Anda di halaman 1dari 2

Cara-cara penyebaran syiah di Malaysia

1- Wujudnya kumpulan syiah secara kecil- kecilan menyebarkan dakwah syiah mereka kepada
orang ramai.Dengan cara ini mereka lebih mudah menjalankan dakwah syiah mereka tanpa
diketahui oleh pihak berkuasa dan mana-mana pihak atasan yang lain serta dapat menyebarkan
dakwah syiah mereka dengan lancar.Oleh itu,kite mestila sentiasa berwaspada dan dengan
sesiapa sahaja yang mendekati diri kita agar diri dapat dijauhkan daripada perkara yang tidak
elok .

2- Penyebaran syiah melalui media social.Pada era globalisasi kini, social media adalah
merupakan medium pertama dunia untuk menyebarkan segala maklumat seperti facebook,
Instagram dan twitter.Segala maklumat termasuk perkara-perkara yang negatif seperti ajaran
syiah semuanya ada dipaparkan di dalam media sosial. Oleh itu,kita haruslah sentiasa berhati-
hati apabila melayari dan membaca setiap isi laman web yang dipaparkan agar diri kita tidak
terpedaya dengan tipu helah syiah yang ditulis atau diceritakan pada laman web tersebut.

3- Menyebarkan segala bahan bacaan seperti pamplet,buku agama, majalah agama serta hadis-
hadis yang berisikan ajaran syiah. Mereka boleh mengubah segala jalan cerita dan fakta sehingga
dapat membuatkan para pembaca mempercayai segala fakta-fakta yang diceritakan adalah sahih
sekaligus mengamalkan ajaran syiah tersebut. Oleh itu, kita wajarla sentiasa peka dengan segala
bahan bacaan dan maklumat-maklumat yang disampaikan supaya diri kita tidak terjerumus
dengan perkara yang tidak sahih serta dapat menjaga akidah diri dengan baik.

4- Melalui rombongan-rombongan ziarah pemimpin Iran ke Malaysia sama ada rasmi ataupun
tidak rasmi. Rombongan ziarah tersebut akan diakhir dengan ceramah dan keterangan yang
berkenaan dengan ajaran syiah secara tidak langsung mereka menyebarkan ajaran syiah serta
meyakinkan diri kita bahawa ajaran syiah tersebut adalah ajaran yang betul,mudah dan sempurna
berbanding ajaran dan agama lain. Justeru itu, pihak berkuasa haruslah sentiasa peka dalam
segala perkara yang berlaku serta mengetatkan penguasaan keselamat pintu kluar masuk negara
dengan baik supaya dapat mengelakkan daripada penyebar ajaran syiah masuk ke dalam negara.

Kesan serta akibat penyebaran Syiah di Malaysia


1- Kesan atau akibat penyebaran syiah di Malaysia dapat merosakkan pengangan akidah
masyarakat umat Isalam di Malaysia. Ini kerana kini penyebaran syiah disebarkan dengan cara
dan kaedah yang baik dan jitu yang boleh membuatkan masyarakat umat islam di Malaysia
mudah terpadaya dan terpengaruh dengan ajaran syiah tersebut. Dengan itu, akidah mereka akan
mula longgar dan goyah kerana terpada dengan ajaran syiah lalu mengikuti serta menganut
agama syiah yang disampaikan tanpa ada rasa ragu-ragu dan sebagainya.
2- Selain itu, jika penyebaran syiah di Malaysia berlaku secara berleluasa akan berlakunya
pergaduhan dan perbalahan tentang agama dan fahaman dalam kalangan masyarakat di Malaysia.
Ini kerana mereka akan saling berbalah dan menunujukkkan fahaman dan agama manakah yang
paling betul dan perlu diikuti serta perkara ini boleh berlarutan sehingga boleh membawa kepada
berlakunya pertumpahan darah dan sebagainya. Dengan ini, suasana antara masyarakat serta
rakyat di Malaysia akan menjadi kocar-kacir dan tidak aman serta negara akan mengalami
kejatuhan dari pelbagai perkara seperti ekonomi dan sebagainya.

3- Seterusnya, umat Islam di negara Malaysia akan terpesong jauh dari ajaran islam yang sebenar
dan pelbagai ajaran dan amalan syiah yang akan diamalkan seperti mengamalkan ajaran syiah
imam dua belas yang bercanggah dengan ajaran islam dengan cara meyakini imam adalah
maksum dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah SAW dan sebagainya serta secara langsung
murtad dari agama Islam.Oleh itu, perkara ini perlu dibanteras sebaik mungkin bagi menyekat
penularan fahaman dan ajaran syiah yang menyeleweng ini bagi melindungi akidah serta agama
Islam yang suci ini.

4- Semangat perpaduan dan patriotisme akan luntur dan kurang dalam masyarat Malaysia. Hal
Ini kerana mereka saling membandingkan diri mereka dengan yang lain mengikut ajaran dan
fahaman yang berbeza serta bersikap negative antara satu sama lain seperti tidak menghormati
dan saling bermusushan antara satu sama lain.Lebih-lebih lagi dalam kalangan generasi muda
pada masa kini mereka lebih mudah menerima dan terpengaruh dengan apa sahaja yang mereka
dengar dan lihat kerana kurangnya ilmu pengetahuan dan perkara ini sangat membimbangkan
dalam kalangan generasi muda kita kini. Oleh itu, pihat sekolah perlu menitik beratkan tentang
perkara-perkara agama di sekolah bagi menguatkan lagi akidah dan fahaman tentang Islam
dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat mengelakkan diri mereka daripada terjerumus
dengan ajaran syiah ini.

Anda mungkin juga menyukai