Anda di halaman 1dari 26

X PENGENALAN

Dalam topik ini, kita akan memperkatakan tentang sistem pemerintahan Islam.
Dalam membicarakan topik ini, kita akan cuba mendefinisikan apakah yang
dikatakan politik dari kaca mata Barat dan siasah menurut perspektif Islam.
Topik ini juga akan membicarakan tentang konsep pengasingan kuasa dalam
sistem politik Islam. Di sini kita akan memperkatakan teori pengasingan kuasa
dalam sistem politik dan kenegaraan Islam serta badan-badan yang terlibat
dalam sistem pengasingan kuasa tersebut. Politik atau siasah merupakan satu
ilmu yang amat penting dalam kehidupan manusia sejagat. Menerusi ilmu politik
atau siasah, para ilmuan dan sarjana akan memperincikan elemen-elemen
penting dalam pengurusan sebuah negara. Sebuah negara yang diurus dan
ditadbir dengan cara yang baik, sudah pasti akan menyediakan satu bentuk
T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
2
2

X
Sistem
Pemerintahan
Islam


Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. Mendefinisi politik dan siasah serta perbezaan antara kedua-
duanya;
2. Mengenal pasti pelbagai takrifan berhubung dengan politik dan
siasah yang telah diutarakan oleh sarjana Islam dan sarjana Barat;
3. Menjelaskan bagaimana terbentuknya sebuah negara Islam dan
apakah ciri-ciri penting yang ada dalam sebuah negara Islam;
4. Menghuraikan bagaimana berlakunya sistem pengasingan kuasa
dalam sebuah negara Islam; dan
5. Mendefinisikan badan perundangan, badan eksekutif dan badan
kehakiman dalam sebuah negara Islam.
HASIL PEMBELAJARAN
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
27
kehidupan yang harmonis bagi rakyatnya. Bagi umat Islam, siasah Islam
merupakan sebahagian daripada risalah yang telah dibawa oleh Nabi s.a.w. Oleh
itu, menjadi kewajipan kepada setiap umat Islam berusaha untuk membentuk
sebuah negara yang berpaksikan kepada perintah dan larangan Allah S.W.T.
Kemakmuran kebendaan semata-mata, tanpa pengisian agama yang sewajar,
adalah sia-sia. Siasah Islam membimbing umat untuk menjadikan kehidupan
bernegara dipayungi oleh keredaan dan keberkatan Allah S.W.T.

AKTIVITI 2.1
1. Jelaskan mengapakah umat Islam diperintah untuk bernegara
mengikut acuan yang dinyatakan oleh Allah dan Rasul-Nya.
2. Huraikan perbezaan-perbezaan yang paling ketara antara sistem
pemerintahan Islam dengan sistem pemerintahan yang bukan Islam.
3. Bincangkan dengan rakan sekelas anda di zaman moden ini
manakah negara Islam yang paling dekat sistem bernegaranya
dengan kehendak siasah Islam.
P 2.1 OLITIK DAN SIASAH
Politik dan Siasah merupakan dua perkataan yang membawa makna yang
hampir sama. Kedua-dua kalimah ini memberi makna satu ilmu yang berkaitan
dengan kenegaraan. Oleh itu, politik dan siasah berkait rapat dengan soal
kekuasaan dan pemerintahan serta hal-hal yang bersangkutan urusan
kenegaraan. Secara umumnya, boleh disimpulkan bahawa politik dan siasah
adalah satu cabang ilmu yang berkaitan dengan sistem pemerintahan yang
meliputi ilmu politik, kenegaraan, pengagihan kekayaan dalam sebuah negara,
pemilihan kepimpinan negara, parti politik yang wujud dalam sesebuah negara,
pemilihan ahli-ahli politik, pemilihan penguasa-penguasa yang akan
menjalankan pelbagai dasar dalam sesebuah negara dan pengurusan kehakiman
dalam sesebuah negara. Ilmu politik dan siasah juga akan mempelajari pelbagai
helah, tipu muslihat dalam berpolitik. Sejarah manusia telah membuktikan
bahawa manusia juga sanggup bunuh membunuh disebabkan politik dan siasah.

Oleh itu, politik dan siasah adalah satu daripada cabang ilmu yang amat penting
dan mustahak untuk dipelajari dan dikaji, kerana padanya kemakmuran hidup,
dan padanya juga kehancuran bagi sebuah kehidupan.
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
28
2.1.1 Sejarah Perkataan 'Politik' Menurut Perspektif
Barat
Perkataan politik telah diterima oleh kebanyakan bahasa di dunia pada masa ini.
Ini bererti perkataan politik merupakan istilah universal yang difahami oleh
kebanyakan bangsa di dunia ini.

Politik ini misalnya disebut dalam bahasa Inggeris sebagai politics, dalam bahasa
Perancis sebagai politique, dalam bahasa Belanda sebagai politiek dan dalam
bahasa Arab pula sebagai siasah.

Menurut pengkaji politik, mereka berpendapat bahawa perkataan politik adalah
berasal daripada bahasa Latin iaitu Politicus dan dalam bahasa Greek ialah
politicos, kedua-duanya memberi makna rakyat. Ada sebilangan pengkaji pula
menyebut bahawa politik berasal daripada satu perkataan Greek iaitu polis
yang bermaksud dalam bahasa Melayunya sebuah kota atau dalam bahasa
Inggerisnya a city. Kebanyakan penulis yang menulis dalam bidang ini lebih
bersetuju kepada teori yang kedua ini.

Dikatakan di peringkat awal pembentukan sebuah negara kota ini, masyarakat
Yunani kuno pada waktu itu berkeyakinan bahawa dunia ini hanyalah seluas
wilayah mereka sahaja, yang disebut dengan city state ini. Oleh itu, mereka
telah memusatkan segala aktiviti termasuklah negara dan masyarakatnya ke
dalam sebuah ibu kota yang dikenali dengan Athena. Walau bagaimanapun,
selepas beberapa abad kemudian, beberapa kota lain telah muncul seperti Sparta,
Thesallia, Corynthe, Mylithos dan juga kota Samos. Dalam usahanya untuk
mempertahankan diri daripada serangan luar, akhirnya semua kota tersebut
termasuklah Athena bersatu dalam satu kumpulan yang dikenali dengan nama
negara bangsa. Walaupun dengan penyatuan tersebut wilayah
pemerintahannya telah menjadi bertambah luas, namun namanya tetap tidak
berubah iaitu polis yang memberi erti pengurusan kenegaraan.

Dikatakan bahawa perkataan politik dalam tamadun Barat telah digunakan sejak
abad ke-5 sebelum masihi lagi, sehingga kini ia telah digunakan selama lebih
kurang 24 abad. Menurut pengkaji sejarah politik, selepas itu lahirlah beberapa
tokoh falsafah yang agung dan mereka menulis buku-buku mereka berkaitan
dengan ilmu pemerintahan dengan menggunakan istilah politik. Misalnya
Aristotle (384-322 SM.) melalui bukunya Politica. telah memperkatakan tentang
ilmu pemerintahan dan hal-hal yang berkaitan dengan pemerintahan.
Kemudiannya, Plato (427-347 SM) dengan bukunya Politeia. Dikatakan bahawa
kedua-dua buku ini adalah sumber penting dan perintis bagi kelahiran disiplin
ilmu sains politik menurut pandangan Barat. Hasilnya, pelbagai teori dalam
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
29
politik Barat telah terhasil bersandarkan buku yang penting ini. Sebahagian
pengkaji politik berpendapat bahawa definisi perkataan politik yang diberikan
oleh kedua-dua ahli falsafah Barat itu adalah agak sempit dengan membataskan
skop kajian pada state organization sahaja dan ia sesuai dengan dimensi sains
politik pada zaman tersebut.

Sekarang ini kita dapati pelbagai definisi politik yang diberikan oleh sarjana
moden Barat yang berusaha untuk menyusun semula definisi politik sesuai
dengan perkembangan masa dan waktu. Robert A. Dahl misalnya menerusi
bukunya Modern Political Analysis telah mendefinisikan politik sebagai:

Ia adalah sesuatu yang melibatkan pengawasan, pengaruh, kuasa dan juga
autoriti.

Harold D. Laswell pula telah mendefinisikan politik dalam bukunya Power and
Society sebagai Suatu kajian empirikal tentang pembentukan dan pengagihan
kuasa.

Satu lagi definisi yang lengkap telah diberikan oleh Bernard Crik dalarn bukunya
In Defence of Politic sebagai Satu kegiatan tentang pembahagian kuasa di
dalam sesuatu unit pemerintahan.

Menurut Crik, pembahagian kuasa ini juga melibatkan sifat tolak ansur dan
dilakukan untuk menjaga kebajikan dan keutuhan keseluruhan masyarakat.

Macchiavelli dalam bukunya La Prince, telah memberikan lima definisi penting
politik, iaitu:

(a) Kekuatan
Setiap pihak mengukuhkan kekuatan, sesiapa yang kuat dialah yang menjadi
pemerintah.

(b) Balas Membalas
Jika seseorang itu menuduh orang lain, ia harus dibalas. Jika tertuduh berdiam
diri bererti dia lemah dan menjadi mangsa kekejaman yang menuduh.

(c) Kemenangan
Semakin lemah pihak lawan, semakin berkuasa dan kemenangan berada di
pihak yang lain.




X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
30
(d) Topeng
Tipu menipu, pura-pura dan selainnya, seribu taktik dan muslihat digunakan
untuk mengalahkan lawan. Siapa yang paling pintar dalam tipu muslihat
dialah yang berjaya dan berkuasa.

(e) Kelemahan Lawan
Sesiapa yang mengetahui kelemahan lawan, dia akan berjaya menguasai
lawannya. Kemenangan hanya dapat dicapai setelah mengetahui kelemahan
lawan.

Sebagai kesimpulan, boleh difahami bahawa politik tidak boleh ditafsirkan jauh
daripada soal kekuasaan dan pemerintahan serta hal-hal yang berkait rapat
dengan kedua-duanya. Oleh itu, politik adalah proses pembentukan dan
pembahagian kekuasaan dalam masyarakat dan negara.
2.1.2 Makna Siasah
Berdasarkan kefahaman Islam, politik atau apa yang disebut sebagai siasah
adalah merupakan ungkapan Arab yang diambil daripada kata asal 'sasa'
'yasusu' dan 'siasatan' yang secara bahasanya membawa makna menjaga,
mentadbir dan mengurus urusan mereka. Ini bererti siasah ialah satu ilmu untuk
mengurus dan mentadbir urusan manusia dan menjaganya dengan apa cara
yang boleh membawa kebaikan kepada manusia seluruhnya.

Berdasarkan apa yang telah disebut oleh ulama, penggunaan pertama perkataan
siasah yang bermakna ilmu pemerintahan dalam urusan mentadbir manusia
atau hal ehwal pemerintahan adalah berdasarkan sebuah hadis Nabi s.a.w. yang
diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga Imam Muslim yang bunyinya:

Kanat Banu Israila tasusuhum al-Anbiya (Adalah Kaum Bani Israil (Yahudi)
siasah (hal-ehwal pemerintahan) mereka dipimpin oleh para anbiya).

Al-Qistillani dan Imam al-Nawawi mengatakan bahawa perkataan Tasusuhum
al-Anbiya bermakna para Nabi adalah merupakan orang yang menguruskan
pemerintahan kaum Bani Israil, seperti setiap ketua negara yang lain
menguruskan kepentingan rakyat mereka.

Dalam hal ini, para sarjana Islam menyedari akan kepentingan ilmu siasah dalam
kehidupan sesebuah negara. Mereka sepakat mengatakan bahawa hukum
mengangkat pemimpin untuk menguruskan kehidupan masyarakat Islam adalah
wajib. Al-Mawardi misalnya telah menyebut: Kepimpinan negara bertujuan
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
31
untuk menjaga agama dan mengatur dunia, sedangkan mengangkat orang yang
akan melaksanakannya adalah wajib hukumnya.

Muhammad Rashid Ridha, sarjana hukum dan pemikir Islam yang terkenal juga
telah menyebut: Telah sepakat ulama dulu (salaf), ahli sunnah serta golongan
Muslim yang lain bahawa pelantikan Imam, ertinya pemberian mandat
kepadanya untuk memerintah umat, hukumnya wajib atas kaum Muslimin, tidak
sahaja menurut akal, tapi juga bersandarkan hujah sharie.

Kurdi Ali dalam bukunya Aqwaluna wa Afaluna (Teori dan Amalan Kita)
menjelaskan: Keperluan bangsa-bangsa kepada politik, sama dengan keperluan
manusia kepada air dan udara. Beliau telah mendefinisikan perkataan siasah
sebagai ilmu pemerintahan yang harus dimiliki oleh para ahli yang betul-betul
menguasai dasar-dasar pengetahuan dan peraturan-peraturan dalam negara.

Di sini amat jelas bahawa perkataan siasah juga asal penggunaannya hanyalah
untuk ilmu pemerintahan, sama seperti penggunaan perkataan politik dalam
konsep Barat.
2.1.3 Penulisan Sarjana Islam dalam Bidang Siasah
Antara karya-karya sarjana Islam yang terawal dalam sains politik yang
menggunakan perkataan siasah ialah tulisan Abu Hasan al-Aliwazi dengan
tajuknya Tahzib al-Siasah (Pendidikan Politik), yang dikarang pada tahun 446
hijrah. Selepas itu beberapa karya lain juga telah muncul seperti Al-Risalah al-
Kabir fi al-Siasah (Risalah Besar Tentang Ilmu Politik) dan juga Al-Siasah al-
Aamah (Politik Umum). Kedua-dua karya tersebut telah dihasilkan oleh al-
Kindi dalam tahun 866 Hijrah.

Selepas kewafatan al-Kindi, anak murid beliau juga turut menghasilkan karya
politiknya antaranya dengan judul Kitab al-Siasah al-Kabir (Kitab Besar Ilmu
Politik). Al-Farabi, seorang sarjana dan pemikir Islam juga pernah menyebut
bahawa manusia itu secara fitrahnya perlu kepada masyarakat dan negara.
Beliau menyebut dalam bukunya al-Madinah al-Fadilah seperti berikut:

Setiap orang daripada manusia itu menurut fitrahnya berkehendakkan kepada
masyarakatnya untuk mencapai kesempurnaan yang terbaik. Dia tidak mungkin
dapat menyelesaikan semua perkara dengan sendiri. Ini terjadi dengan adanya
perhimpunan masyarakat yang saling bantu membantu dan dengan itu
terhimpunlah hasil kepada mereka, demi mencapai kesempurnaan. Daripada
perhimpunan itu bertambahlah manusia, hasilnya dapat memakmurkan bumi ini
dan pada akhirnya terbentuklah sebuah masyarakat besar yang dipanggil negara.
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
32

SEMAK KENDIRI 2.1
1. Bincangkan dengan rakan-rakan anda mengapakah politik atau
siasah mampu membentuk sesuatu perilaku dan tindakan manusia
dalam hidup mereka.
2. Terangkan dan senaraikan apakah ciri-ciri penting kepada siasah
Islam seperti yang telah disebut oleh sarjana-sarjana Islam
menerusi tulisan-tulisan mereka.
3. Sejauh manakah politik Barat berbeza dengan siasah Islam dalam
membicarakan sistem pemerintahan bagi sesebuah negara.

2.2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
Sistem pemerintahan Islam adalah satu sistem yang bertunjangkan keimanan dan
ketakwaan kepada Allah. Sistem ini telah dibuktikan kejayaannya oleh sejarah, di
mana Islam telah berjaya menguasai dunia selama beberapa abad. Sistem
pemerintahan Islam merupakan satu sistem yang berdasarkan kepada al-Quran
dan al-Sunnah. Allah berfirman dalam al-Quran:



>> '., !., _. < _,.. >,> >.> .`..,
_s _-, !. _. < ;,l| | l. l.! !,. .,`, < ,.`,
_-,, ,.: | ,. _. _!.l 1..l __
Maksudnya: Dan hendaklah kamu memutuskan perkara antara mereka
menurut apa yang diturunkan Allah, dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu
mereka. Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka tidak
memalingkan kamu daripada sebahagian apa yang telah diturunkan Allah
kepadamu. Jika mereka berpaling (daripada hukum yang telah diturunkan
Allah), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah menghendaki akan
menimpakan musibah kepada mereka disebabkan dosa-dosa mereka. Dan
sesungguhnya kebanyakan manusia adalah orang-orang yang fasik.
(al-Maidah 5:49)
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
33
Sehubungan dengan ayat di atas, dapat kita simpulkan bahawa sesiapa yang
cuba memisahkan agama dan politik serta menganggap Islam tidak memberi
penjelasan tentang politik atau politik bukan sebahagian daripada bidang
perbahasan Islam, maka dia adalah pendusta besar dan mengkhianati dirinya
sendiri serta ia pula merupakan seseorang yang tersesat daripada pengajaran
Islam yang sebenar.

Kita lihat misalnya betapa indah apa yang pernah diucapkan oleh Imam al-
Ghazali: Ketahuilah bahawa Syariah adalah dasarnya dan raja adalah penjaga.
Oleh itu, sesuatu yang tidak berdasar akan runtuh, dan sesuatu yang tidak
berpenjaga, pasti akan hilang.

Pemisahan antara agama dan politik ini terjadi apabila sebahagian umat Islam
sendiri telah terpengaruh dengan fahaman yang telah diperkenalkan oleh
pemikir Barat. Orang-orang Barat berterusan mengasingkan agama dan politik
yang disebut sebagai negara sekular. Bernard Lewis misalnya seorang pemikir
dan sarjana Barat yang terkenal pernah menyebut: Persembahan kepada Kaisar
apa-apa yang menjadi milik Kaisar, dan persembahan kepada Tuhan apa-apa
yang menjadi milik Tuhan.
2.2.1 Ciri-ciri Utama Sebuah Negara Islam
Berhubung dengan ciri-ciri penting kepada sebuah pemerintahan Islam, telah
banyak disentuh oleh ulama dan sarjana-sarjana Islam. Antaranya apa yang
pernah diutarakan oleh al-Mawardi menerusi kitabnya al-Ahkam Sultaniyyah,
Ibn Taymiyyah melalui karyanya as-Siasah al-Syariah, Rashid Ridha dengan
buku terkenalnya al-Khalifah, Sayyid Qutb menerusi tulisannya al-Adalah al-
Ijtimaiyyah, mahupun Abdul Kadir Audar dalam karangannya al-Islam wa
Audhaauna al-Siasiyyah. Semua mereka telah menjelaskan sifat-sifat kepada
sebuah pemerintahan Islam dan perbezaannya dengan mana-mana
pemerintahan lain. Antara lain, menurut sarjana-sarjana Islam ini, ada tiga sifat
pokok yang membezakan pemerintahan Islam iaitu pemerintahan Islam
bersandarkan kepada hukum wahyu, syura dan secara khilafah.

Kesimpulan daripada perbahasan di atas, wajib bagi umat Islam menegakkan
agama Allah dalam sebuah pemerintahan. Ini kerana, matlamat kepada
pembinaan sesebuah Negara ialah untuk mendapatkan keredaan Allah S.W.T.
Dalam hal ini, antara ulama tersohor Islam, Abdul Karim Audah ada menyebut:
Apabila Allah telah mewajibkan agar kita berhakim kepada ajaran yang telah
diturunkan kepada Rasul-Nya dan memerintah dengannya. Maka menjadi
kewajipan kaum Muslimin seluruhnya untuk mendirikan suatu pemerintah yang
akan menegakkan perintah-perintah Allah di tengah-tengah masyarakat, dan
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
34
setiap peribadi beribadat dengan menjunjung perintah, sesuai dengan ajaran dan
perintah Allah.

AKTIVITI 2.2
1. Terangkan apakah dasar-dasar utama dalam sebuah negara Islam.
Adakah dasar-dasar ini selari atau bercanggah dengan dasar-dasar
utama dalam sebuah negara sekular?
2. Bincangkan secara berkumpulan ciri-ciri penting kepada Negara
Islam selain wahyu, syura dan Khilafah.
3. Sejauh mana kerajaan Islam yang ada pada hari ini menepati ciri-ciri
sebuah Negara Islam?
4. Sebutkan negara umat Islam yang manakah boleh dikategorikan
sebagai sebuah Negara Islam yang sejati.
2.2.2 Tujuan Diwujudkan Negara Islam
Sejarah telah melakarkan bahawa negara Islam pertama yang dibentuk oleh Nabi
s.a.w ialah negara Madinah. Di sinilah Nabi dan sahabat baginda telah
menunjukkan kepada dunia bahawa Islam bukan hanya sekadar agama yang
mengajar umatnya untuk melakukan ibadat yang khusus seperti solat, puasa,
haji, zakat dan sebagainya; namun Islam adalah agama dan negara yang disebut
sebagai Din wa Daulah.

Melihat kepada pentingnya kewujudan sebuah negara Islam, maka persoalan
yang seringkali timbul ialah apakah tujuan diwujudkan sebuah negara Islam.
Menurut al-Syeikh Abu Ala al-Maududi, berdasarkan kepada ajaran al-Quran
dan al-Sunnah, lima matlamat utama pembikinan sebuah negara Islam ialah
untuk:

(a) Mengelakkan eksploitasi antara manusia, antara kelompok atau antara
kelas dalam sesebuah masyarakat
Dalam hal ini, Islam misalnya tidak membenarkan manusia mengambil
peluang daripada kelemahan orang lain. Misalnya perbuatan memakan
harta anak yatim adalah berdosa besar. Ini kerana perbuatan tersebut akan
membawa mudarat kepada sesama manusia. Dalam hal ini misalnya, Allah
berfirman:



TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
35


Maksudnya: Dan janganlah kamu dekati harta anak yatim, kecuali
dengan cara yang lebih bermanfaat, hingga sampai dia dewasa. Dan
sempurnakanlah ukuran dan timbangan dengan adil. Kami tidak
membebani seseorang melainkan sekadar kesanggupannya. Dan apabila
kamu berkata, maka hendaklah kamu berlaku adil sekalipun dia adalah
kerabat(mu), dan penuhilah janji Allah. Yang demikian itu diperintahkan
Allah kepadamu agar kamu memperolehi peringatan. (al-Anaam 6:152)

Memakan harta orang lain juga tidak dibenarkan sama sekali, kerana hal
tersebut akan memporak-perandakan kehidupan masyarakat. Harta-harta
yang tidak sepatutnya menjadi hak kita adalah diharamkan daripada
mengambilnya. Misalnya riba tidak dibenarkan, harta-harta yang
diperolehi daripada keputusan Mahkamah yang tidak sebenar juga tidak
dibenarkan. Dalam hal ini, Allah berfirman:



Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian
yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu
membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat
memakan sebahagian daripada harta benda orang lain itu dengan (jalan
berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui. (al-Baqarah 2:188)
,1. _!. ,.,l | _.l!, _> _.> _.> _l,, .:.:
_,l ,.l 1`.1l!, l>. !.. |
!-`.` :| `.l l.s! l l : _ .-, <
l: >.. ., _>l-l _`.. __
l!. >l. >., _L.,l!, l.. !, _|| ,!>'
l!.l !1, _. _. _!.l .!, `.. .l-. __


X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
36
(b) Memelihara kebebasan ekonomi, politik, pendidikan dan agama serta
melindungi seluruh warganegara daripada pencerobohan asing
Dalam hal ini, Allah telah memberi kebebasan kepada manusia untuk
menggiatkan ekonomi, tanpa mengira siapa mereka, baik lelaki ataupun
perempuan, masing-masing mempunyai hak untuk memperoleh rezeki
daripada limpahan kurnian Allah. Allah berfirman misalnya:



Maksudnya: Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan
Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak daripada sebahagian yang
lain. (Kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian daripada apa yang
mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian daripada apa
yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebahagian daripada
kurniaan-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu. (al-
Nisaa 4:32)
.... !. _. < ., >.-, _ls _-, _l>ll ',..
!.. ,.. ,!..ll ',.. !. _,.. l:`. < _.
.. | < _l _>, ,`_: !.,ls __

Bagi menjamin kestabilan ekonomi masyarakat, Allah S.W.T misalnya telah
mensyariatkan zakat yang antara lain bertujuan supaya merapatkan jurang
di antara golongan kaya dengan yang miskin. Hasilnya kekayaan bukan
hanya untuk dinikmati oleh si-kaya, malah si-miskin juga berhak ke atas
harta tersebut.

Dalam urusan keagamaan misalnya, Islam tidak memaksa manusia
menerima Islam dan menjadi Muslim, tetapi tugas bagi sebuah kerajaan
Islam adalah menerangkan kebaikan Islam.

(c) Menegakkan sistem keadilan sosial yang seimbang dan menyeluruh
sebagaimana yang dikehendaki oleh al-Quran
Islam sememangnya menekankan soal keadilan. Di dalam al-Quran, terlalu
banyak ayat yang menekankan keadilan sesama manusia, tanpa
mambezakan darjat dan kedudukan manusia itu sendiri.



TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
37

!!., _. `.., . _,. < ,.: 1`.1l!,
..>, `!:.: , _ls l.-. l.s > ,
_1`.ll 1. < _| < ,,> !., _l.-. _

Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu jadi
orang-orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah,
menjadi saksi dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu
terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil.
Berlaku adillah, kerana adil itu lebih hampir kepada takwa. Dan
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa
yang kamu kerjakan. (al-Maidah 5:8)

(d) Membenteras setiap kejahatan dan menggalakkan amalan kebajikan
dengan tegas seperti yang digariskan dalam al-Quran
Antara ciri penting sebuah Negara Islam adalah menyuruh kepada
kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran. Al-Quran dalam hal ini
telah menjelaskan:



Maksudnya: Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang
menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan
mencegah daripada yang munkar, mereka adalah orang-orang yang
beruntung. (al-Imraan, 3:104)
_>.l >.. . `s., _|| ,>' ``.!, .`-.!, .,
_s >..l ;.l` `> _>l.l _

(e) Menjadikan negara sebagai tempat tinggal yang aman dan damai bagi
setiap warganegara dengan cara melaksanakan hukum tanpa diskriminasi
Dalam hal ini Allah S.W.T telah berfirman:

X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
38

:., ,,L , "s _

Maksudnya: (Negerimu) adalah negeri yang baik dan (Tuhanmu) Maha
Pengampun. (Sabaa 34:15)

Sehubungan dengan ini, al-Farabi menerusi bukunya al-Madinah al-Fadilah
pernah menyebut tentang struktur pentadbiran negara Islam terbaik. Antara lain
beliau menyebut bahawa negara terbaik menyamai struktur tubuh manusia yang
sihat dan sempurna. Seluruh anggota tubuh badan itu bersifat tolong-menolong
dan bekerjasama untuk menyempurnakan kehidupan. Setiap anggota
mempunyai kelebihan sendiri, iaitu berlainan fitrah dan berlainan kekuatan.
Demikian juga, umat Islam mempunyai fitrah semula jadi yang berlainan.
Mereka bekerja mengikut kebolehan masing-masing. Mereka ini pula mestilah
dipimpin oleh seorang insan yang mulia dan dihormati, dialah yang menjadi
kepala atau ketua negara tersebut. Semua lapisan masyarakat mempunyai
hubungan yang rapat dan akrab dengan ketua negara ini. Fungsi utama ketua
negara ialah memimpin rakyat dan mentadbir urusan negara. Setiap rakyat pula
akan menjalankan tugas masing-masing, di samping membantu ketua negara.
Inilah bayangan sebuah negara Islam yang disebut oleh al-Farabi menerusi karya
agungnya al-Madinah al-Fadilah.


AKTIVITI 2.3
1. Bincangkan secara berkumpulan bersama rakan-rakan anda
struktur sebuah negara yang terbaik mengikut pendapat anda.
2. Sejauh mana kebarangkalian sistem pemerintahan Islam secara
menyeluruh dapat diwujudkan semula.
3. Jelaskan apakah anda telah berpuas hati dengan struktur
pemerintahan yang ada di tempat anda pada hari ini.
4. Huraikan antara isi-isi penting yang terdapat dalam buku al-
Madinah al-Fadilah karangan al-Farabi ini.




TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
39
DOKTRIN PENGASINGAN KUASA 2.3
Dalam mana-mana sistem pemerintahan, terdapat tiga institusi politik yang
utama iaitu:
x Badan Perundangan
x Badan Eksekutif
x Badan Kehakiman

Walau bagaimanapun kita tidak boleh menafikan kewujudan institusi politik lain
yang juga memainkan peranan dalam perjalanan pemerintahan sesebuah negara.
Antaranya ialah parti politik, birokrasi, tentera, kumpulan pendesak, kumpulan
berkepentingan dan lain-lain. Dalam struktur pemerintahan badan-badan
tersebut terdapat tugas-tugasnya yang tersendiri.
2.3.1 Pengasingan Kuasa dalam Pemerintahan Islam
Dalam sebuah negara Islam, kuasa bukan semuanya dipusatkan kepada Khalifah
semata-mata. Terdapat pelbagai badan yang akan menjalan dan mengendalikan
pelbagai urusan yang berasingan dalam sebuah negara Islam. Secara ringkasnya,
dalam sebuah kerajaan Islam, badan-badan induk yang paling berkuasa dapat
diklasifikasikan kepada tiga pecahan kuasa yang besar iaitu badan perundangan,
badan eksekutif dan badan kehakiman. Ketiga-tiganya adalah badan yang
berasingan serta bebas tetapi tetap berada di bawah naungan Khalifah atau Ketua
Negara. Setiap daripada badan-badan tersebut akan menjalankan sesuatu urusan
yang berada dalam kekuasaannya, dan setiap daripada badan ini, hendaklah
diuruskan dengan baik dan cermat, mengikut apa yang dikehendaki oleh syariah
Islam itu sendiri.
2.3.2 Badan Perundangan
Negara dalam Islam adalah sebagai negara yang mempunyai hubungan yang
rapat dengan Allah. Dalam Islam, negara itu adalah perwakilan Allah dan sekali
gus mestilah menerima kedaulatan Allah sebagai sumber yang pertama dan
agung. Sebuah negara Islam hendaklah bertindak mengikut ketetapan yang telah
ditetapkan oleh Allah. Dalam hal ini, al-Mawdudi misalnya ada menyebut
bahawa negara Islam bererti sesebuah negara yang hanya boleh bertindak
menurut rangka had yang telah digariskan oleh Allah dan tidak diberi kuasa
untuk melanggar atau melampaui batasan tersebut. Allah berfirman dalam al-
Quran:
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
40


;l. :.`> < !>..-. _. .-., :.`> < ;.l`! `> `,l.Ll
___
Maksudnya: Itulah ketetapan-ketetapan Allah, maka janganlah kamu
melanggarnya. Barangsiapa yang melanggar ketetapan-ketetapan Allah
mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah 2:229)

Jelas di sini bahawa negara ditubuhkan berdasarkan kedaulatan Allah yang
sudah pasti tidak boleh menggubal undang-undang yang bertentangan dengan
al-Quran dan al-Sunnah. Mengikut istilah moden, Ahl al-Hilli wa al-Aqd lebih
dikenali sebagai Walayat al-Faqih atau Majlis Syura.
2.3.3 Fungsi Badan Perundangan
Badan Perundangan dalam sesebuah Negara Islam mempunyai beberapa fungsi.
Apabila wujud pengarahan yang terang daripada Allah dan Rasul-Nya,
walaupun badan ini tidak boleh mengubah atau memindanya, tetapi ia
dibolehkan menggubal dalam bentuk seksyen, mencipta definisi yang relevan
dan huraiannya, dan membuat undang-undang serta peraturan bagi tujuan
melaksanakannya. Jika pengarahan al-Quran dan al-Sunnah dapat membawa
lebih daripada satu pengertian, maka badan ini akan menentukan pengertian
yang paling sesuai untuk dimaktubkan dalam perundangan.

Apabila panduan asas tidak didapati dalam al-Quran dan al-Sunnah, atau
amalan Khulafa al-Rasyidin, maka dapat diertikan bahawa Allah telah memberi
kebebasan untuk menggubal undang-undang dalam kes-kes tersebut menurut
kebijaksanaan dan hikmah yang dimiliki oleh anggota badan ini. Dalam hal ini,
badan tersebut boleh mencipta undang-undang tanpa batasan dengan
menggunakan konsep ijtihad Islam yang semestinya selari dengan tuntutan
syariah.

Sistem Syura telah diperkenalkan oleh Rasulullah s.a.w. Baginda sentiasa
melakukan permesyuaratan dengan para sahabat, walaupun baginda dibimbing
oleh wahyu. Wahyu yang diturunkan oleh Allah lebih banyak berkaitan dengan
akidah, syariah dan akhlak yang tidak mampu dicapai oleh manusia, tetapi
dalam hal pemerintahan dan kenegaraan, Rasulullah s.a.w banyak bergantung
kepada pendapat sahabat terutamanya dalam hal teknikal atau pelaksanaan
sesuatu prinsip yang ditetapkan oleh al-Quran. Majlis Syura mempunyai tugas
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
41
yang cukup istimewa dalam sesebuah Negara Islam iaitu memilih calon khalifah.
Majlis ini bertanggungjawab untuk menapis siapakah calon antara calon-calon
yang dikemukakan yang paling layak dilantik menjadi khalifah.

Urusan seterusnya diserahkan kepada umat Islam iaitu untuk pengesahan atau
disebut baiah. Majlis ini bertanggungjawab mengkaji latar belakang calon-calon
dan mengkaji kelayakan mereka. Keutamaan harus diberikan kepada orang yang
paling layak, memiliki sebaik-baik syarat kelayakan yang diperlukan, pengaruh
yang lebih besar dan dianya juga seseorang yang paling dihormati di kalangan
masyarakat. Orang yang terpilih akan dikemukakan kepada umat Islam untuk
diberi baiah sebagai tanda penerimaan dan pengesahan. Oleh kerana Majlis
Syura berkuasa untuk melantiknya sebagai seseorang khalifah, majlis ini juga
berkuasa untuk melucutkan jawatannya jika khalifah tersebut gagal untuk
melaksanakan tugas ketua negara atau melakukan sesuatu yang menjejaskan
kedudukannya sebagai ketua negara atau khalifah.
2.3.4 Anggota Badan Perundangan
Anggota Badan Perundangan mestilah terdiri daripada mereka yang
berpengetahuan, yang layak serta mampu memahami dan mentafsir ayat al-
Quran. Badan ini mestilah terdiri daripada anggota yang dapat menghayati
keperluan sosiologi masyarakat dan hal-hal keduniaan secara umum. Dengan
kata lain, pemilihan anggota Majlis Syura ini mestilah mengikut peraturan
berikut:
x Kelayakan mental dan moral seperti yang diterangkan oleh al-Quran patut
dimasukkan ke dalam prinsip pemilihan tersebut
x Pencalonan diri hendaklah dihapuskan dan dijadikan sebab untuk
ketidaklayakan menganggotainya atas dasar ia bertentangan dengan syariah
x Undang-undang pencalonan tanpa persaingan juga hendaklah dihentikan
x Tiada anggota yang boleh meluluskan undang-undang, dengan apa cara pun,
untuk mengganggu kebebasan pemilihan atau mengutamakan pihak yang
tertentu
x Jabatan yang bertanggungjawab untuk mengendalikan pemilihan adalah
tertakluk kepada syarat menjalankan tugas tanpa berpihak. Setiap rakyat
harus berhak mempersoalkan berhubung dengan keadilan dalam pemilihan
x Pembentukan keadaan berpuak dalam badan ini hendaklah ditegah sama
sekali

X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
42
Sebagai kesimpulan, boleh dikatakan bahawa badan perundangan ini merupakan
satu badan yang amat penting dalam menggerakkan sebuah negara Islam. Oleh
itu, mereka yang menganggotai badan ini hendaklah dipilih dan ditapis dengan
amat berhati-hati dan cermat.

AKTIVITI 2.4
1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah ciri-ciri penting
yang ada pada sebuah Negara Sekular.
2. Terangkan dengan ringkas apakah harapan anda kepada
pemimpin yang memimpin anda sekarang.
3. Berikan contoh-contoh kelemahan yang terdapat pada pemimpin-
pemimpin Negara Islam.
BADAN EKSEKUTIF 2.4
Eksekutif kerajaan berfungsi di bawah skop tanggungjawab ketua negara (Ulu al-
Amr) yang merupakan ketua eksekutif dalam Negara Islam. Matlamat sebenar
kewujudan jawatan eksekutif ialah untuk melaksanakan pengarahan Allah yang
disampaikan menerusi al-Quran dan al-Sunnah, melaksanakan polisi dan
peraturan yang diluluskan oleh Majlis Syura atau badan perundangan, dan
menyediakan satu masyarakat yang sedia menerima dan mengambil pengarahan
peruntukan al-Quran dan al-Sunnah dan segala polisi kerajaan untuk
pelaksanaan yang praktikal dalam kehidupan seharian.

Dalam melaksanakan tugasnya, pihak eksekutif terikat dengan keputusan badan
perundangan, kerana Negara Islam mesti ditadbirkan secara perundingan, iaitu
dengan penilaian yang intim antara badan perundangan dengan badan eksekutif
yang mana kepimpinan kedua-duanya terletak di tangan seorang ketua negara.
Ketua Negara (Ulu al-Amr) adalah autoriti tertinggi terhadap kuasa eksekutif,
dan beliau bertanggungjawab dan mampu memberi jawapan kepada badan
perundangan berhubung dengan segala aktiviti kerajaan.
2.4.1 Pemilihan Eksekutif oleh Ketua Negara
Ketua Negara boleh, dengan pilihannya sendiri, melantik jemaah menteri yang
bertindak sebagai pembantu pentadbirannya atau sebagai setiausahanya, dan
mereka bertanggungjawab hanya kepadanya. Hal ini adalah selari dengan
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
43
amalan kerajaan Islam yang terdahulu. Istilah wazir atau menteri telah
digunakan oleh Rasulullah s.a.w dalam perkara yang berhubung dengan
permasalahan kerajaan, sebagai seorang yang melambangkan pembantu dalam
memikul beban baginda, atau ringkasnya, pembantu pentadbiran.


.

Maksudnya: Jika Allah menghendaki kebaikan kepada seseorang Amir, Dia
jadikan baginya menteri yang benar, jika lupa diingatkannya dan jika ingat
ditolonginya, dan jika Allah menghendaki keburukan kepadanya, dijadikan
baginya menteri yang jahat, jika lupa tidak diingatkannya dan jika ingat tidak
ditolongnya. (HR Abu Dawud dan al-Nasai)

Dengan kata-kata lain, hanya Ulu al-Amr sahaja mempunyai kuasa dan fungsi
pentadbiran dan hanya beliau yang bertanggungjawab kepada badan
perundangan, dan melalui badan ini, dia bertanggungjawab kepada rakyat.
Jemaah Menteri hanyalah sebagai pembantunya dan hanya bertanggungjawab
kepadanya.

Para pegawai eksekutif bekerja secara langsung di bawah ketua negara yang
melantik mereka. Oleh itu, mereka menjalankan pentadbiran di bawah
penyeliaan dan arahan langsung daripada beliau. Walau bagaimanapun, ini tidak
bermaksud bahawa ketua negara mesti menyerahkan semua urusan pentadbiran,
tetapi sebenarnya dalam lapangan politik, adalah lebih baik diwujudkan
pembantu-pembantu, berbanding seorang individu sahaja yang mengemudikan
segala hal.

Al-Mawardi dalam bukunya al-Ahkam al-Sultaniyyah membahagikan wizarah
atau kementerian kepada dua jenis iaitu:
x Wizarah al-Tafwid atau Kementerian Perwakilan yang diberikan sepenuh
kepercayaan oleh ketua negara, dan yang diperturunkan semua urusan
pentadbiran.
x Wizarah al-Tanfiz atau Kementerian Eksekutif yang fungsi utamanya
melaksanakan arahan Ketua Negara dan yang sepatutnya menjadi saluran
rasmi informasi kepada beliau.

Terdapat pelbagai syarat bagi seseorang itu dilantik sebagai menteri eksekutif.
Antara lain termasuklah kejujuran, keyakinan atau thiqah, tidak tamak,
mempunyai hubungan yang baik dengan rakyat, bijaksana dan mempunyai
kemampuan untuk mencari kebenaran sesuatu, tidak tergila-gilakan kemewahan,
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
44
dan mempunyai diplomasi yang tinggi dan pengalaman yang luas. Pemegang
jawatan ini tidak semestinya seorang Islam, seorang bukan Islam juga boleh
dilantik sebagai wazir al-Tanfiz.

AKTIVITI 2.5
1. Bincangkan dengan rakan sekelas anda apakah yang dimaksudkan
dengan seorang menteri yang jahat di dalam sesebuah negara.
2. Apakah langkah-langkah penting yang seharusnya diambil bagi
mewujudkan hubungan yang mesra antara pemimpin dan rakyat?
3. Terangkan dengan ringkas mengapa kepimpinan negara ini
menjadi rebutan ramai sedangkan ianya adalah satu amanah berat
yang mesti dipikul oleh pemimpin tersebut.
4. Nyatakan dasar-dasar yang akan diambil oleh anda jika sekiranya
anda dilantik menjadi pemimpin dalam sesebuah negara.
2.4.2 Perlantikan Eksekutif Semasa Khalifah Terawal
Untuk melantik pegawai awam, Abu Bakar tidak memilih keluarganya tetapi
memberi peluang kepada mereka yang berhemah tinggi. Tatkala melantik
seseorang pegawai, beliau menasihati dan menerangkan kepadanya tentang
tugas dan tanggungjawabnya.

Semasa perlantikan Amru bin al-Aas dan Walid bin Uqbah sebagai pemungut
zakat daripada Bari Hudaah, beliau berkata: Takutilah Allah dalam keadaan
terbuka dan tertutup, sesiapa yang takutkan Allah, Dia kurniakan rezeki dari
sumber yang dia tidak tersangka.

Semasa melantik Yazid bin Abi Sufyan sebagai gabenor Syria, beliau menasihati
dengan berkata: Wahai Yazid, engkau mempunyai ramai keluarga di Syria.
Jangan cuba memberi faedah yang tidak mengikut undang-undang kepada
keluargamu, kerana inilah yang paling aku takuti berlaku di kalangan
pegawaiku.

Rasulullah s.a.w pernah menyatakan: Jika seseorang pegawai Muslim melantik
keluarganya untuk jawatan yang besar yang sebenarnya tidak layak baginya, dia
akan dilaknat oleh Allah kerana perbuatannya itu. (HR Muslim)

TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
45
Hadis ini telah dijadikan sandaran oleh para khalifah terawal dalam melantik
pegawai tadbir dan kaedah ini wajib diikuti bagi menjamin keadilan sosial
masyarakat sama ada orang Islam mahupun bukan Islam.

Umar al-Khattab adalah pelopor tamadun moden di mana beliau mengasaskan
sistem demokrasi Islam yang digabungkan dengan Barat pada kurun ke-19 dan
ke-20. Beliau telah membahagikan pentadbiran kerajaan kepada beberapa jabatan
seperti Jabatan Pendidikan, Pertahanan, Institusi Keintelektualan, Baitulmal dan
Pentadbiran Percukaian. Beliau juga membahagikan Negara Islam kepada
beberapa wilayah yang setiap satunya ditadbirkan oleh seorang gabenor. Hijaz
dengan Makkah sebagai ibu negeri, di bawah Yazid bin Abi Sufyan. Basrah di
bawah Abu Musa al-Asyari; Kufah di bawah Mughirah bin Syubah dan Mesir di
bawah Amru bin al-As. Kesemua wilayah ini terletak di bawah pentadbiran
Madinah sebagai ibu negara.


SEMAK KENDIRI 2.2
1. Terangkan apakah pembaharuan-pembaharuan yang telah
diperkenal oleh khalifah-khalifah lain selain daripada Umar al-
Khattab semasa pemerintahan mereka.
2. Bincangkan dengan rakan-rakan sekelas anda mengapa takwa
kepada Allah mampu menjadikan seseorang pemimpin itu
bersikap jujur dan amanah.
3. Apakah ciri-ciri pemimpin yang bertakwa kepada Allah dalam
urusan seharian mereka?
B 2.5 ADAN KEHAKIMAN
Skop Badan Kehakiman (menurut istilah Fiqh Islam sebagai al-Qada) juga
dihuraikan dengan terang melalui penerimaan kedaulatan Allah yang hakiki.
Apabila Rasulullah s.a.w mengasaskan Negara Islam yang pertama, baginda
telah menurut prinsip-prinsip Negara Islam yang sejati dan merupakan hakim
yang pertama bagi negara tersebut. Baginda menjalankan tanggungjawab dalam
bidang kehakiman mengikut panduan al-Quran. Oleh yang demikian, mereka
yang datang selepas baginda tidak mempunyai pilihan lain selain daripada
mendasarkan pengadilan mereka mengikut undang-undang Allah yang
disampaikan kepada mereka oleh Allah menerusi Rasul-Nya.

X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
46
Badan kehakiman sesebuah Negara Islam adalah sepenuhnya bebas daripada
badan eksekutif. Para hakim atau Kadi ialah golongan yang bertanggungjawab
terhadap tugas ini. Mereka hendaklah sepenuhnya bebas daripada eksekutif
kerajaan. Namun begitu, mereka tertakluk kepada undang-undang dan
peruntukan al-Quran dan al-Sunnah. Allah berfirman:



>! ., !., _. < _,.. >,> !.s ,l> _. _>l
Maksudnya: Maka hukumlah antara mereka dengan apa yang telah diturunkan
oleh Allah dan jangan sekali-kali mengikuti kemahuan mereka daripada apa
yang telah datang kepadamu daripada kebenaran. (al-Ma idah 5:48)
2.5.1 Fungsi Badan Kehakiman
Badan kehakiman dalam Negara Islam berfungsi untuk mempraktikkan undang-
undang Allah yang diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. Para hakim yang
bertanggungjawab menjalankan fungsi ini adalah terikat dengan perundangan
Allah dalam tugas merealisasikan keadilan di dalam negara.

Tugas kehakiman Islam mengikut ajaran Islam adalah berbeza daripada sistem
kehakiman yang lain. Dalam Islam, kehakiman bergantung sepenuhnya kepada
al-Quran dan al-Sunnah, berbeza daripada konsep Barat di mana ia bergantung
kepada kemahuan parlimen atau badan kehakiman itu sendiri.

Badan itu juga berfungsi untuk mengikuti hukuman Allah dan Rasul-Nya
sehingga terhapus segala prejudis dan ketidakpuasan hati di kalangan rakyat,
sehingga menjadikan rakyat akur dengan keputusan mahkamah yang
berlandaskan al-Quran dan al-Sunnah. Sebagaimana firman Allah S.W.T:



;, _`..`, _.> .>>`, !., >: `., . .> _
.. l>> !.. ,. .l. !.,l`. __
Maksudnya: Maka demi Tuhanmu wahai Muhammad, mereka sekali-kali
tidak beriman sehingga berhakimkan engkau dalam apa yang muncul di
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
47
kalangan mereka, kemudian mereka tidak mendapati kesulitan pada diri
mereka dengan apa yang telah engkau putuskan, dan mereka menyerah
kepada hukuman dengan penyerahan yang sesungguh-sungguhnya (al-Nisa
4:65)
2.5.2 Badan Kehakiman di Peringkat Awal Islam
Pada zaman Rasulullah s.a.w, jawatan ketua eksekutif dan ketua kehakiman
terletak pada baginda. Walau bagaimanapun, dalam zaman Abu Bakar, beliau
telah mengasingkan badan eksekutif daripada badan kehakiman, di mana beliau
sebagai ketua eksekutif dan Umar sebagai ketua kehakiman. Umar memegang
jawatan Ketua Hakim tanpa sebarang campur tangan daripada pihak eksekutif,
malah beliau juga boleh mengisytiharkan keputusan yang dibuat oleh Abu Bakar
sebagai tidak mengikut undang-undang, dan beliau boleh mengeluarkan arahan
lain yang bertentangan dengan arahan Abu Bakar yang tidak sah itu atau
membuat judicial review atau semakan semula sesuatu hukuman.

Sebagai contohnya, Akrai bin Habis dan Uyaina bin Hisn (kedua-duanya bukan
Islam) meminta daripada Abu Bakar pemilikan tanah terbiar. Abu Bakar
meluluskannya tanpa sebarang pembayaran kepada kerajaan Islam. Perkara ini
dibawa kepada Umar dan beliau memanggil mereka dan menggugurkan
pemilikan tersebut kerana umat Islam masih belum kuat. Umar kemudiannya
berjumpa Abu Bakar dan bertanya: Kenapa engkau memberikan hak milik
tersebut, apakah ia harta kamu atau harta umat Islam? Abu Bakar mengatakan
ia harta kaum Muslimin. Umar bertanya lagi: Apa hak kamu untuk
memberikannya? Jawab Abu Bakar: Aku meminta pandangan sahabatku yang
duduk di sisiku tapi sekarang aku sedar ia adalah kesilapanku. Mereka
kemudian sekali lagi meminta tanah itu tapi Abu Bakar menjawab: Aku tidak
boleh membuka kembali perkara yang telah diputuskan oleh Umar. Hal ini
menunjukkan bahawa keputusan Umar adalah muktamad dan Khalifah sebagai
ketua eksekutif tidak boleh mengetepikan keputusannya.

Umar adalah pemerintah yang pertama yang memberikan gaji kepada hakim.
Semasa Rasulullah s.a.w mereka diberi tanah sebagai ganjaran khidmat mereka.
Dalam beberapa keadaan, Umar mengirim surat nasihat kepada hakimnya.
Berikut ialah secebis kandungan surat beliau kepada Abu Musa al-Asyari:

Adalah kewajipan hakim untuk berlaku adil dalam memberi keputusan dan
tidak patut memberi kecenderungan kepada mereka yang berkedudukan dalam
masyarakat. Pendakwa hendaklah membawa keterangan bukti untuk
menyokong dakwaannya manakala yang didakwa hendaklah dibenarkan
mengangkat sumpah bergantung kepada keadaan kes tersebut. Perjanjian di
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
48
antara dua pihak adalah sah melainkan perjanjian yang mengharamkan yang
halal dan yang menghalalkan yang haram. Jika kebenaran diketahui selepas
diberikan hukuman terhadapnya, kamu dibenarkan untuk menimbang semula
kes tersebut dan menukar keputusannya. Jika kamu tidak menjumpai petunjuk
daripada al-Quran dan al-Sunnah untuk memutuskan sesuatu kes,
pertimbangkanlah berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang lebih luas dan
carilah penyelesaiannya mengikut suluhan keputusan yang diberikan oleh yang
bertakwa dan mereka yang sebelum kamu. Dalam kes yang tidak kedapatan
keputusan yang terdahulu, praktikkan ijtihad dan qiyas berdasarkan al-Quran
dan al-Sunnah.

Para hakim yang dipilih oleh Umar adalah di kalangan mereka yang paling
bertakwa, jujur dan amanah di kalangan Muslimin pada zamannya. Mereka juga,
pada masa yang sama merupakan pakar perundangan dan keintelektualan.
Hakim kota Madinah pada masa itu ialah penulis wahyu, Zaid bin Thabit.
Terdapat dua hakim di Kufah iaitu Ibn Masud dan Syuraih. Hakim-hakim yang
lain adalah seperti Salman bin Rafi, Imran bin Hussain, Abu Maryam dan Jamil
bin al-Umar. Mereka ini diarahkan supaya tidak memihak dan bebas sepenuhnya
daripada badan eksekutif.

Dalam kes Umar melawan Ubai bin Kaab, Umar telah pergi ke mahkamah Zaid
bin Thabit. Zaid hendak bangun berdiri untuk menunjukkan hormatnya kepada
Khalifah, tapi Umar bertegas: Ini adalah perlakuan tidak adil kamu yang
pertama. Umar berbicara dengan Ubai seperti seorang rakyat biasa. Dalam
perbicaraan tersebut, Ubai mahukan Umar mengangkat sumpah tetapi Zaid tidak
membenarkannya kerana memandangkan kehormatan jawatan Umar. Dengan
perlakuan ini, Umar menjawab: Kamu tidak akan menjadi hakim yang adil
sehinggalah seorang awam adalah sama di sisi kamu dengan khalifah.

Semasa khilafahan Umar, fungsi kehakiman diserahkan kepada para hakim dan
mereka sepenuhnya bebas daripada pentadbiran eksekutif. Dalam beberapa kes,
khalifah sendiri berdepan dengan hakim. Para hakim wilayah pula sepenuhnya
bebas daripada gabenor wilayah. Para hakim dibayar gaji yang lumayan untuk
menghindar mereka daripada melakukan sebarang bentuk rasuah.

Semasa kekhilafahan Ali, seorang Yahudi telah mencuri perisai kepunyaannya
dan peristiwa ini disaksikan oleh salah seorang anak Ali. Ali meminta Yahudi
tersebut memulangkan perisainya manakala Yahudi itu mahu Ali mendakwanya
di mahkamah. Perkara ini dibawa kepada hakim besar, Syuraih, yang merupakan
sahabat baik Ali. Dalam perbicaraan itu, perisai yang dicuri itu ditunjukkan
kepada Syuraih dan Syuraih memang mengetahui dan yakin bahawa perisai itu
kepunyaan Ali. Walaupun begitu memandangkan Ali dan anaknya gagal
membawa bukti yang jelas, Yahudi tersebut memenangi kes itu dan Ali pula akur
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
49
dengan keputusan Syuraih. Disebabkan keadilan proses perbicaraan dan sistem
kehakiman Islam ini, Yahudi tersebut dikatakan akhirnya memeluk Islam.

Kesimpulannya, keadilan Islam adalah bentuk keadilan tanpa mengira agama,
kedudukan dan bangsa. Badan kehakiman dalam Islam adalah sebuah badan
yang bebas secara total daripada sebarang campur tangan pihak pemerintah.
Kebebasan hakim tidak terhakis walaupun kedudukan pemerintah dan kerajaan
pimpinannya tergugat. Sebagaimana yang telah dipertontonkan oleh sejarah,
khalifah sekalipun akan tunduk kepada keputusan seorang hakim. Mereka sama
sekali tidak menggunakan hakim untuk berbuat zalim ke atas musuh politiknya.
Keadilan Islam adalah keadilan mutlak; setiap pertuduhan wajib disertakan
dengan bukti dan dalil. Amatlah berbeza daripada apa yang berlaku di beberapa
buah negara Islam sekarang ini yang tidak mengamalkan sistem pemerintahan
yang berteraskan ajaran Islam yang sebenarnya. Mereka seringkali dilihat
memperalatkan hakim dan badan kehakiman demi kepentingan sempit mereka
sendiri, walaupun cogan kata Islam sering dikibarkan oleh tangan-tangan palsu
golongan pemerintah tersebut.

AKTIVITI 2.6
1. Huraikan mengapakah kebebasan badan kehakiman bagi
sesebuah negara itu amat penting.
2. Bincangkan dengan rakan sekelas anda, apakah yang akan terjadi
dalam masyarakat jika badan kehakiman dipengaruhi oleh badan-
badan eksekutif yang lain.
3. Apakah ciri penting yang dapat dilihat jika badan kehakiman itu
benar-benar bebas dalam menjalankan tugasnya?

x Politik dan Siasah merupakan dua perkataan yang membawa makna yang
hampir sama. Kedua-dua kalimah ini memberi makna satu ilmu yang
berkaitan dengan kenegaraan.
x Aristotle (384-322 SM) melalui bukunya Politica dan Plato (427-347 SM)
dengan bukunya Politeia adalah antara sumber penting dan perintis bagi
kelahiran disiplin ilmu sains politik menurut pandangan Barat.
x Ciri-ciri utama pemerintahan berasaskan demokrasi ialah hak dan ketuanan
rakyat. Rakyatlah yang menentu kehidupan mereka sendiri. Manakala, ciri-
X TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM
50
ciri utama pemerintahan Islam adalah bersandarkan kepada hukum wahyu,
syura dan secara Khilafah.
x Badan perundangan sesebuah negara itu adalah amat penting. Oleh itu,
kehidupan masyarakat akan berkecamuk jika badan perundangannya sudah
dipengaruhi oleh kuasa eksekutif yang lain.
x Dalam Islam, negara itu adalah perwakilan Allah dan sekali gus mestilah
menerima kedaulatan Allah secara mutlak. Sebuah negara Islam hendaklah
bertindak mengikut ketetapan yang telah diputuskan oleh Allah.
x Seorang pemimpin Islam hendaklah sentiasa takut akan Allah dalam keadaan
terbuka dan tertutup. Barangsiapa yang takutkan Allah, dibukakan pintu
rahmat untuknya.


Khalifah
Syura
Ahl al-Hilli wa al-Aqd
Al-Madinah al-Fadilah
Baiah
Wazir
Wizarah al-Tafwid
Wizarah al-Tanfiz
Tahzib al-Siasah
Al-Siasah wa al-Daulah
Wilayat al-Faqih
Ulu al-Amr

Thaib, Lukman. (1998). Politik menurut perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Midmodal Industries Sdn Bhd.
Haji Daud, Mustafa. (1994). Pengantar politik Islam. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Al-Naghazi, Nazmi Ghazali Azmi. (1992). Al-Balad al-Muntazar (Negara
Harapan). Petaling Jaya: Budaya Ilmu Sdn Bhd.
Zakaria, Idris. (1986). Teori kenegaraan al-Farabi. Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
Al-Banna, Hassan. (1997). Tanggungjawab pemimpin Islam, (terj. Ubaidullah).
Kuala Lumpur: Karya Media Publisher.
TOPIK 2 SISTEM PEMERINTAHAN ISLAM W
51
Al-Saleh, Subhi. (1986). Politik dan pentadbiran dalam Islam (terj. Osman Hj
Khalid). Kuala Lumpur: Jabatan Perdana Menteri.
Suny, Ismail & Rasjidi. (2003). Negara hukum. Bandung: Fajar Interpratama
Offset.
Ghazali, Mohd Rumaizuddin. (2004). Sains politik Islam. Pahang: PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai