Anda di halaman 1dari 9

KERAJAAN BANI ABBASIYYAH

Peta dunia semasa kemuncak zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab:

al-Abbsidn) ialah nama yang diberi

bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islamselepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad. Latar belakang pemerintahan kerajaan Abbasiyah : Kemunculan pemerintahan Abbasiyah merupakan permulaan suatu order baru yang berasaskan ekonomi pertanian dan perdagangan serta kuasa pemerintah kosmopolitan yang terdiri daripada orang Arab Yaman yang menentang Umayyah dan kelas Mawali yang berasal daripada orang-orang Parsi, Mesir, Berber, dan lainlain. Mereka terlibat dalam revolusi Abbasiyah dan berjaya menggulingkan Umayyah pada tahun 750 TM. Ibu kota pemerintahan Islam di pindah ke Ambar dan kemudiannya ke Baghdad. Oleh itu, fokus politik Islam berpindah dari Syria dan Mediterranean ke Mesopotamia. Sistem politik dan pemerintahannya telah banyak dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Parsi. Baghdad menjadi pusat kegiatan ekonomi dan intelektual dan mencapai puncak kecemerlangannya pada zaman Khalifah Harun al-Rasyid dan anaknya al-Mamun.

Tokoh-tokoh khalifah terkenal zaman Abbasiyah, Khalifah Abu Abbas Al Saffah, Khalifah Harun Al Rashid dan lain-lain.

REVOLUSI MENENTANG UMMAIYYAH Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad , oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraisyyang berlainan daripada keturunan nabi.

Wilayah Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.

Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.

Masalah dan cabaran


Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama, malah menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentadbiran baru mereka. Bani Abbasiyyah membangunkan pemerintahan muslim mereka dan meniru pemerintahan mutlak Parsi. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka. Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah. Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah (bukan Syiah yang difahami seperti sekarang). Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah Ahli Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik. Ancaman ini mendorong Khalifah Bani Abbasiyyah untuk memusnahkan musuh mereka dengan kejam, melaksanakan upacara istana yang mewah, dan membiayai penulisan moden. Keadaan inilah menjadi asas bagi penulisan kesah Seribu Satu Malam, kumpulan cerita yang menggambarkan kemewahan Timur yang ditulis di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah. Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, membenarkan negara Byzantian keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan hubungan

diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah kepada puak Frank.

Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah


Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan. banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat KristianEropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya. Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, alFarabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian. Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital

moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala. Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation. Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintangbintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik. Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat. Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.

Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup,dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac. Kedudukan Khalifah : Khalifah merupakan kuasa tertinggi dalam struktur kerajaan Abbasiyah. Khalifah berkedudukan autokratik dan semua perintah berpunca daripadanya. Di samping kuasa sekular, khalifah mempunyai kewibawaan spiritual ( divine authority ). Pada peringkat kemunduran Abbasiyah, kedudukan khalifah terus dikekalkan kerana ia dianggap punca kesahan kewibawaan dan kuasa seseorang atau sesuatu jawatan. Dasar Terbuka dalam Pentadbiran : Sistem pemerintahan Abbasiyah membayangkan keadaan sebenarnya masyarakat majmuk. Kerajaan Abbasiyah didukung oleh pelbagai bangsa terutamanya bangsa Arab dan Parsi serta bangsa-bangsa lain. Walaupun pada peringkat awal Khalifah Abbasiyah daripada keturunan Arab tetapi yang memantapkan kedudukan khalifah ialah bangsa berketurunan Parsi. Sistem Birokrasi : Pada zaman Abbasiyah, semua hal yang berkaitan dengan pentadbiran dilaksanakan oleh sebuah birokrasi yang berbentuk hierarki. Sistem birokrasi mencontohi Kerajaan Sasanid dengan majoriti pegawai diambil daripada kelas Mawali iaitu orang Islam yang tidak berketurunan Arab. Jawatan yang penting ialah wazir yang menjadi ketua seluruh jentera pentadbiran. Dalam pentadbiran Abbasiyah, beberapa jabatan telah ditubuhkan seperti jabatan akaun, jabatan cukai, jabatan pos dan sebagainya.

Pentadbiran Pusat dan Wilayah : Dalam pentadbiran wilayah-wilayah, kerajaan pusat di Baghdad mempunyai hubungan yang rapat dengan wilayah. Pentadbiran wilayah terserah kepada seorang gabenor atau amir yang dilantik dengan persetujuan wazir untuk menguruskan halhal kerajaan. Kedudukan amir bergantung kepada kebolehannya dan hubungan dengan kerajaan pusat. Amir-amir tertakluk kepada pengawasanDiwan al-Barid ( Jabatan Pos ). Setiap wilayah juga mempunyai jabatan pos sendiri dan amir wajib melaporkan semua hal ehwal kerajaan wilayah kepada ketua Jabatan Pos di Baghdad. Pentadbiran Kehakiman : Dalam urusan kehakiman segala urusannya diserahkan kepada ulama-ulama yang dilantik oleh ketua hakim. Hal-hal sivil yang berkaitan dengan orang-orang bukan Islam terserah kepada ketua-ketua agama mereka sendiri manakala hal-hal orang Islam diuruskan oleh kadi. Pelantikan hakim berasaskan beberapa syarat seperti lelaki dewasa, beragama Islam, berfikiran waras, dan berpengalaman dalam bidang ilmu pengetahuan. Pentadbiran Ketenteraan dan Keselamatan : Pada peringkat awal pemerintahan Abbasiyah, khalifah telah melakukan beberapa perubahan dalam organisasi ketenteraannya. Pertama, keanggotaan tentera Abbasiyah tidak terbatas kepada orang-orang Arab sahaja. Bayaran elaun dan hakhak istimewa yang pernah diberikan kepada orang-orang Arab telah diberhentikan kecuali mereka yang masih berkhidmat tetap. Kedua, tentera Abbasiyah terdiri daripada tentera bergaji tetap dan tentera sukarela yang hanya menerima bayaran sewaktu mereka bertugas dalam sesuatu kempen. Ketiga, khalifah mewujudkan tentera peribadi yang dikenali tentera Khurasan. Keempat, tentera Abbasiyah juga terdiri daripada orang-orang Turki yang berasal dari Asia Tengah. Mereka ialah mamluk yang mempunyai kedudukan sosial bertaraf hamba.

Pengurusan Ekonomi : Berbanding dengan Umayyah, pemerintahan Abbasiyah menggalakkan bidang pertanian dan industri untuk memperkukuh ekonomi empayar. Taraf sosial kaum tani dipertingkatkan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang lebih adil dan pelaksanaan sistem cukai yang lebih berpatutan. Perkembangan ekonomi menyebabkan lahirnya golongan pemerintah yang tidak bergantung kepada keturunan tetapi berasaskan kekayaan dan pengetahuan ilmu. Dasar Terhadap Golongan Bukan Islam : Dasar terhadap golongan dhimmi ( orang bukan Islam ) adalah lebih terbuka. Mereka menikmati kebebasan mengamalkan agama mereka sendiri. Kerap kali mereka diambil untuk berkhidmat dalam birokrasi kerajaan. Berbanding dengan pemerintahan Umayyah, golongan ini menikmati taraf sosial yang jauh lebih tinggi pada zaman Abbasiyah. Peningkatan Taraf Keintelektualan : Penterjemahan, perkembagan pelbagai ilmu, dan kelahiran pelbagai mazhab pada zaman Abbasiyah menyebabkan berlakunya peningkatan taraf keintelektualan. Zaman Abbasiyah menyaksikan penterjemahan karya-karya Plato, Aristotle, Euclid, Galen, dan lain-lain ke dalam bahasa Arab yang menjadi bahasa perantaraan di seluruh Asia Barat. Sekolah dan pusat pengajian tinggi diwujudkan di seluruh empayar. Hubungan Diplomatik : Pada zaman Harun al-Rasyid telah muncul empat buah kerajaan besar iaitu kerajaan Byzantine yang berpusat di Istanbul, kerajaan Bani Umayyah di Sepanyol, kerajaan Perancis di Eropah, dan kerajaan Abbasiyah di Baghdad. Hubungan kerajaan Harun alRasyid dengan kerajaan Perancis adalah baik. Perancis tidak mahu kerajaan Abbasiyah berbaik-baik dengan kerajaan Umayyah. Sebaliknya, hubungan kerajaaan Abbasiyah dengan kerajaan Byzantine adalah genting dan sering bermusuhan.

Sistem Pewarisan Dasar Pemerintahan : Al Makmum mewarisi pemerintahan bapanya Abu Jaafar Al Mansur. Beliau meneruskan kegemilangan pentadbiran dan keintelektualan yang telah dilaksanakan oleh bapanya.

Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah


Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.

Anda mungkin juga menyukai