Anda di halaman 1dari 5

PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC)

TAIPING
PT15643 MUKIM ASAM KUMBANG
KAMUNTING RAYA 34600 KAMUNTING
TAIPING, PERAK.

KERTAS KERJA
Seminar Bina Potensi Diri 2022
Anjuran Bahagian Pengajian Am

PENGAJAR ILJTM/KV/MARA/KOLEJ KOMUNITI/POLITEKNIK

TARIKH:
20 Disember 2022 ( Selasa)
8.00 pagi- 4.30 petang

TEMPAT:
Dewan Kuliah Utama , ADTEC Taiping
1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini disediakan bagi memberi penjelasan terperinci, memohon


peruntukan kewangan dan kelulusan daripada Pengarah ADTEC Taiping untuk
pelaksanaan Seminar Bina Potensi Diri anjuran Bahagian Pengajian Am.

2.0 PENGENALAN

Seminar Bina Potensi Diri merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh
Bahagian Pengajian Umum ADTEC Taiping dengan penglibatan bersama Kaunselor
ADTEC Taiping. Program ini melibatkan seramai 135 orang pelajar Diploma
Teknologi Mekatronik, Diploma Teknologi Mekanikal Bahan, Diploma Teknologi
Mikroelektronik dan Diploma Komposit semester 1 ADTEC Taiping. Selain
membantu memupuk minat para pelajar terhadap subjek Pendidikan Islam dan
Pendidikan Moral seminar ini juga membantu mereka dari segi aspek yang sangat
mereka perlukan serta peluang untuk mengenali diri sendiri dan bimbingan untuk
meyakini dan mempercayai kebolehan, bakat dan keupayaan yang ada pada diri
mereka dalam menghadapi kehidupan seharian. Melalui program ini peserta akan
diberi panduan untuk kaedah menangani masalah dan kesiapsiagaan menghadapi
cabaran melalui pendekatan kerohanian dan asas yang ditetapkan agama masing-
masing.

3.0 OBJEKTIF
● Mengenali kekuatan dan potensi diri
● Mengenali persekitaran sosiobudaya
● Menyediakan ruang berinteraksi dan peluang pembelajaran secara santai
kepada para pelajar.
● Memberi kesedaran kepada pelajar mengenali diri serta rakan-rakan; gerak
semangat; motivasi dalam aktiviti permainan yang menyeronokkan.
● Membina keyakinan dan harga diri melalui aktiviti-aktiviti seperti sesi
muhasabah.
● Membentuk sahsiah, keterampilan dan keperibadian pelajar.
● Meningkatkan kemahiran dalam pengurusan.
● Meningkatkan jati diri dan motivasi pelajar.

● Meningkat keyakinan diri,kemahiran berfikir dan meningkat kesedaran tentang


pentingnya menjaga kehormatan dan harga diri.

● Mengeratkan ukhuwah antara pelajar.

2
4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar Diploma Teknologi Semester 1 seramai 135 orang dari program Diploma
Teknologi Mekatronik, Diploma Teknologi Mekanikal Bahan, Diploma Teknologi
Mikroelektronik dan Diploma Komposit.

5.0 TEMPAT

Dewan Kuliah Utama, ADTEC Taiping.

6.0 CADANGAN AKTIVITI

BIL PERKARA CATATAN

1 Pendaftaran pelajar 8.00 pagi -9.30 pagi

Aktiviti 1 :
-Carta Kehidupan
-Pengurusan Masa

2 REHAT 9.30 pagi-10.00 pagi

3 Aktiviti 2 : 10.00 pagi -12.30 tengah hari


Kesihatan Mental

4 REHAT 12.30 tengah hari - 2.00 petang

5 Aktiviti 3 : 2.00 petang- 4.30 petang


“Anger Management”

Bersurai

● Sijil penyertaan / e- certificate akan diberikan kepada peserta di akhir sesi


Seminar/ Bengkel
● ‘Handouts’/ Edaran akan diberikan kepada peserta sepanjang aktiviti
berlangsung

7.0 IMPAK PELAKSANAAN


● Pelajar dapat meningkatkan kematangan serta kemahiran menguruskan
emosi dan tekanan dengan cara yang lebih positif
● Pelajar dapat meningkatkan motivasi dalam pembelajaran

3
● Pelajar dapat membentuk sahsiah, keterampilan, keperibadian serta
meningkatkan jati diri dan minda sihat

8.0 CADANGAN AHLI JAWATANKUASA

Bil. Perkara CATATAN

1 JK AKTIVITI Cik Nur Syaza Hazwani Binti Zafrol


Cik Shaundtrya A/P Ganasan

2 JK SIJIL Ustaz Firdaus bin Muhammad Khairi

3 JK FOTOGRAFI Wakil MPP

4 JK TEKNIKAL DAN Cik Juliana Binti Harun


PERSIAPAN TEMPAT

5 JK PENDAFTARAN Ustazah Farhatun Khalidah Binti Zulkanai


Cik Nor Farhana Binti Zamri

6 JK PEMANTAUAN Pn. Halimatun Sa’adiah Binti Ahmad

7 JK PROMOSI & HEBAHAN Pn. Siti Maryam Binti Ahmad


En. Muhammad Firdause Bin Md Latip

9.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, diharapkan program ini mendapat kerjasama daripada semua pihak


yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga semua objektif yang
digariskan dan perancangan yang diatur akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

4
PENGESAHAN DAN KELULUSAN

Seminar Bina Potensi Diri 2022


Anjuran Bahagian Pengajian Am
TARIKH:
20 Disember 2022

TEMPAT:
Dewan Kuliah Utama , ADTEC Taiping

Disediakan oleh :

___________________________
(FARHATUN KHALIDAH BINTI ZULKANAI)
Pengajar Subjek Am ADTEC Taiping.

Disemak oleh :

___________________________
(PN. HALIMATUN SA’ADIAH BINTI AHMAD)
Ketua Bahagian Pengajian Am ADTEC Taiping

Disokong oleh :

__________________________________
(EN. NUZUL RIDZUAN BIN PADZIL )
Timbalan Pengarah (Latihan) ADTEC Taiping

Diluluskan oleh :

_______________________________
(Ts. Hj ZULKIFLE BIN OMAR)
Pengarah,
ADTEC Taiping.

Anda mungkin juga menyukai