Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Indah,


terdiri daripada 53 orang murid-murid berkeperluan khas Tahun 2018. Murid-murid
PPKI sekolah ini terdiri daripada pelbagai kategori iaitu Syndrome Down, Slow
Learner, Autisme, Celebral Palsy, Attention Deficit Hyperactive (ADHD) Dyslexia dan
Mild Mental Retardation.

Satu program “Terapi Memanah” telah dirangka bagi mencapai matlamat


murid. Memanah adalah satu sukan yang telah lama diwujud di dunia ini. Ia adalah
salah satu sukan berprestasi tinggi di Negara kita. Ia memerlukan disiplin yang tinggi
serta kekuatan fizikal dan mental mahupun emosi. Ia juga merupakan titik tolak bagi
melahirkan murid yang berupaya berdikari, mampu merancang dan seterusnya
menguruskan kehidupan.

2.0 MATLAMAT

Program “Terapi Memanah” ini diharapkan dapat membuka minda murid keperluan
khas dalam:

i. Mendedahkan murid kepada sukan yang berprestasi tinggi.

ii. Melahirkan pelajar yang berkeyakinan, fokus dan mempunyai visi dan
misi serta berdisiplin.

iii. Mewakili sekolah dalam pertandingan memanah peringkat antara


sekolah dan seterusnya.
3.0 OBJEKTIF

Program “Terapi Memanah” ini dirangka dengan objektif seperti berikut:

i. Membentuk tingkahlaku positif murid berkeperluan khas

ii. Merangsang saraf dan minda murid untuk belajar

iii. Meningkatkan keupayaan berfikir secara rasional

iv. Mempertingkatkan kekuatan motor kasar dan motor halus murid.

v. Mempertingkatkan keyakinan diri murid.

vi. Mempertingkatkan kemahiran bersosial di kalangan murid dan


masyarakat sekeliling.

vii. Menenangkan fikiran murid.

viii. Meningkatkan kekuatan fizikal dan mental di kalangan murid.

4.0 KAJIAN KEPERLUAN

Program “Terapi Memanah” ini dirasakan perlu dilaksanakan memandangkan


murid-murid bermasalah pembelajaran amat dikenali sebagai murid-murid yang pasif
jika dibandingkan dengan murid-murid di arus perdana. Mereka juga dikatakan
kurang mempunyai keyakinan diri untuk berhadapan dengan apa jua situasi, lebih-
lebih lagi yang melibatkan hubungan sosialisasi dengan masyarakat sekeliling.
Mereka juga bermasalah dalam komunikasi secara interpersonal dan intrapersonal
semasa berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran. Kebanyakan murid
berkeperluan khas tidak melalui intervensi awal yang mengakibatkan berlaku
gangguan dalam proses perkembangan murid-murid itu sendiri. Menurut Sandler,
Brazdziunas, Cooley dan De Pijem, (2001) menyatakan bahawa intervensi awal
ialah satu proses membekalkan perkhidmatan, pendidikan dan sokongan kepada
kanak-kanak yang berisiko atau mengalami kelambatan dalam perkembangan fizikal
dan mental yang akan mempengaruhi perkembangan dan menghalang
pembelajaran.
5.0 MAKLUMAT PROGRAM

PPKI SK Seri Indah merancang untuk menjalankan program Terapi Memanah


selama tiga hari.

Bil Tarikh Masa


1 27 Februari 2018 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
2 27 Mac 2018 8.00 pagi – 1.00 tengah hari
3 03 Julai 2018 8.00 pagi – 1.00 tengah hari

6.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Seri Indah.

Anggaran jumlah murid : 42 orang

Guru pengiring : 11 orang

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : 2 orang

7.0 PENGURUSAN DAN PELAKSANAAN

Penganjuran program Terapi Memanah SK Seri Indah ini melibatkan Panitia


Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Seri Indah.

Penasihat
En.Zulkaimi Bin Muhammad
(Guru Besar SK Seri Indah)

Pengerusi
Pn.Shamshinar Binti Mohd Darus
(GPK Pendidikan Khas SK Seri Indah)

Penyelaras Program
Pn. Wan Saripah Binti Wan Jusoh
Setiausaha
Cik. Ambigavvathy Pushpurlingam

AJK Aktiviti
Pn. Sinah Bt. Salvi
Pn. Fatimah Bt. Mohamed Norani

8.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti

8.00 pagi Berkumpul di dewan SK Seri Indah

8.30 pagi – 9.00 pagi Ucapan Guru Besar SK Seri Indah

9.00 pagi – 1.00 tengahari Program Terapi Memanah

1.00 tengahari Majlis Bersurai

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Anggaran perbelanjaan bagi melaksanakan program Terapi Memanah


SK Seri Indah pada tahun 2018 adalah seperti berikut:

Perbelanjaan

Bil Perkara Anggaran (RM) Kekerapan Kos


10.0 PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini akan dapat dilaksanakan
dan seterusnya mendatangkan manfaat khasnya kepada murid Pendidikan Khas
Sekolah Kebangsaan SS19. Selain daripada memberikan kelainan dalam corak
pengajaran dan pembelajaran, program ini juga diharapkan dapat membentuk
keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan dunia luar yang semakin mencabar.
Semoga segala matlamat yang ingin dicapai mendapat keredhaan daripada Allah
s.w.t dan memperolehi keberkatan-Nya.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………. ………………………..........
(Cik. Ambigavvathy Pushpurlingam) (Pn.Shamshinar Binti Mohd Darus)
Penyelaras Program, GPK Pendidikan Khas,
Program Terapi Memanah SK Seri Indah SK Seri Indah

Disahkan oleh,

…………………….................................
(En.Zulkaimi Bin Muhammad
Guru Besar
SK Seri Indah

Anda mungkin juga menyukai