Anda di halaman 1dari 9

K

Kertas Kerja Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu

1.0     Pengenalan
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu  merupakan projek yang
melibatkan intervensi unit bimbingan dan kaunseling sebagai persediaan
kehadiran murid -murid tingkatan lima selepas lama bercuti kerana wabak
COVID-19. Bertemakan Minda Sihat: “Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera” bagi
meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan
mental. Sekolah perlu mematuhi Prosedur Oerasi Yang Standard yang telah
dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan
aspek keselamatan murid. Elakkan konsep 3S dan amalkan 3W sebagai
kebiasaan baharu dalam kehidupan seharian bagi mengawal penularan COVID-
19..Konsep 3S sentiasa diingatkan kepada murid-murid iaitu elakkan sesak,
sempit dan sembang dekat. Poster – poster psikososial Minda Sihat juga
dipamerkan di laluan utama keluar masuk ke sekolah dan di dalam setiap kelas
untuk memastikan murid sentiasa peka dengan kesejahteraan emosi diri sendiri
dan rakan -rakan lain. Selain itu, peringatan demi peringatan seperti mencuci
tangan dengan sabun atau sanitizer sentiasa diingatkan agar murid menjaga
konsep 3W yang disarankan iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun
(wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala
(wear), dan amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn). Unit
Bimbingan Kaunseling sebagai unit yang menjaga psikososial dan kesejahteraan
minda murid juga perlu aktif menjalankan intervensi kepada semua murid dalam
aspek pencegahan dan pendidikan psikososial kepada murid. Aktiviti yang
dirancang seperti memberi ceramah di dalam kelas, menyampaikan panduan
berguna sebelum memulakan sesi pembelajaran melalui pembesar suara dan
berbual santai dengan murid sewaktu rehat.  Aktiviti ini berguna untuk membantu
murid mengenal pasti simptom yang ada pada diri sendiri atau kawan-kawan
yang mengalami masalah mental dan emosi yang terjejas sepanjang perintah
kawalan pergerakan diadakan. Seterusnya membantu mereka menangani
kesihatan mental dan mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

 
2.0     Matlamat

           
   Warga sekolah dapat dibimbing untuk mengamalkan kesejahteraan emosi
dan mental

           

3.0     Tarikh/ Masa/ Tempat  :

Bermula 15 Julai 2020 mengikut tentatif program,

                                                                                                                    

                                            

4.0       Sasaran

            Semua warga SK Saint Thomas

           

5.0       Objektif

 
1)    Warga sekolah mendapat maklumat dan ilmu pengetahuan mengenai gejala awal
yang memberi kesan kepada minda skibat pandemic atau krisis yang berlaku
2)    Warga sekolah dapat menangani masalah kesihatan mental dan mengamalkan
intervensi yang dibimbing, sebagai panduan  yang boleh mensejahterakan mental
dan emosi masing – masing.
3)    Aktiviti memugarkan emosi dapat dijalankan bagi menyokong kesejahteraan diri
masing -  masing
4)    Warga sekolah sentiasa peka dengan 3S iaitu elakkan keadaan yang sesak, sempit
dan  sembang dekat melalui penyebaran poster.
5)    Mengamalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash),
memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear), dan
amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan (warn).
 

6.0       KPI

 
Output Warga sekolah dapat mengenal pasti tanda -tanda seseorang
menghadapi tekanan dan belajar cara menghadapi tekanan
tersebut.
Outcome Warga sekolah dapat mengamalkan panduan yang diberikan oleh
guru kaunseling dan dapat membantu orang lain pula dalam
kesejahteraan mental dan emosi.

7.0     ANGGARAN PERBELANJAAN

 
       

Bil Perkara Jumlah Sumber


       

1. Poster Minda Sihat di Laluan Dan RM 300 PCG Kaunseling


Kelas
       

2. Dua Bunting Di Hadapan UBK RM 200 PCG Kaunseling


     

3. Hadiah Program Santai Minda RM 220 PCG Kaunseling


       

   
       

Jumlah RM 720.00  

         

 
8.0     AHLI JAWATANKUASA

 
JAWATANKUASA
MEMUGAR EMOSI MURID
KEMBALI KE SEKOLAH

Pengerusi                               : En. Mohd Razali bin A Rahman ( Guru Besar)

Timbalan Pengerusi               : Pn. Halimaton binti Mohd Ariffin (PK Pentadbiran)

Naib Pengerusi                      : Pn. Zalina binti Othman (PK Hem)

Naib Pengerusi                      : En. Kamaruddin bin Mat Ali (PK Kokurikulum)

Naib Pengerusi : En. Muzalmi bin SHamsi ( PK Petang)

Setiausaha                           : En. Mohd Rosli bin Ibrahim (GBSM)

Jawatankuasa Kerja  

 
AJK En. Mohd Rosli bin Ibahim Menyediakan video
Sebaran Psikososial  : tutorial pengurusan
En Mohamad Husaini bin Mohd murid di sekolah melalui
Video Tutorial Shafri simulasi

En. Mohamad Famir bin


Zakaria

AJK En. Mohd Rosli bin Ibahim Menyediakan poster


Sebaran Psikososial  : dan menampal poster
En Mohd Nazir bin Awang psikososial dan Minda
Poster Hamat Sihat di Laluan Minda
Sihat dan setiap kelas
 
AJK Rehat Minda En. Mohd Rosli bin Ibahim Menyediakan
senarai muzik yang akan
Pn. Norahiza binti Mohd Zaid  dimainkan sepanjang
murid rehat
AJK Sembang Santai  En. Mohd Rosli bin Ibahim Menempah hadiah untuk
setiap  murid ketika slot
Pn Wan Suzi binti Wan Mohd Sembang Santai
Zawil Abidin Bersama guru
kaunseling pada waktu
  rehat murid.

9.0       STRATEGI PERLAKSANAAN

           

9.1       URUS SETIA

           

            Unit Hal Ehwal Murid

            Unit Bimbingan Dan Kaunseling

9.2     TENTATIF

            Sebelum 13 Julai 2020 : Sebaran Psikososial Kembali Ke Sekolah

           
TAJUK : SEBARAN PSIKOSOSIAL KEMBALI KE SEKOLAH

 
OBJEKTIF: 1) Murid-murid dibimbing mengenai pencegahan menjaga
keselamatan diri sepanjang berada dalam Kawasan sekolah
1)      Menyiapkan video tutorial pengurusan Kembali Akan di hantar ke media
Ke Sekolah mengikut SOP pada 13 Julai 2020 sosial sekolah, telegram
rasmi sekolah
dan whatsapp kelas
 
2)      Menampal poster psikososial untuk sebaran Menampal tempat
pada 13 Julai 2020 agar murid dapat strategik seperti di
menangani stress dan kebimbangan dengan koridor, di laluan keluar
baik masuk sekolah, dan di
dalam setiap kelas

            13 Julai 2020 hingga Selesai: Intervensi Psikososial Minda Sihat    

 
TAJUK PROGRAM INTERVENSI PSIKOSOSIAL MINDA SIHAT
TARIKH/HARI 13 JULAI HINGGA SELESAI
OBJEKTIF 1)     MENGENAL PASTI KEPERLUAN MURID MELALUI SENARAI SEMAK
KEPERLUAN MURID DALAM KEBIASAAN BAHARU

2)     MENYAMPAIKAN PANDUAN MENANGANI TEKANAN MURID

Rehat : 9.00 PAGI HINGGA 9.30 PAGI

Waktu Relief : Sembang Santai Rehat Minda

TAJUK PROGRAM SEMBANG SANTAI REHAT MINDA


TARIKH/HARI WAKTU RELIEF
OBJEKTIF 1)     MENGENAL PASTI MURID YANG MEMERLUKAN BANTUAN MELALUI
SEMBANG SANTAI DAN PEMERHATIAN SEWAKTU MURID REHAT DI
DALAM KELAS

 
 

7.00 PAGI – 7.30 PAGI : Hidupkan Hari Anda

TAJUK PROGRA HIDUPKAN HARI ANDA


M
TARIKH/ MASA 7.00 PAGI – 7.30 PAGI
OBJEKTIF 1)     MENYEBARKAN KATA – KATA MOTIVASI DAN POSITIF SEBELUM
MEMULAKAN SESI   PEMBELAJARAN MELALUI PA SISTEM SEKOLAH UNTUK
MEMUGAR EMOSI WARGA SEKOLAH

2)     MEMAINKAN ALUNAN LAGU YANG MENENANGKAN MINDA SEBAGAI SALAH


SATU TEKNIK RELAKSASI

3)     MENDENGARKAN BACAAN SURAH PENDEK UNTUK KEKUATAN JIWA

24 Jun – 3 Julai 2020 : Rehatkan Minda

TAJUK PROGRA REHATKAN MINDA


M
TARIKH/ MASA Waktu Sesi Kaunseling Individu /Kelompok
OBJEKTIF 1)     Mendengarkan muzik muzik yang memberi kesan kepada ketenangan
minda dan kedamaian sebagai salah satu teknik relaksasi

10.0     PENGURUSAN RISIKO

 
Risiko Punca Penyelesaian Tanggungjawab

 
Vandalism Poster Murid merosakkan Mengingatkan murid Guru bertugas
poster yang setiap hari oleh guru harian
ditampal bertugas dan guru disiplin
Penggunaan Kekurangan Menggunakan sumber Guru kaunseling
Audio Sistem kemudahan yang ada
yang terhad

 
 

11.0     PENUTUP

Diharapkan agar  aktiviti yang dijalankan dapat mencapai objektif program


yang diharapkan dan seterusnya membantu kesejahteraan mental dan emosi
warga sekolah.

Disediakan oleh,                                                                 Disemak oleh,

(Mohd Rosli bin Ibarhim) 


Guru Bimbingan dan Kaunseling
 

Diluluskan oleh,

(EN Mohd Razali bin A Rahman)

Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai