Anda di halaman 1dari 4

KERTAS CADANGAN

PROGRAM SUNTIKAN MOTIVASI KASIH MURID TINGKATAN 4

HARI :
ISNIN - SELASA

TARIKH :
26 APRIL-27 APRIL 2021

MASA :
10.15 PAGI-12.45 TENGAH HARI
7.30 PAGI-10.00 PAGI

TEMPAT :
DEWAN BESTARI, SMK SUNGAI BESAR

ANJURAN :
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT AKADEMIK
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI BESAR
45300 SUNGAI BESAR
SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS CADANGAN
MELAKSANAKAN PROGRAM / AKTIVITI

TAJUK PROGRAM/ AKTIVITI : PROGRAM SUNTIKAN MOTIVASI KASIH MURID


TINGKATAN 4
PEGAWAI MEJA : ABDUL MUIEZ BIN MOHAMMAD RUSLEE

1.0 TUJUAN
Kertas cadangan ini bertujuan memohon Pengetua untuk menimbang dan bersetuju :
1.1 Mengadakan Program Bicara KASIH (Kaunseling Aspirasi Suburkan Insan Harmoni )
Murid Tingkatan 4 Tahun 2021.

2.0 LATAR BELAKANG


2.1 Ujian pandemic Covid-19 telah memberi kesan & mengubah kebiasaan seharian
murid. Pengajaran dan pembelajaran setiap hari yang sebelum ini bersemuka telah
bertukar secara dalam talian.
2.2 Perubahan cara belajar ini menyebabkan kebanyakan murid hilang fokus dan kurang
motivasi untuk belajar.
2.3 Dalam mempersiapkan diri murid demi mengejar kecemerlangan akademik, motivasi
dalaman diri juga sangat penting untuk dititikberatkan. Motivasi dalam diri murid yang
memberi impak terbesar dalam membantu proses pembelajaran dengan lancar.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memupuk semangat dan kesedaran dalam diri murid tentang kepentingan pelajaran
kepada masa depan nanti.
3.2 Mempersiapkan diri murid dengan visi baharu yang lebih segar.
3.3 Menanamkan rasa perpaduan jati diri yang tinggi dalam diri murid-murid.

4.0 KPI
4.1 Indikator Output : Murid dapat lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi
PdPc selepas program
4.2 Indikator Outcome : Murid yang dapat memberikan komitmen kepada guru subjek
semakin meningkat.

5.0 ASAS PERTIMBANGAN


5.1 Murid-murid Tingkatan 4 akan lebih bermotivasi untuk belajar secara.

6.0 KUMPULAN SASARAN


6.1 237 orang murid Tingkatan 4.

7.0 IMPLIKASI KEWANGAN


7.1 Tiada.
8.0 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

Pengerusi : Puan Lubna Binti Hj Damanhuri (Pengetua)


Timbalan Pengerusi : Puan Sazuna Binti Abdul Wahid (PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi 1 : Encik Kamaruzaman Bin Ahmad (PK Hal Ehwal Murid)
Naib Pengerusi 2 : Puan Hjh Norhaliza Binti Basir (PK Kokurikulum)
Penyelaras : Puan Nur Zila Binti Zakaria (GKMP Teknik & Vokasional)
Setiausaha : Encik Abdul Muiez Bin Mohammad Ruslee

AJK
PA System : Encik Salihin Bin Amat
Pengacara Majlis : Cik Nur Ain Nabila Bt Mohd Nazri
Dokumentasi : Puan Adila Hani Binti Noordin
Peralatan : Puan Nurulhuda Binti Ramli
Persiapan Tempat : Puan Norhayati Binti Kardi
: Cik Chew Ann Phin
Kawalan Disiplin : Guru-guru PdPC

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN


Program dan aktiviti yang dicadangkan :
9.1 Ceramah motivasi, kenali gaya belajar & bengkel kemahiran belajar.
9.2 Tentatif program :

26 APRIL 2021 (ISNIN)


MASA KELAS AKTIVITI TINDAKAN
10.15am 4ST Murid berkumpul di dewan Guru PdPc
10.30am-11.30am 4SK Psikososial & Kesihatan Mental Pn. Nurulhuda bt Ramli
4PA Cik Nur Ain Nabila Bt Mohd
4PP Nazri
11.30am-12.30pm 4SRC Motivasi & Gaya Belajar VAK En. Abdul Muiez Bin
Mohammad Ruslee
27 APRIL 2021 (SELASA)
7.30am 4SS Murid berkumpul di dewan Guru PdPc
8.00am-9.00am 4RC Psikososial & Kesihatan Mental Pn. Nurulhuda bt Ramli
4GE Cik Nur Ain Nabila Bt Mohd
4TW Nazri
9.00am-10.00am 4VOK Motivasi & Gaya Belajar VAK En. Abdul Muiez Bin
4SV Mohammad Ruslee

10.0 PELAN PENGURUSAN RISIKO


10.1 Program dijalankan secara bimbingan kelas ganti.

11.0 KAEDAH PEMANTAUAN


11.1 Laporan program/ aktiviti.

12.0 PENUTUP
12.1 Kertas Cadangan untuk mengadakan Program Suntikan Motivasi KAsih Murid
Tingkatan 4 dikemukakan untuk pertimbangan dan kelulusan.

13.0 SYOR
Pengetua dipohon menimbang dan bersetuju;
13.1 Mengadakan Program Suntikan Motivasi KAsih Murid Tingkatan 4.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

………………………………..………………….. …………………………………………
( ABDUL MUIEZ BIN MOHAMMAD RUSLEE) ( SAZUNA BINTI ABDUL WAHID )
Guru Bimbingan & Kaunseling Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Sungai Besar SMK Sungai Besar

Diluluskan / Tidak diluluskan Oleh :

…………………………………………..
(LUBNA BINTI HJ DAMANHURI)
Pengetua,
SMK Sungai Besar,
45300 SUNGAI BESAR.

Anda mungkin juga menyukai