Anda di halaman 1dari 23

SUBJEK:

MAQASID SYARIAH
(IFGH 6111)

TAJUK:
KITAB QAWA‟ID AL-AHKAM FI MASALIH AL-ANAM DAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PEMIKIRAN MAQASID AL-SYARI‟AH

NAMA PENSYARAH:
DR RIDZWAN AHMAD

NAMA PELAJAR:
NOR AIN BT MOHAMAD KASTOLANI (IGA 140028)

SARJANA SYARIAH
(JABATAN FIQH DAN USUL)
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA
Saya dengan penuh amanah dan ikhlas hati sesungguhnya mengakui bahawa kertas kerja ini
adalah ditulis oleh saya sendiri. Segala rujukan dan nukilan telah saya nyatakan sebagaimana
tertera.

.......................................................................
(NOR AIN BT MOHAMAD KASTOLANI)

2
ISI KANDUNGAN

Perakuan 2

Isi Kandungan 3

1.0 Pengenalan Kitab Qawa‟id Al-Ahkam Fi Masalih Al-Anam. 4-7

2.0 Biografi Penulis („Izz Al-Din Abd Salam). 7-11

2.1 Sejarah Hidup

2.2 Pendidikan

2.3 Guru dan Anak Murid

2.4 Kitab Karangan

3.0 Konsep Maqasid Syariah 11-13

4.0 Sumbangan Kitab Qawa‟id Al-Ahkam Fi Masalih Al-Anam 13-20

kepada Maqasid Syariah.

5.0 Kesimpulan 20-21

6.0 Bibligrafi 22-23

3
KITAB QAWA‟ID AL-AHKAM FI MASALIH AL-ANAM DAN SUMBANGANNYA
TERHADAP PEMIKIRAN MAQASID AL-SYARI‟AH

Nor Ain bt Mohamad Kastolani


Jabatan Fiqh Usul, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya

1.0 PENGENALAN KITAB QAWA‟ID AL-AHKAM FI MASALIH AL-ANAM.

Setiap pengarang dan penulis buku atau sesebuah kitab pasti menghidangkan sesuatu
ilmu dan penemuan baru dalam sesuatu bidang. Kitab Qawa‟id Al-Ahkam Fi Masalih Al-
Anam juga merupakan salah satu kitab yang nyata memberi satu ilmu yang besar dalam
pemikiran Maqasid Syariah. Buku ini adalah di antara buku terawal dalam bidang
maqasid. Pengarang juga menyebut bahawa beliau menyusun bukunya dan
mengumpulkan Kaedah-kaedah Fiqh tidak dalam satu bentuk tertentu:

Kitab ini telah ditulis oleh Syeikhul Islam Izz Al-din Al-Aziz bin Abd Salam.
Buku ini ditulis dalam dua jilid. Tujuan beliau menulis buku ini adalah menerangkan
kepentingan-kepentingan yang diperolehi dari bentuk ketaatan yang dibuat, muamalat
dan semua tindakan oleh seorang hamba Allah. Ia juga menerangkan bentuk larangan
yang perlu dijauhi seorang hamba Allah, dan menerangkan kepentingan ibadat supaya
seorang hamba Allah itu beribadat dalam keadaan paling baik.

Buku ini juga menjelaskan kepentingan yang perlu didahulukan ke atas


kepentingan yang lain dan melewatkan kemudaratan mengatasi yang lain. Dan perkara
yang termasuk di bawah usaha seorang manusia berbanding perkara yang tidak mampu
dilakukan olehnya. Keseluruhan buku ini membincangkan kaedah syarak yang asasi iaitu
'menarik kebaikan dan menolak kemudaratan.' Kaedah fiqh lain yang didapati dalam
buku ini dirujuk kepada kaedah umum ini.

4
Di antara kaedah yang disebut di dalam buku ini ialah seperti berikut:

1. ‫عللها‬ ‫االصل ان تزول االحكام بزوال‬


“Asalnya sesuatu hukum itu hilang dengan sebab hilangnya ilat”.

2. ‫من كلف بشيء من الطاعات فقدر على بعضو وعجز عن بعضو فانو يايت مبا قدر عليو‬
‫ويسقط عنو ما يعجز عنو‬

“Sesiapa yang dibebankan dengan sesuatu ketaatan, ia mampu melakukan sebahagiannya


dan tidak mampu terhadap sebahagian yang lain, maka ia melakukan perkara yang
mampu dilakukannya dan gugur darinya perkara yang ia tidak mampu melakukannya.”
Pengarang menyebutkan kaedah ini di tempat lain dengan lafaz lain:
‫ال يسقط الميسور بالمعسور‬
“Perkara yang mudah tidak gugur dengan sebab perkara yang sukar.”

3. ‫عنو‬ ‫كل تصرف جر فسادا او دفع صالحا فهو منهي‬


“Setiap tindakan yang membawa kerosakan atau menolak kebaikan adalah ditegah.”

4. ‫بزواهلا‬ ‫ما احل لضرورة او حاجة يقدر بقدرىا ويزال‬


“Perkara yang dihalalkan kerana darurat atau hajat, ia diukur mengikut ukurannya, dan
perkara itu hilang apabila darurat dan hajat itu hilang.”

5.‫كل ما يثبت يف العرف اذا صرح املتعاقدان خبالفو مبا يوافق مقصود العقد لزمو فلو شرط‬
‫املستاجر على االجري ان يستوعب النهار بالعمل من غري اكل وشر لزمو ذلك‬

“Setiap perkara yang thabit secara uruf, apabila dijelaskan oleh mereka yang berkontrak
menyalahi uruf dan masih menuruti tuntutan kontrak, maka akad itu adalah lazim

5
(diteruskan). Jika seorang pengupah mensyaratkan kepada pengambil upah supaya
bekerja sepanjang siang tanpa disediakan makan minum..kontrak tersebut diteruskan.”

6. ‫النفع‬ ‫حفظ املوجود اوىل من حتصيل املفقود ودفع الضرر اوىل من جلب‬
“Memelihara perkara yang sedia ada lebih patut dari mendapatkan perkara yang hilang.
Menolak kemudaratan lebih utama dari menarik kemanfaatan.”

7. ‫يصرف كل مال خاص يف جهاتو امهها فامهها ويصرف ما وجده من املصاحل العامة يف‬
‫مصارفها اصلحها فاصلحها‬

“Setiap harta khusus digunakan pada tempat sepatutnya menurut keutamaan, dan
digunakan perkara melibatkan kepentingan awam mengikut keutamaannya.”

8. ‫العقود‬ ‫القليل يتبع الكثري يف‬


“Perkara yang sedikit menurut perkara yang banyak dalam kontrak yang dibuat.”

9. ‫من وضع يده خطا على مال غريه لزمو ضمانو اال احلكام وامناء احلكام فيما يتعلق بعهدة ما‬

‫باعوه‬
“Sesiapa yang meletakkan tangannya secara tersalah ke atas harta orang lain, ia mesti
menggantikannya (memberi pampasan), melainkan pemerintah dan wakilnya dalam
perkara berkaitan perjanjian jualannya.”

10. ‫االصل يف الضمان ان يضمن املثلي مبثلو واملتقوم بقيمتو فان تعذر املثل رجع اىل القيمة جربا‬

‫للمالية‬
“Asal dalam perkara ganti rugi ialah gantian seumpamanya, perkara yang boleh dikira
harga dengan harganya. Jika tidak dapat demikian, dikembalikan kepada nilaiannya
sebagai menampung kepada perkara yang ada nilai harga.”

6
Al-Imam al-Alai'i menyebut dalam muqaddimah al-Qawaid: " Kitab al-Qawaid
yang dikarang oleh Sheikh al-Islam Izzuddin bin Abdul Salam ialah sebuah kitab yang
tiada tolok bandingnya dalam bidangnya." Ada beberapa pandangan dan ijtihad dalam
kitab tersebut yang menjadi tumpuan dan kritikan kepada sebahagian fuqaha. Justru, al-
Imam Sirajuddin al-Bulqini mengarang kitabnya al-Fawaid al-Jisam ala Qawaid Ibn
Abdul Salam dan Muhammad al-Wanughi al-Maliki juga mengkritik Izzuddin ibn Abdul
Salam. Sarjana lain iaitu Abu Ishak as-Shatibi mengurang dan menambah dalam kitabnya
al-Muwafaqat fi usul al-Syariah. Beliau memasukkan kaedah-kaedah berkaitan maslahah
(kepentingan) dan membuat penilaian yang cukup baik.

2.0 BIOGRAFI PENULIS („IZZ AL-DIN ABD SALAM).

2.1 Sejarah Hidup


Penulis Kitab Qawa‟id Al-Ahkam Fi Masalih Al-Anam ini merupakan seorang tokoh yang
tidak asing lagi dalam membahaskan berkenaan Maqasid Syariah. Beliau merupakan
tokoh besar yang banyak memberi jasa kepada perkembangan ilmu Maqasid Syariah.
Sebelum menerangkan lebih lanjut mengenai kandungan dan sumbangan kitab beliau
terhadap pemikiran Maqasid Syariah, eloklah sama-sama kita menelusuri dan mengenali
siapa sebenarnya tokoh yang kita kenali sebagai „Izz Al-Din Abd Salam ini.

Beliau merupakan seorang ilmuwan memiliki nama lengkap „Abd al-„Aziz bin
„Abd al-Salam bin Abi al-Qasim bin Hasan bin Muhammad bin Muhadhdhab al-Sulami.1
Dilahirkan di Damsyik - Syria pada tahun 577 H dan wafat di Qarafah- Mesir pada tahun
660 H. Hampir separuh hayatnya dihabiskan di Syria sebelum berpindah ke Mesir. Ibu
bapanya berasal dari Morocco. Dan beliau merupakan keturunan suku Mudar yang
terkenal iaitu Bani Salim.2

1
Taj al-Din al-Subki, Tabaqah al-Shafi„iyyah al-Kubra ( Cairo: Matba„ah „Isa al-babi al-halabi wa Shirkah), vol.
VIII, h.209.
2
Al-Sulami adalah salah satu suku Arab yang terkenal. Suku ini berasal dari garis keturunan Sulaim bin Mansur
bin Ikrimah bin Khasfah bin Qays Aylan bin Mudar. Untuk keterangan lebih lanjut, lihat ; Al-Sam‟ani , Al-
Ansab ( Beirut : Dar Al-Fikr, 1988), Vol. III, h. 278.

7
Para sejarawan berselisih pendapat mengenai tahun kelahirannya. Ada yang
menyatakan beliau lahir pada tahun 577 H dan ada yang menyatakan tahun 578 H.3
Namun seperti yang ditegaskan oleh Ridwan al-Nadawi, „Izz al-Din lahir pada tahun
577H dengan beranggapan sekiranya keterangan yang diulas oleh Al-Subki dalam
bukunya Tabaqat al-Shafi„iyyah al-Kubra adalah benar, usia „Izz al-Din 83 tahun dan
meninggal pada tahun 660 H, bermakna beliau telah lahir pada tahun 577 H.4

Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam hidup pada waktu Syria ketika itu sedang
bergejolak. Pada saat itu Baghdad sebagai pusat pemerintahan Islam yang menaungi
wilayah muslim lainya termasuk Sham (syiria) beransur lemah.5 Perkara ini dilihat
sewaktu Empayar Islam pada tiga abad sebelum kehancuran Baghdad iaitu pada abad ke
lima, enam dan tujuh Hijriah, sehingga akhirnya pada tahun 665 H. Pada masa-masa itu
kekuatan Islam tidak lagi berpusat6. Akibatnya, wilayah Sham yang meliputi Mesir, Syria
dan Palestin mendapat ancaman serius dari luar seperti Tartar dan tentara Salib.

Ketika Syria berada di bawah pemerintahan Empayar Ayyubiyah, kecemerlangan


Islam kembali bersinar kerana Salahuddin Al-Ayyubi sebagai pemimpin ketika itu
berjaya mengalahkan tentara Salib dalam peperangan Hittin. Pada ada tahun 583 H al-
Quds kembali menjadi jajahan takluk orang Islam. Walaupun beberapa kali tentara Salib
berusaha untuk merampas kembali al-Quds tahun 585 H namun tidak berjaya sehingga
diadakan kata sepakat untuk menghentikan peperangan pada tahun 588 H. Pemimpin
hebat iaitu Salahuddin Al-Ayyubi telah wafat di Damaskus pada tahun 589 H. Syeikh
„Izz Al-Din Abd Salam berasal dari keluarga miskin. Semasa kecil beliau selalu
membantu ibu bapanya untuk berniaga di pasar. Kecenderungan beliau terhadap ilmu
sudah dilihat sejak usia muda. Beliau dilihat sering ke perpustakaan untuk membaca buku
sehingga membuatkan ibu bapanya sendiri kagum.7

3
Lihat ; Umar bin Salih bin Umar, Maqashid al-shari‟ah „inda al-Imam al-„Izz bin „Abd al-Salam ( Jordah : Dar
al-Nafais, 2003 ), h. 38.
4
Umar bin Salih bin Umar, Maqashid al-shari‟ah „inda al-Imam al-„Izz bin „Abd al-Salam ( Jordan : Dar al-
Nafais, 2003 ), h. 38.
5
Lihat ; Al-Raghib al-Sirjani, Al-Mausu‟ah al-Muyassarah fi Al-Tarikh al-Islami (Cairo : Muassat Iqra‟, 2005),
vol I, h. 318.
6
Harun Nasution, Pembaruan dalam islam; Sejarah Pemikiran dan Gerakan (Jakarta:Bulan Bintang,1994),h. 13
7
Dalam Tabaqat al-safiiyahnya Al-Subki disebutkan, bahwa Izz al-Din menaruh perhatian yang cukup dalam
terhadap ilmu dimulai dalam satu kejadian yang di Sebut Kalllasah. Lihat ; Abu Shammah, Al-dhail „ala al-
Raudatain ( Beirut : Dar al-Jail, 1974), h. 38.

8
2.2 Pendidikan
Orang pertama yang menjadi gurunya adalah Jamal al-Din al-Harastani. Seorang hakim
Agung di Damaskus ketika itu. Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam berguru dengannya dan
mempelajari lebih dalam tentang fiqh. Selain al-Harastani, Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam
juga berguru dengan Ibn „Asakir. Tokoh yang terkenal di Mekkah dan Syria ini mengajar
Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam Hadis dan fiqh. Selain itu, untuk lebih memperdalam lagi
tentang Hadis, Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam juga berguru dengan „Abd al-Latif bin
Shaikh al-Shaikh serta Al-khushu‟i.8

Perjuangannya menuntut ilmu tidak berhenti di negaranya sahaja. Pada tahun


597H, beliau pergi ke Baghdad untuk berguru dengan Hanbali al-Rasafi dan „Umar bin
al-tabrazad. Beliau menghalusi bidang Hadis dari kedua guru ini.9 Kemudian untuk
melengkapi pemahamannya tentang hukum Islam, beliau mempelajari usul fiqh dari Saif
al-din al-Amidi, seorang penganut mazhab Hanbali yang kemudian menganut mazhab
Syafii. Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam merupakan salah seorang yang berpegang kepada
mazhab Syafii.10 Bahkan kemampuannya di bidang syariah disebut-sebut lebih unggul
dari Imam al-Gazali.11 Saat berada di Mesir, beliau diamanahkan untuk mengajarkan fiqh
mazhab Syafii.12 Sehinggakan dalam beberapa fatwanya, diperoleh dari hasil ijtihadnya
sendiri. Dan beliau digolongkan antara mujtahid mazhab.

Beliau memiliki banyak panggilan. Antaranya adalah sebutan „Izz al-Din13 atau
al-Imam al-Izz dan ada juga yang menyebut beliau Shaikh al-Islam. Bahkan salah seorang
muridnya yang bernama Ibn Daqiq al-„Id memberi gelaran kepadanya Sultan al-
„Ulama‟.14 Hal ini kerana Syeikh „Izz Al-Din Abd Salam adalah satu-satunya ulama
ketika itu yang mampu mengangkat reputasi dan citra Ulama‟ lain di mata para
pemimpin. Ketegasan dan keberaniannya membuat pemimpin segan.

8
Abu Shammah, Al-dhail „ala al-Raudatain ( Beirut : Dar al-Jail, 1974), h. 106 ; Taj al-Din al-Subki, Tabaqah
al-Shafi„iyyah al-Kubra, h. 210
9
Ibn Qadi al-Shuhbah, Tabaqat al-Shafiiyah (Hidrabad : Majlis dairat al-Ma‟arif al-Uthmani, 1979), p. 138.
10
Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-nihayah ( Cairo : Dar al-Taqwa, 1999), vol XII, h. 239.
11
Taj al-Din al-Subki, Tabaqah al-Shafi„iyyah al-Kubra, h. 214.
12
Jalal al-din al-Suyuti, Husn al-muhadarah fi tarikh mishr wa al-qahirah ( Mesir :matba‟ah Isal al-halaby,
1967), h.315
13
Lihat ; Ahmad Farid, Min a‟lam al-Salafi, terj. Manshuri Irhan Asmui tamam , 60 Biografi Ulama Salaf
(Jakarta: Pusatka al-kauthar, 2005), 741.
14
Ibid., h. 209.

9
2.3 Guru dan Anak Murid
Beliau bermula sebagai seorang guru di beberapa buah sekolah dan masjid di Damaskus.
Beliau mengajar di Al-„Aziziyah dan Zawiyah al-Gazaliyah.15 Bahkan semasa beliau telah
berada di Mesir juga beliau menjadi guru di Al-salihiyyah. Selain mengajar, beliau juga
aktif sebagai penceramah sama ada semasa di Syria atau pun ketika berada di Mesir.
Beliau juga pernah menjadi khatib di Jami‟ Umawi dan juga di Jami‟ Amr bin „Ash.
sehinggakan semasa zaman Najm Al-din, dinasti Ayyubiyah, beliau diberi mandat
menjadi Hakim di Kaherah, Mesir. Namun kerana beberapa alasan, beliau menolak
jawatan tersebut.

Di antara murid-murid yang pernah berguru dengannya adalah Al-Qarafi


(w.684H.), Taj al-Din bin Firkah (w. 690 H.), Abu Ahmad al-Zaitun (w. 691 H), Ibn
Gamaz (w. 693 H.), „Abd al-latif (w. 695), Abu Muhammad Hibat Allah al-Qift (w. 697
H.), Ibn Daqiq al-Ied (w.702), Abu Muhammad al-Dimyati (d. 705 H.), „Ala‟ al-din Abu
al-Hasan al-Baji (w. 714).16

2.4 Kitab Karangan Izz Al-Din


Banyak karya yang telah dihasilkan olehnya. Diantaranya;
1) Dalam bidang Tafsir al-quran beliau memiliki; al-nukt wa al-‟uyun, Tafsir al-Qur‟an
al-azim, Amali „Izz al-Din b. Abd al-Salam, Fawaid fi mushkil al-Qur‟an, al-Isharat
ila al-ijaz fi ba‟d anwa‟ al majaz,
2) Dalam bidang hadith ; Sharh hadith um zar‟in (manuscript), Mukhtasar sahih muslim,
Sharh hadith “ la darara wa la dirara”.
3) Dalam bidang Aqidah ; Risalat fi „ilm al-tauhid, Wasiyyat al-shaikh „Izz al-Din ,
Nabadhat mufidat fi al-radd ala al-qail bi khalq Qur‟an , al-Farq baina al-islam wa
al iman , Mulhat al I‟tiqad aw al-„aqa„id, dan Bayan ahwal al-nas yaum al-qiyamat.
4) Dalam bidang Fiqh dan Usul fiqh ; Qawa„id al-ahkam fi masalih al-anam, al-
Qawa„id al-sughra , al-Imam fi bayan adillat al-ahkam, Maqasid al-salat, al-Targhib
„an-salat al-ragha‟ib al maudu„ah, Maqasid al–saum, Manasik al hajj , Ahkam al-

15
Taj al-Din al-Subki, Tabaqah al-Shafi„iyyah al-Kubra, h. 214
16
Ibid., h. 209

10
jihad wa fadluhu, al-Ghayat fi ikhtisar nihayat al-matlab fi dirasat al-madhhab li al
imam al haramain al-Juwaini.
5) Dalam bidang Tasawuf ; Syajarat al ma„arif wa al ahwal wa salih al aqwal wa al
a‟mal , Fawa‟id al balawa wa al mihan, Mukhtasar ar-ri‟ayat li huquq Allah li al
muhasibi , Risalat fi al-qutb wa al-abdal al-arba„in.
6) Dan dalam bidang lainnya ; ; Bidayat as-sul fi tafsil al –rasul, al-Fatawa al
mausiliyyah , al-Fatawa al-masriyyah dan Targhib ahl al-islam fi sukna al-sham.

3.0 KONSEP MAQASID AL-SYARIAH.

3.1 Konsep Maqasid al-Syariah


Istilah maqasid syari‟, maqasid al-syari‟ah dan maqasid al-syar‟iyyah merupakan istilah-
istilah yang sinonim1. Istilah ini akan dihuraikan berasaskan dua konsep, iaitu, berasaskan
literal dan berasaskan satu disiplin ilmu.

3.2 Maqasid Syariah Berdasarkan Pengertian Literal


Konsep ini memerlukan huraian kepada dua perkataan utama yang menjadi asas kepada
konsep maqasid syariah, iaitu perkataan maqasid dan syariah.

3.3 Definisi Maqasid


Perkataan maqasid dari sudut bahasa merupakan jamak kepada perkataan maqsad, yang
diambil dari kata kerja ( ‫ ) قصد‬yang membawa maksud pegangan, punca, sasaran,
kelurusan, keadilan dan kesederhanaan.17 Dengan lain perkataan, istilah ini merujuk
kepada maksud objektif yang membawa erti berasaskan kenyataan atau fakta sebenar.18

3.4 Definisi Syariah


Syariah berasal daripada perkataan syara‟a ( ‫ ) شرع‬yang bermaksud sumber air yang tidak
pernah putus dan terus yang tidak pernah putus dan terus mengalir, memulai sesuatu

17
Muhammad Ibn Manzur, (t.t), Lisan al-„Arab, Beirut : Dar Sadir, jld. 3, hlm. 353.
18
Teuku Iskandar et al., (2000), Kamus Dewan, (edisi ketiga), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka,
cet.5, hlm. 939.

11
pekerjaan dan juga menjelaskan, menerangkan serta menunjukkan jalan.19 Dari segi
istilah, ia merangkumi keseluruhan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kepada umat
manusia melalui Rasul-Nya nabi Muhammad SAW.

3.5 Maqasid Syariah Sebagai Satu Istilah


Maqasid syariah merupakan istilah yang mempunyai sejarah perkembangannya yang
tersendiri. Sama seperti perkembangan ilmu-ilmu Islam yang lain, seperti ilmu fiqh dan
usul fiqh. Istilah ini mengalami perkembangan dari satu masa ke satu masa di mana pada
peringkat awalnya ia tidak menonjol sebagai satu bidang yang tersendiri sehinggalah ke
zaman kemuncaknya di zaman Shatibi, ilmu ini masih juga belum dikonsepsikan dengan
satu huraian yang lengkap. Namun, ulama mutakhir memberanikan diri untuk
memberikan konsep maqasid syariah serta huraiannya dengan panjang lebar di samping
menjadikannya sebagai satu disiplin ilmu yang tersusun.20

Dari segi pengertian Syarak, para ulama usul fiqh telah mentakrifkan bahawa
maqasid al-syariah adalah merupakan makna dan tujuan yang dikehendaki syara‟ dalam
mensyariatkan sesuatu hukum bagi kemaslahatan umat manusia. Al-Raisuni
mendefinisikan maqasid syariah sebagai matlamat-matlamat yang diletakkan syariat untuk
merealisasikan kemaslahatan umat manusia21. Dr. Wahbah al-Zuhaili mendefinisikan
maqasid al-syariah sebagai makna-makna dan tujuan yang dititikberatkan dalam semua
hukum atau sebahagian besarnya atau ialah matlamat dari syariat dan rahsia-rahsia yang
diletakkan oleh syari‟ dalam setiap hukum22. Al-Yubi pula mendefinisikan maqasid
syariah sebagai makna-makna dan hikmat-hikmat dan seumpamanya yang syari‟
memeliharanya dalam pentasyriatan sama ada secara umum atau khusus untuk
merealisasikan kemaslahatan umat manusia23.

19
Ibn Manzur, Op.cit, jld. 8, hlm. 175.
20
Mohd Anuar Ramli ,Objektif Syariah (Maqasid al-Syariah): Konsep Dan Kedudukannya Sebagai Teori
Seismograf Hukum Islam
21
Ahmad al-Raisuni, (1995), Nazariyyat al-Maqasid „Inda al-Imam al-Shatibi, Riyadh : al-Dar al-Alamiah Li al-
Kitab al-Islami, cet. 4, hlm. 17.
22
Wahbah al-Zuhaili, (1996), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik : Dar al-Fikr, jld. 2, hlm. 1017.
23
Muhammad Said al-Yubi (1998), Maqasid al-Syari‟ah al-Islamiyyah Wa „Alaqatuha Bi al-Adillah al-
Syar‟iyyah, Riyadh : Dar al-Hijrah, hlm. 37.

12
Menurut Izzuddin Ibn Abdul Salam, majoriti kemaslahatan dunia dan
keburukannya diketahui dengan akal, sepertimana juga kebanyakan syariat.24 Sebagai
sebuah teori ilmu Islam, maqasid syariah mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam
mengukur dan mempertimbangkan sesuatu perkara demi menjamin tertariknya
kemaslahatan dan tertolaknya keburukan. Pertimbangan yang menjadi kayu pengukur ini
semestinya berlandaskan nilai-nilai al-Quran dan al-Sunnah yang menjadi asas sebelum
pendekatan teori maslahah digunakan. Ini untuk memastikan piawaian yang dilakukan
masih di dalam kerangka syariat.

4.0 SUMBANGAN KITAB QAWA‟ID AL-AHKAM FI MASALIH AL-ANAM


TERHADAP PEMIKIRAN MAQASID AL-SYARI‟AH.

4.1 Pemikiran Maqasid Syariah dan Hukum Islam

Islam dibina untuk memberikan kemasalahatan hidup bagi manusia, baik


rohani mahupun jasmani, individu dan sosial. Kemaslahatan itu tidak hanya untuk
kehidupan di dunia saja, tetapi juga untuk kehidupan di akhirat kelak. Muhammad Abû
Zahrah dalam kaitan ini menegaskan bahawa tujuan hakiki hukum Islam adalah
kemaslahatan. Tidak ada sesuatu hukum yang disyariatkan dalam al-Qur`an dan sunnah
kecuali di dalamnya terdapat kemaslahatan. Para ulama‟ terdahulu hanya menyatakan
maqasid al-syari‟ah dari sudut hasil dan tujuannya sahaja. Ini dapat dilihat sebagaimana
berikut :

i. Al-Ghazzali; menyatakan bahawa “Matlamat Syarak terhadap manusia ialah lima iaitu
penjagaan Agama, diri, akal, keturunan dan harta”
ii. Al-Amidi; menyatakan bahawa “Matlamat dari pensyariatan hukum sama ada untuk
mencapai kemaslahatan atau menolak kemudaratan ataupun kedua-duanya sekali”25
iii. Al-Shatibi; menyatakan bahawa “Pentaklifan-pentaklifan Syarak semuanya bertujuan
memelihara matlamatnya terhadap manusia”

24
„Izz al-Din Ibn „Abd al-Salam, (1999), Qawaid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam, Beirut : Dar al-Kutub al-
Ilmiah, jld. 1, hlm. 8.
25
Al-Amidi, al ihkam fi Usul al-Ahkam 3, h296 dalam Maqasid Syariah;Isu-isu Kepenggunaan:Realiti dan
Cabaran,2013, Selangor:Persatuan Ulama‟ Malaysia.

13
Penentuan hukum Islam dari Al-Quran yang merupakan wahyu Allah
merupakan satu ketetapan yang tidak dapat disangkal dan ia mempunyai hikmah-hikmah
tersendiri dari setiap penentuan hukum. Wahyu itu sendiri sifatnya muqaddas iaitu sangat
murni dan tidak mengandungi apa-apa cacat cela. Kebenarannya mutlaq iaitu tanpa
syarat. Cakupannya syumul, iaitu lengkap dan komprehensif. Sementara kuatkuasanya
pula „alami iaitu universal dan abadi, iaitu kekal buat selama-lamanya (Mahmood Zuhdi,
1997). Secara umum, para pakar hukum Islam, merumuskan bahawa tujuan hukum Islam
adalah memberi kebahagiaan dalam kehidupan manusia dengan mengambil segala yang
bermanfaat dan mencegah atau menolak segala yang mudarat. Oleh itu, hukum Islam
yang ditetapkan oleh Allah adalah untuk memenuhi keperluan hidup manusia itu sendiri,
baik bersifat primer, sekunder, mahu pun tertier (dhoruri, haaji, tahsini).

Walau bagaimanapun, hukum Islam itu tidak bersifat statik tetapi semakin
berkembang dan berubah mengikut keperluan dan maslahah umat Islam. Hukum ini akan
mewarnai kepentingan manusia selari dengan perubahan masa dan keadaan (al-Sayis,
1970). Selaras dengan hakikat tersebut, wujudnya elemen al-taghayyur dalam tafsiran
nas. Elemen al-taghayyur menjadi unsur pelengkap dalam memenuhi keperluan dan
realiti manusia yang sentiasa berubah dan berkembang (al-Zuhayli, 1986). Ibarat kata al-
Raysuni: realiti (sosial) seperti air yang mengalir, iaitu berubah dan tidak bersifat statik
(al-Raysuni, 2000).

4.2 Sumbangan Konsep Maslahah Menurut „Izz al-Din Kepada Pemikiran Maqasid Syariah
Berdasarkan perbincangan, hukum islam semasa yang sering berubah amat
memerlukan penelitian semula. Justeru dari sudut pandang perbahasan ilmu maqasid
Syariah, penggunaan konsep maslahah amat perlu dalam menentukan sesuatu hukum.
Kitab karangan Syeikhul Islam Izz Al-Din Ibn Abd Salam Qawaid Al-Ahkam fi Masalih
Al-Anam nyata memberikan sumbangan besar dalam pemikiran Maqasid Syariah yang
nyata amat menekankan penarikan maslahah dan penolakan mafsadah.

Dalam memberikan definisi maslahah, pandangan „Izz al-Din amat berbeza


dengan ulama usul yang lain. Definisi yang diberikannya lebih besar. Ini kerana maslahah
yang dibincangkan oleh „Izz al-Din bukan dalam bentuk fungsi melainkan dalam

14
pengertiannya secara umum. Dengan demikian, definisi maslahah yang dikemukakan
difahami sebagai intisari dari sesuatu hukum, bukan kaedah atau alat yang digunakan
untuk mengistinbat sesuatu hukum (istinbat al-ahkam).26

Seperti yang tertulis dalam bukunya, maslahah mempunyai dua pengertian;


Pertama, kenikmatan ( ladhdhah) dan kebahagiaan ( farah). Inilah yang disebut dengan
makna hakiki. Dan kedua, faktor-faktor yang menjadikan wujudnya kenikmatan dan
kebahagiaan tersebut. Dan ini disebutnya sebagai makna kiasan (majazi).27 Menurut Zayn
al-„Abidin, penyertaan kata ladhdhah dan farah ini menunjukkan hubungannya dari segi
keumuman dan kekhususan makna.28 Atau, seperti yang dikatakan oleh Al-raysuni, kata
ladhdhah bersifat hissi (tersembunyi) sementara farah bersifat ma‟nawi (nyata).29 Oleh
kerana itu, secara umum maslahah difahami sebagai sebuah kenikmatan. Dan setiap
kenikmatan pasti terdapat kebahagiaan yang ingin diperoleh.

Menurut Masud,30 definisi yang dibuat oleh „Izz al-Din penuh dengan unsur
sufistik. Hal demikian dapat dilihat dari istilah-istilah yang digunakan dalam
mendefinisikan maslahah. Hubungan antara hak dan kewajiban, „Izz al-Din menganggap
bahawa maslahah merupakan hak yang ada pada diri. Secara amnya ia terbahagi kepada
dua bahagian; pertama, hak Allah (huquq Allah). Kedua, hak manusia ( huquq al-„ibad).
Kategori ini dibahagi pula kepada tiga bahagian. Pertama, hak yang murni milik Allah
seperti ma‟rifah dan ahwal. Kedua, hak Allah yang juga bercampur dengan hak manusia
seperti zakat. Dan ketiga, hak yang bercampur di dalamnya antara hak Allah, Rasul-Nya,
dan manusia lainnya. Dan ini mencakup tiga hal ; hak manusia terhadap dirinya, hak
manusia dengan manusia lainnya, dan hak binatang yang harus diperhatikan oleh
manusia.31

Menurut „Izz al-Din, sebuah maslahah bergantung pada tujuan akhir dari kesan
yang ditimbulkan. Ini penting untuk diketahui, kerana ramai orang keliru dalam menilai
hal ini. Kadang-kadang adanya menganggap sesuatu itu sebuah maslahah padahal ia
26
Lihat; Nawir Yuslem, al-Burhan fi usul al-fiqh ; kitab induk ushul fikih, konsep maslahah Imam Haramain al-
Juwayni dan dinamikan hukum islam, h. 156.
27
„Izz al-Din bin „Abd al-salam, Qawa„id al-ahkam fi masalih al-anam (Kairo:Dar al-bayan al-arabi, 2002), h.12
28
Umar bin Salih bin Umar, Maqashid al-shari‟ah „inda al-Imam al-„Izz bin „Abd al-Salam , h.102
29
Ahmad al-raysuni, Nazariyat al-maqasid „inda al-imam al-shatibi ( Riyad : dar al-alamiyah al-kitab al-islami,
1992), h.256
30
Muhammad Khalid Masud, Islamic legal philosopy ( Islamabad : Islamic research institute, 1977) , h. 146
31
Izz al-Din bin „Abd al-salam, Qawa„id al-ahkam fi masalih al-anam, h. 103-112.

15
adalah mafsadah.32 Oleh kerana itu, perlu diwujudkan satu kayu ukur untuk membezakan
antara keduanya, perlu dilihat adakah kesan yang ditimbulkannya negatif atau positif.
Jika satu perbuatan menghasilkan kesan positif bererti itu adalah maslahah. Sebaliknya
jika yang dihasilkan negatif bererti itu mafsadah.

Akan tetapi perlu ditekankan, yang dimaksud dengan kesan perbuatan di sini
adalah tujuan akhir dari perbuatan tersebut, bukan kesan sementara yang ditimbulkan.
Oleh seba itu, walaupun suatu maslahah itu dipandang seperti mafsadah, namun kerana
tujuan akhirnya untuk kebaikan maka hal demikian juga disebut maslahah. Seperti
contohnya diibaratkan seorang doktor yang terpaksa memotong kaki orang yang
kemalangan. Meskipun hal itu dilihat menyengsarakan dan seperti membawa kepada
cacat anggota, namun hasil yang akan diperoleh jauh lebih berguna. Ini kerana, jika
tindakan demikian tidak dilakukan, kemungkinan akan berlaku jangkitan kuman yang
lebih teruk, menyebabkan kesakitan yang berpanjangan atau bahkan boleh menyebabkan
kematian.33

Lebih jelasnya, ada dua hal yang harus diperhatikan untuk membezakan antara
maslahah dan mafsadah. Pertama ; Mesti seiring dengan maqashid al-shari„ah. Kedua;
tidak bertindih dengan maslahah yang ada.34 Sebuah maslahah tidak boleh bertentangan
dengan maqashid al-shari‟ah. Dengan kata lain, semua maslahah yang ada tentunya
adalah jenis dari maslahah mu‟tabarah, atau setidaknya al-maslahah al-mursalah.
Kerana walaupun al-maslahah al-mursalah secara eksplisit tidak dijelaskan dalam nass
al-shar‟i, namun secara implisit diterima. kerana maqashid al-shari‟ah adalah rumah
besar yang menaungi maslahah di dalamnya. Seiring dengan maqashid al-shari‟ah juga
pula bermaksud tidak boleh bertentangan dengan sumber shari„ah yang ada baik itu
Qur‟an, Hadis ataupun Ijma‟. Dalam hal ini, al-Gazali35 menyatakan bahwa jika ada
maslahah bertentangan dengan nass shar„i maka maslahah tersebut digolongkan sebagai
maslahah mulghah (yang harus diabaikan).

32
. (lihat, Qawaid al-ahkam , halaman 12)
33
Izz al-Din bin „Abd al-salam, Qawa„id al-ahkam fi masalih al-anam, h. 14
34
Umar bin Salih bin Umar, Maqashid al-shari‟ah „inda al-Imam al-„Izz bin „Abd al-Salam, h.105
35
Lihat Husein Hamid hasan, Nazariyat al-maslahah fi alfiqh al-islami ( Kairo : Maktabah al-mutanabbi, 1981),
h.424-428

16
Selain seiring dengan maqashid al-shariah, sebuah maslahah tidak boleh
bertindih antara satu sama lain dengan maslahah yang ada. Dengan itu, haruslah
diperhatikan yang mana satu tergolong dalam maslahah rajihah dan yang mana maslahah
marjuhah, mana yang afdal dan mana yang mafdul, mana yang „ammah mana yang
khassah. Oleh kerana itu, amatlah perlu untuk kita untuk mengetahui klasifikasi dan
tingkatan maslahah yang ada sebelum menentukan sesuatu hukum.

Penulisan kitab Qawaid al-Ahkam fi Masalih Al-Anam oleh Izz Al-din Abdul
Salam ini banyak memberi sumbangan kepada perkembangan ilmu Maqasid Syariah
yang menjadi asas kepada peraturan hidup manusia seluruhnya. Antaranya termasuklah
Sumbangan dalam kepimpinan dan pemerintahan. Izzuddin Ibn Abi Salam menegaskan
bahawa kekuasaan (al-wilāyah), kehakiman (al-Qadā‟), undang-undang keterangan (al-
Shahādāt) disyariatkan untuk menarik kebaikan dan menolak keburukan. Hal ini mudah
dicerap dengan melihat kaedah fiqh iaitu; “Tindak tanduk imam (pemerintah) terhadap
rakyatnya hendaklah didasarkan kepada maslahah”

Kaedah di atas penting dalam memberi garis panduan kepada pemerintah atau
imam dalam urusan membentuk sebarang polisi ke atas rakyatnya. Izz al-Din Ibn Abd al-
Salam berpendapat jika terdapat percampuran antara elemen-elemen masalih dan
mafasid. Beliau menganalisa bahawa Imam fasiq itu pada kebiasaannya turut membawa
kesan buruk akibat pengaruh sifat khianat terhadap kuasanya. Namun tindakan
membatalkan pelantikannya memberi kesan yang lebih buruk kepada kepentingan umum.
Dalam mempertimbangkan keadaan yang bercampur antara keduanya, beliau cenderung
untuk membenarkan pelantikan pemimpin fasiq kerana ia dianggap lebih memberi
manfaat. Penilaian beliau ini berasaskan kepada pertimbangan dari aspek pertentangan
antara masalih rajih dan mafasid marjuh. Al-Izz bin Abd al-Salam ada menyatakan;

‫ وذلك ىف معظم الشرائع‬, ‫ومعظم مصاحل الدنيا و مفاسدىا معروف بالعقل‬

Maksudnya; “Sebahagian besar maslahah dunia dan mafsadahnya diketahui


berdasarkan kepada akal. Ia terjadi pada kebanyakkan syariat-syariat

17
Selain itu, penulisan kitab Izz Abd Salam memberi Sumbangan Terhadap
Maqasid Syariah dalam hal ehwal Perubatan. Menurut „Izz al-Din, sebuah maslahah
bergantung pada tujuan akhir dari kesan yang ditimbulkan. Kadang-kadang ada yang
menganggap sesuatu itu sebuah maslahah padahal ia adalah mafsadah. Oleh sebab itu,
walaupun suatu maslahah itu dipandang seperti mafsadah, namun kerana tujuan
akhirnya untuk kebaikan maka hal demikian juga disebut maslahah. Contohnya
diibaratkan seorang doktor yang terpaksa memotong kaki pesakit kencing manis yang
semakin teruk.

Meskipun hal itu dapat menimbulkan rasa sakit, menyengsarakan dan dilihat
seperti membawa kepada cacat anggota, namun hasil yang akan diperoleh jauh lebih
berguna. Ini kerana, jika tindakan demikian tidak dilakukan, kemungkinan akan
berlaku jangkitan kuman yang lebih teruk, menyebabkan kesakitan yang berpanjangan
atau bahkan boleh menyebabkan kematian. Kenyataan ini mat bertepatan dengan
Maqasid Syariah yang menjaga nyawa manusia. Izz Al-Din menyebut jika
pertentangan terjadi antara maslahah dan mafsadah, maka diperhatikan mana yang
lebih besar. Jika maslahah lebih besar atau banyak daripada mafsadah maka tentunya
maslahah harus diutamakan.

Imam Al-Ghazali dalam kitabnya “Jawahir Al-Quran” menyatakan terdapat 3


Maqasid Al-Quran yang terpenting sebagai pokok kepada segala maqasid yang lain.
Pertama, mengenalkan kita pada Allah, kedua, mengenalkan kita pada jalan lurus yang

wajib dilaluinya dan ketiga mengenalkan keadaan ketika hari Akhirat.36 Sultan Al-
„Ulama, Al-„Izz bin Abd Salam menyimpulkan maqasid Al-Quran dalam satu ayat :

“‫”األمر باكتساب املصاحل وأسباهبا والزجر عن اكتساب املفاسد وأسباهبا‬

(Arahan supaya memperoleh maslahah-maslahah dan sebab-sebabnya, serta larangan


daripada memperoleh mafsadah-mafsadah dan sebab-sebabnya)37

36
Lihat Jawahir Al-Quran, m/s 23
37
Lihat Qawa‟id Al-Ahkam fi Islah Al-Anaam. 10/1

18
Syed Qutb yang telah hidup berpuluh tahun di bawah naungan Allah, mendalami
makna-makna setiap ayatnya, telah dikurniakan kemampuan untuk mengetahui tujuan sebenar
yang praktikal (Aghradh „Amaliyyah) daripada Al-Quran dan mengetahui Maqasid
Asasiyyah Al-Quran. Antara isi kandungan Tafsir fi Zilal Al-Quran yang sering disebut
adalah perkara atau isu yang sentiasa diulangi oleh Syed Qutb adalah berkenaan Aqidah, Al-
Hakimiyyah, dan Pertembungan yang sentiasa berlaku sepanjang zaman antara Aqidah dan
Jahiliyyah. Ia tidak bercanggah dengan apa yang dapat kita perhatikan sendiri dari Al-Quran.
Hakikat-hakikat yang sentiasa difokuskan Al-Quran adalah berkenaan hakikat Uluhiyyah dan
ciri-ciri khususnya, Hakikat „ubudiyyah, menentukan hubungan ubudiyyah dengan uluhiyyah,
hakikat perkara ghaib, hakikat manusia, hakikat ciptaan alam, dan hakikat kehidupan.38

Sumbangan kitab Qawaid Al-Ahkam fi Masalih Al-Anam hasil tulisan Izz Abdul
Salam ternyata saling berkaitan dengan penulisan ulama‟ sebelum dan selepasnya. Maqasid
Asasi Al-Quran menurut Syed Qutb adalah perjuangan di dalam pertempuran Aqidah
(Ma‟rakah Al-Aqidah), melawan musuh-musuh Umat Islam, dan menetapkan umat Islam di
atas jalannya.39 Al-Quran di sisi Sayyid Qutb bukanlah bercerita tentang peristiwa yang
berlaku pada sesuatu fatrah zaman tertentu yang telah berlalu dan berakhir begitu sahaja.
Bukan juga mengisahkan tentang pertembungan dengan Jahiliyyah lalu yang telah hapus di
mamah zaman. Tetapi ia bercerita tentang segala Jahiliyyah-Jahiliyyah yang wujud tidak kira
masa dan zaman. Tentang bertembungan dengan realiti yang terpesong tidak kira zaman, dan
membawa realiti tersebut pulang ke Jalan Allah yang lurus.40

Perkara yang disebut di atas adalah isu pokok dalam Al-Quran, maqasid asasi bagi Al-
Quran. Sebab itulah kita dapat perhatikan Syed Qutb seringkali mengulanginya bagi
menyedarkan dan membuka mata hati kita yang sudah lama terlena.. Allah sahaja lah yang
layak memerintah segala sistem di dunia ini. KuasaNya mutlak tidak tertanding oleh sebarang
kuasa dan sistem manusia, atau dalam bahasa arab ringkasnya disebut Al-Hakimiyyah
Lillah (Seluruh pemerintahan adalah milik Allah). Inilah sebenarnya titik penting berbezanya
maqasid ataupun tujuan utama umat Islam dengan yang lainnya.

38
Lihat : Surah Al-Baqarah ayat 109, 130, 217, Surah An-Nisa‟ ayat 89 sebagai contoh.
39
Lihat : Fi Zilal Al-Quran, 3541/1
40
Lihat : Fi Zilal Al-Quran, 1219/3

19
5.0 PENUTUP

Akhirnya kita ingin membawa seluruh manusia kepada Allah. Kita ingin mengangkat
kedudukan Agama Allah menjadi sistem untuk seluruh manusia di dunia ini. Agama Allah
iaitu Islam sahajalah yang layak bahkan wajib untuk dipatuhi, kerana kita yakin bahawa tidak
ada yang dapat menyediakan suatu sistem terbaik untuk seluruh makhluk di dunia ini
melainkan Al-Khaliq, Allah swt, Pencipta kepada semua makhluk. Sunnah perjuangan sudah
termaktub di dalam Al-Quran, Maqasid Syariah yang dibawa oleh Izz Al-Din Abd Salam
nyata memberi satu prinsip asas bagi menarik kebaikan dan menolak keburukan disamping
dengan asas Al-Quran dan sunnah dalam menentukan sesuatu hukum berdasarkan maslahah
umat Islam seluruhnya.

Kita hidup dalam sebuah zaman yang semakin menyedari kepentingan menjaga dan
masyarakat. Kerana itu kita semakin sedar bahawa merumuskan fiqh masyarakat sebagai jalan
keluar. Masalah masyarakat juga berkaitan erat dengan agama. Dalam khazanah fiqh klasik,
tema merawat masyarakat dan permasalahan belum mendapat perhatian serius. Fuqaha (para
pakar hukum Islam; ahli fikih) hanya memfokuskan hukum taklīfi (wajib-sunah-makruh,harus
dan haram). Semakin berkembang zaman, dan bertambah permasalahan dunia, fiqh tidak
hanya berkaitan dengan hukum-hukum tersebut, malah semakin berkembang sesuai dengan
maslahah yang berlaku.

Umat Islam yang menyedari hakikat ini akan sentiasa berjuang dengan segala
kemampuan untuk menegakkan agama Islam, berani bertembung dengan segala kuasa dan
pemikiran selain Islam pada hari ini seperti Liberalisme, Humanisme, Feminisme, Hedonisme
yang merupakan umpan barat bagi menarik hati umat Islam dan mencairkannya secara halus
dan perlahan-lahan. Kita perlu yakin bahawa Islam sahajalah yang mampu memberi rahmat
dan kesejahteraan kepada seluruh manusia. Bertitik tolak dari asas penulisan Izz Abd Salam
menarik kebaikan dan menolak keburukan. Maka amat bertepatanlah untuk semua umat
manusia untuk mencari jalan penyelesaian yang mencari kebaikan dan menolak segala
keburukan.

20
Secara umum bisa disimpulkan bahwa: Pertama : maslahah yang dipahami oleh „Izz
al-Din lebih bersifat substansial bukan dalam penggunaan sebagai instrumen mengistinbat
hukum. Pemikirannya banyak dipengaruhi oleh fahaman sufistik. Baginya, sebuah maslahah
harus sejalan dengan maqasid al-shari„ah dan tidak boleh bertindih satu sama lain. Oleh
kerana itu, mesti diketahui tahap masing-masing, hukum taklifi, kesempurnaannya, pahala
dan dosa, waktu terdapatnya maslahah. Untuk menentukan maslahah boleh dilakukan dengan
cara ; nass al-shar„i (Qur‟an dan Hadis), ijma‟, qiyas, istidlal, „aql, zann, istiqra‟ dan
tajarrub. Dan akhirnya dengan mengingati kata-kata Imam Ibnu Al-Qayyim rahimahullah :

“Sesungguhnya asas syariah adalah ia memberi hikmah dan kebaikan pada kehidupan
manusia. Syariah semuanya adil, semuanya maslahah, dan semuanya hikmah.”41

41
Lihat I‟lam Al-Muwaqqi‟in, 3/3

21
BIBLIOGRAFI

„Izz al-Din Ibn „Abd al-Salam, (1999), Qawaid al-Ahkam Fi Masalih al-Anam, Beirut : Dar
al-Kutub al-Ilmiah, jld. 1, hlm. 8.
Abu Shammah, Al-dhail „ala al-Raudatain ( Beirut : Dar al-Jail, 1974), h. 106 ; Taj al-Din al-
Subki, Tabaqah al-Shafi„iyyah al-Kubra, h. 210
Ahmad al-Raisuni, (1995), Nazariyyat al-Maqasid „Inda al-Imam al-Shatibi, Riyadh : al-Dar
al-Alamiah Li al-Kitab al-Islami, cet. 4, hlm. 17.
Ahmad al-raysuni, Nazariyat al-maqasid „inda al-imam al-shatibi ( Riyad : dar al-alamiyah
al-kitab al-islami, 1992), h.256
Al-Amidi, al ihkam fi Usul al-Ahkam 3, h296 dalam Maqasid Syariah;Isu-isu
Kepenggunaan:Realiti dan Cabaran,2013, Selangor:Persatuan Ulama‟ Malaysia.
Ahmad Farid, Min a‟lam al-Salafi, terj. Manshuri Irhan Asmui tamam , 60 Biografi Ulama
Salaf (Jakarta: Pusatka al-kauthar, 2005), 741.
Al-Raghib al-Sirjani, Al-Mausu‟ah al-Muyassarah fi Al-Tarikh al-Islami (Cairo : Muassat
Iqra‟, 2005), vol I, h. 318.
Al-Sulami adalah salah satu suku Arab yang terkenal. Suku ini berasal dari garis keturunan
Sulaim bin Mansur bin Ikrimah bin Khasfah bin Qays Aylan bin Mudar.
Harun Nasution, Pembaruan dalam islam; Sejarah Pemikiran dan Gerakan (Jakarta:Bulan
Bintang,1994),h. 13
Husein Hamid hasan, Nazariyat al-maslahah fi alfiqh al-islami ( Kairo : Maktabah al
mutanabbi, 1981), h.424-428
I‟lam Al-Muwaqqi‟in, 3/3
Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-nihayah ( Cairo : Dar al-Taqwa, 1999), vol XII, h. 239.
Ibn Manzur, Op.cit, jld. 8, hlm. 175.
Ibn Qadi al-Shuhbah, Tabaqat al-Shafiiyah (Hidrabad : Majlis dairat al-Ma‟arif al-Uthmani,
1979), p. 138.
Jalal al-din al-Suyuti, Husn al-muhadarah fi tarikh mishr wa al-qahirah ( Mesir :matba‟ah
Isal al-halaby, 1967), h.315
Mohd Anuar Ramli ,Objektif Syariah (Maqasid al-Syariah): Konsep Dan Kedudukannya
Sebagai Teori Seismograf Hukum Islam
Muhammad Ibn Manzur, (t.t), Lisan al-„Arab, Beirut : Dar Sadir, jld. 3, hlm. 353.
Muhammad Khalid Masud, Islamic legal philosopy ( Islamabad : Islamic research institute,
1977) , h. 146

22
Muhammad Said al-Yubi (1998), Maqasid al-Syari‟ah al-Islamiyyah Wa „Alaqatuha Bi al-
Adillah al-Syar‟iyyah, Riyadh : Dar al-Hijrah, hlm. 37.
Nawir Yuslem, al-Burhan fi usul al-fiqh ; kitab induk ushul fikih, konsep maslahah Imam

Haramain al-Juwayni dan dinamikan hukum islam, h. 156.

Taj al-Din al-Subki, Tabaqah al-Shafi„iyyah al-Kubra ( Cairo: Matba„ah „Isa al-babi al-halabi
wa Shirkah), vol. VIII, h.209.
Teuku Iskandar et al., (2000), Kamus Dewan, (edisi ketiga), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka, cet.5, hlm. 939.
Umar bin Salih bin Umar, Maqashid al-shari‟ah „inda al-Imam al-„Izz bin „Abd al-Salam (
Jordah : Dar al-Nafais, 2003 ), h. 38.
Wahbah al-Zuhaili, (1996), Usul al-Fiqh al-Islami, Damsyik : Dar al-Fikr, jld. 2, hlm. 1017.

23

Anda mungkin juga menyukai