Anda di halaman 1dari 3

1.

Jelaskan tentang budaya, amalan dan adat masyarakat cina sejak turun temurun yg lampau
dr aspek:
a. Pertunangan
Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan ia hendaklah bersesuaian dengan
bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Khidmat tukang tilik digunakan untuk penetapan
tarikh tersebut berpandukan kepada sebuah buku iaitu Toong-Su. Ini penting kerana jika
dilakukan pada waktu yang tidak sesuai dipercayai akan ditimpa bencana dan perkahwinan
akan menghalami kegagalan. Pada masa inilah bakal pengantin lelaki berkunjung ke rumah
perempuan untuk menunaikan permintaan. Upacara bertukar cincin dilakukan mengikut masa
yang ditetapkan . Cincin disarung di jari manis kiri oleh kedua-dua bakal pengantin sehingga
hari perkahwinan. Bagi membuktikan persetujuan, gadis berkenaan akan menyerahkan
sekeping kertas merah atau nyen-sang yang tertulis nama gadis, umur dan tarikh lahirnya yang
didapati daripada tukang tilik. Tukang tilik akan menghitung hari dan masa yang sesuai
berdasarkan kedua-dua nyen-sang dan dicatat pada sehelai kertas merah yang dinamakan
nyik-kor. Ketika menentukan hari yang sesuai, tukang tilik membuat ramalan berdasarkan tahun
kelahiran kedua pasangan. Nyik-kor tersebut mengandungi peraturan-peraturan dan adat-adat
yang perlu diikuti oleh kedua bakal pengantin merangkumi adat-adat tertentu.

b. Perkahwinan
Perkahwinan Cina Perkahwinan Cina secara tradisi diatur antara keluarga-keluarga berkenaan.
Pada asalnya, kebudayaan Cina membenarkan percintaan, dengan monogami merupakan
norma masyarakat etnik Cina. Dari sudut pandangan sebuah keluarga yang menganuti
Konfusianisme, perkahwinan merapatkan keluarga-keluarga dengan nama keluarga yang
berlainan dan meneruskan jurai keturunan klan bapanya. Secara amnya, ini merupakan sebab
utama mengapa anak lelaki diutamakan berbanding dengan anak perempuan ketika melahirkan
anak. Terdapat enam upacara amal pada umumnya yang secara am dikenali sebagai tiga
aksara dan enam etiket. (Pinangan, Pembandingan Hari Jadi, harga Penganting Perempuan,
Penyampaian Hadiah Perkahwinan, Pemilihan Hari Perkahwinan, Upacara Perkahwinan, Perarakan
Perkahwinan, Penyambutan Pengantin, Upacara Perkahwinan Sebenar dan juga Jamuan
Perkahwinan). Akhir sekali, sebagai bukti perkahwinan,pasangan pengantin akan menandatangani
dua pucuk surat perkahwinan iaitu Keat Foon Ching Su di hadapan beberapa orang saksi.

c. Sambutan bayi baru lahir


Wanita yang telah bersalin hendaklah berpantang selama 40 hari.. Selain itu,mereka hendaklah
memakai pakaian dan stoking yang tebal kerana bimbang akan masuk angin.. Disamping
itu,mereka juga dielakkan daripada mandi dan membasuh rambut dengan menggunakan air
sejuk kerana risau akan masuk angin.. Seterusnya ialah mereka juga dilarang daripada
melakukan kerja-kerja yang berat kerana takut rahim akan menjadi kendur. Pusat bayi yang
baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk
mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat. Pusat bayi yang
tenggelam ke dalam adalah petanda bagi masyarakat Cina. Anak tersebut dipercayai akan
menjalani kehidupan yang senang pada masa depan. Selepas itu, apabila bayi sudah berumur
1 tahun akan diadakan kenduri. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning
yang berintikan kacang dan tau su serta telur yang diwarnai merah kemudiannya diberikan
kepada saudara-mara yang terdekat.seterusya, akan diadakan acara cukur rambut dan juga
pemberian nama. Nama yang diberi haruslah mengandungi maksud yang baik seperti lambang
kekayaan, kemewahan dan kesejahteraan.

d. Adat minum teh


Budaya upacara minum teh ini sebenarnya merupakan adat bagi masyarakat China, yang mana
mereka mengamalkannya bagi tujuan menghormati kedatangan tetamu. Upacara minum teh
atau Cha-no-yu ini juga masih berlanjutan dan kekal sehingga kini dan ia telah menjadi salah
satu amalan budaya yang dipelihara oleh masyarakat Jepun, kerana ritual bagi upacara ini
dikatakan telah menjadikan bangsa Jepun itu kelihatan lebih bertamadun. Buktinya Abu Talib
ada mengatakan bahawa ritual upacara Cha-no -yu ini dikaitkan dengan ketinggian budaya
disebabkan oleh gabungan unsur-unsur estetik dengan falsafahnya yang tersendiri. Adat minum
teh ini juga diadakan sewaktu acara perkahwinan.. Pengantin perempuan akan menghidangkan
teh kepada pasangan mertua sebagai tanda hormat.

2. Tamadun cina yg paling unggul ialah dr segi kepantansan kemajuan teknologi. Nyatakan dua
teknologi yg berasal dr cina
Dua teknologi yang berasal dari Cina adalah teknologi percetakan dan juga teknologi kompas.

3. Ceritakan secara ringkas tamadun india


Tamadun India merangkumi dua bahagian utama benua kecil India iaitu:- Indo-Arya (berpuasat
di India Utara)dan Dravida (berpusat di India Selatan). India boleh dibahagikan kepada dua
bahagian yang besar, iaitu Utara dan India Selatan. Keadaan geografi merupakan salah satu
faktor yang menyebabkan perkembangan kebudayaan masyarakat India dai segi rupa bentuk
fizikal, Bahasa, budaya, dan amalan keagamaan. Sistem keluarga tamadun India turut disokong
oleh semangat kepentingan bersama dan harta dikongsi bersama. Perpaduan pula dibentuk
dengan nilai kasih sayang. Sistem keluarga tamadun India ini dipelihara oleh dua aspek iaitu
Ashrama Dharmadan juga Purusartha. Terdapat satu sistem social yang wujud di India iaitu
sistem kasta. Sistem kasta masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu sistem
varna dan sistem jati. Kehidupan berkasta masyarakat India dalam sistem varna adalah
pembahagian kelas sosial yang tetap hierarkinya dan tidak berubah. Pada Zaman Veda Awal,
kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan serta kesaksamaan seperti kaum lelaki.
Mereka dapat membawa mazmur-mazmur suci serta kitab-kitab suci. Selain itu, mereka juga
diberikan peluang untuk mendapat pendidikan yang sama. Namun begitu, pada Zaman Veda
kemudian dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan banyak sekatan
dikenakan ke atas mereka. Pada Zaman Sangam, kaum wanita diberikan kedudukan yang
tinggi dalam masyarakat India Selatan. Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati,
disanjung dan dianggap sebagai suatu nilai yang mulia. Kedudukan kaum wanita mulai
mengalami kemerosotan selepas Zaman Sangam. Bahasa-bahasa India dibahagikan kepada
dua rumpun keluarga bahasa iaitu bahasa-bahasa Indo-Arya dan bahasa-bahasa Dravida.
Dalam tamadun India ini terdapat 4 jenis agama yang wujud iaitu agama Buddha, Hindu, Sikh
dan juga Jaina.
4. Tamadun india terkenal dgn pelbagai ilmu antaranya ilmu astronomi dan matematik. Jelaskan
secara ringkas dua ilmu tersebut.

1. Astronomi
.Dalam bidang astronomi, masyarakat India menguasai ilmu kaji bintang (astronomi). Perkara ini
tertulis dalam Jyotisa, iaitu kitab Veda. Masyarakat India juga mengenal pasti 27 bintang atau
nakshatra, yang memberikan pengaruh kepada kehidupan manusia.

2. Matematik
Aritmetik: Sistem perpuluhan, Nombor negatif (lihat Brahmagupta), Sifar (lihat Sistem Angka Hindu-
Arab), sistem nombor notasi kedudukan moden, nombor-nombor titik apungan (lihat aliran Kerala),
teori nombor, Infiniti (lihat Yajur Veda), nombor transfinit, nombor tak nisbah (lihat Sulba Sutra)

Anda mungkin juga menyukai