Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Nama Al-Arqam diambil daripada nama sahabat Nabi, Arqam bin Abi Arqam.

Bermula d engan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968, kemudian bertambah kepad a 40 orang ahli jemaah pada tahun 1976, keahlian jemaah ini, menurut Ann Wang Se ng, kemudian bertambah secara mendadak pada tahun-tahun berikutnya sehingga pada tahun 1987 jemaah itu mencatat sekitar 5,000 hingga 6,000 keahlian. Namun menur ut Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri pada tahun 1994 dianggarkan seramai 6,000 pengikut yang fanatik dan 15,000 simpatisan. Utusan Melayu (4 Jula i 1994) pula melaporkan seramai 10,000 pengikut. Aktiviti Darul Al-Arqam bermula pada 1971-72 di Kampung Datuk Keramat dan berole h perhatian dan penerimaan ramai setelah bertapak di Sungai Pencala pada 1973-75 . [sunting] Pemimpin kanan Berikut beberapa pemimpin kanan Al-Arqam yang menjadi tulang belakang kejayaan p ertubuhan Al-Arqam selama 26 tahun dari 1968 - 1994. Ustaz Ashaari Muhammad - pengasas pertubuhan Al-Arqam Ustaz Haji Abdul Halim Abbas - Timbalan Syeikhul Arqam Akhbar Anang - Bekas Timbalan Ustaz Ashaari Ustaz Mohktar Yaakob - sarjana syariah Zabidi Mohamed - Penasihat undang-undangAl-Arqam II Haji Hassan Mokhtar - Setiusaha Majlis Syuyukh Khairil Anuar Ujang - Penasihat Undang-undang Al-Arqam I Shuib Sulaiman - Mudir Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-Arqam Ibrahim Mohamad - Mudir Syukbah Mal (Kewangan) Al-Arqam Jailani Kasmani - Setiausaha Akhbar Ustaz Ashaari Khadijah Aam - Isteri Ustaz Ashaari Khadijah Din Pak Salleh Ustaz Yusof Din - Timbalan Syukbah Dakwah Dan Perhubungan Antarabangsa Al-Ar qam [sunting] Ajaran Di antara kepercayaan mereka adalah kepercayaan bahawa Syeikh Muhammad As-Suhaim i yang telah meninggal pada tahun 1925 dinyatakan tidak mati, sebaliknya masih h idup. Menurut Ustaz Ashaari, Sheikh al-Suhaimi adalah Imam Mahdi yang ghaib buat seketika sebelum kembali untuk memimpin Umat Islam. Tindakan Ashaari yang mengq iyaskan (menganalogikan) Syeikh Muhammad As-Suhaimi dengan Ashab al-Kahfi dan Na bi Khidir . [sunting] Ciri-Ciri Pegangan Al-Arqam adalah berpunca dari pengajaran Ashaari Muhammad dan pegangan pengikut-pengikutnya terhadap Aurad Muhammadiah yang diantara lain memberi ajara n dan fahaman seperti berikut: [3] Syeikh Muhammad As-Suhaimi, pengasas Aurad Muhammadiah, berjumpa Rasulullah saw dalam jaga dan menerima Aurad Muhammadiah daripada Baginda Rasulullah saw di dalam Kaabah. Syeikh Muhammad As-Suhaimi tidak mati, tetapi ghaib dan akan muncul semula s ebagai Imam Mahdi. Syeikh Muhammad As-Suhaimi adalah Khalifah Rasulullah saw dan meletakkan set araf dengan Khulafa' Al-Rasyidin. Rasulullah saw, para sahabat dan para aulia didakwa boleh ditemui secara jag

a (majlis yaqazah) selain melalui mimpi. Mereka datang k untuk mengesahkan sesua tu yang diperlukan oleh pengikut-pengikut Al-Arqam umpamanya mengenali siapa yan g taat dan siapa yang tidak taat kepada Al-Arqam dan pemimpinnya. Syeikh Muhammad As-Suhaimi dipercayai kononnya boleh datang menolong apabila diseru namanya. Ashaari Muhammad dipercayai, selain seorang yang soleh, wali yang mempunyai karamah, adalah seorang Mujaddid akhir zaman . Ashaari mendakwa dirinya dari keturunan Bani Tamim, iaitu satu rumpun dengan keturunan Nabi Muhammad saw yang memegang panji-panji Al-Mahdi. [4] [sunting] Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawa i yang mengukur keberhasilan dan kecemerlangan organisasi dakwah tertentu. Tidak dinafikan aspek kewangan sangat penting untuk keberlangsungan sesuatu gerakan, namun banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira seperti aspek kepimpinan, k eagamaan, keilmuan dan keintelektualan, kepengikutan, pengurusan, pembinaan dan lainnya. Sebanyak 52 buah kedai runcit dibangunkan di seluruh perkampungan Al-Ar qam, 20 buah pasar mini, 36 buah kedai buku dan alat ibadat dan 18 buah restoran di seluruh Malaysia. Al-Arqam juga memiliki 56 buah kilang perusahaan di seluru h Malaysia. Pada tahun 1993, Al-Arqam mengambil langkah yang drastik dengan menumpukan perha tian kepada dunia antarabangsa. Langkah pertama adalah dengan menubuhkan Al-Arqa m Group of Companies (AGC) yang menghimpunkan 22 buah anak syarikat milik jemaah Al-Arqam. Setelah membuka pusat hubungan antarabangsa di Islamabad, Pakistan da n diberi nama Al-Arqam International Centre (AIC). Pada tahun inilah Ashaari men gisytiharkan terbentuknya Daulah Islam di bumi Malaysia, Indonesia dan Khurasan. [sunting] Krisis Kepimpinan Krisis kepimpinan Al-Arqam bermula setelah berlakunya penyingkiran Akbar Anang p ada tahun 1979 yang merupakan Ketua Unit Perkhidmatan Ummah. Menurut Akbar Anang , penyingkirannya bersama adalah kerana beliau mempersoalkan ajaran Al-Arqam , n amun menurut Ashaari, Akbar Anang disingkirkan kerana beliau cuba membentuk paka tan yang bertujuan menyingkirkan Ashaari daripada tampuk kepimpinan Al-Arqam. Ak bar Anang memberontak dan mendedahkan keperihalan Aurad Muhammadiah sehingga dih adapkan ke Pusat Islam pada 1979. Ashaari dilapor menafikan Kiyai Syeikh Muhamma d As-Suhaimi adalah Imam Mahadi dan berjaya membersihkan Darul Al-Arqam daripada kesangsian asas. [sunting] Diharamkan JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) telah melihat adanya penyelewengan akida h dalam organisasi ini. Setelah bermuzakarah dengan pemimpinnya, Ashaari Muhamma d, yang pertama sekali dilakukan oleh kerajaan adalah mengharamkan buku Aurad Mu hammadiyah Pegangan Darul Arqam pada tahun 1986. Kini kumpulan Al-Arqam tidak lagi wujud kerana telah diharamkan oleh kerajaan pa da tahun 1994, tetapi yang wujud ialah Kumpulan Rufaqa'. Kerajaan telah menghara mkan kumpulan Al-Arqam berdasarkan fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang dikeluarka n pada 5 Ogos 1994. Fatwa Majlis Kebangsaan itu memutuskan bahawa ajaran dan fah aman kumpulan Al-Arqam bertentangan dengan akidah dan syariah Islam sekali gus m engakibatkan syirik. Berikutan itu Ashaari yang ditahan bersama beberapa pemimpin kanan kumpulan itu mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) telah membuat pengakuan terbuka men genai penyelewengan Al-Arqam. Kemudian beliau dikenakan tahanan rumah di Rawang dan Labuan. Beliau dibebaskan pada 25 Oktober 2004.

[sunting] Rujukan ? ? ? ? Pengasas Al Arqam Meninggal Dunia. Al-Arqam founder Ashaari dies The Star. 13 Mei 2010 MAJLIS PENERANGAN MENGENAI KUMPULAN RUFAQA Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim.

[sunting] Lain Penyelewengan Jemaah Al-Arqam dan Usaha Pemurniannya oleh Mohd. Lazim Lawee, Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor, 2004. 223 halama n + indeks. ISBN 967-942-682-3. Tersungkur di Pintu Syurga, Zabidi Mohamad]] , Zabidi Publication, Kuala Lum pur , 1998 [sunting] Lihat Juga Organisasi Ajaran Sesat Rufaqa [sunting] Rujukan / Pautan luar IkhwanToday Jabatan Penerangan Malaysia. Malaysia-today.net/blog. ? ? ? ? Pengasas Al Arqam Meninggal Dunia. Al-Arqam founder Ashaari dies The Star. 13 Mei 2010 MAJLIS PENERANGAN MENGENAI KUMPULAN RUFAQA Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim.

Anda mungkin juga menyukai