Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR

45300 SUNGAI BESAR


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA
PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

1.0 PENGENALAN
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu  merupakan projek yang melibatkan intervensi Unit
Bimbingan dan Kaunseling sebagai persediaan kehadiran murid -murid tingkatan lima selepas lama
bercuti kerana wabak COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi
meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. Sekolah perlu
mematuhi Prosedur Operasi Yang Standard yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula
sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai
kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-19..Konsep 3S sentiasa
diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak, sempit dan sembang dekat. Poster – poster
psikososial Minda Sihat juga dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap
kelas untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri dan rakan -rakan
lain. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa
diingatkan agar murid menjaga konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan
sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran
dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang
menjaga psikososial dan kesejahteraan minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada
semua murid dalam aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang dirancang
seperti memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan berguna sebelum memulakan sesi
pembelajaran melalui pembesar suara dan berbual santai dengan murid sewaktu rehat.  Aktiviti ini
berguna untuk membantu murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan
yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan
diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan
minda dan emosi.
 

2.0 MATLAMAT
Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi dan mental

3.0 TARIKH/ MASA/ TEMPAT :


Bermula 24 Jun 2020 mengikut tentatif program
       
                        
4.0 SASARAN
Semua warga SMK Sungai Besar
           
5.0 OBJEKTIF
5.1 Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal yang
memberi kesan kepada minda akibat pandemic atau krisis yang berlaku
5.2 Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan intervensi
yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan mental dan emosi masing –
masing.
5.3 Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri masing - 
masing
5.4 Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit dan 
sembang dekat melalui penyebaran poster.
5.5 Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup
separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan amaran dari KKM yang lebih
berkonsep peringatan (warn).

6.0 KPI

Output Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang menghadapi
tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan tersebut.
Outcome Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh guru
kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam kesejahteraan mental
dan emosi.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

 Bil Perkara  Jumlah  Sumber


1. Banner ‘Selamat Kembali Ke Sekolah’ RM 50.00 PCG Kaunseling
2. Poster Minda Sihat di Laluan & Kelas RM 350.00 PCG Kaunseling
3. Bunting RM 100.00 PCG Kaunseling
   Jumlah RM 500.00  

 
8.0    JAWATANKUASA PELAKSANA MEMUGAR EMOSI MURID KEMBALI KE SEKOLAH

Pengerusi : Puan Lubna Binti Hj Damanhuri (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi : Puan Sazuna Binti Abdul Wahid (PK Pentadbiran)
: Puan Siti Norhayati Binti Mahadin (PK Kokurikulum)
: Puan Rusnani Binti Abdullah (PK Petang)
: Puan Zunita Binti Zam Zam (PK PPKI)
Setiausaha : Puan Nurulhuda Binti Ramli
Pen. Setiausaha : Encik Abdul Muiez Bin Mohammad Ruslee
AJK : Puan Rohaida Binti Md Yasin
: Tuan Hj Ahmad Mansor Bin Ishak
Jawatankuasa Kerja  
 
AJK Sebaran Psikososial  : Encik Abdul Muiez Menyediakan video
tutorial pengurusan murid di
Video Tutorial Puan Nurulhuda sekolah melalui simulasi
AJK Sebaran Psikososial  : Puan Nurulhuda Menyediakan poster dan
menampal poster psikososial dan
Poster Puan Rohaida Minda Sihat di Laluan Minda Sihat
dan setiap kelas
Tuan Hj Ahmad Mansor 
AJK Slot 5 Minit Minda Sihat Puan Nurulhuda Menyediakan skrip mengikut tajuk
(Layan CK Membebel)   untuk dibaca setiap pagi sebelum
Encik Abdul Muiez memulakan sesi persekolahan
sebagai persediaan minda dan
  emosi

9.0 STRATEGI PERLAKSANAAN


9.1 URUS SETIA
 Unit Hal Ehwal Murid
 Unit Bimbingan Dan Kaunseling

 
9.2 TENTATIF

           24 Jun 2020 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah


           
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH

 
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga keselamatan diri sepanjang berada
dalam Kawasan sekolah
1. Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Ke Sekolah Akan di hantar ke media sosial
mengikut SOP sekolah, telegram rasmi sekolah
dan whatsapp kelas
 
2. Menampal poster psikososial untuk sebaran agar murid dapat Menampal tempat strategik seperti
menangani stress dan kebimbangan dengan baik di koridor, di laluan keluar masuk
sekolah, dan di dalam setiap kelas 
3. Taklimat persediaan psikologi kembali ke sekolah pada 24 Jun
2020

 
29 Jun 2020 : Intervensi Psikososial Minda Sihat    

TAJUK PROGRAM INTERVENSI PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT


TARIKH/HARI 29 JUN-17 JULAI 2020 :
OBJEKTIF o Mengenal pasti keperluan murid melalui senarai semak keperluan murid dalam
kebiasaan baharu
o Menyampaikan panduan menangani tekanan murid

24 Jun – 3 Julai 2020 : LAYAN CK MEMBEBEL

TAJUK PROGRAM LAYAN CK MEMBEBEL


TARIKH/ MASA 24 JUN – 30 JULAI 2020 : 7.30 PAGI – 7.40 PAGI
OBJEKTIF 1)   Menyebarkan kata – kata motivasi dan positif sebelum memulakan sesi 
pembelajaran melalui pa sistem sekolah untuk memugar emosi warga sekolah

 
 
10.0     PENGURUSAN RISIKO
 
Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab
Vandalism Poster Murid merosakkan Mengingatkan murid setiap hari Guru bertugas harian
poster yang ditampal oleh guru bertugas dan guru
disiplin

 
 
11.0     PENUTUP
 
Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program yang diharapkan dan
seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi warga sekolah.
 

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

………………………………… ……………………………………………..
(NURULHUDA BINTI RAMLI) (PUAN LUBNA BINTI HJ DAMANHURI)
Guru Bimbingan & Kaunseling Pengetua
SMK Sungai Besar SMK Sungai Besar

Anda mungkin juga menyukai