Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SALOR

15100 KOTA BHARU, KELANTAN


TEL:09-7011360 FAX:09-7011106

KERTAS KERJA
TERAPI PAGI SPM
KOHORT 2021
TARIKH

12 Disember 2021 (Ahad) – 30 Disember 2021 (Khamis)

TEMPAT

RUMAH MASING-MASING

ANJURAN BERSAMA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK SALOR


UNIT KECEMERLANGAN SPM SMK SALOR

“BERSAMA-SAMA MENJANA KECEMERLANGAN”


1.0 PENDAHULUAN
Usaha-usaha melahirkan generasi terdidik dan cemerlang semakin mencabar pada
masa kini. Kesepaduan tindakan antara guru, ibu bapa dan masyarakat sekelilig
dituntut demi mencapai cabaran ini. Tetapi apa yang penting adalah diri individu
murid itu sendiri. Pada tahun ini agak berbeza juga disebabkan penularan wabak
Covid-19. Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Salor dengan kerjasama Unit
Kecemerlangan SPM mengambil inisiatif menjalankan program Terapi Pagi SPM
bagi murid SPM kohort 2021 sepanjang cuti Akhir Tahun bagi membuat persediaan
menghadapi peperiksaan SPM 2021 nanti. Program Terapi Pagi perlu dijalankan
bagi membantu murid membuat persediaan kendiri untuk SPM 2021 yang bakal
tiba.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Membina dan memupuk kemahuan serta semangat belajar yang kuat menghadapi
peperiksaan.
2.2 Membuat pengurusan diri dan pengurusan masa dengan baik.
2.3 Membina keyakinan yang tinggi terhadap diri supaya lebih positif dalam menghadapi
peperiksaan.

3.0 SASARAN

Semua murid Tingkatan 5 kohort 2021

4.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 12 Disember 2021 (Ahad) – 30 Disember 2021 (Khamis)


Masa : 4.15 pagi- 6.15 pagi
Tempat : Rumah masing-masing

5.0 AHLI JAWATANKUASA

Penasihat : Dr. Hjh. Ruslina binti Yaacob (Pengetua)


Pengerusi : En. A’zri bin Mohamed (PK Pentadbiran)
Timb Pengerusi I : Tn. Hj. Ramlan bin Resad (PK HEM)
Setiausaha : Pn. Syafira Binti Che Razak (GBKSM)
Penolong Setiausaha : Pn. Jawahir Binti Abdullah (GBKSM)
AJK : Pn. Faridah binti Awang (GKB)
: En. Mohd Zulhairi Bin Zakaria (GKSM)
: Pn. Yuslawati binti M. Yusman (GKSS)
: Tn. Hj. Ab Aziz bin Yusof (GKTV)
: Pn. Rosniza binti Mohamad (SU Kurikulum)
: Hj. Maimun binti Abu Seman (SU Kecemerlangan SPM)
6.0 ATUR CARA GERAK PAGI MURID SPM KOHORT 2021

Hari Masa Aktiviti


(Tarikh)
12.12.2021 4.15-4.45 pagi  Pengurusan diri
(Ahad) –  Solat hajat
30.12.2021 4.45 pagi-6.15 pagi  Belajar kendiri di rumah
(Khamis)

7.0 PENUTUP
Adalah diharapkan agar dengan terlaksananya program Terapi Pagi SPM, murid akan dapat
meningkatkan motivasi, keyakinan dan semangat murid yang akan menduduki SPM nanti.
Secara tidak langsung, program ini akan membantu murid untuk lebih positif dalam
membuat persediaan menghadapi peperiksaan.

Disediakan oleh,

................................................
Syafira binti Che Razak
GBKSM
SMK Salor

Disemak oleh,

.....................................................
A’zri bin Mohamed
Penolong Kanan Pentadbiran
SMK Salor

Disahkan oleh,

..........................................................
Dr. Hjh. Ruslina binti Yaacob
Pengetua
SMK Salor

Anda mungkin juga menyukai