Anda di halaman 1dari 15

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA,


JALAN BESAR,
45300 SUNGAI BESAR,
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
SEKOLAH KEBANGSAAN WAN IBRAHIM
PROJEK
KUALA LIPIS, PAHANG

BILIK TERAPI SENSORI


DAN
BILIK MULTISENSORI
SNOEZELEN
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

2012
1.0 BILIK TERAPI SENSORI

Bilik terapi sensori merupakan salah satu langkah untuk membantu kanak-kanak
istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan daya
sensori. Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana pelajar pendidikan
khas memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya tumpuan dan penggunaan
deria. Bilik Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk membantu pelajar istimewa dari segi
kecergasan mental dan fizikal seperti fokus dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan
menenangkan fikiran menerusi pelbagai aktiviti yang dipantau guru terlatih.

Setiap peralatan yang disediakan di sini mempunyai tujuan tersendiri dalam


meningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan kewaspadaan. Ia turut
merangsang penggunaan deria khususnya penglihatan, bunyi dan rasa yang membantu otak
menyusun serta menterjemah maklumat.

2.0 SNOEZELEN

Projek Snoezelen merupakan bilik multisensori yang melibatkan penggunaan dan


rangsangan kelima-lima deria yang ada pada setiap individu. Ia termasuklah rangsangan
penglihatan (visual),pendengaran (hearing), sentuhrasa (touch), bau (smell) dan rangsangan
sendi (propriation). Snoezelen adalah konsep yang melibatkan persekitaran dalaman sesebuah
bangunan atau bilik yang direkacipta bagi menyediakan keselesaan dan ketenangan dengan
menggunakan peralatan yang khusus.

Untuk menjalani terapi ini, satu bilik khas disediakan khusus untuk terapi ini. Bilik terapi
ini dilengkapi dengan pelbagai alatan yang akan merangsang minda seseorang untuk berehat
daripada segala tekanan. Media yang digunakan dalam bilik terapi snoozelen ini adalah ,efek
lampu, permukaan taktil, muzik lembut, dan bau aroma yang harum. Snoezelen juga
merupakan salah satu daripada cabang terapi alternative yang dapat menggalakkan
pemfokusan, tindak balas keyakinan diri, relaksasi ketenangan otot, perubahan tingkah laku
dan menggalakkan proses perkembangan minda.

Memandangkan konsep snoezelen direka khusus untuk merangsang deria murid-murid


tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan ia berupaya untuk mengawal persekitaran
bagi membuatkan murid-murid berasa selamat dan lebih tenang.
Oleh itu amat penting dua projek ini untuk direalisasikan di Program Pendidikan Khas
Integrasi (PPKI) Sk Seri Utama, Sungai Besar, Selangor sebagai salah satu terapi bagi
menggalakkan pemfokusan, tindak balas keyakinan diri, relaksasi ketegangan otot-otot,
perubahan tingkah laku dan menggalakkan perkembangan minda kanak-kanak pendidikan
khas.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menyediakan terapi atau rangsangan yang mewujudkan suasana dalam meningkatkan
kesedaran murid-murid terhadap persekitaran mereka melalui deria penglihatan dan
pendengaran bagi mencapai ketenangan dan menolong murid-murid mengalihkan perhatian
daripada sebarang gangguan

3.2 Membolehkan murid-murid mengawal gangguan emosi mereka melalui kesan cahaya,
bunyian dan juga aroma yang terdapat di dalam bilik snoezelen.

3.3 Memberikan peluang kepada murid-murid mengalami pengalaman yang


menyeronokkan melalui peralatan yang digunakan dan dapat mengaktifkan pengawalan alat
sensori murid-murid.

3.4 Menggalakkan relaxation, konsentrasi dan pemfokusan dalam kalangan murid serta
dapat meningkatkan keyakinan diri melalui interaksi yang berlaku semasa proses terapi
dilaksanakan

3.5 Dapat mengurangkan keresahan, agitasi dan masalah hiperaktif dalam kalangan murid-
murid

3.6 Boleh dimanfaatkan kepada semua individu contohnya kepada warga emas, guru atau
murid-murid dalam membantu mengawal emosi melalui peralatan yang disediakan di dalam
bilik sensori integrasi dan juga snoezelen.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Penyediaan bilik sensori integrasi dan snoezelen ini diwujudkan umumnya untuk semua
warga Sekolah dan masyarakat sekitar dan khususnya juga untuk murid-murid Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Utama, 45300 Sungai Besar,
Selangor. Kumpulan sasarannya adalah seperti berikut:

4.1.1 Murid-murid yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan fizikal dan mental

4.1.2 Murid-murid yang mengalami masalah perkembangan motor, kognitif bahasa


dan kemahiran interaksi sosial
4.1.3 Murid-murid yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau challenging
behavior.
4.1.4 Murid yang mengalami kondisi psikiatrik seperti kemurungan, skizofrenia, resah,
tertekan dan bingung.

5.0 PENYEDIAAN BILIK SENSORI INTEGRASI DAN SNOEZELEN

5.1 Memastikan semua tingkap dan bukaan ditutup bagi memastikan tiada cahaya luar
memasuki bilik snoezelen.
5.2 Keseluruhan bilik dilengkapi permaidani bagi menjamin keselamatan murid

5.3 Keseluruhan bilik akan dicat berwarna putih bagi memastikan pantulan cahaya yang
lebih baik dan sempurna serta memberikan ilusi bilik yang lebih luas.
5.4 Bilik-bilik ini dilengkapi dengan penghawa dingin untuk menjamin keselesaan sepanjang
proses terapi dijalankan dan juga untuk menjamin pemeliharaan peralatan multi-sensori di
dalam bilik tersebut.
6.0 KEWANGAN

ANGGARAN KEWANGAN PERBELANJAAN PROJEK BILIK SENSORI INTEGRASI


DAN SNOEZELEN

Butiran Pendapatan Bil. Butiran Kuantiti


Sumbangan RM 80,000 1 Rompa Ball Bubble 1 x RM 13,000
Pihak Luar Tube
2 Padded base for Bubble 1 x RM 3000
Tube
3 Projector & Wheel 1 x RM 6000
Rotator
4 Mirror Ball 1 x RM 1500
5 Bendy Mirror 1 x RM 4000
6 Aromatheraphy Kit 2 x RM 1000
7 Edge Block 1 x RM 1800
8 PA System 1 x RM 2000
9 Penghawa Dingin 2 x RM 2500
10 Ball Pool 1 x RM 1000
11 Buaian platform 2 x RM 300
12 Flexidisc 5 set x RM 100
13 Sensory Cardio Kit 2 x RM 900
14 Resistance Tunnel 2 x RM 300
15 Trampolin 2 set x RM 350
16 Ballon Bluff 1 x RM 1500
17 Parachute 2 x RM 100
18 Half Moon Climber 2 x RM 200
19 Happy Wheel 2 x RM 200
20 Wave Slide 2 x RM 200
21 Sensory Walk Tactile 2 x RM 100
22 Balancing Bar 2 x RM 300
23 Pengubahsuaian bilik RM 20000
24 Penyeliaan Bilik dan RM 12800
lain-lain
Jumlah Jumlah RM 80 000

Disediakan Oleh Disemak Oleh Disahkan Oleh


7.0 JAWATANKUASA KHAS INDUK PROJEK BILIK SENSORI INTEGRASI DAN

SNOEZELEN

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI UTAMA,

45300 SUNGAI BESAR,SELANGOR

PENASIHAT : EN. MOHAMAD BAHRIN BIN HAMID (GURU BESAR)

PENGERUSI 1 : EN. FIRDAUS BIN BAKRI @ HASHIM (GPK PENDIDIKAN KHAS)

PENGERUSI 2 : EN. MD. YUSUF BIN HASHIM (GPK PENTADBIRAN)

PENGERUSI 3 : EN. MOHAMAD BIN ASMARA (GPK HEM)

PENGERUSI 4 : PN. ROHAINI BT MUSTARI (GPK KOKURIKULUM)

SETIAUSAHA : PN. TETI ARIYANI BT HASSAN

BENDAHARI : PN. FAIZAHAKMAL BT JAAFAR

AHLI JAWATANKUASA

PERALATAN : EN. HAFIZAN BIN MUNIER

EN. MOHD ZAWADI BIN HUSSIN

EN. ANAS BIN ABD AZIZ

KECERIAAN : PN. NAWAL ADIBAH BT DARDI

CIK NOORHAFIZZAH

PH. HADIJAH BT TAHIR

PPM PPKI

PENGURUSAN : CIK NOR AMALINA

PN. NURLIHA BT ARSHAD

PENG. TING.LAKU: EN. MOHD AZMAL


EN. HJ MOHD SIRAT BIN HJ MAHFUF

PPM PPKI

DISIPLIN : PN. NOOR AISYAH

EN. MOHD SANI

8.0 SEJARAH BILIK TERAPI SENSORI DAN SNOEZELEN

Pengurusan bilik multisensori telah dibangunkan sejak tahun 1970-an iaitu di Belanda
dengan konsep asal hanya untuk menyediakan persekitaran bagi kanak-kanak cacat berehat
dengan menggantung beberapa permainan di syiling. Selepas beberapa bulan perkembangan
positif dari segi emosi dan interaksi dapat dilihat dengan jelas. Keadaan tersebut telah menarik
minat ahli psikologi untuk membuat kaji selidik tentang keberkesanan kaedah multisensory.
Setelah dikaji selidik oleh beberapa ahli psikolofi dari United Kingdom didapati ianya sangat
berkesan dan sekarang menjadi satu perkembangan baru dalam kaedah teknologi perawatan.

8.1 PENDEKATAN

Persekitaran multisensori direka khusus untuk merangsang kelima-lima deria asas tanpa
memberi sebarang tekanan intelektual dan sekaligus melegakan minda. Ia merupakan terapi
alternative bagi menggalakkan pemfokusan, tindak balas, keyakinan diri, relaksasi, ketegangan
otot-otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan proses perkembangan minda.

8.2 INDIKASI

 Kanak-kanak yang mempunyai pelbagai kecacatan fizikal dan mental


 Kanak-kanak yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar atau tingkah laku
mencabar
 Kondisi Psikiatrik seperti kemurungan,skizofrenia,resah stress, dan kebingungan
 Pesakit kronik dan juga ‘terminally ill’
 Warga tua
 Ibu-ibu keresahan bersalin
 ‘stressed corporate executive’
LAMPIRAN

1. Contoh peralatan bilik terapi snoezelen


2. Persekitaran Terapi Snoezelen
3. Kepentingan Terapi Snoezelen

Anda mungkin juga menyukai