Anda di halaman 1dari 3

MA’AHAD AL-EHYA ASSHARIFF,

34400 GUNUNG SEMANGGOL, PERAK DARUL RIDZUAN.

KERTAS KERJA PROGRAM


HARI BERTEMU WARIS 2022

1.0 PENDAHULUAN

Hari Bertemu Waris 2022 merupakan salah satu usaha pihak sekolah dalam mewujudkan
hubungan baik dengan para ibubapa dan penjaga untuk membantu pencapaian cemerlang
dalam akademik khususnya dalam peperiksaan SPM dan STAM 2022. Program ini akan
memberi ruang dan peluang kepada para waris pelajar Tingkatan 1 hingga STAM, untuk
mengetahui pencapaian semasa anak-anak mereka iaitu keputusan Peperiksaan
Pertengahan Tahun 2022. Bertitik tolak daripada program ini diharapkan akan
mewujudkan kesefahaman antara semua pihak. Di samping itu, Ibubapa dapat membantu
pihak guru dalam membentuk disiplin dan sahsiah para pelajar di rumah. Semoga selepas
program ini semua pihak lebih fokus kepada tanggungjawab masing-masing demi
kebaikan bersama.

2.0 MATLAMAT

Para waris, guru dan pelajar akan jelas tugas dan tanggungjawab masing-masing bagi
menghasilkan lonjakan kecemerlangan dalam keputusan peperiksaan khususnya SPM
dan STAM 2022.

3.0 OBJEKTIF

o Menerangkan pencapaian para pelajar pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2022


kepada para waris.
o Meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab para waris terhadap anak-anak
mereka.
o Meningkatkan kecemerlangan para pelajar dalam akademik, sahsiah dan disiplin.
o Mewujudkan hubungan berkesan antara pihak sekolah dengan para waris.

4.0 TEMA

“KEJAYAAN ANAK-ANAK KITA, TANGGUNGJAWAB BERSAMA”


5.0 SASARAN

Semua waris pelajar Tingkatan 1 hingga STAM.

6.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 21.10.2022
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Dewan Kaca dan Kelas

7.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Perjumpaan ibu/bapa/waris dengan Pengetua dan Guru Kelas anak masing-masing.

8.0 ATUR CARA

8.00 - 8.30 pagi - Ketibaan para waris dan pendaftaran


8.30 - 10.00 pagi - Alu-aluan Pengacara Majlis
- Bacaan doa
- Ucapan Pengetua
10.00 - 11.45 pagi - Pembentangan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun
Pelajar Tingkatan 1 - STAM
12.00 tengahari - Bersurai

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Ustaz Ahmad Jahid Mamduh bin Shahar Murshid


(Pengetua)
Naib Pengerusi I : Ustaz Ahmad Husnain Wafir bin Shahar Murshid
(PK Pentadbiran)
Naib Pengerusi II : En. Mohd Nazli bin Mohd Salleh (PK HEM)
Penyelaras : Ustazah Ilyana binti Mamat (GK Kemanusiaan)
Pn. Rosiah binti Abd Wahab (GK Tek & Vokasional)
Pn. Salasiah binti Ahmad (GK Bahasa
Pn. Siti Jamaliah binti Hassan (GK Sains dan Matematik)
Setiausaha : Ustazah Zulfah binti Harisi (GK Dinie dan Pengajian
Islam)

Bendahari :
AJK Penyerahan Pelaporan : Guru-guru kelas
Penyelia Ting 5)
AJK Pendaftaran :
AJK Goodies :
AJK Sambutan :
AJK Persiapan Dewan :

10.0 PENUTUP

Program ini diharapkan dapat memberi peluang kepada para ibu/bapa/waris mengetahui
perkembangan pelajaran anak-anak mereka. Selain itu, program ini juga dapat membantu
pihak sekolah dan para waris untuk meningkatkan pencapaian dan kecemerlangan pelajar
terpilih dalam SPM 2013.

11.0 PENGHARGAAN

Jawatankuasa Program Perjumpaan Pengetua Bersama Ibu bapa/Waris Pelajar Cemerlang


SPM 2013 SMK Taman Ria Jaya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru-guru Kanan Mata Pelajaran,
guru-guru, ibu/bapa/waris pelajar cemerlang SPM 2013 dan para pelajar cemerlang SPM
2013 kerana sudi menjayakan program ini.

Disediakan oleh; Disemak oleh;

………………………………. ……………………………
(ZULFAH BINTI HARIS) (AHMAD HUSNAIN WAFIR B. SHAHAR
MURSHID)
Setiausaha, PK Pentadbiran
Program Hari Bertemu Waris Maahad Al-Ehya Asshariff
2022

Disahkan oleh,

…………………………...
(USTAZ AHMAD JAHID MAMDUH BIN SHAHAR MURSHID)
Pengetua
Maahad Al-Ehya Asshariff
34400 Gunung Semanggol
Perak Darul Ridzuan.

Anda mungkin juga menyukai