mudah team penyelamat mencari anda.

P-Planning Rancang apa yang perlu anda lakukan sama ada berada di tempat tersebut
atau mahu bergerak. Jika bergerak pastikan anda mempunyai cukup bekalan air, ada
arah tuju yang munasabah dan anda mempunyai kekuatan untuk melakukannya

PRINSIP ASAS IKHTIAR HIDUP

Terdapat beberapa prinsip asas yang perlu diberikan perhatian sekiranya terlibat dalam
situasi Ikhtiar Hidup. Prinsip-prinsip ini merupakan perkara penting yang tidak boleh dia-
baikan apalagi diambil mudah.

KESELAMATAN
Perkara yang paling utama yang harus anda berikan penekanan. Keselamatan nyawa
anda dan kumpulan anda haruslah menjadi pertimbangan utama. Jauhi segala unsur
yang boleh mengancam nyawa anda dan kumpulan anda seperti gangguan binatang
buas, makanan beracun dan sebagainya. Ikhtiar hidup akan menjadi lebih sukar jika kese-
lamatan anda terancam atau anda mengalami kecederaan. Proses meneruskan ke-
hidupan akan menjadi lebih sukar.

USAHA
Antara syarat untuk Berjaya keluar dari situasi Ikhtiar Hidup adalah dengan satu se-
mangat iaitu tidak berhenti berusaha. Usaha yang berterusan perlu dilakukan bukan
menyerah terus kepada kehendak takdir. Berserah kepada kehendak alam, kita hanya
memiliki peluang 50:50 tetapi dengan berusaha peluang kita semakin cerah untuk hidup.

KAWALAN DIRI
Sesuatu yang sukar dilakukan tetapi mesti dilakukan. Apa yang penting adalah kita
mengawal diri terlebih dahulu. Jika bersendirian kita mungkin akan dihantui dengan keta-
kutan akan kegelapan malam, gangguan binatang buas dan sebagainya. Jika ini
menghantui anda, anda telah kehilangan 50% keyakinan diri. Jika anda bersama kumpu-
lan dan terdapat peserta perempuan,, berikan keyakinan kepada ahli kumpulan anda
bahawa segalanya akan berjalan lancer jika semua ahli kumpulan mempunyai keyakinan
diri yang tinggi.

KERJASAMA
Kerjasama. Itulah langkah yang harus diambil oleh setiap ahli kumpulan dalam mengatasi
situasi sebegini. Lakukan sesuatu dengan teratur dan secara bergilir-gilir. Pengalaman saya
sewaktu sesat ketika mencari jalan naik ke puncak gunung ledang nyata memberikan
pengajaran. Kami bergilir-gilir mencari jalan turun dan menjadi first tracker. Setelah 3 hari
4
kami baru terjumpa anak sungai yang boleh kami mencari jalan ke kaki gunung. Di sini
kerjasama memainkan peranan. Sewaktu first tracker mencari jalan, ahli yang lain boleh
menyediakan makanan dan sebagainya.


PERSIAPAN SEBELUM SESUATU AKTIVITI
Kita sering merancang sesuatu yang menarik dan besar tetapi lupa untuk membuat
persiapan menghadapi sesuatu peristiwa yang buruk.. Bagi setiap penggemar aktiviti di rimba
raya atau di mana sahaja, persiapan untuk menghadapi sesuatu yang buruk harus ada. Ini
yang dikatakan sebagai pelan A, B atau C.
Persiapan untuk menghadapi situasi Ikhtiar Hidup boleh dibuat dalam sebuah beg
kecil agar tidak mengambil terlalu banyak ruang. Secara umumnya anda boleh membahagi-
kan persiapan ikhtiar hidup kepada beberapa perkara:

MAKANAN
Seeloknya makanan yang dibawa ialah makanan boleh terus dimakan, memberi
tenaga dan ringan. Contohnya coklat, biskut, mee segera dan sebagainya. Ini adalah ker-
ana kita akan menggunakan banyak tenaga dalam usaha mencari jalan keluar. Kuantiti
makanan dalam sebuah beg ikhtiar hidup sebaiknya mencukupi untuk seorang selama 24
hingga 36 jam. Antara makanan yang dicadangkan adalah 2 keping coklat, 2 bungkus
mee segera, 5 sudu quaker oat, garam.

PERUBATAN
Keperluan perubatan juga perlu diambil kira. Dicadangkan agar anda membawa 5 biji
pil untuk cirit birit, 1 biji pil anti malaria, 10 biji pelali air, I set alat rawatan patukan ular, 3-
4 biji pil penahan sakit, 10 biji pil anti-biotic dan I tiub krim anti biotic.

PERALATAN
Alat yang perlu anda sediakan adalah alat yang boleh membantu anda dalam melaku-
kan sesuatu usaha dan alatnya hendaklah ringan dan bersaiz kecil. Di antara alat yang
dicadangkan adalah dua gulung tali pancing ( 10 hingga 15m), 2 utas tali untuk membuat
jerat, 1 atau 2 batang lilin, 1 kotak cooker (lilin askar) dan sekeping keranjang aluminium
selebar kertas akhbar.

Alat-alat lain yang boleh dipertimbangkan adalah getah lastik dan pelapiknya tanpa ca-
bang, gam tikus, kompas, pisau untuk survival tetapi saya mencadangkan parang ker-
ana ia akan berfungsi sebagai parang dan pisau, cermin kecil dan alat lain yang perlu.

AIR DALAM IKHTIAR HIDUP

Bahan terpenting dalam kehidupan manusia adalah air selain oksigen. Manusia boleh
hidup tanpa makanan berhari-hari tetapi tanpa air, natijahnya adalah kematian dalam
waktu yang singkat. Jika kekurangan air dalam badan kita sebayak 2 peratus, situasi itu akan
mengakibatkan 25 peratus kepincangan pada bahagian otak dan otot. Jika kekurangan air
sebanyak 10 peratus, dianggap terlalu serius manakala 20 peratus boleh mengakibatkan
maut. Manusia memerlukan 4.5 liter air sehari. 2.5 liter akan dibuang melalui pernafasan dan
perkumuhan.

Di negara kita air bukan sesuatu yang sukar ditemui jika disbanding dengan negara
lain. Anda boleh menemui sumber air sekiranya anda terus mencarinya dan tahu cara men-
carinya. Terdpat tanda-tanda yang boleh membantu anda menemui sumber air. Antaranya:
5

Bunyi air yang mengalir menghasilkan bunyi. Apabila mendengar bunyi air adalah boleh
mula mengesan punca kedudukan air. Masa yang paling sesuai adalah waktu malam.

Penglihatan jika berada di persekitaran semula jadi, kita boleh melihat air terjun, sungai,
anak air, takungan air. Gunakan kompas untuk mencari arah kepada kedudukan air

Kawasan yang berhampiran dengan air akan dipenuhi dengan binatang seperti burung.
Jaraknya sukar ditentukan tetapi anda harus lakukan tinjauan terlebih dahulu dalam menge-
san kedudukan air. Sebelum melakukan tinjauan, adalah lebih baik anda menandakan
tempat anda berada dan jalan menuju ke punca air tersebut bagi memudahkan anda kem-
bali semula ke tempat permulaan anda bermula

Serangga juga adalah petunjuk yang baik kepada kehadiran air di sesuatu kawasan. Ke-
hadiran kumbang, lebah, nyamuk, tebuan adalah petanda positif air berada di sekitar kawa-
san tersebut. Biasanya pada sekitar 100 meter.

SUMBER LAIN UNTUK MENDAPATKAN AIR
Periuk Kera

Tumbuhan unik ini mempunyai satu bahagian yang boleh
menampung air. Bahagian ini biasanya digunakan untuk memer-
angkap serangga kecil. Jika anda terjumpa tumbuhan ini, anda
boleh mengumpulkan air kerana tumbuhan ini hidup dalam kum-
pulan yang besar.


Hujan

Anda boleh menggunakan ponco atau plastic untuk mengumpul-
kan air hujan. Semakin besar bkas tadahan semakin besar jumlah
air yang akan anda perolehi,












Daun

Dengan menggunakan beg plastic anda masukkan daun-daun ke dalam plastic dan
goncang dengan kuat untuk membolehkan air yang berada pada daun tadi terkumpul
dalam plastic. Namun befitu, air yang terkumpul tidaklah banyak dn mengandungi kotoran
yang terdiri dari debu-dbu, habuk dun mahupun serangga. Anda harus menapis air ini terlebih
dahulu sebelum minum.
Kaedah Pemelowapan Cara menapis air
6
Tumbuh-tumbuhan

Buluh dan akar kayu juga boleh membekalkan air yang sesuai
untuk diminum. Bagi pokok buluh, air berada pada ruas paling bawah.
Anda boleh menggunakan ranting buluh untuk menyedut air dari ruas
buluh tersebut.

Manakala akar kayu juga mempunyai kandungan air berdasarkan saiz.
Semakin besar semakin banyak air boleh diperolehi. Tetapi terdapat be-
berapa syarat sebelum minum air dari akar kayu. Pertama pastikan akar
kayu tersebut tidak bergetah, airnya tidak mempunyai rasa, warna dan
bau. Air yang boleh diminum adalah air yang jernih.

Anda hanya perlu memotong bahagian atas dan bawa akar untuk men-
dapatkan air,









MAKANAN DALAM IKHTIAR

Walaupun hutan merupakan satu kawasan yang mengelirukan bagi seseorang yang ter-
sesat didalamnya, ia mempunyai berbagai pokok-pokok dan tumbuhan serta makanan yang bo-
leh menyelamatkan nasib simalang. Pertamanya hutan sentiasa mempunyai sumbar air untuk
minum. Banyak sungai-sungai kecil yang terdapat di hutan. Kadang-kadang terdapat air terjun di
lereng-lereng bukit yang airnya bersih untuk di minum.

Apabila bercerita tentang makanan dalam Ikhtiar Hidup, kita harus berfikir tentang
tenaga bukan kesedapan kerana dalam belantara yang tebal jika kita terputus bekalan,
tiada Mydin, Tesco ataupun re adstoran makanan segera. Apa yang ada ialah sumber hu-
tan yang boleh membantu kita mendapatkan tenaga.


7
Bagaimana Mendapatkan Makanan Di Hutan

Terdapat beberapa cara untuk mendapatkan makanan dalam hutan. Antaranya
menggunakan teknik Jerat dan Perangkap bagi mendapatkan haiwan hidup Bagi menang
kap ikan kaedah lukah, tajur, pancing boleh digunakan. Namun begitu, terdapat prosedur
tertentu yang harus digunakan jika ingin memakan buah-buahan yang kita tidak ketahui
dan jenisnya.

Prosedur ini penting untuk menentukan agar kita tidak termakan buah-buahan yang
beracun. Kita tidak boleh menyangka apa yang dimakan oleh burung boleh dimakan oleh
manusia. Selain buah-buahan, terdapat beberapa jenis makanan lagi yang boleh dicari
seperti telur haiwan atau burung, ubi-ubian dan sebagainya.

Selain tumbuh-tumbuhan, haiwan adalah sumber makanan yang sesuai namun begitu
menangkap haiwan bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Di sinilah kepentingan
membuat jerat diperlukan.

MENENTUKAN KEHADIRAN HAIWAN
Lokasi memainkan peranan penting bagi kita merancang untuk menangkap pelbagai
jenis haiwan. Bukan semua tempat dihuni oleh haiwan sebaliknya terdapat beberapa cara
untuk menentukan kehadiran haian di sesuatu tempat.

Punca Air
Sebagaimana manusia, binatang juga memerlukan air sebagai minuman. Kita boleh
mengesan kehadiran haiwan di punca air dengan melihat jejak yang ditinggalkan. Selain
di kawasan lembab, jejak boleh ditemui pada denai yang menjadi laluan sesuatu jenis
haiwan

Punca Makanan
Tanda-tanda kehadiran haiwan juga boleh dilihat dari kesan yang ditinggalkan seperti
tanda gigitan pada daun atau batang pokok, kulit dari buah-buahan, buji-biji dan seba-
gainya. Pokok cerek merupakan makanan kegemaran rusa atau kijang. Ini boleh mem-
bantu kita memilih tempat untuk memasang perangkap atau jerat. Manakala burung
pula di kesan dengan melihat kehadiran burung dalam jumlah yang banyak pada se-
suatu pokok. Ini menandakan terdapat makanan dan getah sesuai dipasang pada pokok
yang sebegini

TUMBUH-TUMBUHAN
Selain haiwan, tumbuhan juga boleh dimakan oleh manusia sama ada dalam bentuk
buah, daun atau umbutnya. Namun begitu, terdapat juga tumbuh-tumbuhan yang beracun
seperti pinang hutan yang akan menimbulkan kesan yang memabukkan. Jika umbut pinang
hutan hendak dimakan, ia perlu direbus terlebih dahulu.

Terdapat juga buah seperti Tampoi, Salak, Terap yang boleh dimakan. Manakala dari
jenis daun pula boleh dimakan dalam bentuk ulam. Contohnya Melinjau dan Terung Manggar
yang enak jika direbus terlebih dahulu. Terdapat lima cara untuk menentukan sesuatu jenis
tumbuhan itu boleh dimakan atau tidak.

























Teknik Mendapatkan Air
8
HIDU
Ambil sedikit tumbuhan yang hendak diuji. Hancurkan di atas tapak tangan kemudian
hidu baunya. Jika baunya terlalu keras, busuk dan kurang menyenangkan, tumbuhan
tersebut tidak sesuai untuk dimakan. Walau begitu, tidak semua tumbuhan yang be-
bau busuk tidak boleh dimakan

SAPU
Jika tumbuhan yang diuji tidak berbau busuk, langkah kedua ialah dengan menyapu
sedikit tumbuhan tersebut ke pangkal lengan. Tunggu antara 10 hingga 15 minit dan
jika tidak berasa gatal atau panas, tumbuhan itu bebas dari racun

KUNYAH
Ambil 1/2 atau satu sudu the bahagian daun tersebut dan kunyah. Jika terlalu banyak
air liur yang keluar buang air liur tersebut tanpa mengeluarkan daun tersebut. Tunggu
dan jika berasa panas, gatal ,loya, daun tersebut adalah beracun.

TELAN
Jika ujian-ujian di atas tidak menunjukkan sebarang perubahan ambil daun terse
but dengan sukatan seperti di atas kemudian telan. Jika dalam masa 12 jam tiada
tanda loya, panas , maka dun itu boleh dimakan

MAKAN
Jika tiada sebarang tanda loya, panas atau gatal-gatal dalam masa 12 jam, daun-
daun tersebut boleh dimakan dengan syarat tidak makan benda-benda lain

MASAKAN RIMBA

Terdapat beberapa cara yang membolehkan kita masak tanpa menggunakan perala-
tan seperti periuk dan sebagainya. Masakan jenis ini tidak seenak masakan di rumah tetapi
cukup untuk mengenyangkan. Terdapat empat cara penyediaan makanan cara masakan
rimba iaitu:










MEMASAK NASI DALAM BULUH

Potong bahagian atas sebatang ruas buluh. Bersihkan dan basuh beras serta masukkan
ke dalam buluh. Masukkan air secukupnya dan letakkan buluh berhampiran bara api seperti
memasak lemang. Pusingkan buluh dari masa ke semasa untuk memastikan semua bahagian
masak. Belah buluh dan keluarkan nasi.






CARA MASAK CONTOH BAHAN/MAKANAN YANG SESUAI
Memanggang Daging, ayam,ikan
Merebus Ubi, telur, sayur
Membakar Ubi, ikan
Mengukus Ubi, ikan, daging, ayam
9











Konsep memasak nasi dalam buluh sama seperti memasak lemang

MEREBUS TELUR DALAM TANAH

Gali lubang sedalam 4 inci. Masukkan sebiji telur dan tutup lubang dengan tanah. Nyalakan
api di atasnya. Telur akan masak dalam jangka masa 15 hingga 20 minit















MEREBUS TELUR DALAM TANAH LIAT

Balut sebiji telur dengan tanah liat yang basah. Tutup semua bahagian. Nyalakan api dan
masukkan telur yang telah bersalut tanah liat ke dalam bara api. Apabila tanah liat merekah,
menandakan telur telah masak


Telur yang telah masak boleh dikenali dengan
rekahan pada tanah liat tersebut. Apabila tanah liat
telah merekah, ketuk perlahan-lahan dan keluarkan
telur.

* Selain telur, seekor ayam juga boleh dimasak meng-
gunakan teknik ini. Seekor ayam yang telah diber-
sihkan bahagian dalaman, balut dengan tanah liat
tanpa membuang bulunya. Balut setebal 1 inci dan
masukkan ke dalam bara api. Apabila tanah liat telah
merekah, menandakan ayam telah masak dan boleh
dimakan.

10
MEMANGGANG DAGING ATAS BATU

Basuh sebiji batu yang leper dengan bersih. Hapuskan semua kotoran pada batu terse-
but. Nyalakan api dan letak batu di atas api. Biarkan batu itu benar-benar panas. Potong
dan hiris daging setebal 1cm. Letakkan di atas batu. Tunggu hingga daging masak. Jika mem-
punyai garam dan kunyit, lumurkan pada daging sebelum dipanggang.

MEMBAKAR UBI KAYU/KELEDEK/PISANG
Nyalakan api dan biarkan ia berbara. Masukkan ubi ke dalam bara api. Tunggu lebih
kurang 15 minit. Keluarkan ubi dan kikis bahagian yang hitam. Ubi telah sedia di makan.














Jika terpaksa anda boleh membuat jerat yang sesuai untuk menangkap haiwan seperti
monyet dan sebagainya. Namun cara ini viarlah menjadi pilihan yang terakhir. Masih terdapat
banyak lagi sumber yang boleh dimakan seperti telur burung, burung dan sebagainya. Apa
yang perlu adalah kesabaran dan daya usaha anda.
11
TEKNIK MENYALAKAN API TANPA MANCIS

Terdapat bebarapa cara untuk menyalakan api tanpa menggunakan mancis. Teknik
ini telah dipraktikkan oleh mereka yang terdahulu namun diberikan inovasi dari masa ke se-
masa. Dalam situasi Ikhtiar Hidup, api memainkan peranan penting untuk memanaskan
badan, memasak makanan dan juga menghalau binatang buas. Jika bermalam di hutan pas-
tikan untun api yang sesuai dinyalakan bagi menerangi kawasan dan juga memastikan anda
tidak diganggu oleh binatang buas.

Api terhasil dari tiga unsur iaitu haba, bahan bakar dan udara. Apabila tiga elemen ini
bergabung proses pembakaran akan berlaku. Untuk menghidupkan api, susun ranting kayu
dalam kedudukan huruf A dengan bukaan kakinya menghadp angin. Masukkan rabuk atau
bahan yang mudah terbakar ke dalam susunan kayu tadi. Bahan bakar boleh diambil dari
daun-daun kering, ranting-ranting halus dan sebagainya.














FIRE CRAFT
Kraf api bukan dihasil sekadar untuk menyalakan api dalamm usaha me-
manaskan tubuh badan atau memasak tetapi mempunyai pelbagai tujuan ter-
tentu.

HUNTERS FIRE

Selain digunakan untuk menjadi Bahan bakar,
tungku-tungku ini Disusun rapat agar dapat
diguna Sebagai dapur.


REFLECTOR FIRE
Fungsi utama api jenis api ini
Adalah untuk menghalakan haba
Ke satu arah. Biasanya dibuat dihadapan
khemah terbuka




12
STAR FIRE
Menggunakan kayu yang panjang. Sesuai
untuk digunakan bersama dapur jenis gantung








TEEPEE FIRE
Paling sesuai dan mudah digunakan tetapi
sukar untuk didirikan kerana susunan kayu
memerlukan keseimbangan dan stabil







LOG CABIN FIRE
Senang dan mudah dibina kerana bentuknya
Yang stabil. Apabila terbakar ia hanya membakar
Bahagian dalam kayu sahaja








CARA MENYALAKAN API


13

14
15
BIVOUC (PERLINDUNGAN SEMENTARA)

Bivouc atau perlindungan sementara merupakan salah satu aspek yang penting untuk
memastikan anda sentiasa selamat, sihat dan segar untuk meneruskan kehidupan pada hari
berikutnya. Bivouc bukanlah seperti khemah yang anda selalu gunakan tetapi bivouc lebih
kepada perlindungan yang dilakukan untuk satu atau dua malam. Peralatan atau bahannya
adalah bahan yang terdapat di sekeliling anda seperti daun-daun lebar, batang-batang kayu,
banir pokok, plastic atau ponco atau baju hujan.

Pembinaan Bivouc lebih bersifat melindungi anda dari embu atau hujan serta tiupan
angin. Selain itu untuk membolehkan anda berehat dengan selesa dan selamat. Dalam pem-
binaan bivouc, utamakan keselamatan anda. Pastikan anda menyalakan api berhampiran
bivouc anda untuk menghalau nyamuk atau agas, memanaskan badan serta menghalau bi-
natang buas.

BEBERAPA CONTOH BIVOUC

Bivouc menggunakan Khemah, Ponco atau Baju Hujan





16
PERLINDUNGAN SEMENTARA MENGGUNAKAN SUMBER SEMULA JADI

Anda mungkin juga menyukai