Anda di halaman 1dari 2

Kesan Hegemoni Barat Dalam Politik

Kelemahan

Kesan negatif dalam hegemoni Barat ialah system pentadbiran telah menjadi kucar-kacir kerana
politiknya tidak stabil (Afifi, 2012). Akibatnya, suasana politik menjadi tidak telus dan tidak bersih.
Golongan rasuah terwujud, negara tersebut juga menghadapi keadaan yang tidak aman dan mempunyai
kes-kes jenayah seperti kes penipuan dan sebagainya. Di samping itu, negara-negara jajahan tidak
mempunyai peluang untuk membuat sesuatu keputusan kerana mereka hendaklah mendapat
persetujuan daripada kuasa Barat. Selain itu, kuasa Barat tidak memberikan layanan yang adil kepada
negara-nagara jajahan dan hal ini menyebabkan pembangunan negara tersebut tidak dapat
dilaksanakan dengan lancar. Tambahan pula, pembersihan etnik, perang saudara yang terus menerus
serta perlanggaran hak asasi manusia juga antara kesan negatif dalam aspek politik.

Kelebihan

Walaubagaimanapun, Hegemoni Barat telah pun meningkatkan keharmonian negara dan


masyarakat. Hal ini demikian kerana kuasa Barat yang besar telah memberi peluang kepada
masyarakat untuk membina blok-blok komunis serta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu demi
menjaga keselamatan mereka sendiri. Tambahan pula, kuasa Barat berupaya menguasai
perkembangan dan percaturan politik dunia, harga minyak serta mata wang dunia. Lagipun,
kuasa Barat dapat pemantauan yang sistematik dan pemikiran yang berdemokrasi akan
dipersetujui oleh semua masyarakat dunia.
Kesan Hegemoni Barat Dalam Ekonomi

Kelemahan

Hegemoni Barat dalam ekonomi terdapat pelbagai kesan negatif, iaitu negara-negara
membangun dan mundur bergantung kepada negara Barat kerana mereka tidak mahir
menggunakan teknologi yang tinggi dan juga kekurangan tenaga buruh. Selain itu, negara-
negara juga tidak dapat keuntungan yang lebih untuk meningkatkan kewangan negara masing-
masing serta memberi keperluan seharian kepada rakyat tersebut seperti makanan, pakaian,
pendidikan dan sebagainya. Tambahan pula, negara juga terpaksa menanggung hutangan
yang berat serta mengatasi kos sara hidup yang tinggi sehingga membebankan rakyat hidup.
Walaupun negara-negara membantu negara Barat dalam ekonomi, namun mereka hanya
dianggap sebagai pengguna sahaja. Selain itu, negara Barat tidak mewujudkan sosial yang adil
kepada negara-negara yang lain.

Kelebihan

Walaubagaimanapun, negara Barat telah menghasilkan barangan yang mahir dan


meningkatkan taraf hidup negara-negara seperti masyarakat Malaysia. Lagipun, negara Barat
telah mencipta teknologi maklumat iaitu teknologi yang mudah dan pantas untuk berhubung
melalui pelbagai elektronik. Ini telah memudahkan kehidupan rakyat. Di samping itu, negara
Barat juga meningkatkan peluang bekerja untuk negara-negara supaya menjamin ekonomi
kehidupan mereka serta keuntungan mereka. Hal ini member pendapatan yang tinggi untuk
negara-negara memenuhi keperluan seharian. Dengan itu, mereka juga mempunyai matawang
yang besar agar kewangan negara Barat sentiasa tinggi dan kukuh.

Anda mungkin juga menyukai