Anda di halaman 1dari 16

KEGEMILANGAN DAN

KEJATUHAN KERAJAAN
ABBASIYAH
FAKTOR KEGEMILANGAN
KERAJAAN ABBASIYAH
KESTABILAN POLITIK
Kerajaan Abbasiyah memberi perhatian
kepada pembasmian pemberontakan dan
perbalahan puak.
Pemberontakan dan perbalahan berjaya
dikawal oleh Harun Ar-Rasyid bersama
panglimanya Yahya bin Khalid al-Barmaki dan
anaknya al-Fadhl al-Barmaki.
Kestabilan politik memberi peluang kepada
pemerintah membangunkan negara.
DASAR POLITIK KERAJAAN ABBASIYAH

Kerajaan Abbasiyah memberi layanan


yang adil kepada semua rakyatnya tanpa
mengira bangsa dan keturunan.
Kerajaan Abbasiyah juga menjalin
hubungan diplomatik yang baik dengan
negara-negara luar.
KEDUDUKAN BAHGDAD YANG STRATEGIK

Pemilihan Baghdad sebagai pusat


pemerintahan telah memajukan Kerajaan
Abbasiyah terutama dalam bidang
perdagangan kerana kedudukannya yang
berada ditengah-tengah laluan para
pedagang Timur dan Barat.
Sungai Dajlah telah menjadi laluan utama
kapal-kapal perdagangan.
Baghdad juga menjadi tempat pertemuan
sarjana dari Timur dan Barat.
PERPADUAN ANTARA KAUM

Rakyat Kerajaan Abbasiyah terdiri dari


pelbagai bangsa terutama Arab, Parsi dan
Turki.
Kerajaan Abbasiyah memberi layanan yang
adil kepada mereka. Mereka diberi peluang
untuk menjawat jawatan-jawatan penting
dalam kerajaan.
Orang bukan Islam juga diberi layanan baik
selagi mereka tidak mengkianati Kerajaan
Abbasiyah. Mereka bebas melaksanakan
ajaran agama dan kepercayaan masing-
masing.
PENGHAYATAN KONSEP KERJA SEBAGAI IBADAT

Konsep kerja sebagai ibadat mendorong para


sarjana untuk mengkaji tentang muamalat
menurut pandangan Islam.
Para sarjana Islam menjelaskan dengan
terperinci mengenai hukum-hukam yang
berkaitan jual beli, sewa, gadaian, hutang,
perkongsian dan sebagainya.
FAKTOR KEMEROSOTAN
KERAJAAN ABBASIYAH

Kerajaan Abbasiyah merosot semasa


pemerintahan al-Wathiq bin al-
Muktasim (227-232H/842-847M).
Kemerosotan tersebut adalah faktor
utama kejatuhan Kerajaan Abbasiyah ke
tangan Mongul pada 15 Muharam 656
Hijrah bersamaan 22 Januari 1258
Masihi.
KELEMAHAN PEMERINTAHAN
KERAJAAN ABBASIYAH

Semasa pemerintahan al-Wathiq, beliau tidak


melakukan sebarang pembaharuan. Baginda banyak
bergantung kepada pegawai-pegawai Turki untuk
menjalankan polisi pemerintahan yang diwarisi dari
ayahandanya.
Setelah al-Wathiq meninggal dunia, puteranya yang
terlalu muda tidak dapat menggantikannya. Al-
Mutawakkil iaitu saudara kepada al-Wathiq dilantik
sebagai khalifah menerusi keputusan mesyuarat
pegawai-pegawai tinggi kerajaan.
Al-Mutawakkil cuba mengembalikan kuasa khalifah
yang bebas daripada sebarang campur tangan pegawai-
pegawai berbangsa Parsi dan Turki.
Tetapi usaha selepasnya kerana pengaruh Parsi dan
Turki pada ketika itu sudah terlalu kuat.
PERPECAHAN WILAYAH-WILAYAH DI BAWAH
KEKUASAAN KERAJAAN ABBASIYAH

Pada akhir kurun ke-9 Masihi, kuasa khalifah


semakin terbatas.
Jawatan-jawatan penting dalam kerajaan seperti
menteri,gabenor,dan panglima tentera banyak
dipegang oleh pegawai-pegawai Parsi dan Turki.
Ini memberi peluang kepada mereka untuk
membentuk kerajaan sendiri seperti Kerajaan al-
Tahiriah ,al-Buwihiah,al-Tuluniah dan al-Saljuqiah.
Perpecahan ini telah melemahkan kekuasaan serta
kedaulatan Kerajaan Abbasiyah.
BERLAKU PEREBUTAN KUASA
Khalifah al-Mutawakkil melantik tiga orang puteranya
iaitu al-Muntasir,a-Mutaz,dan al-Muayyad sebagai
Putera Mahkota (Wali al-Ahdi).
Baginda memilih al-Mutaz iaitu puteranya yang kedua
sebagai bakal penggantinya dengan mengenepikan
putera sulungnya iaitu al-Muntasir.
Ini menyebabkan berlaku perbalahan antara al-
Muntasir dengan al-Mutaz.
Pada tahun 247H/861M,al-Muntasir merampas kuasa
daripada ayahandanya. Sejak itu, jawatan khalifah
sering menjadi rebutan dan bertukar tangan.
Ini melemahkan institusi khalifah dan memberi banyak
peluang kepada menteri-menteri, panglima-panglima,
dan pegawai-pegawai Parsi serta Turki untuk bertindak
sebagai penguasa sebenar kerajaan.
KEGAWATAN EKONOMI

Kerajaan Abbasiyah mula mengalami


masalah kegawatan ekonomi pada Penggal
Ketiga.
Rusuhan dan pemberontakan seringkali
mengganggu aktiviti perekonomian.
Ini menyebabkan pedagang luar takut untuk
datang ke Baghdad.
Akhirnya dana yang terdapat di dalam
Baitulmal berkurangan dan tidak dapat
menampung keperluannya.
PERSELISIHAN ALIRAN FAHAMAN
KEAGAMAAN

Pemberontakan daripada kalangan Syiah


dan Khawarij sering mengganggu Kerajaan
Abbasiyah.
Mereka beriktikad bahawa jawatan khalifah
hanya layak disandang oleh pemimpin-
pemimpin daripada kalangan mereka.
Pemberontakan daripada golongan-golongan
tersebut menjejaskan suasana dan
ketenteraman awam.
SERANGAN DARI LUAR
Kerajaan Abbasiyah sering diserang oleh musuh dari Utara,
Timur, dan Barat.
Pihak Utara terdiri dari orang Georgia dan Armenia menyerang
Azerbaijan dan kawasan-kawasan sekitarnya sehingga
mengakibatkan beribu-ribu umat Islam dibunuh dan harta
benda mereka dirampas.
Dari sebelah Barat, Kerajaan Abbasiyah berhadapan dengan
ancaman tentera Salib. Pada awalnya serangan serangan tentera
Salib dapat ditangkis oleh Kerajaan Abbasiyah.
Peperangan tersebut menyebabkan Kerajaan Abbasiyah
menjadi semakin lemah. Terdapat banyak wilayah kecil yang
berada di bawah kekuasaan Kerajaan Abbasiyah menuntut
kemerdekaan. Umat Islam di Andalus telah diusir keluar.
Ini memberi peluang kepada Mongul dari Timur yang dipimpin
oleh Hulagu Khan untuk menawan kota Baghdad pada tahun
656H/1258M.
Tentera Mongul yang ganas dan kejam tersebut telah membakar
segala khazanah ilmu yang dihasilkan oleh cendikiawan Islam.
IKTIBAR DARI SEJARAH
KEGEMILANGAN ISLAM
Kita harus sedar bahawa kemajuan yang dicapai
pada hari ini adalah hasil daripada sumbangan
umat Islam pada zaman Kerajaan Abbasiyyah.
Orang-orang Barat telah memindahkan penemuan
pelbagai bidang ilmu sains dan teknologi ke negara
mereka dan menterjemahkannyake bahasa mereka.
Umat Islam perlu berusaha mengembalikan zaman
kegemilangan Islam dengan belajar bersungguh-
sungguh dan menjadi pakar dalam semua bidang
yang diperlukan oleh manusia.
IKTIBAR DARI SEJARAH KEMEROSOTAN
KERAJAAN ABBASIYYAH

Umat Islam perlu bersatu padu untuk


menyelamatkan negara dari ancaman musuh.
Aliran kefahaman yang pelbagai boleh
membawa kepada perpecahan dan
melemahkan umat Islam.
Keselamatan dan kestabilan negara adalah
tanggungjawab kita bersama.
PERANAN GENERASI HARI INI
MEMARTABATKAN SEMULA
KEUNGGULAN TAMADUN ISLAM

Mengembalikan umat Islam kini ke zaman


kegemilangan Islam yang pernah dicapai.
Rajin menuntut ilmu pengetahuan untuk
meningkatkan pembangunan diri dan agama.
Mengamalkan akhlak yang mulia dalam
kehidupan seharian.
Mengamalkan cara hidup Islam dalam semua
aspek kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai