Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERHA

PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD)- 2022

1.0 NAMA PROGRAM

“PROGRAM TRANSFORMASI DIRI (PTD) 2022”

2.0 PENDAHULUAN

Program Tranformasi Diri (PTD) merupakan satu daya usaha dan kekuatan warga pendidik  ke arah
mentransformasikan potensi murid dalam merealisasikan cita-cita murni untuk melahirkan murid-murid yang
cemerlang dan berketrampilan diri dari aspek rohani, akademik, sahsiah, kepimpinan, minda, emosi dan
jasmani. Program ini memberi sokongan dengan mengilap potensi sedia ada murid supaya berkembang dan
maju meliputi hal-hal akademik, emosi dan perkembangan sahsiah diri.

3.0 RASIONAL

Setiap insan dilahirkan dengan potensi diri yang menjurus ke arah kebaikan dan berteraskan ketuhanan.
Justeru, kesopanan diibaratkan sebagai akar tunjang yang mencengkam kukuh bagi memastikan sesepohon
pokok teguh berdiri, keilmuan pula ibarat cahaya yang menerangi kegelapan manakala pengalaman  dan
penghayatan ilmu dalam kehidupan seharian merupakan natijah dari keyakinan bahawa murid-murid sekolah
mampu berkembang dan membentuk peribadi dan wawasan diri untuk meghadapi cabaran menuju kejayaan.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

Pada akhir program diharap murid-murid akan :


 Membina keyakinan diri dalam menghadapi sebarang masalah dalam pembelajaran
 Memberikan pendedahan tentang teknik belajar yang berkesan dan sesuai
 Memberi panduan tentang teknik pengurusan masa yang betul dengan meluangkan masa kepada
perkara yang berfaedah
 Menyebarluaskan jati diri yang unggul dan membentuk insan yang berdisiplin
 Menerangan dan memberi pendedahan tentang cara membuat ”Vision Board”

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahun 6 – 219 orang


6.0 TARIKH PERLAKSANAAN

24 Mei 2022 (Selasa)

7.0 MASA PROGRAM

Selasa - 8.00 Pagi hingga 1.00 tengah hari

8.0 TEMPAT PELAKSANAAN

Dewan Permata, SK Seksyen 18

9.0 FASILITATOR

Guru kelas & guru matapelajaran tahap II


Guru Bimbingan & Kaunseling

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Pengerusi : Pn. Rafeah binti Basri ( Guru Besar )


Naib pengerusi 1 : En. Mohd Tabohan bin Ishak ( PK Hal Ehwal Murid)
Naib pengerusi 2 : Pn. Che Amah @ Asmah binti Saleh ( PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 3 : Pn. Suwabah binti Deraman (PK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : En. Mohd Razi bin Saion (PK Petang)
Setiausaha : Pn. Norlini binti Mohd Ripin
Naib Setiausaha : En. Muhamad Zakwan Akmal bin Muhamad Zainol
Penyelaras : Pn. Nor Azura binti Ghazali
AJK : Semua Guru Tahun 6

AJK PELAKSANA

Perasmian : Pn. Syarim Haiti binti Ibrahim


Jurugambar : Nur Aisyah binti Ab Jalil
Juruacara : Pn. Nur Hani binti Tammizi
PA Sistem : En. Wan Azimi bin Wan Abdul Rahim
Dokumentasi : Pn. Norlini binti Mohd Ripin
AJK Pelaksana : Semua guru tahap II
11.0 ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM PTD
Tiada

12.0 PENUTUP
Diharapkan Program Transformasi Diri (PTD) ini akan dapat meningkatkan semangat baharu kepada semua
murid untuk memulakan sesi pembelajaran tahun 2022/2023. Murid-murid diharap menyesuaikan diri dalam norma
baharu dan mengikuti pembelajaran dengan penuh aktif.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

(NORLINI BINTI MOHD RIPIN)


Guru Bimbingan dan Kaunseling
SK Seksyen 18, Shah Alam

Anda mungkin juga menyukai