Anda di halaman 1dari 3

Contoh kecemerlangan tamadun Islam pada zaman Abbasiyah

Kerajaan Abbasiyah wujud selepas kejatuhan kerajaan Umaiyyah pada sekitar tahun 750

Masihi yang dibawa oleh Abu Al- Abbas as-Saffah dan merupakan bapa saudara Nabi

Muhammad S.A.W dan mengamalkan pemerintahan secara sistem warisan atau sistem

monarki dan kerajaan Abbasiyah lahir selepas perjuangan yang lama dan revolusi sosial

melawan kerajaan bani Umaiyyah.

Kerajaan Abbasiyah telah mencapai zaman kegemilangannya pada sekitar abad 9 Masihi iaitu

semasa pemerintahan khalifah Harun Al-Rasyid dan puteranya, Al-Makmum melalui

perkembangan ilmu pengetahuan yang meluas, kewujudan institusi pendidikan serta kegiatan

ilmiah yang pesat.Antaranya ialah bidang penulisan dan penterjemahan karya asing kepada

bahasa Arab.Pada ketika pemerintahan khalifah tersebut, kota Baghdad telah memainkan

peranan yang penting sebagai pusat intelektual dan penyebaran ilmu. Khalifah Al-Makmum

yang merupakan pencinta ilmu telah membawa masuk khazanah karya-karya Yunani pada

ketika itu dan memiliki perpustakaan dan sekolah peribadi di sekitar istana dan menjadikan

istana tempat para ulama, ilmuan dan pujangga berkumpul.

Pada zaman khalifah Harun Al-Rasyid, baginda telah membina Baitulhikmah. Baitulhikmah

merupakan pusat pendidikan, perpustakaan, pusat penterjemahan dan pusat penyelidikan

yang mendapat perhatian masyarakat pada zaman Abbasiyah. Sumbangan baitulhikmah ini

telah menjadikan kerajaan Abbasiyah mencapai zaman kegemilangannya melalui institusi

pendidikan dan penyebaran ilmu dan bidang penulisan kerana pada ketika itu penterjemahan

karya sains dan falsafah terutamanya daripada bahasa Yunani merupakan kegiatan utama

mereka pada ketika itu.


Seterusnya dalam bidang penulisan, kegiatan penulisan pada ketika itu dilakukan melalui tiga

peringkat iaitu yang pertama ialah mencatat segala idea atau percakapan, yang kedua ialah

mengumpul idea yang serupa atau mengumpul hadis Nabi Muhammad S.A.W untuk

dibukukan dan yang terakhir sekali ialah mengarang dengan lebih teliti kerana perkara yang

telah dicatat akan diatur dan dibahagikan mengikut bab dan bahagian tertentu dan berbeza

antara satu sama lain.

Selain itu, penglibatan golongan ulama dalam bidang penulisan juga mendorong dalam

zaman kegemilangan kerajaan Abbasiyah. Pada sekitar tahun 761 Masihi, para ulama sudah

mula menyusun hadis dan menghasilkan karya dan tulisan dalam bidang seperti feqah,

tafsiran, sejarah dan lain-lain lagi. Antara ulama yang terkenal pada zaman Abbasiyah ialah

Imam Maliki yang menghasilkan buku Al-Mutawatta’, Ibnu Ishaq yang telah menyusun

sejarah kehidupan nabi Muhammad S.A.W, Abu Hanifah yang telah menghasilkan tulisan

dalam bidang feqah dan fahaman beliau tentang ijtihad.Seterusnya, ramai juga ilmuan dan

karyawan yang memisahkan ilmu tafsir, ilmu sirah (sejarah hidup nabi Muhammad S.A.W),

ilmu tasawuf, ilmu tauhid dan ilmu hadis yang telah digunapakai oleh masyarakat Islam pada

masa tersebut sehingga masa kini. Antara tokohnya ialah tokoh yang menguasai ilmu tafsir

ialah al-Tabari, al-Bukhari dan Muslim antara tokoh yang menguasai ilmu hadis, ilmu sirah

pula disusun oleh tokohnya iaitu Ibnu Hisyam dan Ibnu Saad dan ilmu feqah pula dipelopori

oleh Malik bin Anas, al-Syafie, Abu Hanifah dan Ahmad bin Hanbal manakala antara tokoh

ilmu tauhid ialah Wasil bin Atha’ dan ilmu tasawuf pula ialah Zunnun al-Mishri.
Daripada perkembangan ilmu intelektual ini maka lahirlah pakar-pakar dalam bidang sains

seperti Al-Fazari iaitu seorang astronomi Muslim yang pertama mencipta astrolab, Al-

Haitham iaitu seorang pakar optik, Jabir bin Haiyan dan al-Razi iaitu pakar kimia, Al-Biruni

seorang ahli fizik dan Al-Mas’udi seorang ahli geografi yang juga menulis hasil

pengembaraannya ke pelbagai dunia Islam iaitu ‘Muruj al-Zahab’ dan lain-lain lagi

melahirkan ilmuan yang telah melakar nama sehingga terkenal hingga ketika ini kerana

proses perkembangan intelek dan pendidikan yang diperluas pada zaman Abbasiyah.

Bermula daripada ilmu maka lahirlah kecemerlangan-kecemerlangan lain seperti

kecemerlangan dalam bidang ekonomi pada zaman kerajaan Abbasiyah dengan memberi

penumpuan terhadap tiga sektor utama iaitu pertanian, perindustrian serta perdagangan.

Selain itu, antara factor kecemerlangan kerajaan Abbasiyah ialah kestabilan politik. Khalifah

pada ketika itu telah mengambil inisiatif membasmi pemberontakan dan perbalahan puak

yang berlaku kerana mengancam keselamatan dan kedaulatan. Tambahan itu, dasar politik

kerajaan Abbasiyah yang memberikan layanan yang adil kepada semua rakyat tanpa mengira

bangsa dan keturunan selagi mereka tidak mengkhianati kerajaan Islam serta menjalinkan

hubungan diplomatik yang baik dengan negara luar.

Anda mungkin juga menyukai