Anda di halaman 1dari 5

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI)

SMK PANTAI SEPANG PUTRA


TAMAN PUTRA PERDANA,
43950 SUNGAI PELEK SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN UNIT PENGAKAP PPKI
SESI 2022/2023

DISEDIAKAN OLEH:
MAHALIZAH BINTI MANSOR
PENOLONG KANAN PENDIDIKAN KHAS
SMK PANTAI SEPANG PUTRA

1
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT PENGAKAP PPKI SESI 2022/2023

1. PENGENALAN
Perkhemahan adalah penting untuk semua murid. Program seperti ini harus dijalankan dengan
konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan pelajar di samping dapat menambahkan
pengetahuan pelajar dan mendedahkan mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah
mereka kenali sebelum ini.

Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan pengetahuan
bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung dan tanpa tekanan. Aspek
ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang
perlu dikenalpasti agar mereka tidak merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan
bersosial yang lebih baik. Maka program yang berbentuk “outdoor” ini seharusnya menjadi asas
dalam memastikan mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. OBJEKTIF
2.1 Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.
2.2 Memupuk semangat kerjasama, toleransi dan berdikari serta meningkatkan motivasi dan
keyakinan diri setiap peserta.
2.3 Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara teratur dan
berdisiplin.
2.4 Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.
2.5 Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masing-masing.

3. KUMPULAN SASAR
Semua murid PPKI.

4. BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM


4.1 Hari : Rabu
4.2 Tarikh : 11 Januari 2023
4.3 Tempat : SMK Pantai Sepang Putra

5. JAWATANKUASA INDUK
Pengerusi : Pn. Asiah Bt Abu Jamal
(Pengetua SMK Pantai Sepang Putra)

Naib Pengerusi : Pn. Mahalizah Bt Mansor


(PK Pendidikan Khas)

Setiausaha : En. Pusparaj a/l Kandasamy

Kem Komandan : En. Saiful bin Mat Jizar

AJK Peralatan : En. Siti Noraishah bt Mansor


2
AJK Disiplin,Kebajikan : Pn. Sim Bi Eng
& Keselamatan Pn. Noor Hafifi bt Azemi

AJK Makanan : Pn. Halimatu Sadiah bt Ismail


Pn. Siti Nurol Uswatu bt Termudi

AJK Aktiviti : En. Marini bt Subari


En. Mohamad Farid bin Mat Salleh
En. Abdul Rashid bin S.A Mohamad

AJK Sijil Penyertaan : Pn. Suhaila binti Arshad

AJK Fotografi : Mohd Ardeli bin

AJK Aktiviti Keagamaan & : En. Akmal bin Zainal Aripin


Aktiviti Moral : En. Ting Him Lee

6. IMPLIKASI KEWANGAN
6.1 Sumber kewangan -

6.2 Anggaran perbelanjaan keseluruhan secara terperinci


BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH SUMBER
1. Makan pagi RM5 x 50 RM250 Sumbangan Aktiviti
2. Makan tengahari RM10 x 50 RM500 Sumbangan Aktiviti
3. Hadiah untuk aktiviti RM50 x 1 RM50 PCG BKK RM150
(hamper) RM40 x 1 RM40
RM30 x 1 RM30
RM20 x 1 RM20
RM10 x 1 RM10
JUMLAH RM150
4. Hadiah Peserta RM50 x 2 RM100 PCG B&K RM100
Terbaik
JUMLAH BESAR RM1000

6.3 Lampirkan kelulusan pindah peruntukan – sekiranya ada

7. ULASAN JPN / PPD (sekiranya perlu)

3
8. PENUTUP
Besarlah harapan pihak sekolah agar aktiviti yang dirancang akan memberi manfaat yang sebaik-
baiknya kepada semua pelajar, seterusnya dapat menarik minat mereka untuk menjadi pelajar
yang bermatlamat.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

..................................................... ………………..................................

Nama : Pusparaj a/l Kandasamy Nama : Mahalizah binti Mansor


Jawatan: Penyelaras Unit Beruniform PPKI Jawatan: Penolong Kanan Pendidikan Khas

4
KERTAS KERJA PERKHEMAHAN UNIT PENGAKAP PPKI SESI 2022/2023

KEPUTUSAN PENGETUA

8. Meluluskan Kertas Kerja (Perkhemahan Unit Pengakap PPKI sesi 2022/2023)

Atau

Tidak meluluskan Kertas Kerja (Perkhemahan Unit Pengakap PPKI sesi 2022/2023)

Ulasan:

....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

....................................................................................................................................................

(Hajah Asiah binti Abu Jamal)

Pengetua

SMK Pantai Sepang Putra

Anda mungkin juga menyukai