Anda di halaman 1dari 1

Konsep Sara Diri, Komersil, dan Kapitalisme : Konsep Sara Diri :

Sara diri menyediakan keperluan asas untuk kehidupan seperti makan minum, pakaian dan tempat tinggal melalui penerokaan terhadap sumber alam sekeliling melalui pemburuan dan pemungutan Petani yang menjalankan kegiatan pertanian berasaskan konsep sara diri adalah untuk keperluan keluarga dan kegunaan seharian Mereka menghasilkan pelbagai jenis tanaman makanan seperti padi, ubi, keladi, sayuran dan buah-buahn Kegiatan ekonomi sara diri juga meliputi kegiatan pengutipan dan pengumpulan hasil-hasil hutan seperti damar, rotan dan buah-buahan

Konsep Komersil :

Komersil ialah aktiviti jual beli urus niaga sesuatu barangan dan perkhidmatan Sistem ekonomi komersil merupakan satu sistem yang menjalankan kegiatan penjualan dan pembelian barangan dan perkhidmatan secara besarbesaran Pengkhususan melibatkan pertukaran orientasi keuntungan hubungan luar dan pengumpulan modal untuk kepentingan persendirian

Konsep Kapitalisme :

Sistem yang menggalakkan pengumpulan modal, kebebasan ekonomi, hak milik persendirian, kebebasan pasaran dan perniagaan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan Membolehkan individu atau kumpulan individu berusaha menambahkan kekayaan dengan melabur semua keuntungan Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan Sistem pengeluaran, pengedaran dan pertukaran secara besar-besaran yang bercorak baru.

Anda mungkin juga menyukai