Anda di halaman 1dari 12

KERTAS KERJA BILIK TERAPI MULTISENSORI BELAIAN JIWA

SEKOLAH KEBANGSAAN BENUT

1. PENGENALAN

Terapi Multisensori merupakan salah satu terapi yang terdapat di dalam sistem
pendidikan bagi membantu kanak-kanak yang mengalami masalah seperti masalah
autism, epilepsy, masalah pembelajaran, down sindrom, hiperaktif dan ‘global delay’.
Terapi ini juga digunakan secara meluas dalam bidang pediatri, meternity, psikiatri,
strok dan trauma, ‘brain injury’ dan penyakit kronik.. Keadah terapi ini menggunakan
keadah berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-kanak
berkeperluan khas dan murid-murid yang menpunyai kecelaruan emosi dan jiwa
menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan , pendengaran, sentuhan, deria
bau dan rasa serta rangsangan sendi.

Bilik ini sebagai platform kepada murid-murid yang bermasalah untuk


mengikuti proses pembelajaran di sekolah di aliran perdana dan juga aliran murid
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) untuk murid merehatkan minda dan menenangkan
jiwa mereka menggunakan kaedah snoezelen dan bilik terapi sensori. Kaedah
multisensori adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran serentak yang
menjurus kepada aplikasi visual, auditori dan kinestetik-taktil. Malah kaedah terapi
ini antara pendekatan berkesan untuk merangsang perkembangan minda kanak-
kanak berkeperluan khas menerusi lima rangsangan asas iaitu penglihatan,
pendengaran, sentuhan, bau, rasa dan rangsangan sendi. Di samping itu, kaedah
multisensori untuk memulihkan kanak-kanak menghadapi masalah penguasaan
kemahiran membaca ini adalah hasil penyelidikan yang dijalankan Samuel T Orton
yang juga dikenali sebagai ‘Bapa Disleksia’.Mengulas lanjut, Timbalan Dekan
(Akademik dan Antarabangsa ), Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti
Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Dr Abdul Rahim Razalli berkata
penerapan teknik seperti menulis berdasarkan ‘feel’ melalui penggunaan deria rasa
dan alatan seperti kertas pasir menjadikan strategi multisensori lebih berjaya
membantu kanak-kanak disleksia. Murid mempraktikkan salah satu aktiviti atau
kaedah multisensori. yang ada di dalam bilik berkenaan untuk .meneneangkan
perasaan dan jiwa mereka. Proses pengajaran, pembelajaran dan pemudahcaraan
1
akan lebih berkesan jika jiwa dan perasaan murid berada di dalam keadaan yang
tenang dan tenteram.

Diharapkan program yang dirangcang ini akan dapat membantu segelintir


murid-murid yang mempunyai masalah berkaitan seperti memiliki konsep kendiri yag
rendah, sukar bersosialisasi di dalam mumpulan, berperasaan takut dan tidak yakin
melakukan sesuatu, lemah otot-otot tertentu, terlalu pasif atau hiperaktif. Selain itu
juga guru-guru boleh berkongsi maklumat, idea, pandangan baru denagn meloihat
dan mengikuti program yang dirancang ini.

2. JUSTIFIKASI BILIK TERAPI

2.1 BILIK SENSORI


Bilik terapi sensori merupakan salah satu langkah untuk membantu kanak-
kanak istimewa mendapat bimbingan pembelajaran yang mampu meningkatkan
daya sensori. Pengajaran di bilik darjah semata-mata tidak mencukupi kerana
pelajar pendidikan khas memerlukan bimbingan tambahan bagi meningkatkan daya
tumpuan dan penggunaan deria. Bilik Terapi Sensori dikatakan sesuai untuk
membantu pelajar istimewa dari segi kecergasan mental dan fizikal seperti fokus
dalam pelajaran, memperbetulkan tingkah laku dan menenangkan fikiran menerusi
pelbagai aktiviti yang dipantau guru terlatih.

Setiap peralatan yang disediakan di sini mempunyai tujuan tersendiri dalam


meningkatkan fokus terhadap ruang, daya tumpuan, kecerdasan dan kewaspadaan.
Ia turut merangsang penggunaan deria khususnya penglihatan, bunyi dan rasa yang
membantu otak menyusun serta menterjemah maklumat.

2.2 SNOEZELEN

Projek Snoezelen merupakan bilik multisensori yang melibatkan


penggunaan dan rangsangan kelima-lima deria yang ada pada setiap individu. Ia
termasuklah rangsangan penglihatan (visual),pendengaran (hearing), sentuhrasa
(touch), bau (smell) dan rangsangan sendi (propriation). Snoezelen adalah konsep
yang melibatkan persekitaran dalaman sesebuah bangunan atau bilik yang
direkacipta bagi menyediakan keselesaan dan ketenangan dengan menggunakan
2
peralatan yang khusus untuk menjalani terapi ini, satu bilik khas disediakan khusus
untuk terapi ini.

Bilik terapi ini dilengkapi dengan pelbagai alatan yang akan merangsang
minda seseorang untuk berehat daripada segala tekanan. Media yang digunakan
dalam bilik terapi snoozelen ini adalah ,efek lampu, permukaan taktil, muzik lembut,
dan bau aroma yang harum. Snoezelen juga merupakan salah satu daripada cabang
terapi alternative yang dapat menggalakkan pemfokusan, tindak balas keyakinan
diri, relaksasi ketenangan otot, perubahan tingkah laku dan menggalakkan proses
perkembangan minda. Memandangkan konsep snoezelen direka khusus untuk
merangsang deria murid-murid tanpa memberi sebarang tekanan intelektual dan ia
berupaya untuk mengawal persekitaran bagi membuatkan murid-murid berasa
selamat dan lebih tenang.

3. MATLAMAT

Program terapi multisesori dirancang untuk membantu murid-murid yang


mengalami masalah kecelaruan emosi dan jiwa serta masalah pembelajaran
menjalan kehidupan yang lebih bermakna ungtuk diri sendiri, keluarga agama
bangsa dan Negara. Selain itu juga program ini dapat memberikan ilmu
pengetahuan kepada semua individu yang memerlukan serta dapat berkongsi
pengetahuan, bertukar-tukar pandangan, idea, pengalaman demi menjana insan
yang akan menjadi aset negara.

4. OBJEKTIF

4.1 Dapat membantu murid-murid menjalani proses pendidikan dengan


lebih mudah dan berkesan
4.2 Dapat merangsang dan membangunkan teraputik dan sistem deria
murid dengan lebih baik untuk proses pembelajaran dan pengajaran
dengan meningkatkan kecekapan moto halus, moto kasar dan
psikomoto murid.

3
4.3 Dapat mengurangkan tekanan emosi murid melaksanakan
pembelajaran dan pengajaran murid dengan meningkatkan
kepercayaan dan keyakinan diri murid.
4.4 Meningkatkan sosialisasi dan komunikasi yang baik antara murid
dengan masyarakat sekeliling.
4.5 Memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada guru-guru dan
masyarakat setempat cara untuk mengatasi masalah tingkahlaku
murid-murid.

5. ANJURAN
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Benut dan
dengan kerjasama syarikat Idzmir Kids Hub JB pakar terapi.

6. TARIKH PERLAKSANAAN
Tahun 2021 dan berterusan

7. TEMPAT
Sekolah Kebangsaan Benut

8. KUMPULAN SASARAN

Semua murid-murid yang memerlukan program terapi di kawasan Benut


8.1 22 buah sekolah aliran perdana
8.2 8 buah sekolah Program Pendidikan Khas Intergrasi ( PPKI )
8.3 sebuah PDK
8.4 Murid yang mempunyai pelbagai ketidakupayaan fizikal dan mental
8.5 Murid yang menghadapi masalah perkembangan motor, kognitif
bahasa dan kemahiran interaksi sosial
8.6 Murid yang mempunyai kesukaran penumpuan belajar
8.7 Murid yang mengalami kondisi psikiatrik seperti kemurungan, tekanan
dan keresahan
8.8 Masyarakat sekitar BENUT

4
9. PENYEDIAAN BILIK TERAPI
9.1 Memastikan semua tingkap dan bukaan ditutup bagi memastikan tiada
cahaya luar memasuki bilik
9.2 Keseluruhan bilik dilengkapi permaidani bagi menjami keselamatan
murid
9.3 Keseluruhan bilik dicat berwarna putih bagi memastikan pantulan
cahaya yang lebih baik dan sempurna serta memberi ilusi bilik yang
lebih luas
9.4 Bilik dilengkapi penghawa dingin untuk menjamin keselesaan
sepanjang proses terapi dijalankan dan menjamin pemeliharaan
peralatan multisensori dalam bilik tersebut

10. JAWATANKUASA PENGURUSAN

Penasihat 1 : Tn Hj Sariman bin Mohd Ali


(Guru Besar SK Benut)
Penasihat 2 :
YDP PIBG SK Benut
Pengerusi : Tn Hj Haslizam bin Misran
Penyelaras : Pn Norhayati bte Ali
Setiausaha : En Adenan bin Othman
AJK : Pn Hidayati bte Jahori
Pn Indok Faridah bte Bachok
Pn Nisrinah bte Sumeri
Pn Hanisah bte Jamhari
Pn Fardila bte Khalid
En Mohd Fakharudin bin Subani
Pn Alijah bte Sukeri
Pn Norashikin bte Ibrahim
Pn Siti Ruhaya bte Hussin
Pn Nadiah bte Ngadimonn
Pn. Noorlesuhaila Bte Samion ( Kaunselor sekolah )

5
12. ANGGARAN PERBELANJAAN KEWANGAN

PENDAPATAN PERBELANJAAN
Sumbangan RM 50,000.00 Cat RM 350.00
Spray Pewangi bilik RM 100.00
Kolam Bola RM 100.00
Bola Plastik RM 200.00
Cermin 6’ X 4’ X 2 unit RM 200.00
Set Lampu multisensory RM 2000.00
Mini LCD projector 2 unit RM 1000.00
Langsir fiber optic RM 200.00
Pemancar buih warna RM 1000.00
Pendingin Udara RM 2000.00
Rompa ball buble tube RM 13000.00
Padded base for bubble tube RM 3000.00
Projector & wheel rotator RM 6000
Mirror Ball RM 1500.00
Bendy mirror RM 4000.00
Edge blok RM 1800.00
Buaian platform 2 unit RM 300.00
Flexidisc (5 set)
PA sistem
Resistance tunnel (2 set)
Trampolin (2 set) RM350.00
Ballon bluff RM 1500.00
Half moon climber RM 600.00
Parachute (2 set) RM 500.00
Happy wheel (2 set) Rm 350.00
Wave slide (2 set) RM 300.00
Sensory walk tactile (2 set) RM 200.00
Balancing bar (2 set) RM 350.00
Penyeliaan bilik RM 2000.00
Pengubahsuaian bilik RM 5000.00
JUMLAH RM 50,000.00

6
13. DOKUMENTASI IDEA

7
8
9
10
12. KESIMPULAN

Adalah diharapkan agar perancangan untuk mewujudkan Bilik Multisesnsori


ini akan menjadi kenyataan dan akan memberiakan inpak yang besar terhadap
dunia oendidikan di kawasan Benut ini dan faedah kepada semua murid, guru,
masyarakat di kawasan ini. Projek ini diharapkan menjadi wadah kepada murid-
murid Pendidikan Khas khususnya untuk kerehatan minda, eksplorasi emosi dan
ekspresi diri .

Disediakan oleh :-

…………………………………………

ADENAN BIN OTHMAN


Setiausaha
Projek Bilik Multisensori Belaian Jiwa
Pendidikan Khas SK Benut.

Disemak oleh :-

11
……………………………………….

HASLIZAM BIN MISRAN


Guru Penolong Kanan
Pendidikan Khas
SK Benut

Disahkan oleh :-

………………………………
SARIMAN B. ALI
Guru Besar
SK. Benut

12

Anda mungkin juga menyukai