Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH MENENGAH IBN KHALDUN

KERTAS KERJA
PROJEK MENGECAT BILIK DARJAH

ANJURAN:
UNIT KEBERSIHAN DAN KECERIAAN
HAL EHWAL MURID
KERTAS KERJA
PROJEK MENGECAT BILIK DARJAH

1.0 PENGENALAN
Projek mengecat bilik darjah perlu dilaksanakan kerana dinding beberapa bilik darjah
dalam keadaan kurang kemas dan bersih. Projek mengecat ini penting untuk
mewujudkan persekitaran yang lebih ceria kepada para pelajar. Hal ini penting
kerana suasana bilik darjah yang bersih dan kemas akan memberi semangat kepada
para pelajar untuk belajar dengan lebih fokus dan berkesan.

2.0 OBJEKTIF
Objektif bagi kertas kerja ini adalah seperti berikut :
1. Mewujudkan iklim pembelajaran yang ceria, bersih dan kondusif.
2. Melaksanakan amalan kebersihan dalam kalangan pelajar.
3. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang antara pelajar dan
guru dalam menjayakan projek ini.
4. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen para pelajar terhadap kebersihan,
keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan oleh pihak sekolah.

3.0 BILIK DARJAH YANG TERLIBAT


1) 2 Fatonah
2) 2 Hikmah
3) 2 Hasanah
4) 2 Amanah
5) 3 Amanah
6) 3 Hasanah
7) 4 Fatonah
8) 4 Taqwa
9) 5 Syariah
10) 5 Taqwa
11) 5 Fatonah (wallpaper)

4.0 TARIKH PROJEK


18 Jun & 19 Jun 2022 (Sabtu & Ahad)
5.0 PESERTA
Guru kelas dan para pelajar kelas yang berkenaan

6.0 MASA
8.00 pagi hingga 1.00 petang

7.0 JAWATANKUASA PROJEK


Penaung : Puan Hajah Wan Halimah bt Ismail
Penasihat : Ustazah Atiqah bt Abdullah Sani
Pengarah : Cikgu Fadhilah bt Saedin
Setiausaha : Cikgu Zuraidah bt Mohd Aslar

8.0 PERBELANJAAN
BIL PERKARA HARGA (RM) KUANTITI JUMLAH (RM)
1
2
3
JUMLAH

9.0 PENUTUP
Diharapkan agar program yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar. Bilik
darjah yang terlibat akan lebih kondusif dan ceria sekali gus memberi semangat
kepada para pelajar untuk belajar dengan lebih bersungguh-sungguh.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

........................................... ...........................................
ZURAIDAH BT MOHD ASLAR ATIQAH BT ABDULLAH SANI,
Setiausaha HEM GPK Hal Ehwal Murid.

Disahkan oleh,

...........................................
WAN HALIMAH BT ISMAIL,
Pengetua.
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai