Anda di halaman 1dari 3

Kesimpulan Hegemoni barat telah membawa kesan buruk lebih banyak daripada kesan baik kepada negara kita.

Hegemoni barat sudah lama mempengaruhi negara kita sehinggalah pada era globalisasi yang rancak ini. Faktor-faktor berlaku mempengaruhi hegemoni barat adalah disebabkan fenomena kebangkitan semula perasaan ingin menguasai semula pengaruh Barat kepada masyarakat dunia, Barat ingin menguasai mata wang dan ekonomi dunia , kuasa Barat yang mempunyai semangat dan dasar tertentu dan lain-lain. Pada masa kini, budaya barat secara langsung atau tidak secara langsung telah meresap dalam jiwa remaja. Contohnya, budaya makan makanan segera. Hal ini demikian kerana, ramai rakyat Malaysia kini amat menyukai makan makanan segera hingga setiap hari makan makanan segera. Oleh itu, menyebabkan rakyat tidak dapat makan dengan seimbang dan berkhiasat. Lebih teruk, akan meningkatakan kadar rakyat Malaysia untuk menghadapi pelbagai jenis-jenis penyakit seperti kencing manis, obesiti, sakit jantung dan lain-lain. Malahan, budaya barat telah membawa banyak keburukan kepada

masyarakat kita seperti kehilangan identiti negera, kehilangan maruah, kemusnahan keluarga, kesihatan terjejas, masyarakat yang tidak aman, politik yang kucar-kacir dan sebagainya. Selain daripada budaya, hegemoni barat juga memberi kesan kepada politik, ekonomi, sosial, hak asasi manusia dan media massa. Oleh itu, masyarakat Malaysia harus mengelakkan diri dan mencari langkahlangkah untuk mengatasi masalah kesan hegemoni barat. Tamadun barat tidak harus sepenuh untuk menjadi contoh kepada negara kita kerana Negara barat dibangunkan secara dasar materialistik. Bukan itu saja, masyarakat Malaysia harus mempunyai daya tahan yang kuat daripada dipengaruhi oleh kesan buruk hegemoni barat terhadap negara kita. Dengan ini, negara kita dapat menurun kadar keburukan hegemoni barat di masyarakat kita dan rakyat dapat hidup dengan cinta akan negara serta akan berbangga terhadap identiti masyarakat timur dengan sepanjang hayat.

Anda mungkin juga menyukai