Anda di halaman 1dari 7

SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN

KERTAS KERJA
PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

ANJURAN

KELAB ALAM SEKITAR

29 FEBRUARI 2020
1.0 PENGENALAN
Kelab Alam Sekitar SK Putrajaya Presint 8(2), Wilayah Persekutuan telah mengambil
inisiatif menganjurkan Program Keceriaan Sekolah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim
antara murid-murid dengan guru-guru dengan aktiviti-aktiviti yang akan diadakan nanti. Di
samping itu, program ini juga berupaya untuk membersihkan dan menceriakan sekolah.
Program ini akan diadakan di kompleks persekolahan SK Putrajaya Presint 8(2).

2.0 RASIONAL
Rasional utama program ini adalah mengeratkan hubungan antara guru-guru, ibu bapa dan
murid-murid. Tambahan pula, program ini berupaya untuk membersih dan juga menceriakan
sekolah. Bukan itu sahaja, program ini juga mampu untuk memupuk semangat cinta akan
sekolah dan juga budaya menjaga kebersihan dalam diri pelajar.

3.0 MATLAMAT
Matlamat program keceriaan sekolah ini diadakan ialah untuk mewujudkan sikap cinta akan
sekolah serta budaya menjaga kebersihan.

4.0 OBJEKTIF
Di akhir program ini diharapkan :
I. Membentuk sikap cintai sekolah dalam diri pelajar
II. Mengeratkan hubungan silarurrahim diantara guru, ibu bapa dan juga para pelajar
III. Menanam sikap prihatin terhadap persekitaran sekolah.
IV. Memupuk nilai murni agar menjaga kebersihan
V. Mewujudkan suasana persekolahan yang ceria
VI. Mewujudkan nilai murni kerjasama dalam diri pelajar

5.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid sekolah SK Putrajaya Presint 8(2) seramai 1400 orang,ibu bapa dan semua guru.
6.0 JANGKA MASA PROGRAM

TARIKH : 29 FEBRUARI 2020

MASA : 7.30 a.m. – 12.30 a.m.

TEMPAT : TAPAK PERSEKOLAHAN SK PUTRAJAYA PRESINT 8(2)

7.0 ANDAIAN HALANGAN / KEKANGAN

Terdapat beberapa halangan yang akan dihadapi untuk menjayakan program ini antaranya:

1) Cuaca yang tidak mengizinkan program untuk diadakan..


2) Kehadiran pelajar untuk menghadiri program ini.
3) Dana yang tidak mencukupi untuk menjayakan program ini.

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA UNIT KOS JUMLAH SUMBER


. SEUNIT
1. Makanan dan Minuman 4292 set RM 6 RM25,752 Sumbangan
PIBG, Guru
dan Ibu bapa
2. Berus 50 set RM 4 RM200 Kumpulan
3. Cat 30 tin RM 10 RM300
4. Plastik sampah 20 set RM 2 RM60
JUMLAH RM26,312

8.0 SENARAI AHLI JAWATANKUASA


8.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM

PENGERUSI

En Muhammad Zulnaqib bin Zuhar.

(Guru Besar SK Putrajaya Presint 8(2)

NAIB PENGERUSI

En Muhammad Farhan bin Bakhtiar

(Penolong Kanan Kokurikulum)

SETIAUSAHA KOKURIKULUM

Pn. Ilisha binti Aziz

8.2 JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

PENGERUSI PROGRAM

En Muhd Syafiq bin Roslan.

SETIAUSAHA

Pn. Ain Aqilah binti Hamdan

BENDAHARI

Pn. Radin Dina Khalish binti Radin Khalid

AJK PENDAFTARAN

En.Aizat Syamil bin Mohd Asri.

AJK PERALATAN

En.Mohd Adib bin Masror.

AJK PROGRAM

En. Muhd Afham bin Daud

AJK DISIPLIN
En. Muhd Allif bin Zainal

AJK MAKANAN

En. Ikhwan Hakim bin Zainal

AJK DOKUMENTASI

En. Mohd Zamir bin Jupry

AJK KEBERSIHAN

En. Zulhilmi bin Zulkifli

9.0 SKOP TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA

Pengerusi Program

 Membentuk jawatankuasa pelaksana program


 Mengetuai perjalanan program

Setiausaha

 Menguruskan kertas kerja dan urusan surat-menyurat


 Menyediakan laporan minit mesyuarat dan laporan program

Bendahari

 Membuat anggaran belanjawan program


 Menyediakan laporan kewangan

AJK Pendaftaran

 Menyediakan senarai murid-murid yang mengikuti program


 Memastikan kehadiran murid sebelum program bermula

AJK Peralatan

 Membuat senarai barangan yang diperlukan


 Memastikan semua peralatan dalam keadaan yang baik
AJK Program

 Memastikan program berjalan dengan lancar.


 Memberikan penerangan mengenai program.

AJK Disiplin

 Memastikan semua murid mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.


 Memastikan murid turut serta dalam program.

AJK Makanan

 Memastikan makanan dan minuman mencukupi


 Menguruskan pembayaraan bil makanan dan minuman.

AJK Dokumentasi

 Mengambil gambar dan video sepanjang program


 Membuat peminjaman kamera

AJK Kebersihan

 Menjaga kebersihan kawasan rehlah


 Memastikan plastik sampah mencukupi

11.0 TENTATIF PROGRAM

MASA AKTIVITI SKOP KERJA


7.30 A.M.  Pendaftaran semua pelajar di dataran  AJK Pendaftaran
sekolah.
8.30 A.M.  Penerangan taklimat mengenai program  AJK Program
Keceriaan Sekolah  AJK Peralatan
 AJK Kebersihan
9.00 A.M.  Pembahagian kumpulan kepada kumpulan  AJK Program
mengecat dan pembersihan
 Aktiviti gotong-royong
11.30 A.M  Makan tengah hari  AJK Makanan
 Memastikan persekitaran bersih  AJK Kebersihan
12.30 P.M.  Bersurai

11.0 PENUTUP

Program ini telah dirancang dengan baik agar dapat mencapai semua objektif atau
matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu, mohon jasa baik pihak Tuan agar dapat
mempertimbangkan dan meluluskan perjalanan program Keceriaan Sekolah ini..

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

............................................... ................................
(MUHAMAD SYAFIQ BIN ROSLAN)
Guru Penasihat Kelab Alam Sekitar
SK Putrajaya Presint 8(2).

Anda mungkin juga menyukai