Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG
KECERIAAN BLOK PPKI

Anjuran:

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI


SK MENERONG

Dengan Kerjasama
PIBG SK MENERONG

Pada :
16 SEPTEMBER 2019
ISNIN
1.0 PENDAHULUAN

Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat
membantu melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian unggul.
Persekitaran sekolah yang kondusif dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan
pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.
Sehubungan dengan itu, pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi SK Menerong
telah merancang untuk menganjurkan satu aktiviti gotong-royong menceriakan persekitaran blok
PPKI dengan kerjasama ibu bapa. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan
amalan baik kepada murid tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah
terutamanya bilik darjah.
Antara aktiviti yang dirangka akan dilaksanakan meliputi aspek membersihkan halaman
hadapan dan belakang kelas PPKI, meratakan halaman hadapan dengan membuat tapak konkrit
sebagai tempat meletakkan pasu dan menanam pokok bunga.
Semoga aktiviti yang dirancang ini berjalan dengan lancar dan murid berkeperluan khas
akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih,
indah, selamat dan ceria.
2.2 Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan yang maksimum.
2.3 Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama yang padu antara ibu bapa,
pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan aktiviti yang berkaitan dengan
penglibatan semua pihak dalam program gotong royong.
2.4 Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap
kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah
disediakan.
3.0 TARIKH PROGRAM/AKTIVITI YANG AKAN DIJALANKAN

Tarikh cadangan : 16 SEPTEMBER 2019


Tempat : Blok Kelas Pendidikan Khas, SK Menerong
Masa : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari.
Pakaian : Pakaian sukan

4.0 JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Tn. Hj. Nik Asri bin Nik Lah


Penyelaras : En. Mohamad Zainuddin bin Samsudin
Setiausaha : En. Badrul Hisyam bin Kadir
Bendahari : Pn. Rosmini binti Othman
AJK Aktiviti : En. Mohamad Zainuddin bin Samsudin
: En. Ahmad Munnawar bin Abdullah
AJK Alatan & Bahan : En. Badrul Hisyam bin Kadir
: Pn. Nor Afiah binti Mohd Asri
AJK Makanan : Pn. Rosmini binti Othman
: Pn. Nor Afiah binti Mohd Asri
AJK Dokumentasi : En. Ahmad Munnawar bin Abdullah
: Pn. Nor Afiah binti Mohd Asri

5.0 CADANGAN AKTIVITI & SKOP TUGAS

5.1 Menanam Pokok Bunga

 Pokok bunga merupakan elemen semulajadi yang sangat indah untuk menceriakan
kawasan. Oleh itu, sebahagian peserta gotong royong akan menanam pokok bunga
ke dalam pasu dan menyusun di sekitar blok PPKI.

 Agihan tugas :-

 Pn. Rosmini binti Othman


 Pn. Nor Afiah binti Mohd Asri
 4 orang ibu
5.3 Pembersihan Halaman Depan dan Belakang Kelas

 Tugas membersihkan halaman ini dilakukan adalah untuk mencantas pokok-


pokok besar yang ada di sekeliling blok, menyapu sampah, mencuci habuk
tingkap kelas, kawasan tandas serta membersihkan longkang. Ini merupakan satu
usaha untuk menghalang pembiakan nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi
kesan kepada pelajar khususnya yang berada di sekolah.

 Agihan tugas :-

 En. Mohamad Zainuddin bin Samsudin


 En. Badrul Hisyam bin Kadir
 En. Ahmad Munnawar bin Abdullah
 4 orang ibu
 4 orang bapa

6.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI

8.00 pagi : Ketibaan Ibu bapa/Penjaga ke sekolah

8.15 pagi : Taklimat agihan tugas

8.30 pagi : Gotong–royong bermula

12.30 petang : Makan dan majlis bersurai


7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER PENDAPATAN

 Anggaran perbelanjaan bagi peralatan dan bahan :-

Bil Peralatan / Bahan Kuantiti Harga (RM)

1. Sponge Tangan (Kuning) 2 unit 2 unit x RM 3.50 = RM 7.00


2. Pasu Bunga (saiz sederhana) 25 biji 25 biji x RM 12.00 = RM 300.00
3 Anak Pokok Bunga Kertas 25 pokok 25 pokok x RM 7.00 = RM 175.00
4. Tanah Baja 15 beg 15 beg x RM 8.00 = RM 120.00
5. Pokok Bunga Kertas 2 pokok 2 pokok x RM 25.00 = 50.00
6. Pasu Bunga (Saiz besar) 2 unit 2 unit x RM 28.00 = RM 56.00
7. Baja 3 kg 3 kg x RM 5.00 = RM 15.00
8. Pelapik pasu sederhana 25 unit 25 unit x RM 3.00 = RM 75.00
9. Pelapik pasu besar 2 unit 2 unit x RM 5.00 = RM 10.00
10. Span penyepit cermin
11. Sabun pencuci
12. Debu pembasmi longkang
13. Kain
14. Plastik sampah
15. Tong sampah
16.
17.
18.
19.
20.

 Sumber Pendapatan :-

 PCG PENDIDIKAN KHAS (LPBT)


8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN MAKAN DAN MINUM

9.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar serta membawa
manfaat kepada perkembangan murid berkeperluan khas.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

……………………………………………………. …………………………
(AZLIN NOOR SHAZALINA BT ABD RAHMAN KANG) (CHE ZAHARI BIN CHE ZAKARIA)
Setiausaha, Penyelaras,
Program Gotong Royong Kecerian Program Pendidikan Khas Integrasi
PPKI 2019. SMK Tengku Ampuan Intan.

Disahkan oleh,

……………………………….

Anda mungkin juga menyukai